Assalamualaikum & salam sejahtera...
Mee bandung ni biasanya timbul bila masuk bulan Ramadhan je kat rumah MaDiHaA. Memang antara menu feberet, tapi tak selalu masak sebab en. suami kurang gemor. Tapi bila masuk bulan puasa... ikutkan juga keinginan tekak sendiri walaupun en. suami kurang suka.. hehe...
Masih setia dengan resepi perkongsian sahabat maya iaitu Sabrina... memang sedap sangat ikut selera MaDiHaA. Walaupun resepi ada derhaka sikit dari resepi original yang sepatutnya tak letak sos... tp ikut selera MaDiHaA ianya bertambah sodap bila tambah sos tu. Untuk pengetahuan Sabrina ni memang orang Johor dan resepi ni resepi warisan dari maknya.. MaDiHaA ikut Sab je.. Sab tambah sos.. MaDiHaA pun tambah sos.. jangan marah eehh orang Muor... kalau nak marah kena marah Sab dulu.. kekeke... Sab awal2 dah minta ampun dari maknya... hehe..
Harap kawan2 yang nak mencuba tu jangan lengah2 lagi sebab resepi ni memang antara yang terbaiklah. Memang a keeper gitu. MaDiHaA belum jumpa mee bandung sedap bila makan kat sekitar PJ ni. Jadi memang jarang order mee bandung bila makan kat luar (luar waktu bulan puasa la). Jadi bila tiba bulan puasa... bila tekak dok teringin & untuk puaskan hati memang kena masak sendiri ikut resepi yang terbaik ni.
Jom MaDiHaA kongsikan sekali lagi resepi nya...
Mee Bandung Muar
Resepi : Sabrina
Resepi : Sabrina
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan untuk kuah: Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut
segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis & rebus empuk
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
1 peket jagung muda (MaDiHaA tambah)
1 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional
Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal (MaDiHaA guna cili hijau semuanya)
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)
Cara-cara:
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya & terbit minyak.
3. Masukkan 2 mangkuk air, kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
4. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa. Masukkan daging yang siap direbus berserta air rebusan.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...
5. Kacau rata semua bahan dan kemudian pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
6. Setelah telur masak, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah sebelum masukkan telur)
Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.
6 comments:
aduh teliur kak..... terbayang2 menghirup...lieya suke mee bandung muar nieh....lagi2 yg terase2 udang kering nye tuh....tgk resepi akak siap ade kacang tanah ...mmg meletup la rase kuahnyer....
wahhh....sedap tu.sy org muo tp x pernah plak makan mee bandong letak sos. xpe bole cube ni...
jempot ke blog sy ye...
hakak... ngeeeee nengok sambil tahan air liur
perkh dana mmg peminat setia mee bandung muar... mmg peberet sepanjang zmn lah
Saya cedok resepi ye nak try..Ya Allah sedapnya
Oh! Madiha.... rasa nak tumpang semangkuk! Sedapnya.....
haa sedapnyaaaaa
Post a Comment