Monday, January 20, 2014

Telur Dadar Kulat Sisir

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Semasa MaDiHaA masukkan gambar kulat sisir kat Facebook & tanyakan kawan2 apa lagi yang boleh dimasak selain masak lemak & goreng pedas.. ada antara kawan2 yang berkongsi idea katanya boleh juga dicampurkan dalam telur dadar & juga cucur atau jemput2.. Wahh... sound interesting!  Bila dapat lagi stok kulat sisir dari kampong baru2 ni... teruslah ku cuba buat telur dadar ni.  Memanglah rasa telur dadar ni lain dari yang lain... tapi not bad jugalah bagi peminat kulat sisir.  Bagi yang tak suka kulat sisir ni... memang tak boleh nak kata apa lah kan.. hehehe...

Jom kita tengok resepi mudah ni.  Terima kasih kawan2 yang berkongsi idea...



Telur Dadar dengan Kulat Sisir
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 biji telur ayam 
1/3 cawan kulat sisir kering
garam secukup rasa
4 biji cili padi ~ dihiris
2 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
1/4 sudu kecil kunyit serbuk
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Bersihkan segala kekotoran pada kulat sisir & kerat kakinya jika ada btg kayu yg melekat. kemudian rendam hingga kembang. Cuci bersih & toskan kulat (biarkan habuk2 tenggelam dlm air dengan sauk kulat menggunakan tangan). Tumbuk separa lumat.
2. Pecahkan telur dalam satu mangkuk. Masukkan kulat yang ditumbuk dengan melerai2kannya. Campurkan cili padi, bawang merah, serbuk kunyit & garam secukupnya & kacau rata sehingga kulat sebati dengan telur.
3. Panaskan minyak masak secukupnya & tuangkan telur & gorenglah telur dadar seperti biasa sehingga masak di bahagian dalamnya.  Sedap dihidang panas2 dengan nasi putih & lauk yang lain.

Selamat mencuba.

Saturday, January 18, 2014

Nasi Goreng Jagung II

Assalamualaikum & selamat hujung minggu...



Dah sarapan semua?   Jemput makan Nasi Goreng Jagung!  Sempat MaDiHaA hidangkan sarapan ini untuk kami sekeluarga.  Terlintas nak masukkan isi jagung bila 3 ketul jagung rebus terbiar sepi dalam peti sejuk tak siapa nak menghabiskannya.  Jadi MaDiHaA sengaja tanak nasi 3 pot untuk digoreng.  Kisah jagung ni... hari pertama rebus memang laku.  Tapi mungkin sebab masing2 dah kenyang.. seorang hanya makan seketul saja.  Berbaki 3 ketul.  Dah dipanaskan masih juga takde yang sudi nak makan.. hehehe... Akhirnya MaDiHaA masukkan dalam nasi goreng ini.. Alhamdulillah.. habis juga ia.  Kebetulan ada pula seekor ikan kembong goreng lebihan malam tadi.. terus MaDiHaA jadikan rencah dalam nasi goreng.  Gunakanlah apa yang ada dirumah & jangan sekali2 dibazirkan.  Sekarang semua barang naik harga.. say no pada pembaziran!



Nasi Goreng Jagung
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
Nasi (dari 3 pot beras yang ditanak sedikit keras ~ jangan lembek ya)
3 jantung jagung rebus ~ dihiris ambil isinya
1 ekor ikan kembong goreng ~ ambil isi & tumbuk lumat/kasar (jika tiada boleh ganti dengan segengam ikan bilis ~ dibersihkan & juga ditumbuk lumat)
2 sudu besar sambal belacan (ikut kepedasan ~ jika tiada tambahkan 10 - 15 biji cili padi dalam bahan tumbuk)
2 - 3 biji telur
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak secukupnya

Bahan tumbuk lumat
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu pecahkan telur.  Kacau2 hingga telur beku & menjadi telur hancur. 
2. Masukan bahan tumbuk & tumis sehingga wangi & harum bersekali dengan telur tadi. Masukkan sambal belacan, isi ikan yang ditumbuk & isi jagung.  Kacau rata.
3. Masukkan garam secukup rasa. Tambahkan serbuk perasa jika suka. Kacau rata.
4. Akhir sekali masukkan nasi yang telah diperoikan.  Kacau rata & rasakan garamnya.  Jika dah ok bolehlah hidangkan nasi goreng dengan keropok ikan atau apa saja bahan sampingan kegemaran anda.

Selamat bersarapan!

Thursday, January 16, 2014

Kek Kurma Moist Tanpa Telur lagi..... baru puas hati...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Beberapa hari tak bersiaran di blog disebabkan kesibukan menjaga anak yang kurang sihat.  Anak dara MaDiHaA yang kecik tu (tapi bambam) kalau demam mesti lama.  Sampai ibunya naik risau.. taknak makan, kurang minum susu, kurang ceria.. panasnya pun asyik on off saja.  Hari Jumaat dia masih bersekolah, petangnya pengasuh bagitau Alin kurang sihat.  MaDiHaA dah bawa ke klinik.. hmm.. memang demam.. ubat klinik hampir habis tak baik juga demamnya hingga terpaksa ambil ubat dari klinik yang lain pula takut2 ubat klinik pertama kurang serasi.  Tak juga baik.  Hari ke 6 iaitu semalam kami bawa pula dia ke hospital PPUM. Selepas ambil darah & tunggu keputusan.. alhamdullillah lega rasanya sebab dalam darah tiada kuman & bukan juga denggi.  Platlet darahnya 213 berbanding normal dari 200 hingga ke ?... (hehehe.. tak pasti.)  Syukur sangat2. Tapi panasnya masih ada lagi sikit2 kata pengasuh.. tonsilnya pun bengkak teruk kata doctor.. mudah2an anak ibu cepat sihat.. minggu ini nampaknya Alin tak bersekolah langsung... MC 3 hari.. 2 hari lagi dah memang cuti.. Hari ni barulah ibu dapat masuk ofis & tinggalkan Alin dengan pengasuh pula.  Harap Isnin depan Alin dah boleh sekolah semula... 



Oklah.. disebabkan dah petang.. MaDiHaA share kek yang sedap ni sekali lagi ye.  Kali kedua mencuba buat Kek Kurma... alhamdulillah kali ni baru puas hati.  Kek elok naik & tak mendap lagi.  Berbanding kek pertama kali buat dahulu yang lebih moist.. Kek kali ni masih juga moist walaupun nampak sedikit kering.. Hakikatnya ia masih lembab.. Kejadian kek kali ni sangat memuaskan hati. Barulah cantik bila dipotong bila kek naik sekata... alhamdulillah.. ribuan terima kasih pada Aludra tuan empunya resepi.  Sekurang2nya.. kurma yang tersadai lama kat rumah tu dapat jugak diluakkan... membazir tidak sekali-kali... hehe...

Jom kita lihat resepinya sekali lagi.. mana tau ada yang berkenan nak mencuba..  Sedap kek ni.. sekali makan tak siapa sangka ia kek kurma..



KEK KURMA MOIST TANPA TELUR
Resepi : Aludra (Myresepi)  
Sumber : Nuri & MaDiHaA aka Ratna

 ( 18cm )

Bahan2
  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus (MaDiHaA kurangkan sukatan & gunakan gula perang)
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda (soda bikarbonat) (MaDiHaA ayak bersama2 tepong gandum)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional) (MaDiHaA tak letak non stock)

Cara-cara


  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. (MaDiHaA kisar terus dengan susu & minyak sayuran) Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.

NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna. 
Selamat mencuba!

Friday, January 10, 2014

Apam Labu Manis

Assalamualaikum & salam Jumaat yang barokah....


Labu lebihan buat gulai lemak tempohari... sempat MaDiHaA apamkan.  Dah lama sebenarnya nak buat apam labu ni tapi seru je belum datang.  Ramai yang dah cuba resepi apam labu yang diadaptasi dari resepi apam keledek yang pernah MaDiHaA kongsi di Fotopages satu ketika dulu (tahun 2008).  Cuma tuan dia je yang tak pernah cuba lagi.. Agaknya trauma kot sebab dulu pernah buat Muffin Labu Kukus jadi bantat... hahaha... Alhamdulillah.. akhirnya sampai juga seru MaDiHaA buat apam labu ni... cuma... MaDiHaA ada ubahsuai sedikit cara penyediaan dengan mengurangkan tepong dalam bahan A & lebihkan sedikit tepong dalam Bahan C.  Ini adalah perkara biasa... ubahsuai resepi untuk lebih memudahkan cara penyediaan. Cubaan pertama resepi tak semestinya sempurna kan? Jadi tak salah kita ubahsuai resepi untuk resepi yang lebih baik.  Resepi asas Apam Keledek yang pernah MaDiHaA kongsi ini juga pernah MaDiHaA ubahsuai & jadikan Apam Jagung Pandan.  Semua kejadian apam sangat sempurna & sedap sekali.  Jika ada yang nak mencuba.. bolehlah mencubanya ye.  Resepi Apam Keledek boleh klik pada link Apam Keledek pada resepi.

Jom kita buat apam! Agak2... resepi ni boleh tak MaDiHaA olah jadikan Apam Durian Belanda pulak? heheheheee...




Apam Labu Manis  
Resepi : MaDiHaA aka Ratna  
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek & Apam Jagung Pandan


Bahan A 
1 sudu besar tepong gandum  
2 sudu teh yis segera 
1 sudu teh gula kastor 
3 sudu besar air suam

Bahan B  
200 gm labu yang siap dikopek ~ kukus/rebus hingga empuk
160 ml air / santan sederhana pekat
150 gm gula kastor 
1 biji telur A/B

Bahan C  
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)  
1 sudu teh double action baking powder (DABP)

Bahan D  
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap) 
Sedikit garam


Cara menyediakannya

1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.

2. Lecek labu kukus sehingga halus. Masukkan air/santan, gula kastor dan telur. Gaul sebati.

3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati.  Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati.  Rehatkan selama 1 jam.

4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik.  Atau boleh juga aturkan paperliner ke dalam acuan apam.  Panaskan air dalam periuk kukusan.

5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam hingga hampir penuh. Atau boleh juga masukkan dalam piping beg besar & picitkan apam ke dalam acuan2 kecil tersebut.  Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil.  Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye).   Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.

6. Bolehlah hidang apam labu manis dengan kelapa yang digaulkan dengan garam.  Atau boleh juga dimakan begitu saja pun dah cukup sedap.

Selamat mencuba!

Thursday, January 9, 2014

Kerapu Tauchu Dengan Terung

Assalamuaikum & salam sejahtera...



Kongsi resepi biasa2 je hari ni. Lauk yang agak kerap juga di masak jika dah kekeringan idea.  Cuma bezanya.. sayur yang dirampai tu ikut apa yang ada dalam peti sejuk je.  Kali ni hanya ada terung panjang yang agak sesuai dicampur dalam taucu... jadi lebur sajalah. Alhamdulillah lauk ini MaDiHaA gandingkan dengan sambal belacan, ulam kubis mentah (ambil bahagian yang putih bahagian dalam) & telur goreng hancur atau scramble egg.. licin semunya.. hehe...

Jom masak untuk famili tersayang...!


Kerapu Tauchu Dengan Terung
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ekor ikan kerapu sederhana besar
garam & serbuk kunyit
1 biji bawang besar ~ mayang memanjang
2 ulas bawang putih ~ hiris
1 cm halia ~ hiris halus btg mancis
6 - 7 biji cili padi ~ hiris kasar
1 - 2 biji terung panjang (kalau besar letak sebiji je) ~ hiris sesuai selera & rendam sebentar
1 sudu kecil asam jawa ~ jadikan jus
2 sudu besar taucu (jangan mumbung sangat)
air secukupnya utk kuah anggaran 2 cawan
1/2 sudu kecil gula
sedikit serbuk perasa
minyak utk menumis

Cara menyediakan
1. Ikan dibersihkan & kelar. Lumur garam & serbuk kunyit & goreng garing. Angkat & letak dalam pinggan hidangan.
2. Dalam kuali lain panaskan sedikit minyak & tumiskan bahan2 tumisan yang dihiris hingga naik bau. Masukkan air asam jawa & taucu. Masuk air, terung, gula & serbuk perasa. Biarkan hingga terung lembut.
3. Rasakan & ejas sesuai selera.. kalau masin boleh tambah air & biar berkuah sikit (sebab taucu tak sama tahap masinnya). Bila dah sedap kuahnya.. tuangkan di atas ikan goreng tadi.  Hidangkan panas2 bersama nasi putih.

Selamat mencuba!

Wednesday, January 8, 2014

Puding Durian Belanda Dangdut



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Dapur MaDiHaA jarang sangat berpuding.  Kalau berpuding pun selalunya buat puding tempahan customer.  Bukan MaDiHaA tak suka makan puding.. tapi sebenarnya sebab anak2 yang kurang gemarkan puding.  Kalau buat selalu sangat puding tak habis.  Kalau makan pun mungkin sepotong saja.. lepas tu puding sampai kering dalam peti sejuk.  En. suami pula.. pilih2 jenis puding atau agar2. Tak semua yang dia suka.   Kali ni terasa teringin pulak nak makan puding sejuk2 bila ada stok buah durian belanda yang en. suami petik dari pokok di kampongnya semasa kami balik Raub untuk hantar anak sulung ke asrama.  Kebetulan buahnya memang dah hampir nak masak semasa dipetik. Bawa balik ke rumah.. esoknya terus buahnya lembut.  Sedapnyer dapat makan durian belanda fresh. Saiznya pula bukan main besar pulak tu... lebih dari 2kg.  Dah lama teringin nak makan durian belanda.  Tapi kalau terjumpa.. nampak buahnya macam belum cukup tua bila duri rapat2.  Dahlah harganya cukup mahal sekarang ni.  Terus batalkan niat untuk membeli.  Kalau nak tau buah yang cukup tua.. durinya jarang2 & kulit buahnya berkilat.  Kalau kulitnya tak berkilat itu maknanya.. buah belum cukup tua.  Ada kemungkinan buahnya takkan masak.  Kira rezeki kami la balik kali ni... sedang elok buah dah cukup tua.



Bercerita pasal puding ini... teringat puding dangdut yang femes seantero blogger iaitu Puding Laici Dangdut.  Tapi MaDiHaA tak pernah buat lagi malah... resepinya pun MaDiHAa tak pernah salin hehehehe.. belum sampai seru orang kata.  Tapi beberapa malam lepas teringin pulak nak buat puding durian belanda yang lembut... jadi MaDiHaA namakan saja ia Puding Durian Belanda Dangdut.  Lembut je puding ni.. lebih mudah ia dimakan menggunakan sudu.  Bekukan aje dalam mangkuk kecil2... nak makan sudukan aje ke dalam mulut... hmmmm... nyamannn bah...


Banyak sumber yang mengatakan buah durian belanda mempunyai khasiat mencegah kanser.  Betul atau tidak.. wallahualam.  Bagus amalkan makan durian belanda.. kaya vitamin C juga ni... baik untuk kulit.  Kulit lebihan yang kita makan tu boleh pula dibuat masker sapu2 pada kulit muka kita.. hehehe...

Ok jom tengok resepi sesedap rasa MaDiHaA ni...

PUDING DURIAN BELANDA DANGDUT

Resepi : MaDiHaA aka Ratna


Bahan-bahan
400 gm isi durian belanda ranum (dibuang semua bijinya)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (nak lebih manis boleh tambah lagi)
2 teaspoon / 5 gm serbuk agar-agar
5 cawan air


Cara-cara
1. Kisar isi durian belanda bersama 1 cawan air hingga hancur.  Ketepikan dahulu.
2. Masak lebihan air tadi (4 cawan) dengan serbuk agar-agar hingga mendidih.  Masukkan gula & kacau hingga gula hancur.
3. Masukkan susu cair & puri durian belanda & kacau hingga mendidih.  Segera tutupkan api.

4. Tuang ke dalam acuan yang disukai & sejukkan.  Bila dah sejuk bolehlah masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Kalau rajin buat sos pun sedap juga hidang dengan puding ni... Yummeh!

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...