Thursday, October 9, 2014

Chapati & Kari Dhall

Assalamualaikum & salam sejahtera....


 
Dah sarapan semua?  Rasanya mesti ramai yang dah siap bersarapan kan.  Takpelah walaupun dah agak terlewat nak kongsi menu sarapan ni.. MaDiHaA tetap nak kongsi juga.  Mana tau esok lusa ada yang teringin nak mencuba menu sihat ni.  MaDiHaA sendiri pun sebenarnya bukan masak untuk sarapan menu chapati & kari dhall ni.  Ini adalah menu dinner kami beberapa minggu lepas.  Kadang2 jemu juga setiap malam asyik makan nasi.  Sesekali mesti nak selang selikan dengan menu selain nasi kecuali bila suami kerja shift malam memang wajib ada nasi sebab dia nak berbekal ke tempat kerja.  Masak kena cepat & pantas.  Kalau MaDiHaA lewat sampai rumah.. suami sendiri yang akan masak.  Sampai rumah MaDiHaA hanya tolong mana2 yang perlu je.  Alhamdulillah sebab dikurniakan suami yang boleh turun ke dapur di waktu2 perlu.  Tidaklah MaDiHaA terkejar2 sangat sepulang dari kerja sebab MaDiHaA juga perlu menjemput 2 orang anak di dua lokasi yang berbeza.  Sorang di rumah pengasuh, sorang lagi di rumah transit sebab anak akan tunggu MaDiHaA di rumah transit balik dari sekolah agama.  Bukan jauh pun.. rumah transit tu depan sekolah agama tu juga.

Oklah... mari kita tengok resepi pagi ni... Dah beberapa kali juga MaDiHaA kongsikan resepi Kari Dhal ni rasanya.  Sebab kari dhal ni memang kegemaran suami.  Sekiranya MaDiHaA masak masakan ala Indian seperti chapati, roti canai, roti saj, prata dan lain2.. mesti digandingkan dengan kari dhal.  Paling suka sebab dalam tu boleh letak bermacam2 sayur.  Kari dhal ni simple je tak macam dalca untuk kenduri kendara tu, sebab kalau dalca wajib ada santan... dalam kari dhal yang MaDiHaA masak ni takde santan.. lebih menyihatkan gitu... nak buat pun senang...

Sebelum kita masak kari dhal ni.. rendam dulu kacang dhal tu ye.. sementara tunggu kacang dhal kembang.. bolehlah kita ulikan dulu adunan chapatinya.  Sebab doh chapati ni pun perlu diperap selama 3o minit.


CHAPATI
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
2 cawan tepong chapati /tepong atta
1 cawan tepong gandum
1 biji telur
3/4 cawan air
3/4 sudu kecil garam

Cara menyediakan
1. Campurkan kedua2 tepong. Larutkan garam ke dalam air.
2. Pecahkan telur & kacau sedikit lalu tuangkan ke dalam air garam tadi.  Kacau rata.
3. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit ke dalam tepong tadi sambil di uli. Uli sehingga menjadi doh yang lembut & tak melekat ditangan.
4. Bahagikan kepada 8 bebola kecil & rehatkan selama 30 minit.  (Sementara itu.. bolehlah mula mereneh kacang dhal yang direndam tadi dengan api sederhana & sediakan bahan2 menumisnya)
5. Canaikan bebola tadi sehingga menjadi nipis di atas papan pencanai yang ditabur sedikit tepong.
6. Panaskan kuali tak melekat dengan api sederhana.  Sebelum masukkan chapati ke dalam kuali, buangkan lebihan2 tepong yang melekat pada chapati tadi.  Masak chapati sehingga menggelembong.  Semasa proses memasak.. tekan2 chapati menggunakan tuala dapur lembab yang bersih. Bila bahagian bawahnya bertukar warna.. bolehlah diterbalikkan. Angkat chapati bila kedua2 bahagiannya masak.
7. Ulangi step 5 sehingga selesai.
8. Hidang chapati dengan kari dhal atau kari kegemaran anda!
 

KARI DHAL
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje.. kalu nak masukkan isi2 pun tak salah)
5 urat kacang panjang ~ potong 1 inci (kali ni guna buncis sbb ketiadaan kcg panjang)
1 batang carrot saiz kecil ~ potong ikut suka

1 biji kentang saiz kecil ~ potong kiub kasar
1 biji terung panjang saiz kecil ~ potong kecil
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya utk kuah
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap. 

4. Masukkan kentang & biar mendidih agak2 hampir emput bolehlah masukkan bahan2 ini dalam periuk kacang dhal yg direbus tadi.  Masukkan sekali cili kering goreng, lobak merah & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda suka. (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)
5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati, roti saj ataupun roti canai what ever u like...


Selamat mencuba!

3 comments:

ALoNa CintamaniszLite said...

Timakasih kak bg resepi wat capati. Nnti leh wat sendiri..cuma sy lbih suka cicah ngn smbal sardin atau kuah kari..hihi

lieyalatif said...

ehh senang rupenye bahan capati kan kak.... tinggal cari tepung die jek...lieya suke gak capati..mgu lepas puase sunat teringin nak berbuka dgn capati...beli laa due keping...time panas kemain lembut, dah sejuk liat plak....aduh potong stim!

serius teliur tgk capati n kuah dal akak...

Fazleyatul Aini said...

sedapnya. memang best capati ni
tapi saya suka mkn dgn kari. nyam3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...