Friday, February 12, 2010

Puding Roti Bercheese & Ubi Kayu Ungkep


Cuti hujung minggu lepas aku ada buat puding roti bercheese nih. Sebab utama ialah nak selamatkan lebihan kerak roti buat sandwich tempahan tu daripada berkulat. Kebetulan pulak krim cheese pun ada dlm peti tu.. terus teringatkan resepi Kak IDa ISK pasal puding nih.. dah lama dah pun printnya.. baru kali ni sempat mencuba. Resepi ni menurut kak Ida dia dapat dari seorang chef dari sebuat hotel di KL nih. Tapi nama hotel tu terpaksa dirahsiakan.. hehee.. TQ chef & Kak Ida.. memang sedap puding nih..

Bahan2nya

10 keping roti (MaDiHaA guna kerak roti lebihan buat sandwich aritu elak pembaziran )
2 cawan susu segar
½ cawan gula perang (kalau suka lebih manis boleh tambah sikit lagi gula)
250 grm krim cheese / 1 buku (guna 300 grm sebab roti ku byk )
1 biji telur
1 sudu esen vanilla
raisin / buah campur untuk hiasan

caranya :-

- sapukan butter pada loyang pembakar. susun roti dalam loyang pembakar
- jiruskan susu segar atas roti – biarkan dalam 15 minit
- pukul cheese, telur , gula perang + esen vanilla hingga gebu
- tuangkan atas roti tadi.
- Hiasa dengan raisin hitam /or buah campur
- Bakar dlm oven selama 20 minit = 200 deg. (ku guna 185C selama 25 minit)
- Tunggu sejuk baru potong…

Selain puding roti bercheese ni.. pagi tu sempat juga buat ubi kayu ungkep nih... Terliur sangat bila Kaksu tayang dlm blognya. TQ kepada Kak Su berkongsi resepi. Resepi asalnya dari Zana.. Mintak izin nak tepek resepi dlm blog MaDiHaA pulak yer..


Bahan2
1 kg ubi - potong spt nak merebus n bersihkan.. (guna tak sampai 1kg)
4 sb ketumbar* (kurangkan ke 2 sb)
3 biji bwg merah*
3 ulas bwg putih*
segengam ikan bilis*- lagi byk lagi best..
sedikit kunyit/serbuk
garam secukup rasa.
Sedikit minyak untuk menumis

Cara2.
1. Tumbuk bahan*. (aku guna pengisar kering.. biasalah org rajin )
2. Tumiskan bahan* dalam kuali hingga berbau harum..dan masukkan garam
3. Masukan ubi dan gaul rata
4. Masukkan air hingga paras ubi/menutupi ubi
5. Tutup kuali, dan biarkan sehingga ubi empuk.
6. Apabila air ubi hampir kering, buka tutup kuali dan kacau rata supaya tidak hangit.
7. Kacau perlahan sehingga air ubi kering.. tutup api.. Angkat & bolehlah dihidang panas2

Memang sedap ubi kayu ungkep nih! Hubby makan banyak.. aku pun suka gak.. TQ kepada Zana & Kaksu kerana berkongsi resepi Jowo nih yekk..

Pulut Kuning & Rendang Ayam



Buat pulut kuning ni atas permintaan suami.. aku lawankan dengan rendang ayam jer.. malas nak buat kari..


PULUT KUNING
1 kg beras pulut – cuci bersih dan rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan asam gelugur
2 keping asam gelugur
1 s/b serbuk kunyit
1 ½ - 2 cawan santan pekat (ni MaDiHa agak2 je ni..lupa nak sukat )
2 s/k garam larutkan bersama santan
1 s/b gula larutkan bersama santan

Cara2
Panaskan periuk pengukus. Toskan beras pulut dan masukkan beras ke dlm periuk kukus. Jika periuk kukus anda jenis yg berlubang besar.. kena alaskan dahulu dasarnya dengan daun pisang atau kain maslin. Boleh juga gunakan kain lampin baby yg belum pernah diguna.. ingat tu.. yg belum diguna yer… hehe.. Kukus selama setengah jam. Keluarkan pulut ke dalam besen dan tuangkan santan lalu diarong rata (dikacau2). Kukus lagi setengah jam dan bolehlah diangkat.



RENDANG AYAM
1 ekor ayam sederhana - potong kecil & cuci bersih
15 - 20 btg cili kering ]
15 biji cili padi ]
1 labu bwg besar ]
5 ulas bwg merah ]
3 ulas bwg putih ] dikisar halus
2 inci halia ]
1 inci kunyit hidup ]
1 inci lengkuas ]
4 btg serai ]
2 btg serai - dititik
1 helai daun kunyit - hiris halus
1/2 biji kelapa buat kerisik - tumbuk lumat
1 1/2 biji kelapa ambil santan
sedikit asam jawa - ramas dgn sikit air
minyak utk menumis
garam, gula & perasa secukupnya

Cara2 Memasak
-Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar & serai yg dititik sehingga wangi.
-Masukkan ayam dan kacau rata.
-Masukkan semua bahan2 yg tinggal kecuali daun kunyit & kerisik.
-Biarkan mendidih sambil dikacau supaya tak hangus.
-Bila hampir2 kering.. masukkan kerisik & daun kunyit.
-Biar kering sikit dan rasakan garamnya.. bila dah cukup rasa bolehlah dihidang.

Friday, February 5, 2010

Tempahan

Hari Sabtu lepas.. makcikku Sujah dapat tempahan daripada Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, PJ untuk menyediakan makanan & minuman untuk peserta2 kursus pengurusan wang yang dikendalikan oleh AKPK. Sujah mintak aku buat puding marble pelangi, sandwich sardin & sandwich telur. Manakala Sujah sendiri masak mee kari & juga menyediakan minuman panas. Kat bawah ni aku letak gambar2 tempahan tempohari.


2 tray puding marble pelangi bersaiz 10" x 10" x 2.5"


55 keping sandwich sardin (aku guna mackeral) & 55 keping sandwich telur + crabstick.


Puding yang telah siap dipotong2 & disusun dalam tray ni..


Kita susun sebelah menyebelah okehh..


Sekarang.. kita posing ramai2.. hehe.. (tu mee kari yg Sujah masak... bukan aku..)
Saja susun2 dulu mcm ni sebelum dihantar ke masjid (tempat kursus tu berlangsung)


Hari ni kongsi resepi sandwich telur & crabstik yang sempoi nih..



EGG & CRABSTICK SANDWICH
Bahan2

Roti sandwich secukupnya
marjerin / butter utk sapu pd roti
4 biji telur rebus ~ dikupas kulitnya
5 batang crabstick (yg pendek) ~ direbus sebentar
4 sudu mayonis (or secukupnya.. agak2 jer)
lada sulah / ajishio (lada hitam berperisa) secukupnya
(jika suka tambahkan secubit garam)

Cara2
1. Sapukan butter pada roti.
2. Lenyekkan telur rebus hingga hancur. Potong halus crabstick & campurkan ke dalam telur lenyek tadi.
3. Masukkan mayonis, lada sulah/ajishio & secubit garam (jika suka.. tak boh garam pun takper.. mayonis & butter dah berasa garam)
4. Sapukan inti pada roti & potonglah ikut suka.
(jika buat untuk makan2 kat rumah jika suka bolehlah ditambahkan dengan sayuran kesukaan spt timun, salad atau tomato supaya mendapat khasiat yg seimbang)


Yang ini pulak buat untuk makan2 jer... tapi buat tak tinggi sangat macam yg tempahan tu.. lebih kurang 1.5 inci jer tingginyer.. yang tempahan tu tingginya lebih kurang 2.5 inci. Thanks to sis Blackmore yang sudi berkongsi resepi puding yang sedap ni.. mintak halal yer sebab MaDiHaA gunakan resepi ni untuk tujuan berniaga


Sertakan sekali resepinya disini.. dah banyak kali buat puding ni.. memang sedapp!!


RAINBOW MARBLE PUDDING
Sumber: Sis Blackmore

Bahan-bahannya
2 bungkus serbuk agar-agar (sebungkus 13 g)
1350ml air paip
450gm gula pasir
130gm mentega
8 biji telur bersaiz sederhana
1 tin susu cair Carnation
2 sudu makan tepong custard
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya

Cara-caranya
1. Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan dulu.
2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker, kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar-agar dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih. Kemudian, masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata.
4. Bahagikan adunan ke dalam 3 buah mangkuk. Bubuhkan koko ( yang sudah dicampurkan sedikit air) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata. Adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing-masing diwarnakan dengan kuning dan merah.
5. Gunakan loyang berbentuk 4 persegi berukuran 9x9x3 atau loyang bentuk jantung ataupun bulat seperti yang dalam gambar.
6. Merengkan loyang sedikit dengan menyangga salah satu hujungnya dengan buku atau lain2 benda yang keras. Tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang disusuli pula ngan sadu senduk makan adunan warna kuning dan satu senduk adunan warna coklat. Ulang cara begini sehingga adunan selesai digunakan.
7. Letakkan loyang kembali kepada kedudukan asalnya dan masukkan adunan ke dalam peti sejuk dan biarkan adunan keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Note: MaDiHa menggunakan acuan 10" x 10" x 3"

Terima kasih. Jumpa lagi.

Wednesday, February 3, 2010

Rich Chocolate Moist Cake

Alhamdulillah.. sempena hari ulangtahun kelahiran Haziq.. sempat juga aku buatkannya 2 biji kek coklat. Sebiji potong2 di rumah pengasuhnya & sebiji lagi potong di rumah tokcunya. Jika nak baca cerita seterusnya pasal Haziq potong2 kek hari lahirnya boleh klik kat sini yer.. http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=1989113

Terima kasih pada tuan punya resepi kek ni.. sangat sedap & disukai ramai. Resepi ini aku ambil dari blog MamaFaMi.. Thanks to mama & tuan punya asal resepi ini.

Inilah kek yang pertama yang ku bawa ke rumah pengasuh Haziq. Semua sangkakan aku beli kek ni.. & ada gak yang bertanya untuk menempah.. hehe.. tapi aku dah cakap awal2 yang aku boleh buat kek tapi aku tak pandai deko..


Ini kek yang kedua buat Haziq...


Ini resepinya jika mahu mencuba..

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
BAHAN A:
170gm butter
300gm gula castor
3 biji telur

BAHAN B :
2 tsp serbuk nescafe segera
1 tbs air suam
1 tsp esen vanilla
1 tsp choc emulco

BAHAN C :
225gm tepung gandum
65gm serbuk koko
1/2 tsp garam halus
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 tsp baking powder

180ml air sejuk dari petiais

CARA-CARA:
1. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi, putar Bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar.
3. Campur sebati semua bahan B dan titiskan ke adunan butter tadi. Putar seketika dan hentikan putaran.
4. Ayak Bahan C. Masukkan berselang-seli dengan air sejuk bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung. Gunakan spatula untuk mengkaup balik adunan. Jangan putar.
5. Alas dan gris loyang bulat 9". Bakar pada suhu 175 darj cel selama 40min atau sehingga kek masak.

TOPPING
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair
1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.

Selamat mencuba..!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...