Assalamualaikum & salam sejahtera...
Hampir terlupa nak update tempahan ini dek kerana teruja mengupdate resepi2 tertunggak.. hehe...
Ini tempahan dari Anje yang dah banyak kali order dengan MaDiHaA. Kali ni order 50 biji karipap & 2 loyang talam keladi. TQ Anje.. sebarang kekurangan harap di halalkan ye.
Ini pula order 50 apam polkadot & 50 apam ladybug dari Finy. Kita hanya mampu merancang tapi Allah jua yang menentukan. Masa buat apam tempahan Finy ni baru je sehari pakai dapur gas yang baru dibeli sebagai ganti dapur gas kaca MaDiHaA pecah dulu. Rasanya ada MaDiHaA cerita dapur gas MaDiHaA retak seribu tak lama dulu. Banyak tul dugaan baru ni.. dapur retak seribu, peti ais rosak... alahaiii dugaan.. Disebab belum biasa dengan dapur baru.. maka apam yang MaDiHaA buat tu ada yang kembang setaman. Itulah dia.. bukan senang nak buat apam ni sebab nak kena pandai control api. Tak boleh kuat sangat nanti dia merekah, tak boleh slow sangat nanti dia bantat. Kalau api tak betul gitulah jadinya. Sebab tu kadang MaDiHaA risau tiap kali ambil tempahan apam.. takut jadi camni. Mujurlah Finy kata takpe & tak kisah. MaDiHaA bagi diskaun sebab kesilapan dipihak MaDiHaA sendiri... apa2pun.. terima kasih banyak ye Finy sudi order.
No comments:
Post a Comment