Showing posts with label Cookies / Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Cookies / Kudapan. Show all posts

Friday, March 30, 2018

Kuih Abok-Abok

Assalamualaikum & salam sejahtera...





Baru2 ni balik Raub rumah mertua. Bawak balik daun pisang sikit. Bila balik ke PJ tiba2 rasa teringin nak makan kuih abok-abok padahal masa ambik daun pisang tu takde angan2 pun lagi nak buat apa. Sebab tiba2 teringin tu terus le beli sagu dengan kelapa parut. Balik kerja gigih la MaDiHaA mengerjakan kuih abok-abok. Lagipun untuk dinner malam tu MaDiHaA hanya masak spaghetti lada hitam dalam entry yang lepas tu je. Senang kerja. Masa tu pulak sedang cuti solat jadi takyah le terkejar2 nak mandi solat bagai... terus je dengan projek dapur... hehe...

Sebelum kukus
Dapat agak banyak MaDiHaA kukus sebahagian & sebahagian lagi difrozenkan. Bila2 masa terasa nak makan hanya defrost & kukus seperti biasa.

Kuih abok-abok ni memang terkenal setiap kali rewang kenduri kendara kat kampung MaDiHaA memang inilah antara kuih yang akan dihidangkan pada orang rewang selain kuih2 yang lain. Kuih ni kalau teringin jangan berangan la nak cari kat gerai2 memang susah nak jumpa. Kalau teringin memang kena buat sendiri. Kecuali waktu bulan Ramadhan mungkin ada dijual itupun MaDiHaA tak pasti sebab jarang2 ke bazar Ramadhan.

Ni resepi yang MaDiHaA buat ye...

Selepas kukus

Abok-Abok
Resepi MaDiHaA

Bahan2
500gm sagu biji halus
400gm kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda)
Garam secukup rasa (agak2 rasa lemak2)
Gula kerek / gula nisan secukupnya ~ diracik halus2
Daun pisang secukupnya dilayur, potong saiz 8" lebar / ikut saiz yang anda suka
Lidi penyucuk secukupnya (MaDiHaA guna lidi cungkil gigi jenis yg keras & tajam tu)

Gula Kerek / Gula Nisan / Manisan
Lagi hitam warnanya bermakna lagi lembut teksturnya & lebih sedap rasanya sebab menggunakan air nira kelapa dengan peratus campuran gula putih yang sedikit. Jika warna yang agak cerah bermakna peratus campuran gula putih yang lebih & hasilnya tekstur gula agak keras & susah nak racik atau potong. Gula yang teksturnya lembut sesuai untuk buat kuih abok-abok, buah melaka dan sebagainya....


Cara menyediakan
1. Rendam sagu dengan air yang mencukupi selama lebih kurang 20 minit. Kemudian toskan.

2. Dalam bekas yang besar masukkan sagu biji, kelapa parut & garam lalu digaul rata. Rasakan garamnya biar terasa lemak2nya.

3. Ambil sehelai daun pisang buat bentuk kon. Masukkan 1 sudu besar adunan sagu. Taburkan 1 sudu kecil gula kerek yang diracik. Sudukan lagi 1 1/2 sudu besar adunan sagu. Taburkan 1 - 1 1/2 sudu gula kerek racik. Akhir sekali sudukan & ratakan 1 sudu besar adunan sagu. Pastikan JANGAN TEKAN adunan sagu semasa membungkus untuk mengelakkan kuih menjadi keras apabila kuih sejuk. Hanya sudukan & biarkan je adunan mcm tu tak perlu tekan2 ye. Akhir sekali lipat kemas daun pisang lebihan & cucukkan.

4. Habiskan semua adunan kemudian kukus selama 30 - 40 minit. Jika nak saiz kuih jadi besar boleh tambah kuantiti sagu & gulanya ye. Daun pisang MaDiHaA tak besar sangat jadi buat saiz2 comel ni je.



Selamat mencuba!

Thursday, July 16, 2015

Biskut Nestum Coffee Chips



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Jika dizinNYA... insyaAllah esok kita semua akan menyambut 1 Syawal bersama2.  Oleh itu MaDiHaA ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri serta maaf zahir & batin sekiranya ada salah & silap atau terkasar bahasa selama berblog ni ye.  Moga kita semua dapat sama2 meraikannya dengan gembira bersama keluarga tersayang.

Oklah untuk yang terakhir nak kongsi juga resepi biskut raya yang sedap ni sebagai koleksi biskut raya di blog MaDiHaA ni.  Tak sempat nak cuba sekarang.. mungkin anda boleh simpan resepi ni & cuba untuk raya akan datang pula.  MaDiHaA buat biskut ni pun sebabkan ada banyak lebihan nestum dalam simpanan.  Ni kes beli nestum masa en. suami operation tonsil bulan Mac tempohari. Waktu tu dia tak boleh nak makan nasi.. Jadi ada nestum ni bolehlah gilir2 ambil selain makanan2 lembut yang lain.  Kalau asyik makan bubur pun jemu juga katanya.  Tapi dek kerana terbeli 2 pek... nampaknya berlebih2lah pulak.  Ada baiknya dibuat sesuatu dan alhamdulillah... bila buat biskut ni.. takdelah membazir nestum tu.  Biskut ni pun sedap sangat.. rangup2 terasa chips kopi dalamnya.  Kalau takde coffee chips boleh aje ganti dengan choc chips. MaDiHaA guna chips kopi disebabkan ada stok yang tu je kat rumah.  Memang buat biskut raya kali ni langsung tak pegi kedai bakeri.  Hanya guna bahan2 yang sedia ada kat rumah je.  Kan kena berjimat cermat.. guna bahan yg ada kat rumah.. insyaAllah takdelah membazir.


 
BISKUT NESTUM COFFEE CHIPS
Resepi : MaDiHaA aka Ratna
 
Bahan2
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
80 gm coffee chips
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
3 cawan nestum

Cara menyediakan
1. Pukul mentega dengan gula kastor hingga hampir putih.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung, nestum & coffee chips dan uli dengan tangan hingga menjadi doh.
4. Bentukkan biskut ikut citarasa masing2 dan susun atas dulang pembakar yang digris. Biskut ni tidak berubah bentuk atau mengembang ketika membakar, jadi waktu susun tu tak perlu jarak2 terlalu jauh. Bentukkan biskut & leperkan sikit ye.
5. Bakar dalam oven selama 15 minit dengan suhu 165C ikut oven masing2. Sejukkan biskut atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Wednesday, July 15, 2015

Biskut Samprit Dahlia

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tinggal 2 hari je lagi kita semua akan menyambut hari lebaran.  Dah ramai yang dah sampai ke kampong halaman masing2 kan? Seronoknya... jeles I tau! hihi... Jalanraya kat bandar ni pun dah lengang... cepat je sampai ke opis pagi tadi.  Anak dara MaDiHaA yang kecik bambam tu masih lagi bersekolah hari ni tapi abangnya dah pun mula cuti... MaDiHaA pun masih lagi kerja hari ni & esok baru dapat pulang ke kampong itupun selepas selesai dating dengan doktor kat PPUM.  Apalah malang nasib dapat temujanji follow up checkup sehari sebelum raya... Nak tukar tarikh temujanji pun dah terlambat sebab baru perasan yang 16hb Julai tu sehari sebelum raya maklumlah.. temujanjinya setahun sekali.. hihi...  Ni kes lambat tengok kad hospital ler ni.. hehe...  Tak mengapalah balik lambat sikit...  senarai barang2 nak dibawa dah siap.  Tinggal hari ni en. suami nak beli 3 kg daging selain ayam yang dah difrozenkan semalam.  Barang2 dapur yang lain seperti bawang, cili dan lain2 pun en. suami akan lengkapkan hari ni sebab dia dah mula cuti hari ni... bolehlah dia pegi beli mana2 yang belum sempat dibeli tu.  Sampai rumah mertua petang esok.. barulah kami sama2 kerjakan masak rendang dan sebagainya. 



Oklah MaDiHaA nak update resepi biskut samprit dahlia yang MaDiHaA buat baru2 ni.  Buat 2 adunan terus jadi bolehlah bawak balik rumah mertua sekali. Ini biskut permintaan anak bujang MaDiHaA yang sorang tu.. tiba2 pulak teringin nak makan biskut samprit.  Nasib baik mintak biskut mudah & murah. Zaman GST ni kena berjimat cermat sikitlah.. buat kuih raya pun guna bahan2 yang murah & yang sedia ada kat rumah je... Oklah resepi ni MaDiHaA ambil dari FB tapi tak ingat la pulak siapa empunya resepi asal.  Mohon kongsi kat blog pada empunya resepi ye. Terima kasih.

BISKUT SAMPRIT DAHLIA
Sumber : FB

Bahan2
250 g mentega
50 g gula kastor
120 g susu pekat manis
400 g tepong jagung (MaDiHaA guna 200 g tepong jagung + 200 g tepong ubi kayu)
30 g tepung kastard
1 sudu teh esen vanila

(MaDiHaA guna ceri merah sebagai hiasan)

Cara2
1. Masukkan mentega dan gula kastor ke dalam mangkuk mixer. Pukul sebati.
2. Masukkan susu dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Ayak tepong jagung bersama tepong kastard dan masukkan ke dalam adunan. Gaul dengan tangan hingga jadi doh dan doh ini sangat lembut. 
4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Biar 1 bahagian dengan warna asal dan satu bahagian lagi dengan warna kesukaan. (MaDiHaA buat warna asal je) Sentiasa tutup doh dengan kain lembab supaya doh tak keras.
5. Bolehlah di tekan doh menggunakan acuan samprit pilihan ke atas dulang pembakar yang telah digris terlebih dulu.
6. Bakar selama 15 - 20 minit menggunakan suhu 160C api atas bawah mengikut oven masing2.

Selamat mencuba!

Tuesday, July 14, 2015

Biskut Coklat Badam Coffee Chips


Assalamualaikum & salam sejahtera..


Raya kian mendekat hanya beberapa hari saja lagi.  Tentu semuanya sedang sibuk membuat persiapan menyambut raya.  Bagi MaDiHaA sekeluarga persediaan hanya sederhana saja.  Kuih raya pun hanya sempat buat 3 jenis cookies saja.  Buat ni pun mengenangkan anak2 & anak kat asrama yang akan bawak ke asrama nanti.  Kalau ikutkan MaDiHaA memang kurang rajin nak buat cookies2 ni semua.  Takut nanti sendiri makan banyak, badan naik bagai dipam2.. hehehe... Yelah.. kalau dah mengadap tu nanti tak cukup sekeping dua... sedar tak sedar lepas raya baju2 semua ketat.. 

Oklah jom MaDiHaA kongsi resepi biskut raya pertama yang MaDiHaA buat ni...


BISKUT COKLAT BADAM COFFEE CHIPS
Bahan²
1 1/2 cawan gula perang/soft brown sugar
1 cawan mentega
1 cawan minyak masak
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
4 cawan + 4 sudu besar tepong gandum*
3 sudu besar serbuk coklat*
1 sudu kecil cream of tartar*
1 sudu kecil soda bikarbonat*
2 sudu besar susu tepong
secubit garam
1 cawan badam cincang (bakar biji badam dalam 8-10 minit kemudian sejukkan & cincang kasar2. Jika nak guna badam cincang dari bakeri pun boleh juga.. bakar kejap. MaDiHaA suka badam cincang kasar sebab masa makan terasa bila tergigit badam tu)
1 3/4 cawan coffee chips


Cara menyediakan
1. Ayak bahan2 bertanda*. Ketepikan dahulu.
2. Pukul mentega, gula perang, minyak masak, kuning telur, susu, garam dan vanila hingga sebati dengan kelajuan sederhana sehingga gula perang agak larut.
2. Masukkan tepung gandum yang diayak tadi sikit demi sikit & putar sebati. Jangan putar terlalu lama.
3. Masukkan badam cincang & coffee chips dan gaul sebati menggunakan spatula. 
4. Sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar (tanpa gris) dengan menjarakkan sikit untuk ruang cookies mengembang semasa dibakar. 
5. Bakar pada suhu (165C-175C) selama 13-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven anda.  Bila cookies masak, sejukkan sekejap sebelum dialihkan di atas redai kerana semasa keluar dari oven cookies masih lembut.  Bila cookies dah betul2 sejuk bolehlah masukkan dalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba!

Wednesday, July 17, 2013

Biskut Samperit

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Nampaknya tak dapat nak kongsi resepi iftar hari ke empat (sambungannya) seperti yang dijanjikan semalam.  Malam tadi tukar handbag lain sebab kejap lagi MaDiHaA nak ke bank ada sikit urusan.. Dah transfer purse dan lain2 keperluan ke handbag lagi satu tu.. tapi... terlupa pulak nak ambil sekali pendrive yang simpan semua gambar2 dalam handbag lama... Yang ada dalam handbag yang ditukar ni hanya pendrive lama... godek2 terjumpa gambar biskut ni... ahh.. kira bolehlah kan.. gambar lama.. tapi rasanya belum pernah kongsi dalam blog ni lagi...  Biskut samperit ni antara biskut ekonomi & ianya sangat famous setiap kali raya.. Di sebabkan bahan2 yang digunakan mampu di adakan oleh semua orang... jadi semua orang boleh membuatnya tanpa perlu pening2 nak beli bahan2 yang mahal...

Terima kasih Maklang Azie yang berkongsi resepi ni dulu di fotopages beliau.  Fotopages Maklang dah lama dah ditutup kepada umum.. dulu kat situlah tempat MaDiHaA selalu mengintai resepi.. hehe.. Dulu maklang selalu berkongsi resepi di fotopages.. tp sekarang maklang dah ada blog... malah sekarang dah jadi sifu mengajar buat kek & macam2 lagi...


BISKUT SAMPERIT
Resepi : Maklang Azie

Sumber : MaDiHaA aka Ratna
 

Bahan-bahan
300g butter (nak rasa lemak guna butter scs)
160g gula aising
100g tepung jagung
160g tepung kastard
240g tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat... (MaDiHaA guna ceri merah)

Cara-cara
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
4. Terap atas loyang. Utk hiasan ceri, atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
5. Bakar 150C selama 20 minit. (MaDiHa bakar 10-12 min jer)


Selamat mencuba!

Wednesday, May 22, 2013

Kacang Kuda Pedas

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Quick update je hari ni ye... MaDiHaA tak sempat nak transfer gambar2 dari handphone sehari dua ni sibuk siapkan tempahan.  Jadi hari ni update gambar lama saja ye.  Kira aci jelah ye.. lagipun.. gambar ni rasanya memang belum pernah update ke blog lagi...

Untuk resepi kali ni MaDiHaA mohon maaf sebab betul2 terlupa siapa empunya resepi asalnya.  Tapi dulu2 resepi ni sangat popular dan menular dari satu dapur ke dapur yang lain gara2 terliur tengok kawan-kawan tayang di fotopages masing2.   Kepada empunya resepi sila beritahu ye jika kebetulan anda masuk ke blog MaDiHaA.. tak lupa.. terima masih diucapkan & MaDiHaA mohon izin masuk resepi ke sini ye... Tiada sukatan tertentu bagi resepi ini. Main agak2 & sesedap rasa je ya...

Kacang Kuda Pedas ni sedap dimakan begitu saja atau boleh juga dijadikan side dishes..  memang ralit mengunyahnya...


 
Kacang Kuda Pedas
Sumber : MaDiHaA's Fotopages

Bahan2
Kacang kuda ~ dicuci & rendam semalaman
minyak masak
biji sawi
daun kari
garam, perasa & gula secukupnya

Bahan Sambal dikisar halus
Cili kering
Bawang Besar
Bawang Putih

Cara
1. Rebus kacang kuda hingga empuk. Toskan.
2. Tumis bahan2 kisar, daun kari & biji sawi hingga wangi.
3. Masukkan segala perasa.. biar secukup rasa.
4. Masukkan kacang kuda rebus. Kacau rata. SIAP!


Selamat mencuba!

Wednesday, May 15, 2013

Wordless Wednesday : Kerepek Bayam Rangup!

Assalamualaikum & good morning...


Sesekali Wordless Wednesday boleh kan....?



Jom layan Kerepek Bayam Rangup!  Sedap, rangup! Krup krap krup krap!  Cicah dengan cili sos pun sedap.  Nak gorengnya lambat.. tapi nak habisnya sekejap je.. hehe....



Resepi batter gorengan boleh guna apa2 batter untuk menggoreng pisang resepi masing2.  Tapi pastikan kurangkan sedikit kuantiti garamnya ye.  MaDiHaA guna resepi yang INI.  Buat setengah resepi pun dah cukup.  Kalau boleh dapatkan daun bayam yang bersaiz besar.  Sebelum digoreng.. pastikan daun bayam dibersihkan & dikeringkan terlebih dahulu ye. Kemudian barulah boleh dicelup dalam tepong gorengan & goreng dengan api yang sederhana. Goreng sehingga garing kedua2 belah daun bayam.

MaDiHaA goreng ni sebab nak habiskan tepong gorengan lebihan goreng pisang raja yang bawa balik dr kampong tempohari.  Tak sempat nak diposingkan dah selamat pisang tu.. hehe.. So posingkan daun bayam cukuplah!

Selamat mencuba!

Monday, January 14, 2013

Kuih Pintal

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua...



Diam tak diam pada 12hb Januari 2013 tempohari dah 3 tahun MaDiHaA berblogging.  Cepat sungguh masa berlalu.. Kalau dulu teragak2 nak buat blog sendiri sebab rasa sayang nak tinggalkan kenangan di fotopages.  Tapi rupanya dunia blogger lebih meriah berbanding fotopages.  Alhamdulillah kerana dibuka pintu hati untuk berblog & akhirnya MaDiHaA punya ramai teman2 yang sealiran bila dah berblog ni.  Masa berFP dulu.. tak begitu ramai yang memaparkan tentang masakan.  Boleh dihitung dengan jari... hehehe.. tapi di blog ni.. hingga tak terkira jumpa blogger masakan. Meriah sungguh & seronok dpt menimba ilmu & dapat resepi2 yang best dari kawan2... semuanya tak lokek berkongsi ilmu memasak. Terima kasih buat semua kawan2 yang baik hati. Terima kasih buat follower yang sudi ikut blog yang serba kekurangan ni ye... mudah2an perkongsian di blog MaDiHaA sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi & idea memasak bagi anda pula... Tak semua yang dipaparkan di sini idea atau resepi sendiri malah kebanyakannya adalah resepi2 yang dicungkil dari blog teman2 yang lain juga... mudah2an Allah limpahkan pahala yang berganda buat kawan2 yang MaDiHaA ambil & yang MaDiHaA cuba resepinya.. harap di halalkan dunia & akhirat ye... amin..



Oklah... untuk resepi hari ni masih berkisar dengan resepi yang dah lama MaDiHaA cuba.. sebabnya.. MaDiHaA belum dapat transfer gambar2 dari hp MaDiHaA yang bermasalah tu.. jadi untuk tatapan teman2 di blog ini supaya tak bosan dengan hidangan yang sama.. MaDiHaA kongsikan dulu gambar2 lama yang belum sempat MaDiHaA kongsikan di blog ni ye...

Kudapan yang pertama kali MaDiHaA cuba iaitu Kuih Pintal ini MaDiHaA peroleh resepinya dari adik ipar MaDiHaA.  Sedap juga layan kuih pintal sambil2 tengok TV... hehehe.. Lebih sedap jika ianya dipintal comel2. Kuih Pintal kalau kawan2 pernah beli dari kedai2 runcit tu.. memang sedikit keras... jadi hanya untuk yang bergigi kuat saja sesuai makan kuih ni.. hihi...  Masa MaDiHaA buat kuih ini waktu itu Haziq masih kecil... suka tengok dia makan.. ralit dia mengigit sikit demi sikit Kuih Pintal tu... walaupun agak keras tapi sedap sebab kuih ni taklah keras sampai takleh gigit.. masih ada rangup2nya juga.. rasanya yang lemak2 manis tu buat anak2 seronok makan sambil tengok TV... hihi

Jom tengok resepinya..

KUIH PINTAL
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan Untuk Doh
3 cawan tepong gandum
3 sudu besar marjerin
6 sudu besar minyak masak yg dipanaskan
¾ cawan air (jangan tuang habis.. tuang sikit2)
1 sudu kecil (rata) garam halus ~ larutkan dalam air
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Untuk Menyira
6 - 7 sudu besar gula pasir
½ cawan air

Cara Membuat
1. Masukkan tepong & marjerin ke dalam mangkuk menguli. Gaul rata dan jadikan serbuk roti.
2. Panaskan 6 sudu minyak masak dan tuangkan ke dalam tepong tadi lalu digaul rata lagi.
3. Tuangkan air garam sedikit demi sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. JANGAN tuang air sekaligus. Uli sehingga mendapat doh yg dikehendaki. 


4. Bahagikan doh menjadi bebola kecil. Rehatkan selama 10 minit dengan menutup doh dengan tuala bersih.


5. Ambil sebiji bebola doh tadi dan gelek2kan (spt gelek keropok lekor) menggunakan tangan di atas papan pencanai hingga menjadi bentuk silinder lebih kurang saiz pen. (jangan besar sangat nanti kuih tak garing di dalam) 


6. Temukan hujung silinder tadi dan pintal2kan seperti dalam gambar. Buat hingga habis.
7. Panaskan minyak & goreng kuih dengan api sederhana. Goreng kuih hingga garing. 


Angkat & tos.  

Cara Menyira
1. Masukkan air & gula ke dalam kuali.
2. Masak sehingga air gula berbuih2 dan bertali2 bila diangkat dari sudip.
3. Masukkan kuih lalu dibalik2kan sehingga rata.
4. Kecilkan api dan gaul lagi sehingga air gula kering & bersalut pd kuih.
5. Tutupkan api dan teruskan menggaul sehingga benar2 rata.
6. Siap untuk dihidangkan untuk kudap-kudapan.



Selamat mencuba!

Thursday, January 10, 2013

Kerepek Ngaku

Salam sayang buat semua.... dah minum petang?

Tiba2 je tukar sket  greetings petang2 ni.. bukan apa.. fikiran ni tiba2 je teringat kat anak dara sorang yang jauh di mata tu.. kadang2 rasa kesian la pulak kat dia kecik2 walau badan sama besar ngan ibu dah kena berdikari hidup jauh dari ibu & ayah.. aduhaiii.... Masa ibu dulu... 13 tahun masih berkepit ngan tokma lagi... pegi sekolah pun tokma yang hantar naik motor... bila tiba giliran anak sendiri lain pulak perjalanan dia.

Takpelah nak buat macamana kan.. dah ditakdirkan kami harus berpisah awal buat sementara.  Itupun demi masa depan dia juga.. ayah dengan ibu mahu berikan yang terbaik buat anak2 demi kejayaan di dunia & akhirat.  Mudah2kan Allah s.w.t. akan permudahkan segala urusan kakak di sana moga diterangkan hati & minda kakak agar dapat menimba ilmu dengan baik. Amin...


MaDiHaA ada nampak beberapa teman blogger yang pos gambar Kerepek Ngaku atau Arrowhead Crackers ni.  Tiba2 rasa cam teringin pulak.  Teringat2 kesedapannya masa buat tak lama dulu.... Jom kawan2 rajinkan diri kita buat kerepek ngaku ni.  Dah nak masuk Chinese New Year ni... ngaku ni memang banyak dijual di supermarket maupun hypermarket.  Ngaku ni jangan cari kalau diluar musim raya China ye sebab memang ia hanya akan wujud time CNY aje.  Jadi janganlah lepaskan peluang ni ye....

Nak buat kerepek ni senang aje.  Cuma perlukan kerajinan & kesabaran aje.  Serupa macam kita buat kerepek pisang juga... tapi rasanya sama sekali tak sama.. yang pasti kerepek ngaku memang sedap! hehehe..


Kerepek Ngaku / Arrowheads Crackers

Bahan2
Ngaku secukupnya
minyak masak
1 sudu besar garam di larutkan dalam 1 cawan air
penyagat kerepek

Cara2 menyediakan
Ubi ngaku dikopek kulitnya. Dicuci bersih & tos. Panaskan minyak dengan api sederhana & tunggu hingga minyak agak panas.  Sagatkan terus ubi ngaku ke dalam minyak panas. Buat dengan berhati2 ye. Buat beberapa biji batch by batch. Masukkan 1 sudu besar larutan air garam & kacau2 sikit. Biarkan hingga kerepek garing & bertukar warna keemasan. Segera angkat & toskan. 

Nota MaDiHaA: Jika tak berani sagat terus ke dalam kuali panas boleh juga sagatkan di luar kuali. Tapi masa nak masukkan ke dalam kuali tu pastikan masuk sekeping demi sekeping sebab jika dimasukkan banyak2 kepingan ngaku yang disagat tu akan melekat2 antara satu dengan lain.

Friday, October 12, 2012

Tumpi/ Rempeyek Kacang Dal


Assalamualaikum...

Sebelum puasa dulu aku pernah berjanji nak berkongsi resepi kerepek yang sangat terkenal dari kalangan masyarakat Jawa yang dikenali sebagai Tumpi / Rempeyek ni.  Waktu tu ma datang bertandang ke rumah ku.. dan ma sempat buat tumpi kacang dal kesukaan kami suami isteri.  Masa buat tu ma yang bancuh tepongnya & aku tengok2 & ingat2 dalam kepala je bahan2 utamanya tu.  Cadangnya nak cuba juga buat sendiri kemudian bolehlah share resepinya.. tapi nampaknya janji tinggal janji aje.. Pulak masa tu kami sekeluarga ditimpa musibah.  Memang takde mood langsung nak prepare persiapan raya puasa masa tu. Oleh kerana raya haji pun dah tak lama lagi.. aku pun rajinkan diri mencuba sendiri kali ni. Yelah.. selalu tu asyik dok pulun yang kawan buat je (yang MaDiHaA tolong jualkan tu). Now kita cuba2 belajar buat sendiri pulak ye.  Mana tau kalau2 ada yang rajin nak cuba2 buat sendiri.. bolehlah cuba ye.. Boleh juga dihidang masa raya haji nanti.. Tapi kali ni MaDiHaA gunakan resepi dari Norziehany seperti di bawah untuk percubaan kali ni ye.. 


MaDiHaA tak pasti apa perbezaannya resepi tumpi dan rempeyek.  Cuma yang MaDiHaA tau.. kalau rempeyek tu.. biasanya ada kacang tanah & bilis & bentuknya bulat2 kerana digoreng menggunakan acuan khas.  Manakala tumpi pula diperbuat dari kacang dal atau kacang hijau & cara menggoreng hanya dengan cara menuangkan sesenduk bancuhan di tepi kuali & bentuknya jadi seperti yang MaDiHaA buat nilah.. Tapi kalau info ni tak betul tolonglah perbetulkan ye.. sebab MaDiHaA bukan asal dari orang Jawa jadi memang tak tau sangat apa perbezaannya yang sebenar antara dua resepi tu.. Pernah sekali dulu semasa MaDiHaA mula2 jual rempeyek MaDiHaA di tegur oleh cik Anon kerana menggunakan nama TEMPEYEK.. hehehe..  bukan sengaja nak gunakan nama tu.. tapi sebenarnya sejak dari dulu masa mula2 masuk Felda MaDiHaA dengar jiran2 kat Felda dok panggil nama Tempeyek jadi sampai sekaranglah MaDiHaA dah sebati dengan nama tu.. heheeee.. Tak tau pula ada makna lain dari sebutan tu dan tak bermaksud pun nak memandai2 gunakan nama tu.  Jadi pada cik Anon tu.. harap dimaafkahlah ye atas kesilapan tu... heheeee...

Pada Norziehany.. MaDiHaA ucapkan terima kasih banyak untuk resepi ni ye.. mohon dikongsikan pula dalam blog MaDiHaA untuk rujukan sendiri & rujukan kawan2 yang teringin nak mencuba.. tapi kalau rasa2 malas nak buat sendiri.. bolehlah order saja dengan MaDiHaA ye... hehe.. sempat lagi nak bisnes! Tapi yang MaDiHaA jual bukan hasil tangan sendiri ye... semua tu dibuat oleh kawan... MaDiHaA sekadar mengedarkan saja...


Tumpi / Rempeyek Kacang Dal
Resepi:Norziehany
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahannya:-
500gm tepung beras (tips dari kawan MaDiHaA katanya gunakan tepong beras cap gajah 3 ekor tu.. itu paling elok digunakan.. sebab dia sendiri kalau takde stok tepong beras cap gajah 3 ekor tu... dia takkan buat rempeyek!)
5 Cawan santan
2 biji telur
400 gm kacang dal- direndam semalaman atau hingga nampak kembang
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
 
Bahan Kisar/ Tumbuk
250 gm ikan bilis (MaDiHaA ganti dengan segengam besar udang kering)
2 sb Ketumbar biji
2 sb  Jintan manis biji
2 sb Jintan putih biji
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup

 
Cara membuatnya:-

1. Campurkan bahan yang telah di kisar/tumbuk ke dalam tepung beras & kacau sedikit.
2. Masukan santan ,telur, garam dan kacau sehingga tidak bergentel. Biarkan bancuhan secukup rasa. Masukkan kacang dal & kacau rata.
3. Panaskan minyak kedalam kuali dan serakkan (tuangkan sesenduk) adunan yang telah di isi kacang dal ditepi kuali. (sambil2 tu.. simbah2 sedikit minyak panas pada tumpi yang melekat pada tepi kuali supaya ia cepat kering & tanggal.  Bila tumpi dah tertanggal dari tepi kuali... sambunglah goreng lagi sehingga kuning keemasan & cukup garing.  Angkat & toskan.)
4. Bila telah siap simpan tumpi/rempeyek di dalam bekas kedap udara.  

Nota: tulisan warna biru ialah apa yang MaDiHaA tambah.


Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...