Assalamualaikum & salam sejahtera semua...
Saja je nak kongsikan gambar Aidiladha kami baru2 ni untuk kenang-kenangan. Raya Haji kali ni giliran beraya di kampung mertua di Raub, Pahang. Seawal 5 pagi hari Sabtu kami dah bertolak dari PJ. Sampai Petronas Gombak ngam2 dengar azan Subuh.. jadi sedang elokla isi petrol & solat dulu kat situ. Sambung perjalanan & melepasi tol Gombak tak sampai pun 10 minit.. jalan dah mula sesak. Wah! ada pesta lampu brek! hahaha... Masa tu baru pukul 6.30 am. Wahhh.. rupanya ramai yang bertolak awal pagi. Okay.. mengadap ajelah jem tak usah banyak komplen. hehehe... Tak kisah sangat sebab cuaca pagi kan nyaman. 5 jam lebih juga sampai bandar Raub, perjalanan biasa.. selalunya hanya 2 jam lebih je... Redha jelah... hehe... Sempat singgah pasaraya TF beli barang2 dapur tambahan yang lain. Daging, ayam & ikan dah beli siap2 kat PJ.. dah siap frozen. Sampai Raub masih sejuk cuma dah ilang frozennya... mujur tak busuk.. hehe... Kat TF hanya beli barang2 kering je. Anak dara MaDiHaA yang kat asrama tu petang Jumaat dia dah balik ke rumah opahnya. Beli jugalah sekali barang2 kiriman si anak dara untuk bawak ke asrama..
Menu raya kami kali ni.. pandai2 MaDiHaA & suami je berbincang nak masak apa. Tak tanya pun mak mertua.. hehe.. memang biasa mak serahkan pada kami je nak masak apa kalau giliran kami beraya kat sana. Tapi kalau raya puasa.. biasanya menu wajib mesti mak mertua buat lemang. MaDiHaA hanya masak menu tambahan lain je macam rendang, ketupat nasi atau nasi impit dengan kuah kacang. Bila raya haji ni.. biasanya menu ikut dan & ikut suka anak menantu dia je. MaDiHaA dok berangan2 hari tu memang nak masak menu gulai kawah. Jadinya.. masaklah kami nasi hujan panas, 3 kg gulai kawah daging, 1 1/2 ekor ayam masak merah, 1 1/2 ekor gulai aserong ayam & acar timun. Alhamdulillah.. laku... nasi sampai kena masak 2 kali... hehe... MaDiHaA hanya masak nasi & gulai kawah je. Ayam masak merah tu adik ipar masak, gulai aserong ayam mertua masak.. acar timun pun mertua yang buat. Raya haji satu kuih pun takde.. hehehe...
Oklah kongsi sekeping gambar kami dengan family mertua. Adik ipar yang balik beraya hanya 3 orang aje. Dua lelaki & sorang perempuan. Tiga2 ni belum berkeluarga lagi. Ramai lagi adik beradik suami yang tak dapat balik. Adik ipar yang tinggal sekali dengan mertua pulak giliran beraya rumah mertuanya juga kat Kuantan.. jadi hanya kami je lah yang beraya di Raub. Gambar ni di ambil sebelum kami semua nak pegi ziarah kubur arwah bapa mertua. Lepas tu teruslah beraya di rumah adik beradik mak mertua. Gitulah rutin kami tiap2 tahun. Petang baru balik rumah.. masa tu baru kami terima tamu sampailah ke malam tamu tak putus.... hehe..
Oleh kerana nak elak dari terkena jem lagi sampai naik kaku kaki suamiku.. Suami ajak balik malam hari raya tu jugak. Sebenarnya dah masuk hari Isnin la sebab kami bertolak pukul 2 pagi Isnin tu. Sampai rumah jam 4.30 pagi. Alhamdulillah.. jalan tak jem tapi kenderaan tetap banyak juga tapi bergerak lancar.
Ok itu jelah cerita raya kami kali ni... serba ringkas je... hingga jumpa lagi ye...
3 comments:
Aslmkum Ratna..
seronok beraya di kg...bersama sanak saudara.awal pagipun dah jem....ramai org bertolak awa pg rupanya
tu diaaa memang pesta lampu brek betol tu hihi
menu semua sedap2 ni. kalau dekat bleh gak datang raya. eh tak malu. lalalala
salam saya najwa,
dari shah alam seronok membaca kandungan di blog awak
banyak info yang dapat saya perolehi
insyallah.. jika ada kesempatan singgah la ke blog saya. tq mummyfit and healthy
Post a Comment