Friday, September 4, 2015

Kek Buah Kukus... resepi terbaik...




Assalamualaikum & salam sejahtera...






Minta maaf sebab masukkan resepi ulangan je. Sebenarnya dah beberapa kali buat kek buah kukus yang marbeles ni.  Memang tak rugi mencuba sebab hasilnya memang puas hati.  MaDiHaA buat sekali lagi kek ni masa buat makan2 untuk sepupu tempohari.  Bila dah siap potong-potong dan susun cantik2… jadi rajinlah nak ambik gambar.  Sebab nak hidang kat tetamu, MaDiHaA buat 1 ½ adunan & gunakan loyang empat segi saiz 9 inci. Kalau buat 1 adunan boleh gunakan loyang saiz 7” atau 8”.

Jom kita semak resepi...



 

KEK BUAH KUKUS
Resepi : Chef Zubaidah Chepa(buku Steamed Cake terbitan One Publisher)
Sumber : Hanamemories
sumber rujukan : kak.sheila.spices journey



Bahan-bahan 
250g butter @ seketul butter ( disarankan high quality butter)
350g gula pasir ~ MaDiHaA guna 290 gm
60ml air panas
500g buah-buahan campuran - MaDiHaA tambah 10 biji ceri merah
3 biji telur gred A
350g tepung gandum*
1 sudu kecil cream of tartar*
2 sudu kecil soda bicarbonat* ~ MaDiHaA guna 1 3/4 sudu kecil
1 sudu kecil serbuk buah pala/nutmeg*
1 sudu besar susu pekat
1 sudu besar sunquik
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Menyediakan

1. Masak gula hingga keperangan dan masukkan air panas perlahan-lahan. Sebatikan. Masukkan butter sehingga cair kemudian masukkan buah-buahan campuran dan juga susu pekat dan sunquik. Kacau kemudian sejukkan.
2. Ayak bahan-bahan yang bertanda*.  Masukkan ke dalam adunan mix fruits tadi sedikit demi sedikit menggunakan senduk kayu sehingga sebati. Bolehlah panaskan periuk kukusan dengan air yang mencukupi.
3. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan esen sehingga kembang dan masukkan perlahan ke dalam adunan kek dan gaul sebati menggunakan senduk kayu juga.
4. Alas loyang 7x7 dengan kertas baking. Sapukan butter keliling dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. Tutup loyang dengan aluminium foil.
5. Kukus selama 4 jam untuk mendapat kelembapan yang diinginkan. (boleh dikukus 2 jam shj) ~ MaDiHaA kukus 3 jam. Nota MaDiHaA : Jika perlu menambah air dalam periuk kukusan... sila gunakan air panas untuk mengelakkan proses memasak kek terbantut.
6. Sejukkan sebelum dipotong. (Pastikan kek benar2 sejuk seeloknyer semalaman supaya kek dan buah tidak berderai dan padat ketika dipotong).  Setelah masak.. MaDiHaA terus keluarkan kek dari periuk kukusan & biarkan kek berada dalam loyangnya dan sejukkan di bawah tudung saji.  Petang keesokkannya barulah dipotong.


Selamat mencuba!

8 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Nampak cantik elok kek tu Madihah..
Madihah jual 1kg berpa ye..

Nina said...

Lama tak skodeng.....bestnya kek.....seru tak sampai2 nak buat sendiri hehehe.....

LiNa_Pg said...

Terbaek kek buah ni kan kak madihaA

umi's cup cake said...

Nmpk sedap sangat kek buah tu..

Unknown said...

Sy fizah.kuih yg kaler hijau tu mcm sdp lembut je kak madiha.apa nama kuih tu

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Faizah'pejot Pejot : yang warna hijau tu puding kiwi... resepi akak dah letak dlm entry yang sebelumnya... semak entry terdahulu ye...

Agen Resmi Balikpapan said...

nampak sangat sedap kuenya , ijin copy resepnya !! Jelly Gamat Luxor

Unknown said...

Assalamualaikum Madihaa. Nak tny, bahan² yg ada tanda * tu, maksudnya apa ye?

Terima kasih sbb sudi share resepi :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...