Tuesday, September 8, 2015

Homemade Simple Garlic Spread.... buat sendiri lebih jimat!

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Puan-puan di rumah kalau nak berjimat, boleh buat sendiri sapuan mentega bawang putih atau garlic spread ni.  Yang beli kat kedai tu... bukan saja harganya mahal... malah.. bukannya sedap sangat.  Buat sendiri lagi berbaloi2.

Bahan2nya....

Jom kita buat sendiri garlic spread ni... resepi mudah sangat-sangat.. tak perlu letak bahan pelik2 pun...


MaDiHaA sapu pada 2 jenis roti... kemudian masuk oven & bakar hingga garing...
Jom tengok resepinya.....

Homemade Simple Garlic Spread
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
200 gm butter suhu biasa (MaDiHaA guna buttercup dalam tin je)
1 sudu besar daun english parsley yang dicincang halus (jika tiada boleh gantikan dengan parsley kering yang boleh dibeli dari kedai bakeri)
4 ulas bawang putih ~ dicincang halus
secubit garam halus


Cara menyediakan
Satukan semua bahan2 dan gaul sebati.  
Sedia digunakan.  Jika berlebihan, boleh simpan dalam peti sejuk & keluarkan garlic spread ni 1/2 jam sebelum digunakan.
 
Dah siap Garlic Bread MaDiHaA....


Jemput semua....
Selamat mencuba!

11 comments:

Yanieyusuf.com said...

wah mudah je..selalu yanie beli yang dah siap..cam ni lagi untung.. terima kasih sharing..


Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

Cekgu Maz said...

Sedapnye kak...pernah gak buat tp xisi parsley...isi mix herb dan oregano sikit....

Cekgu Maz said...

Sedapnye kak...pernah gak buat tp xisi parsley...isi mix herb dan oregano sikit....

norhidana said...

wahhhh bgs jgk nih kak.... nk buat pun mudah kan kak... aroma bau roti bakar garlic nih perkkkh memikat betul kn

Unknown said...

Buttercup tu marjerin bukan butter. Marjerin tak baik untuk kesihatan kerana isi dia lebih dekat dgn isi plastic.
Jenis parsley yg dipakai tu salah. Kena guna Italian parsley atau flat leaf parsley. English atau curly parsleytu lebih utk garnish bab dia adalah pembersih mulut cam mouthwash.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Kailasapathy Chellapah : Sebab tu saya tulis perkataan 'je' dalam kurungan tu sebab saya hanya guna marjerin bukan butter. Tak bermakna hanya boleh guna butter... marjerin pun boleh. Terpulang pada mereka nak pilih yang mana satu. Bercakap soal kesihatan.... it's out of topic. Saya tau ia tak elok untuk kesihatan tapi ia berlaku sekiranya kita consume setiap hari. Saya bukan pakar kesihatan. Saya juga bukan pakar masakan atau chef professional. Saya hanya ibu yang berasal dari kampong. Tak pernah belajar bab kulinari atau masuk U belajar hal masakan. Jadi jangan expect saya macam chef prpfessional. Kalau nak cakap soal kesihatan... rokok pun tak baik untuk kesihatan, tapi perokok tegar ambil ia setiap hari & sehari tak tau berapa kali mereka merokok.

Penggunaan parsley tu rasanya tak usahlah diperbesarkan melainkan kalau saya kongsikan resepi masuk dalam tv atau majalah memang patutlah saudara tegur. Saya guna english parsley sebab hanya itu yang mudah didapati & kebetulan ada dalam simpanan lebihan hiasan pulut kuning & ia tidak pun mencacatkan rasa atau memabokkan ahli keluarga saya bila makan masakan saya tu. U sesuai jadi juri dalam masterchef lah & please jangan jadi juri dalam blog masakan yang biasa2 macam blog saya. Kenapa u tak komplen chef yang jadi duta dalam iklan marjerin yang masuk tv atau majalah tu? Beritahu dia marjerin tak elok untuk kesihatan. Biar semua kilang marjerin tutup...

Tengku Sofia said...

Nanti boleh buat ni.

Unknown said...

Sis Madihaa...saba ye.. Biase la kite2 surirumah gune buttercup or marjerin biase je dlm sume jenis msakan.. But, all the best sis...
Thanks for de resepi..��

Unknown said...

Sedapnya

kalam ilham said...

Tak kisah la. Kita guna yg mana ada. Walaupon dia komen dah lama.. saya baru baca. ☺ nak buat jugak garlic butter. Nak cari "parsley" je ptg ni. Kalau ada jual la.. 😅😅😅

salina mohd taha said...

Suri rumah ni msk apa yg ada kt dlm rumah margerin ok daun sup pun ok ikut bajet yg ada syukur alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...