Assalamualaikum & salam sejahtera...
Agak terlewat update hari ni sebab ada kerja yang perlu dibereskan. Tapi takpe sekurang-kurangnya masih sempat update satu lagi resepi yang sedap. Masih lagi resepi yang di'korek' dari dapur CT Zaliedana yang tersangatlah rajin itu.. hari2 masak lauk sedap2 untuk suami & anak2 tersayang. Sangat2 tabik dengan CT sebab walaupun ketika beliau dalam pantang.. masih juga masuk dapur macam biasa memasak lauk-pauk istimewa untuk keluarga siap sekali dengan kuih minum petang pula tu. Tak tahu bilakah waktu untuknya merehatkan diri.. yelah.. nama pun dalam pantang.. semua nak kena pantang tak boleh itu & tak boleh ini. .. hehe.. tambahan pula.. nak uruskan baby lagi, uruskan anak2 yang lain lagi, uruskan diri sendiri lagi.. hehehe... Kalau MaDiHaA sendiri.. belum tentu mampu lakukan sendiri semua perkara. Dalam pantang bagi MaDiHaA adalah hari untuk berehat & menguruskan diri sendiri & juga baby. Rasanya.. inilah masanya untuk MaDiHaA dimanjakan suami.. hehehe.. yelah kan.. bila lagi nak merasa dpt berehat, bersantai macam tu.. jadi bila ada peluang... dapatlah kita rest cukup2. Rest bukan beerti boleh baring je sepanjang masa... Banyak benda yang perlu dibuat juga.. terutama bab2 penjagaan diri supaya badan & dalaman kita pulih dengan sempurna .. Hishh.. tiba2 macam rindu pulak nak beranak kecik lagi.. hahahaha... aduhaiii.. macam dah tak mampu je.. cukup2lah tu.. umur pun dah banyak.. hee..
Dah jauh pula melalut kan.. kalau nak tau.. anak dara MaDiHaA yang kecik tu (4 tahun) boleh dikatakan setiap hari mintak adik! Boleh pula tu dia kata.. "ibu kawinlah dengan ayah.. adik nak baby (adik)...." hahahaaa... entah dari mana dia belajar boleh cakap macam tu.. tapi kami tau istilah kawin yang dia maksudkan tu ialah kawin yang nak kena bersanding tu.. hehe.. Dia memang suka sangat dengan baby.. Kat rumah pengasuh ada juga seorang baby yang pengasuh jaga.. sebelum balik memang wajib dia bersalam (dia yang cium tangan baby tu) & cium2 pipi baby tu dulu.. sayang sangat dia dengan baby. Dia pula memang bukan jenis kasar kalau dengan baby ni.. tak kiralah anak sapa pun.. penyayang sangat orangnya.. agaknya sebab tulah dia teringin nak ada adik sendiri kot.. hee..
Oklah tutup kisah baby... meh MaDiHaA kongsi resepi Ayam Sambal Siam yang sedap ni pula ye... Resepi yang CT Zaliedana kongsikan di blog bila ramai yang minta resepi bila ternampak dia update di facebook. CT menggunakan ikan untuk resepi ini tapi MaDiHaA ikut resepi asal iaitu menggunakan ayam sebab dah agak lama tak masak ayam. Bolehlah kawan2 cuba pula ye.. insyaAllah sedap! Terima kasih CT & Iza Akma yang berkongsi resepi.
Ayam Sambal
Siam
Sumber resepi : Iza Akma, CT Zaliedana & MaDiHaA
Sumber resepi : Iza Akma, CT Zaliedana & MaDiHaA
Bahan2:-
500 gm ayam, dilumur garam, serbuk kunyit, lada itam & tepung jagung
150ml Santan Pekat
Minyak Masak
2 biji Limau kasturi ~ ambil airnya (MaDiHaa guna 1/2 biji limau nipis)
Garam Gula secukup rasa
Bahan Kisar
20 Tangkai cili Kering
6 Biji Bawang Merah
2cm Kunyit Hidup
2cm Halia
3cm Belacan yg dibakar
Bahan Hiris Halus
Daun Limau Purut (MaDiHaA tak hiris..)
2batang Serai(Aku Ketuk ajer)
3Cm Lengkuas(Aku kisar jer) (MaDiHA ketuk je)
Bahan Hiasan
Daun limau purut yg dihiris halus (tak letak.. seteru en. husband.. hehe..)
2Ulas Bawang Putih Hiris nipis n goreng garing
4Biji Bawang Merah Hiris nipis n goreng garing
Caranya:-
Goreng ayam yg siap dilumur tadi hingga garing, Letak di dalam pinggan yg sesuai & ketepikan..
Buang lebihan minyak masak & tinggalkan sedikit sahaja untuk masak kuah.
Panaskan minyak masak, tumiskan bahan kisar, masukkan serai n lengkuas goreng lagi sehingga garing & naik bau,
Masukkan santan & daun limau yg dihiris, tambah sedikit air, biar mendidih, perasakan dengan garam, gula & juga jus limau nipis..
Tuang kuah yg siap dimasak keatas ayam yg digoreng tadi.
Goreng garing bawang merah n putih, taburkan diatas ayam tadi bersama2 dgn daun limau yg dihiris halus..
Siap utk dihidangkan..

Selamat mencuba n mnjamu selera..