Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Alhamdulillah... TQ Nuffnang!

Assalamualaikum & salam Jumaat....


Alhamdulillah... pagi Jumaat yang mulia ini nak berkongsi kegembiraan MaDiHaA.  Alhamdulillah cek Nuffnang yang ditunggu2 sampai juga akhirnya.. sampai minggu lepas.. tapi baru semalam sempat ke bank.

Tiada niat nak menunjuk2... sekadar berkongsi kegembiraan & membina semangat
blogger2 baru utk terus rajin berblog...

Syukur alhamdulillah.. dapatnya taklah banyak mana berbanding blogger2 hebat.. tapi syukurlah dengan rezeki yang ada ni kan.  Bukan senang2 orang nak bagi kita duit betul tak? Duit ini nanti MaDiHaA bercadang nak gunakan utk buat cermin mata baru menggantikan cermin mata lama yang dah calar teruk.  Apa tidaknya.. dah lebih 6 tahun digunakan.. hehehe.. teruk kan? Berbaloilah pakai 6 tahun sebab buat dulu habis 8 ratus lebih sebab pilih cermin mata tahan silau & yang boleh bertukar kaler bila terkena panas.  Mata ni jenis tak tahan silau... bila silau rasa macam tak boleh nak celik & berair.  Jadi MaDiHaA rasa sesuai sangatlah duit hasil berblog ni digunakan untuk buat tambah2 harga spek baru...  harga spek pun dah naik sekarang ni... takde yang turun.. semuanya naik..

Terima kasih pada semua pengunjung blog MaDiHaA ni ye.. tanpa anda.. tak mungkin MaDiHaA dapat kumpulkan duit sejumlah yang tercatat di situ... Terima kasih sejuta kali... hehe..

Jumpa lagi...

Monday, December 30, 2013

Dah sampai masa..... alhamdulillah... terima kasih Nuffnang..!

Assalamualaikum & selamat petang semua.....



Dah lama MaDiHaA tak update pasal Nuffnang kan?  Alhamdulillah berkat sabar menunggu & mengupdate blog yang tak seberapa ni.. nampaknya dah sampailah masanya untuk MaDiHaA cash out Nuffnang yang terkumpul selama lebih kurang 2 tahun lebih.  MaDiHaA mula memasang iklan Nuffnang lebih kurang setahun selepas berblog bila nampak kawan2 blogger yang memasangnya.  Tempoh setahun sebelum itu MaDiHaA belum betul2 faham apa itu Nuffnang.  Alhamdulillah berkat perkongsian dari rakan2 terutamanya Mat Gebu ketika itu yang tak lokek berkongsi info, akhirnya MaDiHaA terbuka hati untuk membuka akaun Nuffnang.  

Terima kasih kepada semua pengunjung blog MaDiHaA ye.. Terima kasih juga kepada yang sudi klik2 iklan Nuff di blog ini.  Tanpa anda semua.. tiadalah hasil seperti ini. Thanks semua...



Kini dah tibalah masanya untuk MaDiHaA cash out sebab spek mata MaDiHaA sudah tiba masa untuk ditukar baru.  Dah hampir 6 tahun guna spek mata ni tau.. dah ada kesan2 calar yang sedikit sebanyak mengganggu pemandangan.  Power pun dah bertambah sikit.. jadi tak salah rasanya MaDiHaA gunakan hasil berblog ini untuk menukar spek baru kan... 

Terima kasih Nuffnang!

Tuesday, December 4, 2012

TQ Nuffnang...! akhirnya CPUV datang bertandang jua di Dapur MaDiHaA...

Assalamualaikum....

Alhamdulillah... setelah hampir 3 tahun berblog & genap 2 tahun memasang iklan Nuffnang akhirnya CPUV (dulu dikenali sebagai BE) pertama sudi juga bertandang ke Dapur MaDiHaA...  Sebelum ni memang tak tau apa2 pun pasal Nuffnang.  Tapi bila nampak ramai kawan2 blogger bercerita pasal Nuffnang & BE.. kini barulah faham rupanya berblog pun boleh jana income.  hehe... Bila nampak kawan2 dapat BE... rasa teruja sangat.  Terfikir macamanalah agaknya nak dapat BE macam mereka. Yelah selama ni hanya dpt CPC yang hanya dpt sen sen jer.. yelah.. bergantung pada berapa ramai yg klik iklan yang ada dalam blog kita.  Berapa ramai sangatlah yang sudi nak klik klik iklan tu kan.. Jadi hasilnya.. taklah seberapa.. Ingatkan blog picisan macam blog Dapur MaDiHaA ni takde peluang nak merasa BE... tapi alhamdulillah berkat setia menunggu selama 2 tahun.. akhirnya sudi juga Nuffnang bagi BE pertama atau sekarang dikenali sebagai CPUV.  TQ Nuffnang!  Harap2 lepas ni akan ada lagi CPUV yang sudi melekat di Dapur MaDiHaA ni ye... 

Teruja sangat bila buka Nuffnang semalam (selepas seminggu tak buka Nuffnang sebab bercuti) nampak CPUV ni... bukan satu tapi dua... TQ Nuff!

Oh ya... sebenarnya MaDiHaA berblog tiada niat untuk berebut2 nak jana pendapatan.  Dunia masakan memang melekat di jiwa MaDiHaA & niat yang ada dalam diri ni bila pertama kali berblog semata2 untuk berkongsi resepi dengan semua teman2 di luar sana dan juga untuk simpanan diri sendiri serta buat rujukan anak2 di masa depan.  Bila dah join Nuffnang ni & dah nampak akan hasilnya... jadi bertambah2 semangat nak berblog.  Orang kata hasil dari Nuffnang tu ibarat satu bonus bagi kita untuk lebih rajin berblog... Kalau nak diikutkan... MaDiHaA sebelum ni dah banyak berkongsi bermacam2 resepi di Mamawandiha Fotopages.  Kat sana memang takde sebarang hasil pun.. Tapi tak kisah pun sebab niat kita sekadar nak berkongsi ilmu yang tak seberapa. Tapi oleh kerana masalah teknikal dari Fotopages itu sendiri.. MaDiHaA beralih ke blog yang lebih 'user friendly' ni untuk menyimpan segala resepi... alhamdulillah.. sekarang dah jatuh hati dengan blog pula.  


Apa2pun.. nak ucapkan terima kasih pada Nuffnang sekali lagi dengan pemberian CPUV pertama ni.. & tak sangka bila dah dapat satu sponsor dari Maxis... dapat pula lagi satu dari CIMB... syukur... Terima kasih pada Maxis & CIMB... harap2 berlama2lah sikit berlegar2 di Dapur MaDiHaA ye...


Hari ni buka Nuffnang.. amount dah bertambah sikit lagi... syukur alhamdulillah.. Terima kasih pada yang sudi singgah ke sini ye... Maafkan MaDiHaA kerana tak sorok amount yang tertera tu.. bukan niat nak menunjuk2.. tapi sekadar berkongsi kegembiraan.  Yelah.. orang lain dah banyak kali dapat & dapat lagi banyak dari tu... MaDiHaA pula baru pertama kali.. jadi terujanya tu lebihlah sikit.. hehe... Mana tau dengan perkongsian ini.. ada teman2 yang dah tawar hati nak berblog tu jadi bertambah rajin untuk berblog & dengan sabar menanti giliran mereka pula untuk dapatkan CPUV tu...

TQ Nuffnang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...