Wednesday, August 12, 2015

Ayam Ungkep Cili Hijau... memang sedap!


Assalamualaikum & salam sejahtera...



Dah lama juga simpan resepi Ayam Ungkep Cili/Lada Hijau ni.  Cuma belum kesempatan untuk mencubanya lagi.  Kelmarin kebetulan semua bahan lengkap kat rumah jadi teruslah masak. Tak susah pun nak masak sebab boleh dikatakan bahan2 asasnya memang ada kat rumah. Cuma lengkuas je yang jarang simpan stok sebab lengkuas biasanya tak tahan lama walaupun simpan dalam peti sejuk, cepat benor jadi hitam.



Resepi ni MaDiHaA ambil dari catzscafe masa ronda2 kat blognye.  Bila ada masa terluang MaDiHaA suka masuk blog catz sebab seronok tengok gambar2 dia gi jalan2 oversea. Tak dapat pegi sendiri.. dapat tengok gambar pun jadilah.  Yang best bab makan2lah! hihi... Catz pun pandai & rajin masak macam2. Ternampak resepi best teruslah copy.  Terima kasih catz untuk resepinya ye. Akak mohon dikongsi dalam blog akak pula.. moga pahalanya berpanjangan sekiranya ada yang sudi mencuba.  Memang sedap masakan ni.  Ini resepi ayam ungkep versi ke 2 yang pernah MaDiHaA cuba.  Senang masak ungkep sebab tak perlu letak santan & kerisik macam rendang... tapi hasilnya sedap! Berselera en. suami makan tau...



Jom semak resepi... resepinya MaDiHaA dah edit ikut apa yang MaDiHaA guna untuk resepi original boleh klik kat link Catscafe ye... Catz masak guna ayam tua... MaDiHaA guna ayam biasa je..


 gambar ehsan dari handphone en. suami... handphone MaDiHaA belum elok lagi.. 
nak beli baru pun tabung belum cukup... huhu..


AYAM UNGKEP CILI HIJAU
Resepi : Catzscafe

Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1/2 ekor ayam 
1 batang serai ~ dititik
3 biji cili hijau* (kalau cilinya kecik2 letak 4 / 5 biji ye)
6 - 8 biji cili padi hijau*
1/2 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawangg putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1 sudu besar biji ketumbar*
1 sudu besar jintan manis*
1 sudu kecil asam jawa (amik jus)
minyak
air
garam & secubit gula

Cara-cara menyediakan
1. Ayam dibersihkan & potong sesuai selera
2. Kisarkan bahan2 bertanda* hingga lumat.
3. Panaskan minyak lalu tumiskan serai & bahan2 kisar hingga naik minyak. Masukkan ayam lalu dikacau rata.  Tambah air untuk empukkan ayam biar ia merenih & ayam masak. Sesekali dikacau supaya tidak hangus.
4. Masukkan air asam jawa, garam secukup rasa & secubit gula. Kacau sebati & tunggu hingga kuahnya agak pekat. Dah cukup rasanya bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

6 comments:

Ratu Hatiku said...

Sedapnya..terliur dibuatnya... :P

norhidana said...

sdp jgk nih kak cuma agak pds skit lah kan

Fazleyatul Aini said...

macam best je nak try la

tun_telani said...

salam kak madiha.. kalau tun, lengkuas tu tun frozenkan. sbb biasa beli seketul besar kan, bersihkan, hiris2 susun atas tray n masuk freezer. dh keras alihkan dlm plastik. sekali beli tahan berbulan jugak. nk masak amik sehiris :) halia pon tun wat camtu gak. hehe..

Liza said...

salam akk...mmg nmpak sedap ungkep tu..

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...