Wednesday, August 29, 2012

Suka Duka Aidilfitri 2012...

Assalamualaikum...

Bertemu lagi... sana sini rata-rata dah ramai kawan2 yang siarkan gambar raya di blog & FB masing2 kan?  Semuanya meriah dengan pelbagai cerita2 & kenangan raya yang indah2 belaka untuk dikenang... Pun begitu, bagi kami Aidilfitri 2012 kali ini amat terkesan di hati lantaran  rentetan peristiwa Julai 2012.  Walaupun ada sedikit perkembangan yang baik (mungkin) kerana Allah S.W.T mendengar rintihan & doa kami semua.. tapi hati tetap terpalit rasa sedih kerana famili kami tidak lengkap berkumpul pada raya tahun ini.  Mungkin benar kata kawan2... apa pun yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya... Waktu susah beginilah kita akan tersedar & Allah S.W.T tunjukkan kepada kita siapa sebenarnya kawan kita sewaktu menangis & kawan sewaktu ketawa  & waktu susah beginilah juga kita akan kenal yang mana satukah saudara kita yang benar2 mengambil berat terhadap kita sewaktu kita dalam kepayahan.  Hanya Allah S.W.T jua yang dapat membalasnya kepada mereka yang banyak membantu & mengambil berat di kala kami memerlukan.  Sebenarnya.. bukan wang ringgit yang kami dambakan.. sokongan moral pun dah memadai... Tambah2 lagi buat ma tersayang yang sudah tiada bersuami..  Kami adik beradik sedaya upaya cuba membantu agar ma sentiasa berasa kami berada disisinya walau dalam apa keadaan pun.  Satu lagi keajaiban & pengajaran yg kami perolehi... orang yang disangka menyusahkan suatu ketika dulu... rupa2nya dialah orangnya yang paling rapat dengan kami & paling banyak membantu semasa kami diuji walau (bukan wang ringgit) sekadar kudrat & masanya tapi itu adalah satu pengorbanannya yang sangat besar kepada kami.  Hampir sebulan mereka bersama2 menguruskan pelbagai urusan semasa di K.T merapatkan lagi hubungan sesama mereka. Itulah antara hikmahNya...  Syukur ya Allah dengan perkembangan ini sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani hambaMu yang lemah ini! Syukur terhadapMu Ya Rabb..!


Kami sekeluarga... kain yang dibeli & ditempah setelah seminggu berpuasa..  Walaupun tiada mood nak berbaju raya baru.. mengenangkan anak-anak yang dah mula bertanya.. buatlah juga... hanya baju je yang baru.. tudung kami semua recycle! Takde mood nak cari tudung raya..



Exclusive dari kami... heee... (nampak lain muka bila ku tak pakai spek! heee..) 
2 minggu lagi genaplah 13 tahun kami sebagai suami isteri... Alhamdulillah... 
Moga jodoh kami berpanjangan hingga ke syurga.. amin...



Tak dapat berposing 4 beradik... hanya kami bertiga sebagai kenangan...



Keluarga kecil kami... tak lengkap famili kami bergambar kali ni.. 
bergambar mana yang ada jelah... 
(kualiti gambar memang out!)



Cucu2 tokma di hari raya... 3 orang cucu takde dalam gambar... yang sorang dah tidor rasanya (baby lagi) & lagi 2 orang beraya di rumah nenek belah satu lagi...
Punyalah susah nak ambik gambar deme ni semua... yang duduk depan tu semua takleh dok diam.. dahlah maklong ambik gambar pakai handphone je! Ni je sekeping yg elok sikit.. hee...



En. hubby nak bergambar dengan anak & anak2 saudaranya.. tu pun ada yang takde... hehe.. payah betul nak ambik gambar budak2 ni...



Inilah dia menu kami di pagi raya... masak yang mudah je... Lemang & rendang daging tu yang dah disiapkan pada sebelah malamnya lagi.. (siap dihidang utk berbuka lagi 29 Ramadhan tu!) Dan menu2 lain seperti Nasi Minyak, Kari Daging, Ayam Masak Merah & Acar Timun & Nenas semuanya dibuat pada pagi raya.  Fresh2 & panas2 lagi.. hehe...



Plan asalnya pada petang raya pertama kami nak bertolak ke Kuala Terengganu. Tapi kita hanya mampu merancang.. namun Allah S.W.T jua yang menentukan segalanya.. Tak jadi ke K.T sebaliknya haluan kami ke arah selatan iaitu ke Johor Bahru pula.. 
 Tak pernah terdetik di hati bahawa kami akan beraya di JB kerana kami memang tiada saudara di sana! Gambar anak2 ni semasa kami beraya dirumah saudara adik ipar ku Tasya di Ulu Tiram, Johor pada raya ke 2..



Dari Ulu Tiram kami ke rumah seorang lagi saudara Tasya di Kampong Dato' Sulaiman Menteri, Johor Bahru.   Beraya di JB? Memang boleh dijadikan arkib "Hari Ini Dalam Sejarah".. hehe....



Selesai beraya... kami menuju ke destinasi utama kami... destinasi wajib & tujuan utama kami ke Johor.. 



6 buah kereta berkonvoi dari Keratong ke Johor Bahru.. disinilah destinasi akhir kami sebelum kami pulang semula ke Pahang... di sinilah berlakunya 'drama air mata'... Syukur kerana dipermudahkan segala urusan kami.. Puas, lega & bersyukur kerana Allah S.W.T maha mendengar doa kami yang dalam kesusahan... 



Akhir sekali... letak gambar bunga2 orkid tokma yang sedang indah mekar ini....


Sekian...& terima kasih kepada semua yg sudi bertandang...

Monday, August 27, 2012

29 Ramadhan di Kampong ku....

Assalamualaikum...

Dah pun masuk 9 Syawal hari ni kan.... Macamana dengan raya kalian semua? Tentu meriah & gembira kan apatah lagi bila berpeluang menyambutnya bersama seluruh ahli keluarga tersayang di kampong halaman.  Tapi jangan dilupa... ada juga yang disapa hiba & kesedihan pabila ada dikalangan mereka yang kehilangan insan tersayang di saat2 akhir nak menyambut raya... Terimbau kenangan 10 tahun yang lalu pabila kami kehilangan ayahanda tercinta pada 26 Ramadhan... hanya 4 hari lagi nak sambut raya... terasa hari raya pada tahun tersebut tiada ertinya lagi... hanya air mata yang menemani kami semua di pagi raya.... Al-Fatihah buat allayarham Hj. Ismail bin Muda.. semoga arwah ayah ditempatkan di kalangan insan beriman.. amin..

Masih lagi ada sedikit kenangan Ramadhan walau ramai yang dah tayang gambar raya... takpelah kan... buat kenang2an kami.  Alhamdulillah berpeluang berbuka puasa bersama ma & adik2 di kampong pada akhir Ramadhan tahun ini walau ada ahli keluarga yang kurang... kami redha...

Oleh kerana ma nak ubah menu raya tahun ini (biasa wajib ada lontong) jadi untuk berbuka kakak Dini request tokmanya masak lontong... alhamdulillah dapat juga mkn lontong sebelum raya... sebenarnya ibunya pun teringin juga nak makan lontong tokma... bila kakak Dini kecewa tokma taknak masak lontong untuk pagi raya (sebab nak masak menu lain) jadi tokma masaklah untuk berbuka puasa hari terakhir puasa tu.... Bukan apa.. mungkin ma tak sampai hati nak masak lontong sebab menu tu adalah menu kegemaran salah sorang ahli keluarga kami yang tak dapat bersama2 pada pagi raya tahun ini...


Menu berbuka kami pada 29 Ramadhan yang ala2 menu pagi raya......... hee.... Ada ketupat nasi (segera), ada lontong, ada rendang daging cili padi & juga lemang.  Lemang tu ma buat bersama2 dengan kawannya...  Bila dah siap dibahagi dua.. sedap sangat lemang tu.. Lemang ni memang untuk raya tapi kami dah tak sabar nak makan lemang panas2... tak tunggu raya... petang tu dah korbankan 2 batang untuk buka puasa.. hee.... Rendang daging cili padi tu pun menu raya juga... tapi kami dah korban dulu almaklum nak gandingkan dengan lemang tu kan.... hee... Nanti menu raya yang lain update later ye....


Menu dessert pula... angah sempat buat jeli kelapa.  Kebetulan masa aku & en. suami ke belakang rumah untuk kait & kupas kelapa untuk masak menu raya.. aku request en. suami kait kelapa muda sekali untuk buat berbuka puasa... dikaitnya sampai 10 biji! Dah banyak2 tu... tu yang angah nak buat jeli kelapa... memang sedap!! Dapat banyak bila buat sendiri... puas anak2 makan...

Ok.. jumpa lagi ye...

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri buat semua...

Assalamualaikum buat semua kawan2 & para pengunjung blog ini....

Source : 123Greetings.com

Kepada semua pengunjung Dari Dapur MaDiHaA yang tak pernah jemu2 bertandang ke sini MaDiHaA ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & mohon ampun dan maaf zahir & batin sekiranya ada tutur kata atau tulisan di blog ini mahupun komen2 MaDiHaA di blog kalian yang menyinggung perasaan.  MaDiHaA hanya insan biasa yang kadang-kala alfa dalam setiap perbuatan.  Maafkanlah MaDiHaA ye...

MaDiHaA doakan semoga kalian semua beroleh kebahagiaan di dunia & akhirat & semoga hari raya yang bakal menjelang beberapa hari nanti akan memberi seribu kenangan manis buat semua...

Doakan juga semoga segala urusan MaDiHaA sekeluarga dengan ujian yang kami lalui ini dapat diuruskan & dipermudahkan dengan izin Allah S.W.T. Semoga segala kekusutan akan segera terurai & segala kesedihan bertukar kegembiraan di pagi raya nanti... amin amin ya robbal alamin...

Salam sayang buat semua...


Wednesday, August 15, 2012

Bulan puasa pun teringin Keledek Goreng cicah Sambal Kicap!

Assalamualaikumm....

Ada satu petang tu... tiba2 tekak teringin nak berbuka dengan keledek goreng cicah sambal kicap.  Haishhh.. mana nak carik bulan2 puasa ni mana ada gerai yang jual keledek goreng ke pisang goreng ke... Gerai2 yang biasa jual semasa luar bulan puasa pun semuanya tutup!  Yang banyak hanya gerai menjual kuih muih pelbagai macam aje... Tapi tekak ni tetaplah ngengada nak jugak keledek goreng.. mujurlah nak makan yg murah2 & yang senang2 je.. buatnya teringin nak makan takoyaki ker... lagilah haru! heeee....

Makanya... oleh sebab takde sapa yang berjual goreng-gorengan di bulan puasa.. maka terpaksalah merajinkan diri buat sendiri... Balik dari kerja cari keledek kat kedai & sampai je rumah terus zas zus menyiapkan juadah berbuka hari tu iaitu Keledek Goreng cicah sambal kicap dan sempat jugak goreng nasi sekuali... alhamdulillah... rezeki hari tu... sangat2 simple juadah berbuka kami...

Resepi campak2 je.. memang tak bersukat pun... kat bawah tu bahan2 yang digunakan dengan kuantiti yang agak2 ... tak kisah punya buat macamana pun tetap menjadi juga... Tapi kali ni tak letak air kapur ataupun marjerin tapi ganti dengan sebiji telur untuk merangupkan tepongnya tu....


Keledek Goreng

Bahan2
3 senduk tepong beras
1 senduk tepong gandum
2 sudu kfc garam
1 sudu kfc serbuk kunyit (atau lebihkan kalau kurang kuning)
1 biji telur
air secukupnya

Minyak masak secukupnya
Keledek oren secukupnya atau keledek yang sesuai digoreng

Cara2
1. Keledek dikupas lalu dicuci bersih & toskan. Hiris sederhana tebal & ketepikan sebentar.
2. Bancuhkan semua bahan2 batter hingga rata dengan kepekatan yang sesuai.
3. Panaskan minyak & celup keledek dalam batter & gorenglah hingga kuning keemasan.
4. Hidang bersama cili kicap.

Sambal Cili Kicap
Bahan2
Segengam cili padi
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap secukupnya

Cara menyediakan
1. Tumbuk halus cilipadi & bawang putih. Kaup ke dalam mangkuk kecil lalu masukkan gula & kicap secukupnya. Kacau rata & sedia digunakan.

Nota : Sambal Cili Kicap tahan di simpan berminggu2 jika disimpan dalam peti ais & boleh digunakan pada bila2 masa.


Selamat mencuba!

Tuesday, August 14, 2012

Ikan Selayang Sambal Bunga Kantan


Assalamualaikum....

Hari ni sebaik sampai je depan tadika Haziq... hujan turun mencurah2... Patutlah malam tadi terasa panas yang amat... almaklum kat rumah memang tak wujud penghawa dingin... jadi hanya guna kipas siling saja... Orang tua2 dulu pernah kata.. kalau malam hari terlalu panas tu tanda2 esoknya hari nak hujan.  Wallahualam.. tak tau betul ke tidak & ada kaitan atau tak.. mungkin ianya terjadi secara kebetulan saja kot.. Belum buat kajian terperinci.. tapi kalau dulu2 tu memang itulah yang terjadi.. Bila malamnya panas yang amat2.. tau2 esok mesti hujan.. hehe.... tadi mujurlah hujan tak lama sangat... sekadar membasahi bumi yang kontang ni aje...  alhamdulillah... segar sikit tanaman2 kat tepi2 rumah tu kan...

Okaylah... hari ni tayang lauk lagi.... hari2 kering idea nak masak lauk apa terutama untuk bersahur.  Sebabnya waktu sahur memang wajib makan nasi.  Waktu berbuka tu tak kisah sangat makan simple2 je.. Jadi tempat yang kerap skodeng mestilah blog2 sifu masak2 kita.. antaranya di blog Che Mat Gebu... hehehe.. terima kasih ye Mat... resepi2 Mat banyak bagi idea pada akak memasak untuk sahur..... Resepi kali ni pun sedap & membuka selera waktu sahur... mintak izin ye Mat akak letak resepi kat blog akak pula... Sementara ada stok bunga kantan yang banyak ambil dari kampong mertua tempohari.. asyik2 keluar menu yang ada letak bunga kantan.. jangan mareee yer... hehe...

 
Ikan Selayang Sambal Bunga Kantan
Resepi : Che Mat Gebu
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 ekor ikan selayang, cuci bersih* (resepi asal guna ikan tenggiri, MaDiHaA guna 3 ekor ikan selayang saiz besar)
1/2 camca teh serbuk kunyit*
1/3 camca teh garam*(*disatukan dan lumut rata2)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Cili padi sebagai hiasan (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HANCUR :-)
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, hiris halus
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
20 biji cili padi (MaDiHaA lebihkan sikit)
2 biji cili hijau
1 camca besar ikan bilis, rendam sekejap dan toskan
3 biji tomato ceri @ 1/2 biji tomato biasa

CARA MEMBUATNYA :-)
1. Ikan digoreng tapi jangan sampai garing, goreng embal2 sahaja. (MaDiHaA goreng agak garing... sebab suka mkn yg agak garing) Kemudian susun dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar (kalau dapat jangan kisar halus sangat, atau anda boleh tumbuk lumat), hingga harum, gunakan api kecil. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula, terus menumis hingga terbit minyak dan sambal garing.
3. Masukaan kan jus limau kasturi, kacau rata dan rasa, (puasa takleh rasa ye.. hehe) jika ok boleh matikan api. Tuang sambal atas ikan dan ratakan. (MaDiHaA masukkan ikan dalam sambal & gaul bersalut...) Hias dengan cili padi jika suka. Hidangkan bersama nasi putih hangat... 


Selamat mencuba!
 

Monday, August 13, 2012

Sotong Masak Kunyit

Assalamualaikum...
Resepi campak2 dari en. suami............. letak jelah sini wat kenangan kan... bukan senang woo nak makan masakan dia kalau bukan kerana bulan puasa.. sebabnya.. en. suami nak berbekal untuk sahur ke tempat kerja.. jadi dia kenalah masak nasi & lauk... ni kes malas nak keluar kul 4 pagi le ni.. hee...



Sotong Masak Kunyit

Bahan2
800 gm sotong ~ bersihkan & potong
7 urat kacang panjang ~ potong pendek
garam, serbuk perasa & serbuk kunyit
minyak masak secukupnya

Bahan hiris
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
beberapa cili padi (tp en. abang tak letak takut anak2 pedas... sayang anakkk.. heee...)

Cara2
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan hiris hingga layu & wangi. Masukkan serbuk kunyit & gaul sebati. 
2. Masukkan sotong & kacang panjang.. kacau rata. Masukkan garam & serbuk perasa. Bila sotong masak terus tutupkan api & hidang.

Selamat memasak..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...