Showing posts with label Quiche. Show all posts
Showing posts with label Quiche. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

Quiche Daging Bersosej

Assalamualaikum....


Bertemu lagi... minta maaf kerana semalam tak dapat nak update sebarang entry. Hajat di hati memanglah nak update hari-hari.. tapi semalam begitu sibuk dengan kerja2 rumah sambil melayan kerenah anak2 di rumah hingga tak sempat langsung nak on lappy. Sebenarnya semalam aku bercuti sehari disebabkan baby sitter ada hal yang perlu diuruskan. Kebetulan pula minggu ni en. husband kerja shift siang.. jadi memang takde orang yang boleh jaga anak2 di rumah.  Hari ni alhamdulillah.. semuanya dah selesai & dapatlah aku kerja seperti biasa kerana anak2 dah ada orang jaga.


Ok.. jom teruskan dengan resepi untuk hari nii iaitu Quiche Daging Bersosej.. tapi ni bukan hari ni punya menu.. macam biasalah menu ni menu sarapan yang dah berhari2 & berminggu2 dah ni.. hehe... Blog aku ni susah nak tengok entry menu2 terbaru.. semuanya boleh dikatakan entry basi belaka.. takpelah kan.. biar lambat asalkan semuanya berupdate & resepinya disimpan dalam blog ni sebagai rujukan.


Apa2pun.. menu ni sebenarnya menu ulangan juga ni. Cuma belum berupdate di blog ni saja. Dulu dah pernah update di fotopages di SINI.  Memang menu kegemaran anak2 kalau jenis2 savoury gini.

Jom tengok resepinya! TQ pada Ida Marlida utk perkongsian resepi ni ye. Dah banyak kali pun buatnya.. malas aje nak ambik gambor. Kali ni klik2 jugalah mengenangkan nak update di blog pulak..




Quiche Daging Bersosej
(resepi ini telah diedit kuantiti dari resepi asal untuk sesuaikan dengan acuan pai bersaiz 24cm)
Resepi : My cousin Ida Marlida 
Source : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2 Dasar Quiche
3 biji kentang sederhana besar (anggaran berat 600 - 650 gm) ~ rebus & dilecek halus
4 keping roti - dibakar hingga garing (balik2kan semasa membakar) kemudian dipotong2 & dikisar halus menjadi bread crumb (MaDiHaA guna roti wholemeal.. kebetulan roti tu je yg ada) 
½ sudu kecil garam halus (atau secukup rasa)

Bahan2 Inti
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 ½ labu bawang besar - didadu
5 sudu besar daging kisar (ku guna daging kisar Ramlee)
6 batang sosej - potong nipis
1 batang carrot besar ~ didadu @ disagat memanjang
5 sudu besar sos black pepper
1 ½ sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili (ku tambah )
garam secukup rasa
minyak utk tumis

Bahan2 Topping
3 biji telur (gred A)
1½ sudu besar tepong kastard
125 ml air

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kentang lecek, garam dan serbuk roti sehingga menjadi doh.
2. Lengserkan acuan pai dengan marjerin. Letakkan doh kentang di atas acuan pai dan ratakan doh sehingga memenuhi dasar & keliling tepi acuan seperti dalam gambar. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak lalu tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
4. Masukkan daging cincang & biarkan seketika sambil dikacau2 sehingga kering air daging.
5. Kemudian masukkan carrot sagat, sosej bersama dgn sos2. Tambahkan ½ cawan air jika terlalu kering.
6. Perasakan dengan garam & masaklah hingga intinya kering.
7. Biarkan suam seketika sebelum dituangkan ke atas dasar quiche.

8. Untuk topping pula.. satukan semua bahan hingga rata dan bolehlah di tuang ke atas inti quiche yang telah dimasukkan ke dalam acuan tadi.
9. Bakar menggunakan suhu 180 @200ºC (bergantung oven masing2) sehingga masak. (MaDiHaA bakar dengan suhu 175C selama setengah jam)

Nota : Untuk tahu quiche masak ialah dengan melihat jika bahagian topping/ telur tadi tidak lagi bergoyang itu maknanya quiche sudah masak.



Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...