Showing posts with label Masakan Thailand. Show all posts
Showing posts with label Masakan Thailand. Show all posts

Monday, January 23, 2017

Sup Ayam Ala Thai

Assalamualaikum & jumpa lagi...



Salah satu lauk kegemaran MaDiHaA sekeluarga.  Sedap hirup sup yang masam2 pedas ni. Berselera makan. Tambah pula ada kailan ikan masin & telur dadar. Dah lengkap hidangan atas meja.

Jom kita tengok resepinya....




Sup Ayam Ala Thai

Bahan2
1/2 ekor ayam ~ potong saiz kesukaan ~ bersihkan (MaDiHaA buang kulitnya)
Air secukupnya untuk kuah
1 bungkus rempah sup bunjut
1 inci halia ~ diketuk
1 inci lengkuas ~ diketuk
1 batang serai ~ diketuk
3 ulas bawang putih ~ diketuk
4 biji cili padi ~ diketuk
1 pokok daun ketumbar ~ dibersihkan & hiris halus. bahagian akar ambil sekali
1 biji tomato ~ dipotong dadu kasar
1 biji limau nipis saiz besar
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
1 biji lobak merah ~ potong baji
1 batang seleri ~ potong serong (MaDiHAa takde stok)
1 biji bawang besar ~ potong baji
garam secukup rasa
secubit gula
minyak masak secukupnya

Bahan ditumbuk halus
1 inci halia
2 ulas bawang putih

Bahan dihiris
4 ulas bawang merah

Rempah tumis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
2 kuntum cengkih

Bahan tabur
Bawang goreng ~ takde
Hirisan daun sup ~ MaDiHaA letak sekali masa masak

Cara menyediakan
1. Bersihkan ayam. Masukkan dalam periuk bersama rempah sup bunjut, halia ketuk, lengkuas ketuk, bawang putih ketuk, serai & air secukupnya. Rebus ayam & biar mendidih & keluar minyak dari ayam.
2. Dalam kuali, tumiskan rempah tumis hingga wangi. Masukkan bawang merah yang dihirs & tumis hingga bawang hampir kuning. Terus masukkan bahan yang ditumbuk & tumis lagi hingga nampak masak. Masukkan ke alam air rebusan ayam tadi. Kacau sebati.
3. Masukkan cili padi ketuk, tomato dadu, bawang besar baji, lada hitam yang ditumbuk halus, lobak merah, daun ketumbar & akarnya sekali yg sudah dibersihkan. Perasakan dengan garam & gula.  Akhir sekali perahkan limau nipis untuk dapatkan rasa masam2. Guna ikut kesesuaian rasa (jika kurang masam boleh tambah lagi)
4. Bila lobak merah dah empuk & kuah dah secukup rasa, bolehlah matikan api. Taburkan bawang goreng & daun sup masa menghidang sup ini.

Selamat mencuba!

Monday, July 13, 2015

Pulut Mangga Thai



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Hari ni MaDiHaA kongsi juadah pemanis mulut yang begitu sesuai untuk dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa.  Memang sedap & berbaloi2 buat sendiri.  Kalau beli.. harganya boleh tahan juga.  Kalau beli satu gerenti tak cukup... hihi...

Jom kita buat sendiri... paling penting.. mesti dapatkan mangga yang betul2 ranum & manis.

PULUT MANGGA THAI
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan

250gm Beras Pulut

300ml santan

Buah mangga ranum

Bahan2 Kuah Santan

200ml Santan 

2 sudu kecil rata tepung jagung

1 susu kecil tepung beras

1 sudu kecil garam

1 sudu besar gula

1 helai daun pandan



Cara menyediakan

1.  Cuci beras pulut kemudian masukkan dalam loyang saiz kecil. Tuang santan & ratakan. Kukus sehingga pulut masak. Kaup balikkan pulut supaya elok sebati. Jika perlu.. boleh sambung kukus sebentar lagi supaya pulut masak rata.
2.  Satukan santan dan semua tepong, garam & gula kacau sebati & tiada bintil2. Masukkan daun pandan.. Didihkan guna api kecil sehingga kuahnya pekat. Pastikan sentiasa dikacau supaya kuah elok sebati.
3. Untuk menghidang, ambil pulut & letakkan dalam mangkuk hidangan. Susunkan hirisan mangga & tuang kuah santan di atas pulut. Sedia untuk dinikmati atau sebagai juadah pemanis mulut ketika berbuka puasa.

Selamat mencuba!

Monday, September 29, 2014

Nasi Komok yang enak...

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Bertemu lagi kita hari ni.  Syukur alhamdulillah masih dipanjangkan usia & diberi peluang untuk bernafas lagi dibumi Allah ini...
Oklah untuk resepi perkongsian hari ini.  Sekadar resepi ulangan.  Tapi dah lama tak buat. Disebabkan ada baki beras basmathi dalam simpanan.. teringat2 kesedapan Nasi Komok yang pernah dibuat dulu.. bahan2 pun mudah jadi senanglah nak membuatnya.  Hanya beli daun ketumbar & cili merah aje.. bahan lain semua dah ada kat rumah.  Senang buat kerja bila semua bahan ada kat rumah. Bahan2 kering boleh simpan lama.. jadi senang beli paket besar terus. Lagipun memang hari2 masak... memang sentiasa guna kan. Lainlah yang masak seminggu sekali tu.. tak berbaloi nak beli paket besar.. hihi..
Ok jom tengok resepi.  Resepi asal dari Azian berkongsi di Kongsi Resepi.  MaDiHaA ambil dari blog Kak Ayu lagi.. hehe.. TQ Azian & Kak Ayu.. Seronok sangat bila suami & anak2 makan bertambah2.  Walaupun ianya simple tak berkuah.. tapi mereka suka. Suami kata ada sambal tu yang buat ia lebih sedap. 
Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sumber asal: Azian via Kongsi Resepi
Sumber: Kak Ayu & MaDiHaA aka Ratna
Rempah Komok

  • 2 sk serbuk kari ayam/daging
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1 sk serbuk ketumbar
    1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 1 sk garam
  • 1sk gula
Bahan2 Nasi
  • 5 cawan beras basmathi 
  • 4 sudu minyak sapi
  • 4-5 ulas bawang merah*
  • 1 Inci halia*
  • 4 Ulas bawang putih* 
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2-3 Sudu rempah komok
  • 200 ml susu cair 
  • 1 ekor ayam - belah 4 (MaDiHaA suka buang semua kulitnya)
  • 8 cawan air 
  • garam secukup rasa
  • Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
  • (*Hiris benda bertanda*)
Cara2
1. Cuci ayam.
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, MaDiHaA lumur dgn lebihan rempah komok, garam, serbuk kunyit & 2 sudu besar cili kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.


Bahan Sos Cili
  • 1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
  • 6 biji cili merah*
  • segenggam cili padi*-(Ayu tambah, MaDiHaA tambah juga) 
  • MaDiHaA tambah 1 biji tomato
  • 4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
  • 2 Ulas bawang putih*
  • 4 tangkai daun ketumbar*
  • gula, garam, cuka - secukup rasa
Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok berserta dengan acar timun atau salad, timun & tomato.
Selamat mencuba!

Monday, June 9, 2014

Tomyam Ayam Ala Thai



Assalamualaikum & salam sejahtera..

Cuti sekolah ni memang hari2 kena masak menu ayam.  Sampai dah buntu nak masak apa.. Ada yang sempat ambik gambar.. ada juga menu yang malas nak ambik gambar... Antara yang sempat ambik gambar ialah menu Tomyam Ayam Ala Thai ni.  Resepi tomyam lain dari yang lain tapi yang pasti memang terbaikkkk... Tak percaya sila cuba sendiri ye... Terima kasih Sajian dapur bonda share rahsia resepi tomyam terbaik... dah beberapa kali guna resepi ni tau...


TOMYAM AYAM ALA THAI 
Resepi : Sajiandapurbonda

Bahan-bahannya:
Beberapa ketul daging ayam dipotong kecil
3 sudu besar pes tomyam Thai
Beberapa helai daun limau purut
2 batang serai – dititik
5 – 6 biji cili padi - diketuk 
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar susu pekat
2 biji limau nipis – diperah dan diambil jusnya

Garam secukup rasa
1 labu bawang besar – dipotong bulat
Bunga kobis (MaDiHaA guna brokoli... tu yg kuah nampak hijau..hihi)
Lobak merah – dipotong bulat
1 batang daun saderi – dipotong pendek (takde stok)
1 biji buah tomato
(Banyaknya penggunaan sayur terpulang kepada citarasa masing-masing)

Penyediaannya:
1. Masukkan air secukupnya bersama pes tomyam, serai, limau purut, dan cili padi. Kacau dan masak sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
3. Perasakan dengan garam, susu pekat, sos ikan, dan jus limau nipis. Kacau rata. Akhir sekali masukkan bunga kobis, lobak merah, bawang besar, buah tomato, batang saderi. Biarkan sebentar sehingga mendidih, dan kemudian tutup api
4. Bolehlah dihidangkan. Sedap dimakan sewaktu tomyam masih panas.

Selamat memasak..

Monday, February 18, 2013

Bunga Kucai Berdaging Ala Thai

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Jumaat kelmarin kita dah sampai di Negeri Cik Siti Wan Kembang dengan menu Nasi Kerabu Kelantan kan? Alang-alang dah sampai situ.... apa kata kita lajak terus sampai ke Siam pulak.  Tau ke Siam? Bukan siamang ye... heheee.. Sekarang dah dikenali dengan nama rasmi Thailand.  Sawaddikappp...


Walaupun resepi ini hanya 'Ala Thai'... tapi takperlah.. kira jadilah tu sebab resepi ni menggunakan pes tomyam & cili padi.  Kita nak cakap sikit ni bukan nak bodek Mat Gebu ke apa tauu... tapi memang ikhlas.  Resepi ni sangat sangat sangat sedap di tekak MaDiHaA... Sebenarnya ada beberapa resepi yang MaDiHaA dah cuba yang dok Q semuanya sedap2 belaka... tapi MaDiHaA bagi pelepasan kat resepi ni dululah untuk masuk entry memandangkan dah lama tak masukkan resepi daging.  Memang betul2 sedaplah!  Rugi kalau tak cuba.. hehe.. Terima kasih Mat Gebu untuk perkongsian resepi yang sedap ni.  Walaupun bahan2nya seakan2 resepi Daging Goreng Ala Kaprau... tapi seriusssss... ada kelainannya & memang sedap dengan gandingan bunga kucai tu! Tak caya cubalah sendiri ye...

Mat.. akak mintak izin letak resepi kat blog akak pula ye...terima kasih..


BUNGA KUCAI BERDAGING ALA THAI

Resepi : Mat Gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat bunga kuchai
300 gram daging batang pinang (MaDiHaA lebihkan sikit)
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan (MaDiHaA tak letak tauhu tapi lebihkan kuantiti daging)
1/2 biji capsicum merah ~ dipotong memanjang (MaDiHaA tambah ini)
1 inci halia muda, hiris nipis (MaDiHaA guna halia tua je)
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
8 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar pes tomyam
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit sos ikan jika perlu (mat tak letak ~ MaDiHaA pun tak letak sbb dah cukup masin)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bunga kuchai, dicuci dan toskan hingga kering. Kemudian kerat pendek kurang lebih 1 1/2 inci. Daging batang pinang dihiris nipis, cuci dan tos. Ketepikan.  
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga harum, masukkan sos tiram dan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan biar daging kecut sedikit. Tuang sedikit air. 
  3. Masukkan tauhu dan gaul rata. Tambah hirisan bawang besar, bunga kuchai dan sedikit gula, kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit sos ikan. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat.

Selamat mencuba!

Tuesday, January 29, 2013

Ikan Siakap Laprik



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pagi ni tayang lauk yang di masak dalam minggu lepas.. Tertarik dengan nama masakan yang dikongsi oleh Kak Norzie Hany yang beliau ambil dari Mingguan Wanita.. Biasa kita dengar masakan Paprik.. tapi kali ni lain sikit sebutannya iaitu Laprik.. rasanya ini salah satu masakan dari Thai juga kot.. cuma takde penggunaan daun limau purut kali ni.. tapi bahan kuat masakan Thai kali ni ialah sos cili Thai, cili padi dan juga daun ketumbar...

Pada yang suka masakan yang ada rasa sedikit manis bolehlah mencuba ye... iras2 masakan sweet sour.. tapi lain... memang lainlah.. nak tau kenalah cuba sendiri.. Alhamdulillah seisi keluarga makan dengan berselera.. Terima kasih sis Norzie Hany berkongsi resepi ni ye... minta izin kongsi resepi kat blog MaDiHaA pula...

Ikan Siakap Laprik 

Resepi : Mingguan Wanita



Bahan-bahannya:

  • 1 ekor ikan siakap-dibersihkan
  • 2 sudu besar cili kisar (MaDiHaA guna 2 biji cili merah yang ditumbuk)
  • 10 tangkai cili padi-potong kecil
  • 10 ulas bawang putih-cincang halus
  • 5 sudu besar sos cili Thai
  • 1 biji bawang besar-dipotong dadu
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa (MaDiHaA tak letak gula sbb dah cukup manis)
  • 1 cawan air
  • Daun salad,cili besar dan tomato-Utk hiasan

Cara Memasak:

  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit.Goreng hingga garing.angkat letak dalam pinggan dan ketepikan.
  2. Dengan sedikit minyak,tumis bawang putih dan cili kisar hingga masak.
  3. Masukkan cili padi dan air.Kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan sos cili Thai dan bawang besar dan daun ketumbar.Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga mendidih sebentar.
  5. Angkat dan curahkan atas ikan tadi dan hiaskan dengan bahan hiasan.
  6. Selamat mencuba!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...