Friday, July 10, 2015

Pecal... menu wajib di bulan Ramadhan..

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pecal ni adalah antara menu wajib muncul jika masuk bulan puasa kat rumah MaDiHaA sama macam mee bandung juga. Memang suka sangat dengan pecal. Kalau dah makan pecal tak perlu dah nak makan nasi. Kenyang sayurlah jawapnya.

Jom MaDiHaA kongsi resepi pecal ni sekali lagi. Mana tau kot ada yang teringin nak mencuba.  Tapi kalau tak ramai yang makan kat rumah tu.. baiklah beli aje sebab kalau kita buat sendiri kat rumah ni hasil yang kita dapat memang banyak.  Maklumlah.. dengan bahan2 sayurannya yang pelbagai.. walaupun kita guna serba sikit... last2 jadi banyak juga.. hehehe... Kat rumah hanya MaDiHaA & suami yang suka makan pecal ni... tp MaDiHaA tetap buat juga sebab boleh ulang2 makan sebab memang suka sesangat. Berbaloi2 buat sendiri... Dalam bahan sayuran tu ada yang MaDiHaA sendiri tak letak kali ni disebabkan malas dah nak cari sana sini dengan masa yang suntuk. Jadi MaDiHaA letak mana yang ada jelah..




PECAL
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 Sayuran (kuantiti agak2 sendiri ye)
Secekak pucuk ubi ~ dicelur hingga lembut dan dipotong halus (takde stok)
6 urat kacang panjang ~ dicelur & potong 1 inci
secekak kangkong kampong ~ dicelur & hiris (takde stok)
1 biji timun ~ dihiris memanjang

2 biji telur ayam ~ direbus (optional ~ ku tak letak kali ni)
3 keping tauhu ~digoreng & potong kiub
3 keping tempe dalam daun ~dipotong kecik2 & digoreng
1 biji sedang sengkuang ~ dipotong (takde stok)

taugeh - celur kejap


Bahan Kuah
2 cawan kacang tanah ~ goreng tanpa minyak dan di kisar (MaDiHa goreng dgn minyak pasal nak cepat)
2 cm belacan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 ~ 5 ketul isi cekur
10 cili kering ~ direbus (boleh juga guna 20 biji cili padi )
2 sudu besar/lebih asam jawa ~ diramas dengan air & ambil jus
5 ~ 6 sudu besar gula merah / gula putih (kuah kena manis2 sikit)

garam secukup rasa
 
Cara2 Menyediakannya

Bwg besar, bwg putih, cekur, cili padi/cili kering digoreng sekejap hingga layu.. guna minyak sikit jer.. pastu kisar halus bahan2 goreng tadi dan juga belacan. Masukkan ke dalam periuk bersama-sama dengan kacang tanah kisar dan jus air asam jawa. Tambah air hingga mendapat kepekatan yg disukai. Didihkan dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan gula dan garam secukupnya dan bolehlah dihidangkan bersama2 sayur-sayuran tadi.


Selamat mencuba!

Wednesday, July 8, 2015

Sayur Asam Keladi

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...

Sekarang ni tak dapat nak update laju-laju sangat.  Banyak perkara yang perlu diselesaikan selain mengadap blog.  Tambah2 sekarang ni telefon bimbit MaDiHaA dah rosak, makanya.. nak ambik gambar pun dah tak macam dulu lagi.  Terpaksa ambik gambar guna handphone anakanda yang mana hasilnya kurang memuaskan. Untuk sementara terpaksalah pinjam telefon bimbit dia dulu sementara ada rezeki beli yang baru.  Anak dara kat asrama tu memang tak boleh bawak handphone dia yang ni sebab dikira sebagai smart phone. Warden asrama/cikgu sekolahnya hanya benarkan bawak handphone yang cikai2 yang paling bodo je katanya.. hehehe.. maknanya tu hanphone yang hanya boleh buat panggilan & sms sajalah tu yang dibenarkan. Tapi tulah.. bawak handphone cikai pun boleh hilang.  Kalau nak cerita pasal hilang.. paling sedih bab hilang duit lah.. dah berkali2 hilang.. Sabor jelah. Itulah asam garam dok asrama... walaupun dok asrama sekolah agama... bab-bab kecurian masih tak dapat dielakkan.

Oklah hari ni kongsi resepi sayur asam keladi atau asam rebus keladi pulak ye.  Ini antara menu kegemaran MaDiHaA juga ni tapi jarang2 dapat memasak atau merasa lauk macam ni kerana kesukaran untuk mendapatkan keladi kat sini.  Baru2 ni kami pulang ke kampong MaDiHaA.. ma MaDiHaA cakap pokok keladi kat belakang rumah tu sedang molek dah besar kalau nak dibuat sayur.  Apalagi.. laju jelah kitorang mengerjakannya walaupun masa tu tengah panas terik.  Masak awal2 tengahari tu sebab  kami nak bertolak balik awal ke PJ semula sebab masa masak tu dah hari Ahad.  Tak mau balik lewat lepas berbuka takut mengantuk kat jalan, jadi kami bawak bekal saja & alhamdulillah.. sempat berbuka kat rumah dengan lauk sayur asam keladi yang marbeles ni.  Haishh.. kalaulah bukan kerana bulan puasa.. siap masak tu dah ku ratah bermangkuk2.. hehehe...

Ok dah... jom kongsi resepi pulak ye.  Mohon maaflah sebab gambar memang tidak memuaskan.  Sebenarnya masih ada lagi baki gambar2 dari kamera handphone yang rosak tu, tapi saja MaDiHaA keluarkan dulu resepi yang ni. Kita gilir2lah ye. Harap2 adalah rezeki MaDiHaA untuk dapatkan pengganti handphone yang baru nanti. Haii.. dugaan... waktu2 nak pakai duit banyak ni lah.. handphone ku meragam..



Sayur Asam Keladi
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
3 perdu pokok keladi sederhana besar.
7 keping asam gelugur
Garam, gula, perasa secukup rasa
1 jug blender air (guna blender selepas kisar bahan dibawah.. tujuan supaya lebihan yang melekat tu dapat diambil supaya tidak membazir)
Daun kesum secukupnya
 
Bahan kisar
2 biji bawang besar
20 biji cili kering ~ belah, buang biji & rebus
4 ulas bawang putih
Segengam ikan bilis yang dah siap dibersihkan ~ rendam sekejap
1/2 inci belacan

Cara menyediakan
1. Keladi dikupas kulitnya & dipotong sederhana besar. Batang keladi pula disiat kulit arinya & potong2 saiz kesukaan & rendam dalam bekas berisi air.
2. Cuci bersih keladi tadi & rebuskan dengan asam keping sekejap. Angkat, tos & ketepikan dahulu. Asam kepingnya usah dibuang.
3. Masukkan bahan kisar dalam periuk. Tambahkan air dalam jug blender tadi & masukkan airnya dalam bahan kisar tadi.  Didihkan sehingga mendidih.
4. Masukkan asam keping lebihan yang 2 keping tadi berserta keladi yang direbus. Tambah garam, gula & bahan perasa secukup rasa. Biarkan mendidih sekali lagi. Akhir sekali masukkan daun kesum & kacau2 sekejap. Agak2 dah secukup rasa bolehlah diangkat & hidangkan.

Selamat mencuba!

Monday, July 6, 2015

Gulai Lemak Nangka Muda dengan Sardin


Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi ulangan je dengan ibu2 semua sebab dah banyak kali juga kongsi resepi gulai ni. Mana tau boleh jadikan ilham untuk masak waktu berbuka nanti.  Maklumlah bila hari2 masak sampai dah tak tau nak masak apa kan.  Bila kita kongsi2 idea memasak ni bolehlah jadikan ilham waktu memasak nanti...

Ini antara sayur feberet MaDiHaA & suami.  Masakan 2 in 1.. mudah disediakan & sedap pulak tu. Jom cuba...





GULAI LEMAK NANGKA MUDA DENGAN SARDIN
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
600 gm isi nangka muda ~ dipotong kiub besar
1 tin sardin
3 cawan santan sederhana pekat
2 batang serai ~ diketuk
1 helai daun kunyit ~ dikoyak2
Garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
secubit gula

Bahan dikisar halus
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
10 biji cili padi
1 biji cili merah

Cara menyediakan
1. Nangka muda dicelur setengah masak kemudian ditos.
2. Jerang santan dengan bahan kisar, nangka & serai.  Sentiasa dikacau supaya tak membuak. Tambah garam, serbuk perasa & secubit gula. Bila nangka agak empuk masukkan sardin serta sosnya & juga daun kunyit.  Biar mendidih. & secukup rasa.
3. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih serta hidangan sampingan yang lain.


Selamat mencuba!

Friday, July 3, 2015

Sambal Tumis Sotong Sedap

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni MaDiHaA kongsi resepi sambal tumis sotong yang boleh tahan sedapnya.  Ada kelainan sikit cara masak sotong ni sebab kita perlu buangkan dahulu air sotong tersebut sebelum mula memasak sambal untuk elakkan sambal kita terlalu berkuah atau berair.  MaDiHaA ikut cara Amie buat sambal ni tapi sebenarnya... sebelum ni MaDiHaA pun pernah buat cara yang sama juga untuk buat Sotong Goreng Tepong iaitu dengan cara mamasak sotong sebentar untuk membuang airnya kemudian barulah digoreng dengan tepong.  Barulah sotong tu tak meletop2... hihi...

Ok jom tengok resepi ni. Terima kasih pada Amie untuk resepi yang sedap ni... MaDiHaA copy paste resepi kat sini pula ye...



Sambal Tumis Sotong Sedap
 
Bahan-bahan:
1 kg sotong - bersihkan dan potong ikut suka
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa
2 sudu makan gula pasir
minyak
garam / perasa pilihan

Bahan kisar:
20 biji cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm belacan
1 cm halia
1 batang serai - ambil isinya yang putih & lembut - hiris
Cara:
1. Masukkan sotong ke dalam kuali dan pasangkan api dapur. Biarkan air sotong keluar selama 3-5 minit. Balik-balikkan sotong sekali-sekali supaya air sotong keluar sekata.
2.  Keluarkan sotong dan toskan hingga kering.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
4. Masukkan pati asam jawa serta gula pasir serta bawang besar dan seterusnya masukkan sotong.
5. Gaul rata semua bahan, dan tambahkan garam / perasa pilihan secukupnya.

Selamat mencuba!

Wednesday, July 1, 2015

Terubuk Masin Goreng Bawang Cili

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni kongsi resepi bersahur la pulak ye.  Lauk bersahur biasanya yang mudah2 je. Tak perlu lauk beria-ia pun sebab makan bukan selera pun pagi2.  Dapat lauk2 simple macam ni pun dah kira ok dah.  

Ikan terubuk masin ni sebenarnya buah tangan dari officemate dari cawangan Sarawak masa diaorang datang kursus GST kat HQ kami kat PJ ni lah.  Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Dah goreng dah sikit aritu... masih berbaki & simpan je dalam peti tu. Dah masuk bulan puasa ni baru teringat nak goreng untuk sahur.



Senang je nak sediakan.. Cuci ikan terubuk masin kemudian goreng ikan garing2. pastu angkat & guna minyak yang sama goreng pulak bawang besar, bawang putih dan cili padi yang dihiris/dimayang. Tabur atas ikan tu... dah siap.  

Okay... jumpa lagi..

Monday, June 29, 2015

Mee Bandung Muar... paling sedap... a keeper!

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Mee bandung ni biasanya timbul bila masuk bulan Ramadhan je kat rumah MaDiHaA. Memang antara menu feberet, tapi tak selalu masak sebab en. suami kurang gemor.  Tapi bila masuk bulan puasa... ikutkan juga keinginan tekak sendiri walaupun en. suami kurang suka.. hehe... 

Masih setia dengan resepi perkongsian sahabat maya iaitu Sabrina... memang sedap sangat ikut selera MaDiHaA.  Walaupun resepi ada derhaka sikit dari resepi original yang sepatutnya tak letak sos... tp ikut selera MaDiHaA ianya bertambah sodap bila tambah sos tu. Untuk pengetahuan Sabrina ni memang orang Johor dan resepi ni resepi warisan dari maknya.. MaDiHaA ikut Sab je.. Sab tambah sos.. MaDiHaA pun tambah sos.. jangan marah eehh orang Muor... kalau nak marah kena marah Sab dulu.. kekeke... Sab awal2 dah minta ampun dari maknya... hehe..

Harap kawan2 yang nak mencuba tu jangan lengah2 lagi sebab resepi ni memang antara yang terbaiklah.  Memang a keeper gitu.  MaDiHaA belum jumpa mee bandung sedap bila makan kat sekitar PJ ni.  Jadi memang jarang order mee bandung bila makan kat luar (luar waktu bulan puasa la). Jadi bila tiba bulan puasa... bila tekak dok teringin & untuk puaskan hati memang kena masak sendiri ikut resepi yang terbaik ni. 

Jom MaDiHaA kongsikan sekali lagi resepi nya...




Mee Bandung Muar
Resepi : Sabrina
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan-bahan untuk kuah: Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh  
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut
segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus  
1 paket udang kering (2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah  
300 gram daging ~ potong nipis & rebus empuk
4 biji telur  
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)  
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa  
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya  
1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
1 peket jagung muda (MaDiHaA tambah)
1 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)

limau kasturi ~ optional  
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional 

 Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal (MaDiHaA guna cili hijau semuanya)
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)


 

Cara-cara:
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya & terbit minyak.
3. Masukkan 2 mangkuk air,  kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.  Masukkan daging yang siap direbus berserta air rebusan.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
6. Setelah telur masak,  boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah sebelum masukkan telur)


Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...