Assalamualaikum & selamat pagi...
Wahh.. petang semalam warga Puchong yang nak pulang ke rumah masing2 tersekat teruk dek jem disebabkan banjir kilat di hadapan IOI Mall. Dahsyat juga bila tengok gambar-gambar dalam surat khabar pagi ni... dah macam sungai je rupanya.. sebab jalan yang naik air tu hanya sebelah je ehh? Ada yang kata dah jadi Sungai LDP.. hehehe.. Mujur balik kerja semalam MaDiHaA redah juga hujan & terus ambik anak2 kat rumah pengasuh & kat sekolah walaupun masih hujan. Kalau tak.. mau juga rasanya terkena tempias jem tu.. sebab MaDiHaA nak balik pun kena lalu juga tepi LDP tu... memang kerap sangat kereta banyak kat situ. Tapi walaupun tak tersekat dek jem yang teruk (hingga tak bergerak langsung) tapi tetap terlewat juga sampai rumah semalam sebab trafik memang perlahan. Sampaikan Haziq terpaksa pegi mengaji selepas maghrib.. biasanya sempat pegi mengaji sebelum maghrib. Teringat dulu MaDiHaA pernah sekali berhadapan dengan banjir kilat.. masa tu di Jalan Klang Lama berhampiran Kontena Nasional.. Waktu tu.. NPE pun belum buat lagi.. longkang pun tak besar macam sekarang.. wahh... seram tengok banyaknya air atas jalan.. Tawakkal jelah lalu juga sebab ada juga nampak yang berani lalu sebelum tu.. Ada juga kereta yang tak berani nak lalu & buat u-turn. Orang kata kalau nak lalu kawasan berair tu (kalau agak2 boleh lepas).. pastikan siap sedia dengan gear yang sesuai & jangan tukar gear dalam air.. betul ke eik? Wallahualam..
Oklah.. kita lupakan dulu pasal banjir kilat tu ye.. Memang dah menjadi kebiasaan di bandar2 ni dengan fenomena banjir kilat.. Dah tak boleh nak elak. Jom MaDiHaA nak kongsikan lagi resepi yang MaDiHaA katakan semalam ada beberapa resepi yang sedap2 yang masih menunggu Q untuk dikongsikan.. Jadi inilah dia salah satu resepi yang sedap di tekak kami. Ada iras2 macam Ikan Percik.. mungkin sebab penggunaan santan & serai tu. Tapi ada banyak lagi bahan lain yang membuatkan resepi ini sangat sedap & istimewa! Rugi kalau tak cuba.. tak semestinya menggunakan ikan siakap. Guna ikan lain pun boleh juga..
Terima kasih pada CT Zaliedana yang rajin mencuba & mengwar-warkan kesedapan satu2 resepi yang dicuba. Dapatlah kita mencubanya juga. Yelah kalau takde yang nak buat promosi.. kita pun tak pasti mana satu resepi yang betul2 sedapkan? Terima kasih juga pada Kak Nuridah atau lebih mesra MaDiHaA panggil Kak Nur dari Singapore yang berkongsi resepi enak dari Chef Wan ni.. Hmm.. patutlah sedap sangat.. resepi dari Chef tersohor.. Mohon ye Kak Nur & CT.. MaDiHaA nak kongsi di blog ni pula..
Ikan Siakap Pesmol
Bahan2
1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam (MaDiHAa tak letak tak jumpa dikedai)
2 cawan santan pekat
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula
Bahan Kisar
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia
Cara-Cara
garam, lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam (MaDiHAa tak letak tak jumpa dikedai)
2 cawan santan pekat
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula
Bahan Kisar
5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia
Cara-Cara
1.
Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan
minyak yang penuh sehingga garing.
2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
3.
Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.minyak yang penuh sehingga garing.
2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
Kacau rata-rata.
4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air
limau nipis, garam dan gula.
5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.
5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.
Selamat mencuba!
9 comments:
tak mo la layan cite banjir tu kak...layan ikan banjir akak lagi best hihihihi....
terliur lieya tgk kak...dgn kuah pekat likat tuuuu....slurppp..tgk resepi pun mudah kak..boleh la cube...ulam daun salam tu je laa nak kene cari....
sedap ni makan dgn nasi panas2...
amboi...mmg berselera la kalau dapat musim2 hujan nie...:)
Assalamualaikum Kak..Petang semalam dari bandar puteri Puchong tapi terus ke Shah Alam melalui Hicom tak lalu depan ioi...Tapi time balik tu belum ada tanda2 jemmm lagi.Alhamdulillah tak sangkut..
best juga ikan ni..teringin nak buat tapi pasaran ikan kurang siket kat rumah ni, agak2 boleh diganti ngan ayam ni...
Assalam NadihaA....
Selamat Tgh Hari...tgk ikan ni terasa nak makan...tpi buat masa ni x tersampai hajat...cuma dpt lihat ja...akak sibuk dgn jaga cucu 2 org d umah. Nanti bila cuti leh lah akak try lauk ni....:)
Aslmkum Ratna
resepi ni dah lama print tp bertangguh sampai skrg....nak kena cuba juga nanti..
ala2 ikan percik... sedapnye...
tak penah wat...tp rasanya leh jer nk try wat, ni...
alah sedapnyee kak !
ps : akk suami saya ke jerantut bukan outstation tapi dia menghadiri kem kak .. ala2 PLKN tuu kak , anjuran jabatan kerajaan .. free sbb tuu dia nak gi
dia x dpt nak call saya sbb baru2 nie dia dah balik bercuti .. soo kaunselor dia x bg call dah huhu ..
soo kena ikutlah law disana ..
dia pergi 3 bulan kak
29hb April baru boleh balik
huwaaaaaaaaaaaa
Post a Comment