Friday, May 8, 2015

Ayam Lada Hitam

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni kongsi resepi lauk kegemaran anak2.  Sebenarnya anak2 ni kalau masak lauk ayam boleh dikatakan semua pun suka.  Bila masak ikan.. ada2 saja komplennya terutama si bujang sorang tu.  Seteru betul dengan ikan.  Kalau masak ayam boleh senyum sampai ke telingalah jawapnya.  Anakkk.. ooo anakk... Sorang pun tak mengikut ibu yang lebih sukakan ikan berbanding ayam.

Pada yang takde idea nak masak apa bolehlah cuba ye..  Ada macam2 versi resepi ayam lada hitam ni. Semua pun sedap!



Ayam Lada Hitam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ dipotong ikut selera
garam & serbuk kunyit
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar lada hitam yg siap dikisar kering
garam jika perlu
3 sudu kecil tepong jagung ~ bancuh dengan 1/2 cawan air
1 cawan air (kalau nampak kering sangat boleh tambah lagi)
minyak masak secukupnya
tomato ceri jika suka

Bahan Tumis
1 inci halia ~ hiris halus batang mancis
2 ~ 3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang

Cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan, tos & lumur dengan garam & serbuk kunyit lalu digoreng 3/4 masak.
2. Dalam kuali yang lain, panaskan sikit minyak & tumiskan bahan tumisan sehingga wangi. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram, lada hitam & air.  Masukkan ayam goreng tadi & kacau sebati.  Jika perlu boleh tambah sedikit garam.
3. Masukkan air tepong jagung & gaul sebati sehingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato ceri.. kacau2 kejap & matikan api. Dah boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...