Nak kerja hari ni macam malas-malas gitu.. hehe.. biasalah kan.. macam tak puas cuti sehari je. Biasanya kalau cuti hujung minggu bagi MaDiHaA mesti 2 hari.. bila cuti sehari macam tak cukup je. Tapi alhamdulillah.. banyak perkara dapat diselesaikan semalam bila suami sama2 bercuti. Bukan apa.. bila cuti hujung minggu tu suami MaDiHaA hanya dapat merasa cuti sebulan 2 kali je. Lagi 2 kali dia kena kerja juga a.k.a overtime wajib. Bila kebetulan kami sama2 cuti... kadang tu asyik sibuk ambil peluang balik kamponglah, jenguk anak kat asrama lah, berkemas rumahlah... sampaikan nak buat sesuatu yang lain tak berkesempatan. Tapi semalam walaupun hanya cuti sehari.. banyak perkara tertunda dapat diselesaikan. Bila dah selesai tu.. rasa macam dah selesai bayar hutang aje.. hehehe... Padahal bukan apa pun.. hanya perkara2 kecil yang dijanjikan dengan anak-anak dapat ditunaikan. Dan seperkara lagi.. baru berkesempatan dapat melawat kawan yang bersalin anak ke tiga. Sampaikan dia dah abis pantang baru kami sempat jenguk.. phewww... sibuk betul!
Oklah terus dengan resepi yang nak dikongsikan hari ni. Resepi yang rasanya hanya dimasak setahun sekali je kot. Itupun bukannya beli sendiri... tapi yang disedekahkan orang. Jangan tak percaya.. inilah daging kambing korban tahun lepas punya.. hahaha... berbulan2 dok dalam peti sejuk beku tu. Punyalah lama dibiarkan daging tu bertapa dalam peti sejuk tu. Bukan apa.. kami dua2 laki bini bukan tak makan kambing... cuma ada sedikit seriau gitu.. hahaha... Ni semua sebab mitos yang kami selalu dengar kononnya daging kambing boleh buat tekanan darah naik atau pening2 bila selepas makan... hmmm.. entahlah betul atau tak.. kena tanya pada yang pakarlah ye... Tapi lepas kami makan.. takde pula rasa pening-pening pun.. nampak sangatlah penipunye! (sila baca macam Usop Wilcha cakap dalam cerita Hantu Mak Limah Balik Rumah yeee... hehehe...)
Pada Kak Liza.. terima kasih untuk resepi ni. Resepi yang MaDiHaA ambil dari buku resepi 1 Hari 1 Resepi. Jarang2 dengar masak merah versi daging atau kambing. Jadi kita cuba-cubalah kali ni ye... Alhamdulillah sedap. Anak2 pun makan berselera... tapi ibu dia tak cakap tu daging kambing... ibu dia cakap daging je... takut anak2 taknak makan pula kalau sebut kambing.. hehehe...
KAMBING MASAK MERAH
Resepi : Chef Hanieliza dari buku resepi 1 Hari 1 Resepi
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan A
500 gram daging kambing
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 labu bawang besar (dimayang)
3 sudu makan minyak masak (MaDiHaA letak secukupnya)
Garam, serbuk perasa & sedikit gula jika suka
Bahan B
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 tangkai daun kari
20 tangkai cili kering*
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
3 biji tomato*
Cara Membuat
1. Kisar bahan bertanda*. Perapkan daging bersama serbuk jintan manis selama 1 jam.
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis & daun kari sehingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan daging yang diperap & kacau rata. (MaDiHaA tambah 1 cawan air). Masukkan garam, serbuk perasa & sedikit gula.
4. Masak sehingga daging lembut & empuk. Masukkan bawang besar dan biar sehingga pecah minyak.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!



