Wahh... rindu banget dengan blog sendiri. Kesibukan melanda diri dengan tugasan harian & hakiki. Tapi kerana rindu yang terlampau, MaDiHaA curi2 waktu untuk update blog kesayangan MaDiHaA ni. Harapan MaDiHaA semua pembaca sihat2 semuanya ye! Tak boleh nak celoteh panjang, terus saja dengan resepi ye! Ini ketupat sotong versi negeri Terengganu yang dibuat waktu bulan puasa tempohari di kampung. Sedap sungguh! Versi Tganu hanya manis2 buah tak macam versi Kelantan ye. Ikut citarasa masing2lah ye. Dua2 pun sedap sebenarnya. Tekak orang Pantai Timur boleh terima je mana2 versi... ehehe...
KETUPAT SOTONG (Versi Terengganu)
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
8 ekor sotong saiz sederhana (terpulang anda kuantitinya)
1 pot beras pulut – cuci dan rendam 1 jam & tos (kes MaDiHa nak cepat rendam dlm air panas 5 minit)
1 biji kelapa (ambil & asingkan santan pekat dan santan cair agak lebih)
2 btg serai – ketuk
3 ulas bwg merah – hiris
1 s/k halba
1 inci halia – hiris
gula pasir secukupnya (terlupang pd anda suka manis atau kurang manis)
garam utk melemakkan kuah
lidi penyucuk sate
Cara menyediakan
1. Cuci bersih sotong. Buang dakwatnya, selaput kulit, mata & giginya menggunakan pisau.
2. Masukkan 1 ½ sudu kecil pulut dlm perut sotong (ini bergantung pd saiz sotong.. sukatannya kira-kira 1/3 dari saiz panjang sotong. (jangan isi lebih dari itu nanti masa merebus beras pulut mengembang) Masukkan semula kepala sotong pada kedudukan asalnya dan cucuk lidi sate utk melekatkan kepala sotong pd bahannya. Fungsi lain adalah utk mengelakkan pulut keluar dari perutnya semasa merebus.
3. Jerang santan cair dan masukkan sotong dan serai. (santan mesti lebih tinggi dari sotong) Rebus hingga sotong nampak buncit dan tegang dan santan cair hampir kering.
4. Masukkan santan pekat, halba, halia, bawang, garam dan gula. Masak hingga kuah menjadi pekat.
5. Hidangkan panas atau sejuk. Cara makan mestilah sekali dengan kuahnya macam kita macam pengat pisang tu.
Selamat mencuba!
8 comments:
Sedapnya ketupat sotong! Terliur terus....
lama sy tak makan ketupat sotong ni, taklah minat tapi sekali sekala makan sedap juga
akkak... pakai beras ke beras pulut?
dana penah mkn yg kelantan yg terengganu tak penah rasa...
kt kl pun tak penah jumpa yg terengganu punya...
nk bt sndiri tkt tak jadi lka...
Sedapnyer.....haih telan liur kita ni ..hihi
Beras pulut
sedapnye..
dulu pernah jg masak ni memang sedap ππ» klu rajin buatlah lah, klu tak, goreng tepung atau masak hitam π
Tq, first time try. Dulu selalu makan yg arwah mak buat. Rindunya, so kena belajar buat sendiri...π
Post a Comment