Selamat bercuti kepada semua. Seronok weh cuti kali ni cuti hari buruh bersambung dengan cuti Wesak. Makanya dapatla cuti 4 hari. Tapi... we all tak dapat nak jenjalan makan angin kemana2 pun.. sebabnya kami sekeluarga di saat ini telah pun berada di Raub Pahang rumah mertua. InsyaAllah Sabtu esok kat rumah mertua ada buat kenduri kesyukuran sempena majlis sambut menantu & insyaAllah juga.. akan berlangsungnya majlis pertunangan adik perempuan en. suami. Senang buat sekali kan... Zaman GST ni kenalah pandai berjimat cermat. hehehe... Takdelah.. sebenarnya secara kebetulan adik ipar ku yang pompuan tu nak bertunang bulan 5. Dah tu.. adik iparku yang lelaki tu pun baru je melangsungkan perkahwinannya dgn orang Pekan. Jadi eloklah buat sekali. Takkan sebulan nak buat sampai 2 kali kenduri kan. Penat weehhh berkenduri kendarat ni... apapun.. doa2kanlah semoga majlis tu berjalan lancar ye...
Oklah.. hari ni takde nak kongsi resepi... cuma nak kongsi gambar tempahan kuih muih yang tak seberapa ni je. Terima kasih buat semua yang menempah.
Tempahan dari Myra.. 1 loyang kuih serimuka, 1 loyang kuih kaswi & 50 biji karipap. Terima kasih Myra di atas tempahan...
Yang ini pula tempahan apam isabella dari kak Rafeah sebanyak 150 biji. Resepinya baru je MaDiHaA kongsikan boleh klik kat SINI kalau nak mencuba ye. Terima kasih kak sudi tempah kuih dengan saya.
Kepada yang tak rajin nak membuat sendiri tu.. sekiranya nak menempah atau ingin membuat pertanyaan.. bolehlah hubungi MaDiHaA di 019-3171150.
1 comment:
cantiknya apam tu elok mekar kembang
Post a Comment