Assalamualaikum & salam sejahtera...
MaDiHA hidang Puding Kiwi baru2 ni pada tetamu yang
berkunjung ke rumah. Tetamu pun bukan orang lain.. pakcik, makcik
& sepupu2 yang datang dari Terengganu & juga di PJ ni.
Seronok bila tamu datang berkunjung. Walaupun sedikit terkejar2 kerana
tamu datang pada malam hari bekerja... tapi rasa puas hati bila tamu makan apa
yang kita hidang dengan berselera sekali. MaDiHaA kerja separuh hari pada
siangnya dan dapatlah siapkan juadah laksam, gratin makaroni & puding
kiwi. Syukur alhamdulillah...
Jom MaDiHaA kongsi resepi puding kiwi. Resepi yang Kak
Nor Secubit Garam adaptasi dari resepi puding laici kak Liza. Terima kasih buat
kedua2nya.
PUDING KIWI
versi asal Puding Laici by K.Liza
versi asal Puding Laici by K.Liza
Sumber : Kak Nor
Secubitgaram
Bahan:
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)MaDiHaA lebihkan sikit
1/2 tin susu cair
2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan
Cara:
Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.

Selamat mencuba!
4 comments:
menariknya kaler..yummy
Nampak sedappppp sangat madihah..
Sampai telan air liur akak ni :D
sangat enak sekali... tar saya bikin ahh kayanya mantab nih,,,,Pengobatan Alternatif Diabetes Melitus
keliatannya sangat enak kuenya !!
Terapi Obat TBC
Post a Comment