Thursday, August 17, 2017

Bubur Sum Sum

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Ini merupakan sajian pemanis mulut yang en. suami paling suka. Pernah MaDiHaA buat kuih lompat tikam, suami cakap lain kali kalau nak buat, buatlah bahagian kepala (bahagian putih yg berlemak) tu lebih dari yang hijau.  MaDiHaA kata kalau macam tu lebih baik buat bubur sum sum aje.... hehehehe.... Yelah kuih lompat tikam tu kan yang warna hijaunya tu takde rasa lemak. Hanya rasa tawar & beraroma daun pandan je. Tapi itulah sebenarnya yang melengkapkan rasa kuih lompat tikam sebab dalam adunan hijau tu kita campurkan dengan sedikit air kapur. Jadi dia ada rasa yang tersendiri di situ.  Lompat tikam versi Kelantan pula pelengkapnya mesti ada pulut warna merah. Versi Terengganu takde ye pulut merah tu. Kalau ikutkan memanglah yang paling sedap tu bahagian putihnya. Jadi kali ni untuk puaskan hati en. suami... rajinkanlah juga MaDiHaA buat bubur sum sum. Kali ni barulah suami senyum sampai telinga. Tapi tak boleh buat selalu sangat ye.... bahaya.... lemak2 santan & air gula yang manis tu semua boleh membawa penyakit. Berpada-padalah kita bila makan sesuatu ye kawan2....

Sebenarnya MaDiHaA buat pemanis mulut ni semasa bulan puasa tempohari waktu bercuti di rumah ma tersayang. Ma pun suka pemanis mulut ni. Ehh!! boleh katakan semua pun sukalah. Buat 2 adunan pun sekejap je licin. Berbaloi buat bila balik kampung ramai2. Seronok tengok semua suka apa yang kita masak.

Jom MaDiHaA kongsi resepi Bubur Sum Sum versi MaDiHaA ni. 



Bubur Sum Sum
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
4 1/2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 1/2 cawan tepong beras
1 sudu besar tepong jagung
1/2 sudu kecil garam 

Cara menyediakan
1. Adun semua bahan menggunakan whisker sehingga rata. Tapiskan dalam kuali besar.
2. Kacau adunan menggunakan api sederhana sehingga adunan pekat. Kacau jangan berhenti sehingga adunan nampak berkilat & betul2 masak. (untuk uji adunan dah masak atau belum, ambil sesudu besar adunan letak atas piring & tunggu sejuk. Jika adunan disentuh & lekang dari piring bermakna ia sudah cukup masak. Jika adunan masih melekat2 pada piring teruskan kacau adunan sehingga ia masak & nampak berkilat)
3.Bila diuji & sudah cukup masak, tuangkan di dalam loyang atau bekas2 kecil yang disukai.
4. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan. Semasa menghidang, sudukan bubur sum sum ke dalam mangkuk hidangan, tuangkan air gula di atasnya & bolehlah dinikmati. 

Air Gula
1 cawan gula kabong saiz besar
1/2 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara menyediakan
1. Panaskan semua bahan sehingga mendidih & semua gula larut sambil dikacau.
2. Sejukkan. Kemudian tapis ke dalam bekas yang sesuai untuk menghidang.

Selamat mencuba!

Friday, August 11, 2017

Ikan Talapia Goreng Sambal

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Buat masa sekarang ni, jadilah dapat update blog seminggu sekali. Sibuk sikit. Tengoklah ke depan nanti kot2 ada lebih masa terluang, bolelah update kerap sikit. Rindu wehh lama2 tak update. hihi...

MaDiHaA kongsi resepi ringkas je hari ni. Ini pun dah tak ingat bila masak. Bolehla kan dari tak update langsung. Ada banyak yang nak update, tapi takde masa nak edit2 gambar & nak menaip resepi. Pelan2lah kita kayuh. Rumah lagi satu lagilah lama tak update. Tak tau bila nak sapu habuk2.  Entah2 dah penuh sawang, lipan kala jengking... hikss!





Talapia Goreng Sambal
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ekor ikan talapia saiz besar
garam & serbuk kunyit secukupnya
1 batang serai ~ diketuk
1 keping asam gelugur 
minyak secukupnya
1 sudu kecil gula
garam secukup rasa
1/4 cawan air

1 mangkuk jus asam jawa untuk rendam ikan

Bahan Untuk Sambal
6-8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
20 biji cili padi hijau*

Cara menyediakan
1. Ikan dicuci bersih dikelar kemudian rendam dengan air asam jawa selama 10 minit. Kemudian cuci bersih & tos.  Lumur garam & serbuk kunyit lalu digoreng garing. Angkat & ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda* hingga lumat. Bawang merah di mayang nipis.

3. Panaskan minyak lalu tumiskan serai & bawang hiris. Kacau hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan tumbuk & tumiskan hingga naik minyak. Sebelum tu.. boleh campaknya asam gelugur. Bila tumisan dah naik minyak, bolehlah masukkan gula, garam serta air.  
4. Kacau2 sekejap kemudian bolehlah masukkan ikan goreng tadi dah balik2kan. supaya sambal melekat pada ikan. Matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Selamat mencuba!

Friday, August 4, 2017

Ketupat Sotong (versti Terengganu)

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Wahh... rindu banget dengan blog sendiri. Kesibukan melanda diri dengan tugasan harian & hakiki. Tapi kerana rindu yang terlampau, MaDiHaA curi2 waktu untuk update blog kesayangan MaDiHaA ni. Harapan MaDiHaA semua pembaca sihat2 semuanya ye! Tak boleh nak celoteh panjang, terus saja dengan resepi ye! Ini ketupat sotong versi negeri Terengganu yang dibuat waktu bulan puasa tempohari di kampung. Sedap sungguh! Versi Tganu hanya manis2 buah tak macam versi Kelantan ye. Ikut citarasa masing2lah ye. Dua2 pun sedap sebenarnya. Tekak orang Pantai Timur boleh terima je mana2 versi... ehehe...



KETUPAT SOTONG (Versi Terengganu) 
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2 
8 ekor sotong saiz sederhana (terpulang anda kuantitinya) 
1 pot beras pulut – cuci dan rendam 1 jam & tos (kes MaDiHa nak cepat rendam dlm air panas 5 minit) 
1 biji kelapa (ambil & asingkan santan pekat dan santan cair agak lebih) 
2 btg serai – ketuk 
3 ulas bwg merah – hiris 
1 s/k halba 
1 inci halia – hiris 
gula pasir secukupnya (terlupang pd anda suka manis atau kurang manis) 
garam utk melemakkan kuah 
lidi penyucuk sate 

Cara menyediakan 
1. Cuci bersih sotong. Buang dakwatnya, selaput kulit, mata & giginya menggunakan pisau. 
2. Masukkan 1 ½ sudu kecil pulut dlm perut sotong (ini bergantung pd saiz sotong.. sukatannya kira-kira 1/3 dari saiz panjang sotong. (jangan isi lebih dari itu nanti masa merebus beras pulut mengembang) Masukkan semula kepala sotong pada kedudukan asalnya dan cucuk lidi sate utk melekatkan kepala sotong pd bahannya. Fungsi lain adalah utk mengelakkan pulut keluar dari perutnya semasa merebus. 
3. Jerang santan cair dan masukkan sotong dan serai. (santan mesti lebih tinggi dari sotong) Rebus hingga sotong nampak buncit dan tegang dan santan cair hampir kering. 
4. Masukkan santan pekat, halba, halia, bawang, garam dan gula. Masak hingga kuah menjadi pekat. 
5. Hidangkan panas atau sejuk. Cara makan mestilah sekali dengan kuahnya macam kita macam pengat pisang tu.




Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...