Friday, February 17, 2012

Rainbow Cake untuk Birthday Boy.....

Assalamualaikum & salam Jumaat semua...

Hari ni nak kongsikan resepi Rainbow Cake atau Kek Pelangi yang sedappp sangat ni yer.  Dah ramai bloggers yang dah buat kek pelangi ni.  Kek ni juga sedang hangat di pasaran di mana tauke2 kek tak menang tangan ambil tempahan buat kek ni.. hehehe... Cuma.. mungkin ada yang gunakan resepi yang berbeza sedikit dari resepi yang ini.  Sebab memang ada banyak versi juga kek pelangi ni.. hihi...  Resepi yang ku buat ni ambil dari Kakzu@semanisgula yang sememangnya pakar membuat kek yang sedap2 & Kak Zu juga ada ambil tempahan kalau ada yang sudi nak merasa air tangan beliau.  Bolehlah jenguk2 blog Kak Zu ye..


Asalnya... kek ini kami semua pertama kali merasa semasa sepupu ku Ida Marlida buat sempena majlis hari lahir twinnya pada hujung tahun lepas.  Mr. Hubby yang bukan penggemar kek beraising ni boleh memuji2 kesedapan kek tersebut semetelah lagi kami yang tak memilih ni.. hihi.. Dan dengan tak segan silunya si dia siap mintak tapau bawak balik lagi! Mentang2lah kek pelangi yang Ida buat tu besorrrr... hahaha... (sebenarnya dia tak segan nak tapau tu sebab dengan sedara sendiri... kalau dengan orang lain sah2 la tak buat macam tu... ahakks!) Apa tak besarnya.. Ida kata dia buat sebanyak 3 adunan resepi untuk sebiji kek barbie doll tu... memang puas hati le tetamu makan.  Pulak tu.. ada lagi sebiji kek lain iaitu kek utk besday boy (anak tiri Ida) abang kepada twin yang juga sambut birthday pada bulan yang sama.  


Oleh kerana nampak Mr. Hubby suka sangat dengan kek tu.. jadi aku pun bertanyalah akan resepinya dengan Ida.  Dia pun bagitaulah ambil resepi dari blog kak Zu.  Walaupun dah lama aku simpan resepi ni.. hanya sekarang terbuka hati nak membuatnya sempena ulangtahun kelahiran anak teruna ku yang sorang itu.  Jadi.. inilah dia hasilnya Rainbow Cake yang ku buat khas untuk anak teruna ku Wan Haziq Azhari sempena hari lahirnya yang ke 6 tahun pada 29hb Januari yang lepas.  


Sebenarnya... aku buat kek ni agak lewat dari tarikh sebenar hari lahirnya sebab semasa hari lahir Haziq.. aku tak berapa sihat (a.k.a sedang menses) & memang takde mood pun nak baking membaking.  Masa hari lahir dia tu.. kami hanya bawa dia pegi makan pizza je sebab itu je permintaan dia.  Dia tak minta pun kami buat/beli kek2 bagai mahupun hadiah.. & lepas seminggu kemudian bila ku buat kek ini... boleh lagi dia kata... "ehhh! Kek besday abang ada dua???" Dia merujuk kepada kek yang dia potong dengan sepupunya Betty masa kat kampong tu sebagai kek dia juga... hehehehe... yelah.. bebudak ni fikirannya sangat telus & ikhlas... baginya.. kalau dah tokma/ibu kata itu kek Betty & Haziq (share).. jadi dia pun terima seadanya walaupun pada kek tu takde tulis nama dia pun.  Cuma ibu dia je yang takut anaknya tak puas hati... & buat jugalah kek khas untuk anaknya walaupun agak terlewat dari tarikh sebenar.  Tiada sambutan apa2... cuma potong kek dengan adik beradik je.... ayah dia pun kelam kabut nak pegi kerja shift malam masa dia potong kek tu.. Maafkan ibu ye Haziq sebab buat kek untuk Haziq terlewat seminggu.. tapi ibu tau Haziq suka dengan kek tu walaupun ibu deko kek tu ala2 kek untuk besday girl.... kekeke..



Oklah.. panjang pula celoteh hari ni... apa2pun.. nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada empunya resepi.  Menurut kata Kak Zu.. resepinya dari Shuhairi Shuhaini. Tq bebanyak ye! Terima kasih juga pada Kak Zu & Ida juga kerana share resepi yang sedap ni.  Terima kasih juga pada Kak Ayu Singapore yang share resepi creamcheese frosting yang best tu.  Walaupun rasa kek tu kalau dimakan begitu saja mungkin rasanya biasa saja.. tapi bila dilapiskan dengan creamcheese frosting tu... keknya jadi sangat sedap!! Tambah pula dengan idea mewarnakan setiap lapisan sehingga menjadi warna pelangi terus membuatkan kek tersebut jadi begitu istimewa.  Dengan warnanya yang ceria... memang sesuai sangatlah kita jadikan ia sebagai kek harijadi anak2...


Silalah mencuba kalau rasa teringin nak merasa yer..

RAINBOW CAKE
Sumber : Kakzu@semanisgula & Ida

BAHAN BAHAN
shortening - ni untuk sapu2 kat loyang aje..minyak pun boleh (MaDiHaA alas dengan baking paper bahagian bawah loyang (saiz 8") & sapu keliling loyang dengan butter)
3 cwn tepung serbaguna ( tepung gandum je)
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter - suhu bilik
2 cwn gula castor ( kurang kan skit sbb manis kek ni) (MaDiHaA kurangkan ke 1 1/2 cawan masih terasa agak manis.. mungkin orang lain ok dah kot)
5 biji putih telor - suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar - suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu n hijau

CARA CARA
1. Ayakkan tepung, baking pwder n garam - letak tepi jap.
2. Pukul butter n gula sampai kembang n gebu2 .
3. Masukkan telur putih, pukul lagi sampai sebati n gebu .
4. Masukkan esen vanila
5. Pastu masukkan tepung berselang seli dengan susu segar.
6. Dah siap putar sebati .. bahagikan sama rata adunan tu dlm 6 mangkuk dan setiap mangkuk letak pewarne yang berlainan.
7. Pastu bakar satu2 gune loyang 8 inci ..jangan gune loyang besar nanti kek jadik nipis..bakar pade suhu 170c/ 180 c dlm 10 @ 15 minit..bakar sampai habis 6 loyang tu pastu sejukkan atas rak dawai..dah siap keknya..tinggal nak kasik mekap je.
8. Bole gune topping non dairy whipping cream, buttercream, cheesecream @ what ever you want..hee
9. Bole jugak lapis2 kan dengan kiwi / strawberry / blueberry filling..( kalau suke )..kite yang buat die kan..taram je dik non. (MaDiHaA lapisi & frosting kek dengan cheesecream frosting seperti resepi di bawah, kemudian untuk decorating atas & keliling kek gunakan buttercream beli siap dari kedai bakeri)


Cream Cheese Frosting
Source :  Kak Ayu@curlybabesatisfaction

Ingredient
250g Philadelphia cheese
125 butter
1 cup icing sugar- (Ayu used 1/4 cup)
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon- (Ayu used 1 lime juice)

Method
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice. 


Selamat mencuba!

Thursday, February 16, 2012

Udang Kering Bercili / Chilli Dried Prawn

Assalamualaikum & selamat pagi semua...

Pagi ni masukkan quick entry aje ye. Tak sempat nak celoteh panjang-panjang...  

Jom tengok resepi Udang Kering Bercili yang pelbagai guna ni.... Idea masak ni bila mr. hubby beli chili prawn yang siap pek dalam botol untuk dimakan dengan nasi goreng atau bihun goreng... terus timbul idea nak masak sendiri.  Lagipun.. memang stok udang kering masih banyak lantaran stok yang lama belum habis.. mr. hubby dah kirim lagi membernya beli lagi masa dorang balik kampong hari tu...  Macam2 boleh buat dengan sambal ni... & tak rugi buat banyak2 sebab boleh disimpan beberapa hari...

Semak resepi ye...

Udang Kering Bercili
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 cawan udang kering ~ rendam, tos & blender kering
2 keping asam keping
1 1/2 cawan minyak masak
2 sudu kecil garam (atau secukupnya bergantung jenis udang kering samada masin atau tidak)
1 sudu kecil aji (optional)
2 sudu besar gula

Bahan2 kisar
50 gm cili kering ~ dipotong & buang biji, rebus kemudian dikisar berasingan
8 ulas bawang putih
20 ulas bawang merah

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan cili kisar hingga naik minyak. Tambahkan gula & bawang kisar & biar hingga agak garing & naik minyak. 
2. Masukkan udang kering kisar & asam keping lalu perlahankan api.  Kacau rata & biar hingga agak kering & terbit minyak.
3. Tambah garam (jika perlu), aji dan kacau rata & biar hingga sambal kering dan pekat. 
4. Bila dah secukup rasa.. tolak sambal ke tepi kuali & biarkan seketika supaya minyak tos sedikit kemudian bolehlah diangkat & dihidangkan.  
5. Untuk disimpan.. pastikan sambal sejuk sepenuhnya kemudian bolehlah simpan sambal ini dalam bekas bertutup & boleh digunakan pada bila2 masa.  Sambal tahan disimpan sehingga 4 - 5 hari (atau lebih) tetapi sila gunakan sudu bersih & kering ketika mengambil sambal dari bekas.
6. Sesuai dihidang bersama nasi goreng, pulut kuning, bihun goreng, mee goreng, cucur ikan bilis atau dihidang bersama tauhu kukus/goreng, terung goreng kosong.  Boleh juga dijadikan rencah tambahan dalam gorengan sayur-sayuran atau nasi goreng, tomyam atau lain2 lagi ikut selera masing-masing.



bihun goreng sempoi sarapan anak2 sebelum ke sekolah... ditambah udang kering bercili untuk menambahkan lagi keenakan semasa makan...


Selamat mencuba!

Wednesday, February 15, 2012

Granola Bars again?

Assalamualaikum & good morning everybody....


Haa... kan hari tu dah kata memang akan ku buat lagi Granola Bars yang sedap ni........ heeee... Jadi jangan marah ye sebab tayang menu ulangtayang lagi.. kalau nak marah pun kena senyap je sebab hari ni kan Wordless Wednesday... kikikiki... Dek kerana Granola Bars ni.. sampai dah nak habis madu yang mr. hubby beli kat kampong dulu tu.  Nampaknya.. balik kampong nanti kenalah beli lagi untuk stok... memang dah lama pun tak beli madu sebab memang jarang digunakan.  Tapi bila dah buat benda ni.. kejap jer surut madu tu..  sabor jelah.  Ahh! tak kisahla.. janji suami & anak2 suka & aku pun happy juga sebab mereka semua suka..

Jom semak resepi!  Kali ni ada sedikit adjustment pada resepi yang dulu sebab dah boleh agak apa yang perlu ditambah & perlu dikurangkan.. Jadi kali ni rasanya.. Granola Bars ni lebih sempurna dari segi rasa & rupa paras sebab yang buat dulu tu ada bahan yang takde.. Orait.. layan ye... Tuan rumah nak sambung kerja sambil2 nyunyah G.B. yum yum...

disejukkan sepenuhnya barulah dikeluarkan dari loyang..

Granola Bars
Diolah oleh MaDiHaA a.k.a Ratna
(saiz loyang ialah 9" x 9")

Bahan2
2 cawan Oats (kali ni MaDiHaA guna ‘Nature Ten Whole Grains Cereals’)
1 cawan Corn flakes
1 ½ cawan Puffed rice (resepi asal guna ½ cawan je)
2 sudu besar Badam cincang (non stock.. MaDiHaA ganti pumpkin seed)
2 sudu besar Walnut cincang
2 sudu besar Raisins
¾ cawan madu (resepi asal 1 cawan)
½ cawan Brown sugar (MaDiHaA kurangkan sikit)
4 sudu besar butter


kemudian barulah dipotong... (potong di atas papan pemotong yer!)

Cara menyediakan

1. Sediakan loyang yang sesuai. Alas dengan baking paper dengan ukuran lebih panjang sedikit dari loyang supaya mudah nak angkat bars. Baking paper tadi beruskan dengan butter. Sediakan sehelai lagi baking paper yang disapu butter untuk lapisan atas.
2. Panaskan oven 160C. Masukkan oats, corn flakes, puffed rice, badam cincang & walnuts dalam satu tray besar & ratakan. Panggang lebih kurang 10 minit supaya bahan2 tersebut rangup.  (kalau tray kecil.. bahagikan kepada dua bahagian) Dalam masa 5 minit buka oven & kacau2 atau balik2 kekacang atau bahan2 tadi supaya ia rangup sekata. Ketepikan & biarkan ia sejuk.
3. Dalam periuk besar yang sesuai.. (guna periuk bertangkai lebih mudah) cairkan butter dengan api perlahan. Masukkan gula perang & madu & kacau rata dengan api sederhana pula. Biarkan hingga gula cair & campuran tadi berbuih. Padamkan api bila nampak campuran seakan pekat sedikit.
4. Segera masukkan bahan2 yang dipanggang tadi serta kismis & dengan kadar segera kacau sehingga benar2 rata. Pastikan setiap bahan bersalut dengan sirap madu yang dimasak tadi dengan rata.
5. Tuangkan di dalam loyang yang disediakan tadi & ratakan sambil menekan2 dengan senduk kayu supaya padat. Biarkan bancuhan benar2 sama rata & padat supaya mendapat bars yang sama tebal & tidak pecah2 semasa dipotong. Lapikkan lapisan atas bars dengan baking paper yang satu lagi & gunakan rolling pin yg kecil (atau guna je apa2 botol yg sesuai mcm botol nescafe ker) & roll rata2 atas baking paper tadi supaya permukaan bars elok rata. Tarik semula baking paper bahagian atas & biarkan ia sejuk sebentar.
6. Keluarkan bars yang telah sejuk dengan cara menarik baking paper yg berlebih tadi & letakkan di atas papan pemotong.  Potong bars kepada kepingan-kepingan kecil dengan pisau tajam dengan cara menekan dari atas. (bukan dengan cara menggergaji ye!) Potong ikut saiz kegemaran & sedia untuk dihidangkan.
7. Simpan Granola Bars dalam bekas kedap udara. Boleh juga dibungkus satu2 secara individu supaya mudah nak dibawa ke mana2 untuk snek bekalan.

Simpan dalam bekas kedap udara untuk kekalkan kerangupan!

Selamat mencuba!

Tuesday, February 14, 2012

Ayam Ala Bali

Assalamualaikum..
Bersua lagi... mungkin semasa entry ni dipublishkan.. MaDiHaA sedang berada di KL & belum lagi selesai urusan kerja di sana. Jadi harap maklumlah ye yang entry kali ni adalah auto publish... hehe... Hari ni MaDiHaA mengikut bos ke pejabat kerajaan di Jalan Sultan Salahuddin (tak payah sebutlah pejabat apa yer..) di KL atas urusan kerja... & hopefully sempat pulang ke ofis sebelum pukul 12 tengahari nanti sebab nak kena jemput anak teruna ku yang habis kelas tadikanya... harap2 la takde jem yang luar biasa.. hehe.. Kadang2 tak boleh nak ramal keadaan jalan raya kat KL ni... 

Oklah.. terus je ke resepi yer.. Sebenarnya.. dah lama juga masak Ayam Ala Bali ni.. kira2 selepas masak Ayam Rica Rica tempohari sebab masa tu memang baru beli daun limau purut.. Jadi kita dok asyik cari resepi yg guna daun limau purut je la.. bukan apa.. takut daun limau kering dalam peti sejuk nanti.. hehe... Lauk ni oklah.. mr. hubby boleh makan walaupun ada campuran daun limau purut sebab lauk ni kering2 & tak berkuah.  Resepi ni MaDiHaA ambil dari Diana@skybluemelleymey. Rasanya dah ramai juga yang dah mencuba resepi ni & alhamdulillah... memang kena dengan selera kami semua.  Cuma... tang gula merah tu je di skip sebab pada tekak ku... lauk ni dah secukup rasa dah manis yang datang dari kicap & sos tu.. Terima kasih ye Diana utk resepi ni.. akak dah cuba ni & memang sedap!  Akak mintak izin letak resepi kat sini pulak tau...


Ayam Ala Bali
Resepi : Diana@skybluemelleymey
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan²
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia _ dihiris
1/2 inci lengkuas _ dihiris
2 batang serai _ dihiris menyerong
2 - 3 helai daun limau purut _ dimayang / dicarik² (MaDiHaA letak sehelai2 takmau kuat sangat baunya)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan² Kisar ( Kisar menggunakan food processor )
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering ( boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² )


Bahan² A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa _ boleh juga menggunakan gula melaka (ini MaDiHaA skip sebab dah cukup manis dah ikut selera kami & sebenarnya takut abg tak mkn kalau manis2 sgt.. hehe..)
Garam jika perlu


Cara²
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.  Panaskan minyak yang banyak.. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
2. Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak ( boleh juga menggunakan kuali dan minyak gorengan ayam tu tadi.. tinggalkan sedikit minyak tu untuk menumis ) dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.  Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.  Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
3. Tambahkan bahan² A dan gaul rata. (MaDiHaA tambahkan setengah cawan air masa ni) Setelah mendidih dan sedikit pekat.. bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
Masak seketika dan sesuaikan rasa.  Tutupkan api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih panas. 


Selamat mencuba!

Monday, February 13, 2012

Steamed Soft Banana Cake

Assalamualaikum...
Tak dapat nak bebel panjang2 kali ni.. kejap lagi nak keluar jemput anak teruna balik dari tadika pulak.. jadi terus jelah dengan resepi apam pisang kukus yang dibuat hari Sabtu baru ni ye... Minggu lepas beli pisang 2 sikat.. masa ronda2 rumah aunty Yochana.. terjumpa lak resepi yg menarik ni. TQ to aunty Yochana for this nice recipe..! Sangat sedap Steamed Soft Banana Cake atau apam pisang kukus lembut ni... kalau dah memang penggemar pisang.. apa2 yang dibuat dari pisang tentulah semua suka.. hihi..


Masa dok goggle2 resepi nak masuk ke entry ni tadi... baru perasan yang ramai juga yang dah cuba resepi dari aunty Yochana ni...  antara yang dah pernah cuba ialah Rima, Ita Masam Manis, Kak Ummi, Kak Nor Secubitgaram & mungkin ramai lagi.. mula2 tu kompius juga sapa owner sebenar resepi ni.. tapi bila baca kat entry Rima ohh.. Rima pun dah beritahu yang ini resepi aunty Yochana. Mungkin kawan2 yang lain tak perasan kot yang ni resepi aunty & kebanyakan ada yang tak tulis nama owner & ada yang tulis resepi dari Rima.. hehehe... Sebab bila tengok kat blog.. aunty Yochana dah pos resepi ni dari tahun 2008 lagi sedangkan kat blog Rima entrynya dalam tahun 2010.. jadi MaDiHaA assume ini memang aunty Yochana punya resepi le ni.. hehe..


Steamed Soft Banana Cake
Resepi : Aunty Yochana

Ingredients (A):
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt

Ingredients (B):
3 small eggs
100 gm. brown sugar (MaDiHaA dah kurangkan sikit)
100 gm. pao flour / Hong Kong flour / superfine flour
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil

TOP LAYER:

2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water
65 gm. pao flour / Hong Kong flour / Superfine flour


Method:

(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till flurry, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed. Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins. or till cooked.
(5) Serve 

Nota MaDiHaA : MaDiHaA kukus guna acuan puteri ayu & kukus bahagian putih tu dulu kemudian baru kukus bahagian pisang.. sapu sikit minyak masak pada acuan puteri ayu supaya apam tak melekat. Tapi tulah.. jadi tak cun bahagian putih tu sebab ada kesan warna kuning2 akibat myk masak tu.. lenkali sapu ngan shortening je mungkin takdelah kesan warna kuning tu.. hehe.. lagi satu kita perlukan acuan puteri ayu lebih sebab kalau lambat kukusan kali kedua bahagian putih tu macam dah tak mau naik sgt.. may be boleh tambahkan baking powder sikit utk kukusan kali ke dua tu.. rasanya kalau buat macam kak nor tu okay sikit sebab guna acuan besar.. or else.. buat je macam saranan aunty Yochana tu barulah okay.. by the way.. utk kukusan yang pertama.. memang cun & lembut je kuih ni..


Selamat mencuba!

Saturday, February 11, 2012

Sambal Hitam Pahang lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ni bersiaran dari dalam bilik nampaknya... hehehe.. biasa bersiaran dari meja pejabat... tapi kali ni terus menerus dari atas katil... kekekeke... adakah ia berbunyi seksi? Ker seksa? hahaha... mana2lah.. yang penting tuan rumah dapat mengupdate dengan selesa. Bukan apa... kat rumah ni line tenet sangat2 lembab kalau bersiaran dari ruang tamu sebab kurang signal... hanya dari dalam bilik je line okay sikit.. jadi tempat yang paling selesa dalam bilik ni mestilah atas katil menaip sambil meniarap lagi! Ni sebenarnya sambil2 tunggu anak dara bersiap untuk ke sekolah ganti petang ni..  hanya sekolah kebangsaan je kena ganti sebab sekolah agama takde cuti tambahan masa raya cina aritu... so sambil2 tu ibunya taip ler entry kejap... 


Oklah.. takmo bebel panjang2... meh tengok sambal hitam Pahang yang aku buat baru2 ni.  Ekoran stok buah belimbing buluh yang dibeli mr. hubby agak banyak... so..  bolehlah buat sambal hitam Pahang yg best ni lagi... Sebenarnya memang pun tujuan cik abang beli belimbing tu nak suruh mem dia ni buat sambal hitam tu... tapi mem dia takdelah habiskan semua belimbing tu untuk di sambal... simpan juga untuk masak lain & gulai ikan garaman dalam entry semalam pun ada letak juga belimbing buluh tu... cadangan nak buat nasi dagang pulak terpaksa kiv dulu sebab byk sangat menu yang nak dimasak... tp memang terliur & teringat kat gulai nasi dagang aje tiap kali nampak belimbing buluh tu... Oklah ulang tayang resepinya yer... Kali ni MaDiHaA buat 2 kali resepi...

Sambal Hitam Pahang
Resepi : Mertua MaDiHaA
Sumber : MaDiHaA


Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa (optional.. bukan wajib. resepi asli takde.. masak itukan subjektif! & kadang2 perlu kreatif.)
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak

belimbing buluh sedang direbus
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  

belimbing yang siap direbus

PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
PESANAN KEDUA: Sila guna periuk yang buruk2 je untuk rebus belimbing sebab belimbing punya asid yang kuat & boleh jadikan periuk bertukar jd kusam. MaDiHaA guna periuk nasi yang dah tak guna (yg ibu periuknya dah rosak.. hehe). Kalau kat kampong biasanya dorang guna tin minyak masak yg empat segi tu untuk rebus belimbing ni..
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.


3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  

4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!


Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...