Thursday, August 17, 2017

Bubur Sum Sum

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Ini merupakan sajian pemanis mulut yang en. suami paling suka. Pernah MaDiHaA buat kuih lompat tikam, suami cakap lain kali kalau nak buat, buatlah bahagian kepala (bahagian putih yg berlemak) tu lebih dari yang hijau.  MaDiHaA kata kalau macam tu lebih baik buat bubur sum sum aje.... hehehehe.... Yelah kuih lompat tikam tu kan yang warna hijaunya tu takde rasa lemak. Hanya rasa tawar & beraroma daun pandan je. Tapi itulah sebenarnya yang melengkapkan rasa kuih lompat tikam sebab dalam adunan hijau tu kita campurkan dengan sedikit air kapur. Jadi dia ada rasa yang tersendiri di situ.  Lompat tikam versi Kelantan pula pelengkapnya mesti ada pulut warna merah. Versi Terengganu takde ye pulut merah tu. Kalau ikutkan memanglah yang paling sedap tu bahagian putihnya. Jadi kali ni untuk puaskan hati en. suami... rajinkanlah juga MaDiHaA buat bubur sum sum. Kali ni barulah suami senyum sampai telinga. Tapi tak boleh buat selalu sangat ye.... bahaya.... lemak2 santan & air gula yang manis tu semua boleh membawa penyakit. Berpada-padalah kita bila makan sesuatu ye kawan2....

Sebenarnya MaDiHaA buat pemanis mulut ni semasa bulan puasa tempohari waktu bercuti di rumah ma tersayang. Ma pun suka pemanis mulut ni. Ehh!! boleh katakan semua pun sukalah. Buat 2 adunan pun sekejap je licin. Berbaloi buat bila balik kampung ramai2. Seronok tengok semua suka apa yang kita masak.

Jom MaDiHaA kongsi resepi Bubur Sum Sum versi MaDiHaA ni. 




Bubur Sum Sum
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 1/2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 1/2 cawan tepong beras
1 sudu besar tepong jagung
1/2 sudu kecil garam 

Cara menyediakan
1. Adun semua bahan menggunakan whisker sehingga rata. Tapiskan dalam kuali besar.
2. Kacau adunan menggunakan api sederhana sehingga adunan pekat. Kacau jangan berhenti sehingga adunan nampak berkilat & betul2 masak. (untuk uji adunan dah masak atau belum, ambil sesudu besar adunan letak atas piring & tunggu sejuk. Jika adunan disentuh & lekang dari piring bermakna ia sudah cukup masak. Jika adunan masih melekat2 pada piring teruskan kacau adunan sehingga ia masak & nampak berkilat)
3.Bila diuji & sudah cukup masak, tuangkan di dalam loyang atau bekas2 kecil yang disukai.
4. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan. Semasa menghidang, sudukan bubur sum sum ke dalam mangkuk hidangan, tuangkan air gula di atasnya & bolehlah dinikmati. 

Air Gula
1 cawan gula kabong saiz besar
1/2 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara menyediakan
1. Panaskan semua bahan sehingga mendidih & semua gula larut sambil dikacau.
2. Sejukkan. Kemudian tapis ke dalam bekas yang sesuai untuk menghidang.

Selamat mencuba!

2 comments:

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

sy pun peminat bubur som2, hehehe

Teacher M said...

Rindu nak mkn kuih lama2 air tgn arwah nenek. Terima kasih share resepi. Ptg ni nk try buat. Semoga puan dirahmati Allah dan dikurniakan rezeki yg melimpah ruah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...