Friday, December 10, 2010

Bubur Lambuk Terengganu


Salam pagi Jumaat semua... 

Pejam celik pejam celik.. dah pun hari Jumaat ye.. esok semua rakyat Selangor akan bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor.  Selamat bercuti kepada semua warga Selangor ya.. Tapi sebenarnya.. aku tiap2 hari Sabtu pun memang cuti... hari Jumaat merupakan hari akhir bekerja untuk setiap minggu bagi aku.. jadi kalau cuti hari Sabtu pun.. aku takdelah rasa apa2... biasa2 aje..  cuma yg syoknya.. setiap public holiday yang jatuh pada hari Sabtu.. company akan beri 1 hari cuti yang boleh dipilih bila2 masa yang kita suka.. maknanya.. ada tambahan cuti dalam cuti tahunan... untuk tahun 2010 sahaja.. kami dapat 6 hari cuti tahunan tambahan.. untung kan? hehehe...

Oklah berbalik pasal tajuk di atas.. masih berkisar pasal balik kg tempohari.. masih ada menu2 yang belum dimasukkan ke blog ni.. Kali ni.. aku nak masukkan pula menu Bubur Lambuk Trengganu yang sememangnya lain dari bubur2 lambuk di semua negeri dalam Malaysia ni... Sebabnya.. hanya Bubur Lambuk Trengganu sahaja yang ada banyak campuran sayuran terutama sayuran yang wajib ada iaitu pucuk midin ataupun pucuk paku midin yang warnanya kemerah2an itu.  

Model pucuk midin tak berbayar.. hehehe..
























Di sinilah tempat aku & adik2 ku memetik pucuk midin untuk dibuat bubur lambuk tempohari.  Lokasinya ialah di tepi jalan besar Kuantan ~ Segamat yang begitu banyak pucuk midin ketika ini.  Tanpa segan silu.. kami berhenti di tepi jalan & memetiknya dengan begitu asyik sekali tanpa mempedulikan kereta yang lalu lalang... Sebenarnya.. waktu tu.. kami 3 beradik dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Keratong.. ada cerita menarik pasal perginya kami ke Kuantan pada hari kejadian.. ada masa nanti akan ku cerita di dalam FP ku.. insyaAllah.. 



















Ok ini resepinya jika ada yang ingin mencuba... resepi ini hanyalah dalam kuantiti yg kecil.. pada hari kejadian.. kami (ma, aku & adik2) masak dalam satu periuk yang BESAR.. hehehe... puas dapat makan berulang2.. sedappp!!!

BUBUR LAMBUK TRENGGANU
by MaDiHaA

Bahan2
2 pot beras (pot rice cooker)
2 ~ 3 ketul keledek ~ potong kecil
1 s/b lada hitam
2 cm. halia
7 ulas bawang merah /1 labu bawang besar
1 ikat pucuk paku midin
5 pokok kangkong

1 cekak sayur bayam
2 tangkai dan kadok ~ hiris2 kasar
4 tangkai daun kesom ~ hiris halus2
4 tangkai daun kemangi ~ hiris halus2
1 helai daun kunyit ~ buang tulang tengah & hiris halus2
2 batang serai ~ diketuk
1 cawan udang basah saiz kecil (Boleh ganti dgn sotong/isi ayam ~ kalau takde pun takpe.. MaDiHaA tak letak sebab kat rumah ada yang alergik)
2 ekor ikan kembung ~ bakar/rebus tanpa garam& asam dan ambil isi lalu ditumbuk
air secukupnya untuk mengembangkan beras
1 cawan santan pekat
garam secukupnya
1 sudu besar kerisik yg telah ditumbuk halus (optional.. kalau letak lg sedap)
2 sudu besar budu (optional.. kalau letak lg sedap )

Cara2 Memasak
1. Beras dicuci bersih & direbus hingga kembang & menjadi bubur. Pastikan sekali sekala anda kacau bubur yang dimasak supaya tidak berkerak. Semua sayuran dipotong, basuh dan toskan.
2. Tumbuk lada hitam hingga lumat, setelah itu masukkan bawang merah, halia dan tumbuklah lagi sehingga lumat. Atau jika nak mudah.. boleh dikisar bawang & halia tadi.
3. Masukkan serai, keledek dan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama ikan yg dihancurkan ke dalam bubur nasi tadi.
4. Masukkan kerisik, udang/sotong/ayam, santan & garam.. kacau sehingga rata. Pastikan air mencukupi agar bubur tak pekat sangat.  Jika terlalu pekat.. tambah lagi air.
5. Bila sudah hampir untuk diangkat/ keledek sudah hampir empuk, masukkan sayur-sayuran & sedikit budu sambil dikacau hingga cukup rata dan sayur layu.
6. Angkat dan hidangkan.
























Seperiuk besar kami masak okey... hehee... maklumlah.. rakyat jelata ramai kat kg masa tu sebab semua adik beradik berkumpul...

































Okey... selamat mencuba!

5 comments:

sonata anak kancil said...

SEDAPPPPPP!

Ctnaemah said...

Kak..first time beli pucuk paku kat pasar tani dungun 10 th dulu..setiap ikat tu ada serai kayu..rupanya tu laa juga daun salam kata kwn sy..omputih kata bay leaf..aisyehh melambak2 aje rupanya daun bay fresh kat sini..sy aje yg tak kenal pokoknya..hahaha

K.Nor said...

sedap!!!! lama betul tak buat

NoorMasri said...

sedapnya, mintak semangkuk !

No Lan said...

ni No nyer peberet nih..klo bulan pose mst cari bahan nak wat..yum yum yum..terlio la plak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...