Wednesday, June 9, 2010

Double Chocolate Muffin



Salah satu muffin yang sangat sedap & lazat yang pernah dicuba... Thanks kepada empunya resepi Quick N Easy Treats & juga Kak Ummi.. maaf ye sebab ada tokok tambah sikit dari resepi asalnya..


Sumber : Quick N Easy Treats (Dari Blog UmmiZaihadi)
Bahan2:-

1 ¾ cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder (MaDiHa tambah)
¾ cawan gula kastor (MaDiHa guna gula perang)
¼ cawan serbuk koko
100 gm mentega, dicairkan & disejukkan sebentar
1 biji telor
¾ cawan yogurt plain (MaDiHa guna je semua 1 cup yogurt yg biasa terjual kat kedai tu)
½ cawan susu segar (MaDiHa guna susu coklat.. ehemm.. boleh tukar nama ke Triple Choc Muffin nih.. hehe..)
½ sudu teh esen vanila
½ cawan choc chips (tak cukup stok.. campur dengan choc rice)
Choc chips secukupnya untuk hiasan (MaDiHaA tambah)

Cara Membuat:-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C.
2. Ayak bersama tepung, soda bikarbonat, baking powder dan serbuk koko ke dalam satu bekas. Kemudian masukkan gula.
3. Pukul telor dan esen vanila hingga rata. Campurkan yogurt, susu & mentega cair dan kacau rata. Masukkan kesemua bahan cecair ke dalam adunan tepung.
4. Kaup balik dan pusing satu arah menggunakan garfu (MaDiHa guna whisker) sehingga tepung serata dengan bahan cecair. (jangan kacau terlalu lama, cukup setakat bercampur je)
5. Kemudian masukkan choc chips dan kacau rata.
6. Sendukkan adunan ke dalam loyang muffin yang telah dilenser/cawan kertas.
7. Bakar selama 20 minit atau sehingga lidi penguji keluar bersih dengan suhu 170 - 180C (bergantung oven masing2.. MaDiHa guna suhu 175C).

Selamat Mencuba!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...