Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri dari MaDiHaA sekeluarga...

Assalamualaikum semua....

Hari ni rasanya dah ramai yang dah berada di kampong halaman masing2.  Tak kurang juga yang masih berada di jalan raya menuju ke destinasi masing2.  Kami masih lagi berada di PJ kerana suami masih lagi kena bertugas 4 petang ni hingga 12 tengah malam nanti.  Cadang2 kami akan bertolak pulang esok ke kampong MIL di Raub. Cuma belum pasti nak balik pukul berapa. Biasanya kami aim sampai bandar Raub dan sempat beli sikit juadah berbuka di bazar Ramadan di sana... maklumlakan.. lain bazar lain jenis2 juadahnya... hehe.. 

Oklah di kesempatan ini MaDiHaA ingin mengucapkan Salam Aidilfitri & Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung di Dapur MaDiHaA ni... Maaf jika ada terkasar bahasa selama berblog atau meninggalkan komen di blog kengkawan ye.  Andai dipanjangkan umur.. bertemu lagi selepas raya nanti.  Tapi tak pastilah kalau2 boleh online dari kampong sebab kat kampong line tak berapa bagus sangat.  

Apa2 pun.. ini adalah sticky post... sila scroll ke bawah untuk n3 seterusnya...


Friday, August 26, 2011

Choc Oats Crisp Cookies

Assalamualaikum... 

Agak lewat masuk entry hari ni... dek kesibukan di pejabat yang perlu disetelkan sebelum bercuti raya... alhamdulillah.. semuanya dah setel & ini masa untuk berpoya2 di blog.. hehehe.. Teman2 dah ramai yang tayang biskut raya masing2. Bermacam2 jenis, bermacam2 rasa & bermacam2 nama ada... teruja betul tengok kerajinan kawan2.  Aku aje yang ketinggalan.. Sebenarnya kukis ni dah buat seminggu yang lalu..  cuma tak sempat nak ambik gambar.. rasa macam malas pulak nak posingkan kukis ni.. hmm... malam tadi sebelum tidor paksa diri untuk ambik gambar kukis ni sebagai kenang-kenangan & untuk koleksi resepi dalam blog ni... 

Resepi kukis ni dah lama aku simpan dari zaman berfotopages dulu lagi.. antara yang terawal membuatnya ialah Maklang Azie & Kak Ida Bakery... cuma aku jer yang tak terbuat2 lagi sampailah zaman kegemilangan fotopages dah semakin malap.. hihihi... Bila tengok Kak Ummi buat tempohari terus terasa nak buat jugak.. Aku ingat tulisan nota kat bawah tu memang sama dengan resepi yang pernah aku print dulu.. tapi entah kemana peginya resepi tu.. Jadi aku copy semula resepi dari dapur Kak Ummi.. T.kasih Kak Ummi.. Terima kasih juga pada Maklang & yang lain2 terlibat.  Resepi asal kurang pasti dari siapa.. kalau anda tuan empunya resepi sila2lah bagitau yer..

Berbaloi2 buat kukis ni sebab sangat2 sedap, rangup & secukup rasa...


Biskut Choc Oats Crisp
Resepi : Penyulawa @ Maklang @ Ida Bakery (sori x jumpa link dah)
Sumber: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan :-

    * 130g tepung gandum *
    * 30g tepung jagung *
    * 20g serbuk koko *
    * ½ sk serbuk penaik *
    * ¼ sk serbuk kulit kayu manis * (bahan bertanda * diayak bersama)
    * ¼ sk garam
    * 90 g Quaker Oat Segera
    * 200g mentega
    * 120g brown sugar (MaDiHaA letak 100 g)
    * ½ sk esen vanilla

Cara :-

   1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
   2. Masukkan garam dan Quaker Oats segera dan gaul rata.
   3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Uli hingga kental.
   4. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
   5. Potong atau terap dan letak atas dulang. (*akak just ketul-ketulkan, letak atas dulang dan tekan dengan garfu kasi leper sikit)
   6. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit atau hingga masak.

Nota:-
Maklang bakar dengan suhu 170 selama 15 minit. Sebaik2nya, biarkan biskut betul2 sejuk baru makan dan rasa sendiri kerangupan biskut rangup coklat oat yang pasti makan sekali nak lagi. Maklang tak terap biskut ni sbb angin malas dah datang so maklang buat jer cam bentuk choc. chip...cepat sudahnya... :-D (# akak pun just wat bulat2 dan letak atas dulang, tekan sikit dengan garfu sblm dibakar) ~ MaDiHaA pun ikut sama macam kak Ummi..



Selamat mencuba!

Thursday, August 25, 2011

Talam Lapis Lumut lagi....

Assalamualaikum....


Bertemu lagi...




Ini kuih yang dibuat hari yang sama dengan Ayam Ala Kenny Rogers kat entry kat bawah tu... Tak puas makan Talam Lapis Lumut yang dibuat dulu tu.. jadi kali ni buat lagi.. tapi kali ni buat setengah adunan aje & kukus gunakan acuan kecik2 tu.. sebab adunan ni dapat agak banyak.. buat hari tu pun sebahagian sedekah kat pengasuh & jugak makcik..

Oklah.. letak lagi resepinya senang kawan2 nak rujuk... TQ kepada penyumbang resepi..


Talam Lapis Lumut
Resipi : Puan Azimah Mansor
Sumber : Kak Nur & MaDiHaA


Bahan-Bahan

Bahan A
300gm kacang hijau (direbus hingga kembang & agak kering airnya)
60gm tepung hoen kwe (MaDiHaA guna 85 gm/1 pek)
150gm tepung gandum
250gm gula pasir (kalau suka manis.. sila tambah gula lagi ye... bagi MaDiHaA sedang elok dah manis dia ni.. tp bg yg kuat manis mesti kata kuih ni tawar..)
1500 mlm santan
50gm tepung beras
1 biji telur

Bahan B
70gm gula merah
Pewarna hijau dan coklat

Cara-Cara
1. Kisar semua bahan A dan bahagikan kepada 2 bahagian.
2. Satu bahagian dicampur dengan gula merah dan bubuh warna
coklat dan satu lagi dibubuh warna hijau.
3. Kukus selapis demi selapis selama 10 minit bagi setiap lapis.
4. Setiap lapis lebih kurang 400ml. (MaDiHaA kukus dalam acuan kecik2 kali ni)



Nota MaDiHaA: utk satu adunan ini sesuai menggunakan loyang 10 inci. 






Selamat mencuba!

Ayam Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum...
Jangan marah yer.. masih ada n3 tertunda... & jangan bosan pulak sebab masih lagi dengan menu ayam.. hihihi... 

Masak Ayam Ala Kenny Rogers ni sempena cuti Nuzul Quran tempohari.  Kalau harap hari bekerja memang tak sempat nak masak yang beria2 ni... paling canggih pon mee goreng, nasi goreng, mee sup.. kikiki... tapi takperlah.. itupun rezeki jugak kan.. 

Cakap pasal ayam ala KRR ni... teringat kami berbuka puasa di restoren KRR sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke 10 tahun 2 tahun lepas..  punyalah ramai orang.. hmm.. nampaknya tahun ni tak berkesempatan langsung berbuka diluar.. en. suami sibuk betul kebelakangan ni.. ada cuti pulak.. ambil kesempatan untuk balik kg.. jadi.. apa2 yang teringin nak makan.. kita buat sendiri ajelah yer.. jimat pun jimat.. yang penting.. kena rajin sikitlah.. hahaha...

Oklah.. resepi ni dah ambil lama dari dapur Kak Ayu yang berada di Singapura tu.. hanya sekarang berkesempatan mencuba. Terima kasih Kak Ayu & terima kasih juga pada penyumbang resepi sharm1969@myresepi.  Betul2 macam ayam KRR bila digandingkan dengan side dish yang juga ala2 KRR seperti bake bean, kentang putar & salad.. apalagi ada sos cendawan yang dicurahkan ke atas ayam tu.. cuma yang tak lengkapnya.. takde sos kentang putar & juga muffin.. tp alhamdulillah.. kenyang seadanya... Ok jom semak resepi pulak...


Ayam Ala Kenny Rogers 
Resepi : From sharm1969@myresipi.com
Sumber : Ayu

Bahan2

    * 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) (MaDiHaA potong 4 & buang kulit)
    * Bahan-2 untuk make up ayam :
    * 3 biji bawang besar
    * 4 biji bawang putih
    * 1 inci halia
    * 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (jika takde gula lada hitam serbuk)
    * 2 sudu besar madu
    * 1 ketul kiub ayam Knorr
    * 2 sudu besar gula pasir
    * 2 sudu besar herba campuran (mixed herb) (MaDiHaA tambah herba cajun 1 sudu kecil)
    * 1 1/2 sudu teh garam halus + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
    * Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
    * Sedikit mentega

Cara-cara

   1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
   2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
   3. Perap selama 1 1/2 jam.-(Ayu perap semalaman)
   4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
   5. Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita). (MaDiHaA hidang dengan Sos Cendawan seperti resepi di bawah yer)
   6. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini).  

Nota : MaDiHaA hidang bersama sos cendawan, kentang putar, baked bean & salad



MUSHROOM SAUCE/SOS CENDAWAN (MaDiHaA's Style) 

Bahan2
1 biji bawang besar ~ didadu halus
2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepong gandum
1 sudu besar tepong jagung (dibancuh dengan ½ cawan air di bawah)
2 cawan air
1 cawan susu segar
1 kiub lembu
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk lada hitam (MaDiHaA tumbuk sendiri jer.. kalau nak lebih pedas boleh lebihkan)
1 tin cendawan butang ~ hiris nipis
3 sudu besar sos perang/brown sauce (MaDiHaA guna hoisin sos)
3 sudu besar kicap manis
½ sudu kecil oregano cincang (MaDiHaA guna dried oregano)
garam secukup rasa

Cara2
1. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang besar cincang hingga layu. Kecilkan api lalu masukkan tepong gandum dan kacau rata. Masukkan susu segar dan air (pastikan tinggalkan ½ cawan air untuk dibancuh bersama tepong jagung).
2. Masukkan kiub lembu, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, cendawan butang, sos perang dan kicap manis.
3. Biarkan sos mendidih sebentar sambil dikacau2 sentiasa. Masukkan air bancuhan tepong jagung & juga garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan agak2 pekat sedikit. Jangan terlalu pekat sangat pulak ye. (kalau terpekat.. boleh tambah air sikit) Bila dah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan dihidang dengan steak kesukaan anda.


Selamat mencuba.

Wednesday, August 24, 2011

Ayam Bumbu Bali

Assalamualaikum & salam sejahtera.....




Ada lagi n3 tertunda ni.. alahaii.. biasalahkan.. memang tak sempat nak buat n3 up~to~date mcm Kak Nor & kawan2 yang lain.  Salute betul dengan kawan2 yang sangat cargas panas2 update n3.. huhu.. Aku ni.. almaklum.. dah namanya berkerja... buat n3 pun bila ada kelapangan... kat rumah lagilah teruk.. mcm2 kerja nak kena settle yang tak membolehkan mengadap lappy macam kat opis.. nama jer masuk line tenet.. tp.. jarang2 gak dpt on lappy... dok bayor bulan2 jer.. hehe... 

Oklah.. tah apa2 membebel.. jom kita tengok resepi ni.  Salah satu resepi yang rasanya ramai jugak yang dah mencuba ni. Resepi asal dari daging dari Cindai Biru@MyR, tapi dah diolah semula oleh Kak Nor & ditukar kepada ayam.  Boleh tahan jugak sedap.. ada iras2 mcm masakan ma & adik2  ku kat kampong bila diaorang buat masak merah ikan... memang akan ditambahkan kicap sikit.. Cuma bezanya.. resepi ma & adik2 lebih ringkas bahan2nya.. tp dari segi rasa.. sama jer.. Mungkin sebab aku tak letak daun limau purut tu kot.. kalau letak rasanya resepi ni mungkin rasa lain sikit kot.. almaklum la.. cik abang ada.. daun limau tu musuh dia.. hehe..

Apa2pun.. terima kasih kepada semua yang terlibat yer.. resepi aku ambil dari rumah Mama Hawa... TQ semuanya ya.. mintak izin letak sikit pulak resepi..


Ayam Bumbu Bali
Olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
Resipi : Kak Nor
Sumber : Mama Hawa

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil - mama gunakan ayam seekor  ~ 1.2kg
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah * (MaDiHaA tambahkan 2 sudu besar cili kering kisar)
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair (MaDiHaA ganti dengan santan)
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong (MaDiHaA tak letak)
Daun limau purut ~ (MaDiHaA tak letak)
garam
gula
minyak

Cara:
1. Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
3. Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
4. Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi. Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
5. Padamkan api dan sedia utk dihidangkan. 


Selamat mencuba!

Tuesday, August 23, 2011

Cucur Udang

Assalamualaikum & salam sejahtera......


Orang lain dah sibuk tayang sekuk raya.. yang aku tak abis2 dengan menu2 berbuka.. hehehe.... alhamdulillah.. dah siap dua jenis kukis buat weekend yg lepas.. cuma tak sempat lagi nak diposingkan.... tp kukis2 semua dah tinggal 2/3 dari balang dikerjakan dek anak2.. hehehe..... takperlah.. buat pun untuk dorang jugakk... tak cukup nak buat raya nanti kita tunjuk2 jelah... hehe.. ni statement org yang 'rajin' le ni.. kih kih kih.. seronoknyer kalau jadi suri rumah sepenuh masa............ boleh wat sekuk raya byk2 sebab ada byk masa kat rumah.... sabor jelahh...

Oklah.. Cucur Udang ni juadah yang digandingkan dengan menu Nasi Dagang semalam untuk berbuka hari Ahad yang lepas.. walaupun semua orang pandai buat cucur udang... kita masukkan jugak resepinya yer untuk rujukan anak2 nanti...


Cucur Udang
(ini versi lembut.. kalau nak versi rangup klik kat SINI)
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
500 gm tepung gandum
sedikit serbuk kunyit
2 biji telur 
1 biji bawang besar ~ potong dadu
10 tangkai daun kuchai - dipotong 1 inci
1 mangkuk taugeh - buang kepalanya.. ekor tak buang pun takper (org malas )
(boleh campur sayuran lain kesukaan anda spt carrot parut, kobis atau apa2 jer)
2 sudu kecil garam ~ di bancuh dlm air suam
air suam/ air biasa secukupnya hingga dapat batter yg sesuai (biar cair sikit dari bancuhan cekodok biasa.. tapi pekat sikit dari bancuhan roti jala)
udang secukupnya - dibersihkan buang sesungut dia tu..
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan
1. Masukkan tepung, serbuk kunyit dlm bekas yg sesuai. Masukkan bawang dadu, taugeh & daun kuchai dan kacau rata. Tuangkan air suam bergaram tadi dan kacau sambil masukkan telur dan kacau lagi.  Tambah lagi air & kacau hingga bancuhan rata dan sederhana pekat.
2. Panaskan minyak dlm kuali.. letakkan senduk yg tahan panas dlm minyak panas.. agak2 dah panas sikit.. angkat senduk tu dengan kain pengalas periukk (MaDiHaA guna senduk pesen lama yang takde penebat tu.. takut panas tangan).. Pastikan dalam senduk diisi dengan sedikit minyak panas.
3. Masukkan batter tadi ke dalam senduk yg panas tu menggunakan senduk yang lain.. (maknanya.. jangan cedok guna senduk yg sama.. nanti melekat2 plak bila menggoreng) Letakkan udang sekor atas batter yg berada dlm senduk tu.. dan letak dlm kuali.. biarkan kejap.. pastu bolehlah cungkilkan guna garfu atau chopstick. 
4. Ulangi proses yang sama sambil2 menggoreng hingga cucur yang pertama nampak garing & masak. (jangan lupa balikkan). Goreng sehingga habis. 
5. Hidangkan dengan sos kegemaran atau kuah kacang.  (MaDiHaA hidang dengan sos lebihan buat nasi ayam hari sebelumnya tuh... sedap!)





Nota MaDiHaA : Senduk tak perlu dipanaskan setiap kali nak menggoreng.. memadai biarkan terendam tanpa batter sesekali je jika cucur nampak melekat sangat. Biasanya.. boleh terus sambung menggoreng tak perlu panaskan pun takpe sebab masa kita menggoreng tu pun kita rendam sekali dengan senduk.


Ok.. selamat berpuasa semua & selamat mencuba...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...