Jumaat ke dua di bulan Ramadhan hari ni. Sekejap je dah masuk 9 hari kita berpuasa. Mudah-mudahan kita semua dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menghabiskan puasa sebulan pada tahun ini.
Oklah tak boleh bebel panjang2 sebab banyak lagi tugasan lain yang nak dibuat. Jom MaDiHaA kongsi resepi rendang tok versi ke 3 yang pernah kami cuba ni. Ada banyak versi juga rendang tok ni rupanya... tapi semua pun sedap2 belaka. Resepi ni MaDiHaA ambil dari sebuah buku yang tak dapat dikenal pasti tajuknya sebab resepi ni en. suami yang photocopy dari buku kawan dia.. hehe.. jangan tak caya orang lelaki pun minat bab2 ambik & simpan resepi ni. Nampaknya minat en. suami dengan kawannya sama... patutlah ngam.. hahaha... Yelah.. bila ada resepi macam ni.. kita si isteri ni nak memasak pun senanglah sikit sebab ada bahan rujukannya kan... Semua untuk manafaat bersama. Tak semua orang lahir ni terus pandai memasak. Semua perlukan rujukan samada melalui buku, internet atau dari mak & tok nenek kita.. Dari situlah kita2 ni semua pandai masak...
Resepi rendang tok (II) pun dicuba dari resepi yang en. suami photocopy tapi resepi kali ni ada lain sikit bahan2nya. Ok jom semak resepi.. Kalau belum ada idea nak masak untuk berbuka petang ni.. bolehlah cuba resepi rendang tok yang enak ini..
Rendang Tok (III)
Bahan2
600 gm daging ~ potong saiz sesuai
3 sudu besar gula merah
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
1 sudu besar asam jawa ~ ramas dgn air ambil jus
1 cawan kelapa parut ~ dibuat kerisik & tumbuk halus
2 helai daun kunyit ~ buang tulang tengah & dihiris rampai
minyak masak secukupnya
2 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
2 cawan santan cair (perah dari kelapa yang sama)
Bahan Tumis
3 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
2 biji buah pelaga
2 inci kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
Bahan Kisar
20 biji cili kering ~ rebus
3 sudu besar ketumbar biji
2 sudu besar jintan manis biji
1 sudu besar jintan putih biji
1 sudu kecil lada hitam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm lengkuas
5 batang serai
3 biji buah keras
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan tumis sehinga bawang kekuningan. Masukkan bahan kisar & tumis lagi sehingga naik minyak.
2. Masukkan daging yang dihiris & kacau rata. Masukkan santan cair & biarkan hingga daging hampir empuk. Sesekali dikacau supaya tak berkerak.
3. Masukkan santan pekat, air asam jawa, gula merah, garam & perasa. Kacau sebati & biarkan lagi sehingga agak kering. Bila rendang nampak agak pekat masukkan kerisik yang ditumbuk halus serta daun kunyit. Kacau sebati. Jika daging masih keras... boleh tambah lagi 1 cawan air & sambung lagi merenih hingga daging empuk.
4. Tunggu hingga rendang benar2 kering & bolehlah ditutup api & hidangkan.
Selamat mencuba!
1 comment:
Nampak rendang tok... rasa dah dekat sangat nak raya.... tq for sharing Madiha,
Post a Comment