Assalamualaikum & salam sejahtera..
Luangkan masa untuk ekspress update hari ni. Jom MaDiHaA kongsi menu ringkas ni. Sesuai untuk breakfast atau boleh je dimakan bila2 waktu yang dirasakan sesuai. Anak2 dah jemu dengan mee kuning. Kalau masak mee lidi atau spaghetti barulah laju dorang makan.
Kuantiti untuk resepi ni agak banyak ye. Kalau isi rumah tak ramai, elok kurangkan sukatan yang MaDiHaA kongsikan tu... Lagipun MaDiHaA guna sayur brokoli extra sebab memang suka masak letak sayur lebih.. jadi hasilnya pun dpt lebih. Makan banyak pun tak rasa bersalah sangat sebab sayurnya lebih... hehe...
Spaghetti Goreng Blackpepper/Lada Hitam
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
500 gm spaghetti
400 gm daging kisar (MaDiHaA guna ramlee)
2 ketul brokoli (saiz besar) ~ potong floret, cuci & tos
1 tin sos spagethi lada hitam prego
2 biji tomato ~ didadu
3 sudu besar sos tiram
garam secukup rasa
3 sudu kecil lada hitam yang telah dikisar
minyak masak untuk menumis
Bahan tumis
2 biji bawang besar ~ didadu
4 ulas bawang putih ~ di dadu
1 sudu besar rempah kurma
Cara menyediakan
1. Rebus spaghetti sehingga lembut. Toskan
2. Panaskan minyak masak & tumiskan bawang besar & bawang putih hingga layu & wangi. Tambahkan rempah kurma & kacau rata.
3. Masukkan daging kisar & pecah2kan supaya ianya relai & berderai. Masak hingga ia berubah warna. Masukkan tomato dadu, lada hitam kisar & kacau lagi hingga daging masak.
4. Masukkan sos spaghetti lada hitam & tambah air dalam tin kacau2 dengan sudu kemudian curahkan air ke dalam kuali. Bila mendidih masukkan brokoli, garam, sos tiram. Agak2 brokoli empuk masukkan spaghetti & kacau rata.
5. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Showing posts with label Pasta. Show all posts
Showing posts with label Pasta. Show all posts
Wednesday, March 28, 2018
Thursday, March 2, 2017
Sup Tepung
Assalamualaikum & salam sejahtera..
Sesekali mencuba kelainan. Nampak macam biasa2 je kan? Tapi nak membuatnya harus ada kerajinan. Buktinya... resepi ni dah hampir setahun tersimpan. Kini baru ada kerajinan untuk membuatnya. Sebab apa? Sebab tuan resepi dah masuk 2, 3 kali up gambar menu di FBnya tapi MaDiHaA masih tak terbuat2 lagi... hahahaa... Kali ni tak boleh berlengah2 lagi... terus je rajinkan diri & hidupkan enjin lama ni supaya projek terbengkalai ni terjadi... hehehe.... hasilnya? Memang sedap & berselera kami & anak2 menjamu selera. Nanti kakak Dini balik dari asrama bolehla buat lagi... Terima kasih sis Nolly Epin berkongsi resepi. Mohon maaf sebab derhaka kat resepi. Biasalah masak selepas maghrib dah lepas balik kerja tu kan... kira nak cepat je... hehe... Masa nak makan tu tabur bawang goreng, daun bawang/daun sup & jangan lupa tambah sambal kicap... wow.... marbeless...
Sup Tepung
Resepi : Sis Nolly Epin
(Tulisan merah dalam resepi MaDiHaA tambah)
500grm tepung gandum
Sedikit ayam @ daging potong kecil (MaDiHaA guna 500 gm daging)
Fish ball, fish cake, filamen ketam ~ potong kecil (ikut
kegemaran masing2)
1 ketul brokoli (saiz sedang)
1 ketul cauliflower (saiz sedang)
2 ulas Bwg putih,
6 ulas bwg merah (bwg putih n bwg merah ditumbuk halus @
dipotong dadu)
2 kiub ayam @ ikan bilis maggie
2 sudu teh serbuk lada sulah (MaDiHaA tambah)
2 sudu teh serbuk lada sulah (MaDiHaA tambah)
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Sambal Kicap
Cara2nya:
1. Tepung diuli bersama air + garam. Canai dan potong2 seperti kueteow. Setelah dipotong2 ketepikn dahulu. (MaDiHaA shortcut je, uli lembut sikit & masukkan dalam acuan laksa guna bunga leper/bunga kuetiaw... terus putar dalam air mendidih & rebus sampai timbul. Angkat ke dalam air sejuk/air paip. Ulang sampai doh habis.)
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang, masukkn ayam @ daging. Then masukkn air..(mcm nk buat sup). Biarkan mendidih & oleh kerana MaDiHaA guna daging, kena rebus lama sikit sehingga daging empuk.
3. Masukkn kiub ayam, fishcake & fishball
4. Setelah sup mngelegak.. masukkn tepung yg telah dipotong2
tadi. (step ni MaDiHaA tak masukkan lagi sebab tepong MaDiHaA dah masak, jadi step ni MaDiHaA masukkan sayur cauliflower dengan brokoli. Setelah mendidih terus masukkan kuetiaw tepong yang dah ditoskan ke dalam sup. Air MaDiHaA lebihkan sebab letak banyak sayuran.
5. Masukkn garam secukup rasa. Masak sehingga pekat.
6. Masukkn dlm bekas. Taburkn bwg goreng dan daun sup.
7. Sedap dimkn dgn cili potong dan sambal cili kicap.
Selamat mencuba!
Friday, June 24, 2016
Makaroni Gratin
Assalamualaikum....
Bila dah ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka... bolehlah tukar ke menu western pulak. Ini menu kegemaran anak2 MaDiHaA. Menambah2 mereka makan. Nak masaknya pun bukanlah susah sangat.
Jom MaDiHaA kongsikan lagi resepinya. Dah pernah beberapa kali kongsi resepinya sebelum ni. T.kasih kak Meen/Mar untuk perkongsian resepi ni..
Makaroni Gratin
Resepi :
Jasmeenskitchen
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan A
250gm Elbow Macaroni - Basuh & rebus hingga
lembut
250gm keju mozarella
Bahan B
250gm udang basah (MaDiHaA
ganti dengan bebola sotong)
1 peket jejari ketam - potong2
½ tin cendawan butang
1 biji carrot - sagat (nak guna mix vege pun boleh)
1 labu bawang besar - mayang halus
½ sudu besar serbuk lada hitam
1 sd besar mentega
Garam / serbuk perasa
Cara2
1. Panaskan Mentega, tumis bawang merah hingga
layu. Masukkan udang, jejari ketam, cendawan..gaul rata....& masukkan
lada hitam & garam.
2. Bila udang dah masak, masukkan carrot &
macaroni...gaul sebati hingga carrot nmpk layu sedikit. Ketepikan dahulu
Bahan C / Sos Putih
(MaDiHaA buat dua kali resepi sos putih ni sebab
MaDiHaA bakar dalam 2 loyang)
½ tin susu cair
2 sdb tepung gandum
1 sdb mentega
sedikit garam
2 slice cheddar cheese
Serbuk lada hitam
Cara2
1. Panaskan mentega sehingga cair..masukkan
tepung...kacau sebati..
2. Masukkan susu ..kacau lagi... Bila dh mendidih
sedikit, carikkan keju slice, masukkan dlm kuah. Perisakan dgn garam &
serbuk lada hitam.
Untuk proses membakar
1. Panaskan oven 200C
2. Ambil bekas tahan panas - (bahan diatas ckup utk
loyang bersaiz 8inci)
3. Masukkan bahan B...kemudian curahkan sos
putih. Taburkan Mozarella cheese - penuh2 lg sedap.
4. Bakar selama 10 - 15min, mengguna suhu 200
degree celcius. Siap.... sedap dimakan panas2.Selamat mencuba!
Wednesday, June 3, 2015
Makaroni Goreng
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Makaroni Goreng
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
500 gm makaroni pasta ~ direbus hingga lembut ~ tos
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
10 - 12 sudu besar cili + bawang besar + bawang putih yang siap dikisar pekat ye.. kalau cair sila lebihkan kuantiti)
1 biji tomato ranum ~ didadu
minyak masak secukupnya
6 - 7 batang sosej ~ dihiris
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap
3 sudu kfc garam atau secukup rasa ikut selera sendiri
2 cawan air
2 biji telur
1/4 kobis ~ dihiris
1 biji carrot ~ di sagat kasar
Cara menyediakan
Selamat mencuba!
Bermula sudah cuti sekolah... maka awal2 pagi sebelum solat subuh & bersiap ke pejabat wajiblah masak lebih sikit untuk anak2 di rumah. Abang & adik masing2 tak mau pegi ke day care atau rumah transitnya.. Semua nak duduk rumah sebab kakaknya dah balik dari asrama. Bukan apa tu.. kat rumah kan ramai kawan2 yang sama2 cuti sekolah. Apa lagi.. asyik ingat nak main ajelah tu. Mujur minggu ni ayahnya pun kerja shift malam.. jadi bolehlah juga pantau anak2.
Kalau masak untuk dorang tu memang kena masak banyak sebab semuanya kaki makan. Sikit2 nanti tak cukup. Ini pun entah2 tak sempat tengahari.. padan makan pagi je. Kalau dah habis tu.. pandai2lah kakaknya pula jadi tukang masak. hihihi....
Kuantiti resepi kat bawah ni memang dapat banyak. Kalau rasa banyak sangat boleh buat separuh je. Resepi biasa2 je ni. Takde yang istimewa pun. Tapi alhamdulillah.. adalah 'rasa' dia bila dijamah... janji anak2 kenyang...
Makaroni Goreng
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
500 gm makaroni pasta ~ direbus hingga lembut ~ tos
3 ulas bawang putih ~ diketuk & cincang
10 - 12 sudu besar cili + bawang besar + bawang putih yang siap dikisar pekat ye.. kalau cair sila lebihkan kuantiti)
1 biji tomato ranum ~ didadu
minyak masak secukupnya
6 - 7 batang sosej ~ dihiris
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap
3 sudu kfc garam atau secukup rasa ikut selera sendiri
2 cawan air
2 biji telur
1/4 kobis ~ dihiris
1 biji carrot ~ di sagat kasar
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumis bawang putih cincang hingga wangi. Masukkan cili & bawang kisar. Tumis hingga naik minyak. Masukkan tomato dadu & sosej yang dihiris. Kemudian masukkan 1 cawan air. Biar hingga sosej masak sebentar. Tambah sos tiram, sos cili, kicap & garam. Kacau rata.
2. Pecahkan telur ditepi kuali. Jangan terus dikacau. Biar telur masak sikit lepas tu balikkan & biar seketika. Bila nampak telur beku sikit barulah kacau2.
3. Masukkan hirisan kobis & boleh tambah 1 cawan air lagi jika nampak kering. Kacau rata. Kemudian masukkan makaroni yang direbus tadi & kacau sebati. Akhir sekali masukkan carrot yang disagat & kacau sebati. Rasakan apa yang kurang boleh ditambah baiki rasanya ye. Kemudian bolehlan dihidangkan.
Selamat mencuba!
Wednesday, May 13, 2015
Avocado Spaghetti
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Avocado Spaghetti
Adaptasi dari : The Comfort of Cooking
Sumber : MaDiHaA akak Ratna
Bahan2
250 gm spagetti
6 batang sosej ~ potong pendek
2 biji avocado ranum ~ skop isinya (lebih kurang 300 gm)
3 sudu besar jus lemon atau lebih (ikut selera sendiri)
2 ulas bawang putih
segengam fresh basil (lebih kurang 1/2 cwn)
1/3 cawan minyak zaitun
1 cawan isi jagung ~ rebus & tos
garam & gula secukup rasa
Musim avocado kembali lagi. Setiap kali pokok avocado kat rumah maksu Sujah berputik.. setiap kali itulah tak sabar2 nak tunggu untuk mencuba resepi baru dari avocado. Avocado yang ada kat rumah makcik tu buahnya agak besar berbanding dengan avocado yang ada di pasaran. Tak silap pokok tu baka dari Indonesia. Tengok kat supermarket atau hypermarket.. sebiji avocado saiz kecil tu pun ada yang cecah rm5. Harga berbeza2 mungkin mengikut stok buah yang masuk kot. Tapi bagi MaDiHaA walaupun RM3 sebiji ia tetap mahal. Memang tak belilah kot avocado yang mahal tu.. almaklumlah tiap2 tahun dapat buah percuma... saiz besar lagi... hehe...
Baru2 ni satu dahan avocado kat rumah makcik sekah akibat terlampau berat buahnya. Bila dah sekah tu.. makcik pun kutiplah buahnya dan isi dalam kotak. Penuh membumbung satu kotak. Sayang betul tengok sebab ada antara buah2nya yang belum cukup tua. Masa kami bertandang rumah makcik, makcik bagi kami 5 biji buah avocado. Nak ambik banyak tapi takut membazir pulak sebab esoknya cuti panjang hari buruh & wesak & kami akan pulang ke Raub ada kenduri doa selamat & majlis tunang adik ipar kat rumah mertua. Bila balik KL tengok2 buah avocado dah masak & dah boleh dimakan. 4 biji dah selamat kami makan sebagai dessert. Tak buat apa2 pun.. cuma makan dengan susu pekat manis. Memang lazat! Hanya sebiji yang sempat MaDiHaA simpan untuk mencuba resepi Avocado Spaghetti ni. Kalau ada yang nak mencuba.. anda kena gunakan 2, 3 biji buah avocado sebab yang terjual kat pasaraya tu buahnya agak kecil berbanding yang MaDiHaA gunakan hanya sebiji sahaja & isinya lebih kurang 300 gm yang MaDiHaA dapat.
Jom tengok resepinya... resepi yang MaDiHaA adaptasi dari internet.. anak2 kata sedap.. syukurlah habis juga dorang makan. Avocado Spaghetti
Adaptasi dari : The Comfort of Cooking
Sumber : MaDiHaA akak Ratna
Bahan2
250 gm spagetti
6 batang sosej ~ potong pendek
2 biji avocado ranum ~ skop isinya (lebih kurang 300 gm)
3 sudu besar jus lemon atau lebih (ikut selera sendiri)
2 ulas bawang putih
segengam fresh basil (lebih kurang 1/2 cwn)
1/3 cawan minyak zaitun
1 cawan isi jagung ~ rebus & tos
garam & gula secukup rasa
tomato ceri jika suka
idea cucuk spaghetti ni pun dpt dr tenet jugak.. tp lupa dah sumbernya..
Cara menyediakan
1. Dalam food processor.. kisar halus isi avocado, bawang putih, fresh basil, jus lemon, minyak zaitun, gula & garam sehingga halus. Ketepikan dahulu.
2. Ambil 5 batang spaghetti lalu cucuk pada sosej yang dipotong pendek. Buat sehingga habis sosej seperti dalam gambar.
3. Jerang air dalam periuk sedang bersama 1 sudu kecil garam. Masukkan spaghetti yang dicucuk tadi. Jika spaghettinya berlebih masukkan je sekali. Rebus hingga lembut. Angkat & toskan.
4. Rebuskan juga isi jagung. Kemudian toskan.
5. Dalam bekas yang besar, masukkan spaghetti, isi jagung serta sos avocado yang siap dikisar halus tadi. Gaulkan sehingga rata. Jika kurang garam boleh tambah & gaul sebati.
6. Hidang segera selepas siap disediakan. Taburkan tomato ceri semasa menghidang sekiranya suka.
Nota : Pasta ini tidak sesuai dibiarkan disuhu biasa sekiranya ada berlebih. Ia mesti dimakan segera atau simpan dalam peti sejuk sekiranya tidak habis. Bila nak panaskan.. boleh kukus sekejap.
Selamat mencuba!
Tuesday, April 8, 2014
Spagetti Bolognese
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Beberapa hari ni sibuk sangat. Nak update blog pun tak sempat. Nak edit gambar pun tak sempat juga. Hari ni update gambar yang dah siap edit lama dulu. Masak ni pun dah lama dah.. masa anak dara balik dari asrama bulan lepas. Sebelum hantar dia ke stesen bas Pekeliling utk balik ke asrama.. sempat masak menu kegemaran dia ni. Nak masak yang lain2 dah tak sempat dah takut pulak karang tertinggal dek bas pulak.. kena keluar ke KL cepat takut jalan jem. Dok KL ni macam tulah.. kita tak boleh nak agak boleh sampai berapa minit. Buatnya jalan jem hari tu.. haaa.. masakkk.. Masak tengah jalan la.. kalau masak kat dapur boleh juga makan2.. hihi...
Spagetti Bolognese
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Beberapa hari ni sibuk sangat. Nak update blog pun tak sempat. Nak edit gambar pun tak sempat juga. Hari ni update gambar yang dah siap edit lama dulu. Masak ni pun dah lama dah.. masa anak dara balik dari asrama bulan lepas. Sebelum hantar dia ke stesen bas Pekeliling utk balik ke asrama.. sempat masak menu kegemaran dia ni. Nak masak yang lain2 dah tak sempat dah takut pulak karang tertinggal dek bas pulak.. kena keluar ke KL cepat takut jalan jem. Dok KL ni macam tulah.. kita tak boleh nak agak boleh sampai berapa minit. Buatnya jalan jem hari tu.. haaa.. masakkk.. Masak tengah jalan la.. kalau masak kat dapur boleh juga makan2.. hihi...
Spagetti Bolognese
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan
500
gm spagetti
Sedikit
minyak zaitun
Bahan untuk sos
300
gm daging kisar (MaDiHaA guna Ramlee ~
dicerai2kan/dihancurkan dari dalam bungkusan)
1
biji bawang besar ~ didadu
2
ulas bawang putih ~ didadu
1 tin cendawan butang ~ dihiris
1
biji timun Jepun ~ didadu
1
biji tomato ~ didadu
1
botol besar sos spagetti prego
1
botol air (sukat guna botol sos prego tadi)
½
kiub lembu
2
helai daun bay kering
½
sudu kecil serbuk kasar oregano kering
garam
secukup rasa
sedikit
minyak masak
sedikit
minyak zaitun
Cara menyediakan
1. Spagetti direbus hingga lembut (al dente). Toskan & masukkan sedikit minyak zaitun & gaul rata. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan sedikit
minyak masak & minyak zaitun. Tumiskan (saute) bawang besar &
putih hingga layu & wangi. Masukkan daun bay & daging kisar yang
ditelah siap direlai2kan (sebab daging kisar dalam bungkusan tu dah
mampat). Kacau2 & biar daging nampak masak. Masukkan cendawan butang
& tomato & gaul sebati.
3. Masukkan sos spagetti beserta air, kiub lembu serta serbuk oregano & masak hingga
tomato hancur & kuah agak pekat. Masukkan timun yang didadu &
perasakan dengan garam secukup rasa. Bila timun nampak lembut matikan
api & siap untuk dihidangkan bersama spagetti rebus atau apa juga
pasta yang disukai.
Selamat mencuba!
Selamat mencuba!
Monday, March 10, 2014
Spagetti Goreng Lada Hitam Bersosej
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Spagetti Goreng Lada Hitam Bersosej
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
250 gm spagetti ~ direbus hingga lembut
5 batang sosej ~ dipotong serong
1/2 cawan air.
sedikit minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/4 biji kobis ~ diracik/hiris
1/4 biji capsicum merah/hijau ~ dipotong sesuai selera (optional)
Bahan Perasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam jika perlu
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi. Masukkan sosej & air & masak/kacau seketika.
2. Masukkan kobis & semua bahan perasa lalu dikacau rata. Masukkan hirisan capsicum & gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus & gaul sebati. Jika kurang rasa garamnya.. boleh tambah kicap cair hingga mendapat rasa yang secukupnya. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Isnin yang agak lemau... badan terasa penat yang amat. Mungkin sebab sibuk sangat dengan pelbagai aktiviti bermula Jumaat, Sabtu & Ahad. Ke KL sampai 3 hari berturut2... pecah rekod. Anakda balik dari asrama.. itulah sebabnya.. Sedapnya kalau boleh ambil halfday balik rumah berehat sampai petang.. hehehe..
Oklah.. teruskan dengan resepi untuk hari ni. Tapi sebelum tu.. mari kita sama2 berdoa moga kehilangan pesawat MH370 berjaya ditemui semula. Apa pun jawapan yang bakal kita ketahui kita terimalah dengan hati yang redho... Mudah2an semuanya yang baik2 saja. Ya Allah.. kau berikanlah petunjukMu agar hilang segala kebimbangan kami semua ya Allah. Amin ya rabbal alamin...
Ok jom resepi mudah dapur MaDiHaA hari ni... agak pedas sikit.. budak2 tak tahan pedas memang tak boleh makan ni.. hangat.. hehe..
Spagetti Goreng Lada Hitam Bersosej
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
250 gm spagetti ~ direbus hingga lembut
5 batang sosej ~ dipotong serong
1/2 cawan air.
sedikit minyak masak
1 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ potong dadu
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1/4 biji kobis ~ diracik/hiris
1/4 biji capsicum merah/hijau ~ dipotong sesuai selera (optional)
Bahan Perasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil serbuk pati ayam
garam jika perlu
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
Cara menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bawang besar & bawang putih hingga layu. Masukkan cili kisar & tumis hingga wangi. Masukkan sosej & air & masak/kacau seketika.
2. Masukkan kobis & semua bahan perasa lalu dikacau rata. Masukkan hirisan capsicum & gaul sebati.
3. Akhir sekali masukkan spagetti yang telah direbus & gaul sebati. Jika kurang rasa garamnya.. boleh tambah kicap cair hingga mendapat rasa yang secukupnya. Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Thursday, March 21, 2013
Spagetti Bolognese
Assalamualaikum & salam sejahtera.....
Menyempurnakan hajat anak2 yang suka sangat makan spagetti ni... masakkan la jugak walaupun ayahnya tak suka sangat dengan masakan ni... Kalau masak spagetti ni.. anak2 memang suka sangat.. boleh makan berulang2... memang tak membazir..
Sebenarnya dah lama dah masak ni... dah lupa dah bila.. rasanya masak masa kakak Dini balik bercuti kot... sebab seingat MaDiHaA.. masa masak ni dulu memang kakaknya ada sama.. punyalah lama kan.. masa dok belek2 folder.. nampak gambar ni masih ada dalam folder kiv... hmm.. pos jelah hari ni...
Spagetti Bolognese
Resepi : MaDiHaA
a.k.a Ratna
Bahan-bahan
500 gm
spagetti
2 sudu besar
minyak zaitun/minyak masak biasa
1 sudu kecil
garam
air
secukupnya
3 sudu besar
minyak zaitun untuk menggaul selepas spagetti direbus
Bahan Sos
1 biji
bawang besar ~ didadu
3 ulas
bawang putih ~ didadu
1 sudu kecil
serbuk paprika
400 gm
daging kisar ~ dicerai2/ dihancur2kan sebab ia berbuku dlm bungkusan tu
3 cawan air
1 kiub
ayam/lembu/1 sudu kecil Tumix (salah satu je)
1 tin sos
spagetti prego tradisional
2 biji
tomato ranum saiz BESAR ~ didadu
1 ~ 2 batang
celery ~ didadu halus
1 tin
cendawan butang ~ dihiris
1/2 batang carrot
~ disagat
2 helai bay
leaves
½ sudu kecil
oregano
½ sudu kecil
serbuk lada hitam
2 sudu besar
sos cili
3 sudu besar
sos tomato
Garam
secukup rasa
Sedikit minyak
& sedikit butter untuk menumis
Bahan
tambahan
Serbuk
parmesan cheese secukupnya
Cara
menyediakan
1. Dalam
periuk yang sesuai rebus spagetti bersama semua bahan lain hingga lembut.
Toskan sebentar kemudian gaulkan dengan beberapa sudu minyak zaitun lalu
gaulkan. Ketepikan dahulu.
2. Panaskan
sedikit minyak & butter kemudian masukkan bawang putih & bawang besar.
Kacau2 hingga wangi & nampak layu. Masukkan serbuk paprika & kacau
lagi.
3. Masukkan
daging kisar & kacau rata sehingga berubah warna. Masukkan sos spagetti
& air didihkan sebentar hingga daging masak.
4. Tambahkan
tomato, celery & cendawan. Masukkan kiub ayam, serbuk lada hitam, tomato
puri/sos tomato, sos cili, bay leaves & oregano. Biar mendidih kemudian
masukkan carrot yang disagat. Biar kuah agak pekat sedikit. Akhir sekali
perasakan dengan garam secukupnya.
5. Hidangkan
spagetti dengan sosnya & taburkan dengan serbuk parmesan cheese semasa
menghidang.
Friday, January 11, 2013
Makaroni Gratin Telur Rebus
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Okey berkongsi resepi pulak. Ini antara gambar yang sempat diselamatkan sebelum handphone ku rosak tempohari. Dimasak semasa kakak Dini masih bersama kami. Kali ni Macaroni Gratin Telur Rebus pulak.. hihi... lagi2 menu menggemukkan... haishhh! Tapi sedap you all! Rugilah kalau tak makan bila menu dah di depan mata kan....
Thanks to my cyber friend Kak Mar atau lebih mesra dengan panggilan Kak Meen.. hehe... teman mohon copy resepinya kat sini yer... t.kasih... Resepi kali ni tak sama ye dengan penyediakan Makaroni Gratin yang dibuat sebelumnya tu... kalau ikut tekak MaDiHaA dua2 pun sedap tapi yang ini lebih sodap! hehe..
Macaroni Gratin Telur Rebus
by: Jasmeenskitchen
Sumber : MaDiHaA aka Ratna
Bahan2
250 gm macaroni ~ rebus sehingga lembut (*RALAT* telah diedit ke 250gm & bukan 500gm ye...)
250 gm macaroni ~ rebus sehingga lembut (*RALAT* telah diedit ke 250gm & bukan 500gm ye...)
3 biji telur ~rebus, kopek dan belah 4 (MaDiHaA guna 4 biji)
1 labu bawang besar _ potong dadu
1 biji carrot - sagat (takde stok.. MaDiHaA letak cendawan butang tin)
Udang sederana besar (kalo x der pun x per - MaDiHaA ganti dgn 1 bungkus filamen ketam)
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit myk utk menumis.
1 biji carrot - sagat (takde stok.. MaDiHaA letak cendawan butang tin)
Udang sederana besar (kalo x der pun x per - MaDiHaA ganti dgn 1 bungkus filamen ketam)
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Sedikit myk utk menumis.
Cara menyediakan
Panaskan myk..& tumis bawang sehinggan layu. Masukkan carrot & seafood ... kacau hingga sebati. Masukkan lada hitam n garam. Akhir sekali, masukkan macaroni & gaul rata. Ketepikan sebentar.
Bahan sos
putih
1 tin Sos prego cream & cheese (tin kuning) ~ MaDiHaA guna sos prego cheese & herb
Sedikit mix herb..kalo ada (MaDiHaA letak 1/2 sudu kecil)
3 ulas bawang putih
1 tin Sos prego cream & cheese (tin kuning) ~ MaDiHaA guna sos prego cheese & herb
Sedikit mix herb..kalo ada (MaDiHaA letak 1/2 sudu kecil)
3 ulas bawang putih
sedikit air
Myk utk menumis
Myk utk menumis
Cara menyediakan sos putih
1.
Panaskan myk..tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan sos prego & sedikit air. Masak hingga mendidih & taburkan mix herb. Tutup api
Bahan tambahan
Mozarella
cheese secukupnya
Penyudahnya
1. Panaskan oven & masukkan separuh dr macaroni kedlm kaserol tahan bakar. Curah separuh sos putih. Aturkan belahan telur rebus. Tabur sedikit mozarella cheese.
2. Masukkan baki macaroni & curah baki sos putih. Tabur mozarella cheese.. byk2 lg sedap! Bakar 20 min.. 150degreeC
2. Masukkan baki macaroni & curah baki sos putih. Tabur mozarella cheese.. byk2 lg sedap! Bakar 20 min.. 150degreeC
Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)



















