Friday, February 3, 2012

Granola Bars


Assalamualaikum....



Minggu lepas tekak ni teringin pulak nak kudap2.  Hari Sabtu tu aku pun godek2lah Granola Bars ni memandangkan bahan2 semua ada & tak perlu susah2 nak mencari bahan (walau ada yang takde tapi aku ganti je ngan benda lain sebagai alternatif.. hehe). Sebenarnya tekak nak makan cookies.. tapi malas pulak nak buat.. maka.. inilah dia yang jadi.  Alhamdulillah.. hubby & anak2 suka makan benda ni.  Aku dah boleh agak hubby mesti suka punya sebab dia kerap jugak beli kuih yg lebih kurang gini iaitu bepang kacang tanah tu.. cuma bezanya bepang kacang tanah tu rangup.. tapi bars ni takdelah rangup sangat.. ada sikit liat2 gitu... tapi kitorang suka jer.. cuma takleh le mkn byk2 sekali gus sebab manissss!! Syok makan sambil2 tengok tv gitu... tapi aku lebih suka makan benda2 gini lepas makan nasi. Biasa kalau lepas makan mesti nak carik benda2 manis sikit.. dpt sikit pun jadila sekadar nak maniskan mulut yg terasa pedas atau nak hilangkan hanyir lepas makan lauk-pauk or ikan tu kan.. hehe.. InsyaAllah aku akan buat lagi snek ni.. Puffed rice pun baru je beli.. kekeke.. lagipun snek ni bagus sebab guna oats & madu.. kan ianya salah satu makanan yg berkhasiat.  Elok untuk orang dewasa & untuk anak2 juga..

Siapa2 yang nak mencuba silalah ye.. Tapi aku mohon maaf sebab betul2 lupa resepi ambil dari mana.  Betul2 tak ingat copy dari mana sebab dah bertahun2 simpan resepi ni. Resepi asal adalah dalam English & aku rasa mungkin dari blog omputeh kot.. tapi aku dah taip semula dalam BM supaya mudah nak faham.  Thank you to the owner of the recipes.




Granola Bars 
Diolah dari internet oleh MaDiHaA a.k.a Ratna
(saiz loyang ialah 9" x 9") edit 5/2/2012



Bahan2
2 cawan Oats
1 cawan Corn flakes
1/2 cawan Puffed rice (MaDiHaA ganti ngan corn flakes sbb takde stok) 
2 sudu besar Badam cincang (non stock.. MaDiHaA ganti pumpkin seed)
2 sudu besar Walnut cincang
2 sudu besar Raisins
1 cawan madu (MaDiHaA guna 3/4 cawan je)
1/2 cawan Brown sugar (MaDiHaA kurangkan sikit)
4 sudu besar butter


Cara menyediakan

1. Sediakan loyang yang sesuai. (nanti MaDiHaA confirmkan balik saiz loyang yg sebenar ye.. terlupa aritu guna loyang mana.. ) Alas dengan baking paper dengan ukuran lebih panjang sedikit dari loyang supaya mudah nak angkat bars. Baking paper tadi beruskan dengan butter. Sediakan sehelai lagi baking paper yang disapu butter untuk lapisan atas.
2. Panaskan oven 160C. Masukkan oats, corn flakes, puffed rice, badam cincang & walnuts dalam satu tray besar & ratakan. Panggang lebih kurang 10 minit supaya bahan2 tersebut rangup.  (kalau tray kecil.. bahagikan kepada dua bahagian) Dalam masa 5 minit buka oven & kacau2 atau balik2 kekacang atau bahan2 tadi supaya ia rangup sekata. Ketepikan & biarkan ia sejuk.
3. Dalam periuk besar yang sesuai.. (guna periuk bertangkai lebih mudah) cairkan butter dengan api perlahan. Masukkan gula perang & madu & kacau rata dengan api sederhana pula. Biarkan hingga gula cair & campuran tadi berbuih. Padamkan api bila nampak campuran seakan pekat sedikit.
4. Segera masukkan bahan2 yang dipanggang tadi serta kismis & dengan kadar segera kacau sehingga benar2 rata. Pastikan setiap bahan bersalut dengan sirap madu yang dimasak tadi dengan rata.
5. Tuangkan di dalam loyang yang disediakan tadi & ratakan sambil menekan2 dengan senduk kayu supaya padat. Biarkan bancuhan benar2 sama rata & padat supaya mendapat bars yang sama tebal & tidak pecah2 semasa dipotong. Lapikkan lapisan atas bars dengan baking paper yang satu lagi & gunakan rolling pin yg kecil (atau guna je apa2 botol yg sesuai mcm botol nescafe ker) & roll rata2 atas baking paper tadi supaya permukaan bars elok rata. Tarik semula baking paper bahagian atas & biarkan ia sejuk sebentar. 
6. Keluarkan bars yang telah sejuk dengan cara menarik baking paper yg berlebih tadi & letakkan di atas papan pemotong.  Potong bars kepada kepingan-kepingan kecil dengan pisau tajam dengan cara menekan dari atas. (bukan dengan cara menggergaji ye!) Potong ikut saiz kegemaran & sedia untuk dihidangkan.
7. Simpan Granola Bars dalam bekas kedap udara. Boleh juga dibungkus satu2 secara individu supaya mudah nak dibawa ke mana2 untuk snek bekalan.




Selamat mencuba!


15 comments:

khairiah khaizu said...

saya pun dulu suka makan tp x pandai nk buat...kawan bg..kalau makan tu sekali mkn 1 potong je x lebih sbb manis....tq MaDiHaA..resepinya..(*__*)

Kak Sam said...

Alamak granola bars pulak. Macam mana ni congo bar pun tak terbuat2 pun lagi.

HomeKreation said...

Aslmkm Madiha cayang. Kebetulan ada sekotak Granola adiah dr kawan, belum plan nak buat apa lagi ni.... nanti senang2 Along belek respi Madiha ni ya.

Chah said...

mewah tul bars ni kan...mesti dok ngap2 sampai tk sedar abih 4 balang...errr ada lagi tak? :)

rostina76 said...

wah!!! menariknya tgk trus teringat manisan2 ala2 Arab yg mmg tempting. rasa mcm nak try la next time k.madiha.tq

izahdaut said...

Saya mmg kekampungan sikit kak. Baru 1st time dengor ni. Gamaknya sblum ni tau makan je .. Hehe. Menda gini mmg manis tapi siok je gigit

EmbunRosaliza said...

Assalam madiha, sedapnya, lagi best bila tegigit kekeacang tu, rasanya tak sedar mkn byk ni walaupun manis

Mulan said...

kami pon suka kudap2 ni.. sedap ni..

tun_telani said...

mcm wat biskut cornflakes raya tu la kan.. tun suka mkn kalau byk kacang2 nih..

nOOrsha said...

salam kak..sedapnye ujan2 ptg2 gini dpt ngonyel2 granola bars smbil BW..hihiihi

Unknown said...

pepagi lps subuh akak terjah blog Madiha ni, ada kudapan rupanya, kalau buat ni mesti hubby suka. dia tu suka mengunyah bila kt rumah, asyik buka botol je....hehe...bagus juga ni, boleh ubah2 letak apa yg kita suka kan?

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam k.madiha
ni kan sure anak2 Nuri suka sb cornflakes he he
nanti boleh cuba kan

ALoNa CintamaniszLite said...

Tak brp suka mende ni...maniss, hehe..tp kalo buat sendiri mgkn leh kurangkan manisnya kot, kak??

Aida Awie said...

tercari2 resepinya.. tq ye. teringin nak buat sendiri memandangkan harga di pasaran sgt la mahal.

Agen Resmi Balikpapan said...

kelihatannya sangat enak , jadi pengen nyoba !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...