Wednesday, October 30, 2013

Wholemeal Burger Bun



Assalamualaikum & salam sejahtera...



Pagi yang cerah hari ni... tak seperti pagi kelmarin.. awal2 hujan rahmat membasahi bumi.  Malam tadi sempat MaDiHaA menguli (guna mixer hehe) untuk buat Wholemeal Burger Bun ni.. dapatlah 10 biji kesemuanya.  Alhamdulillah pagi tadi anak2 bersarapan burger sihat! Sihat sangat ke? hehee.. Ye.. sebab roti wholemeal kan salah satu makanan sihat? Sebenarnya.. baru2 ni dapat daging burger pemberian jiran yg agak banyak jugak.  Lebih dari 10 keping!  Daging burgernya bukan jenis daging yang berlemak tu. Daging yang jiran bagi ni bila di masak langsung tak mengeluarkan walau sedikit minyak.  Memang pure diperbuat dari daging tanpa campuran lemak2 terselindung.  Sebab itulah MaDiHaA kata sajian sihat. hehe..  Biasa daging burger di pasaran bila kita masak.. akan keluar minyak2nya menandakan dalam daging tu dicampurkan juga dengan lemak2 daging atau kulit2 ayamnya sekali.. itu yang tak elok sangat makan burger nih..


Jom kita tengok resepinya.. Kerajinan kali ni mungkin juga sebab nak selamatkan lebihan yis mauripan lebihan buat Pretzel tempohari.  Dah banyak kali juga MaDiHaA ralat bila separuh yis selalu terpaksa dibuang akibat tak habis digunakan.  Bila lama2 yis yang dah dibuka dibiarkan.. ia akan rosak macam tu je.  So kali ni alhamdulillah.. sedang elok lebihan yis tempohari cukup2 untuk satu adunan Wholemeal Burger Bun ini.

 
WHOLEMEAL BURGER BUN

Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
200 gram tepung wholemeal
200 gram tepung roti (tepong protein tinggi)
30 gram gula kastor
2 sudu teh yis segera (pastikan yis belum expired ye.. hehe)
1 sudu besar susu tepung (jika tiada boleh ganti air suam dgn susu segar suam)
250 ml air suam
1/2 sudu teh garam
30 gm butter

Bahan tambahan
2 sudu besar mentega yang dicairkan

Cara menyediakan

1. Kaedah MENGULI GUNA TANGAN. Masukkan semua bahan kecuali butter ke dalam bekas. Gaul rata & uli sehingga menjadi doh.  Tambahkan butter & uli doh sehingga doh tak melekat di tangan & menjadi elastik.  Tutup bekas & perap selama 1 jam. Jika menggunakan BREADMAKER (BM), isikan bahan cecair dahulu ke dalam BM diikuti dengan bahan kering.  Guna setting 'dough'.  Bila BM berhenti detik pertama, masukkan butter & tunggu sehingga doh siap diuli & naik sekali ganda.  Jika menggunakan MIXER pula.. boleh masukkan semua bahan dalam mangkuk mixer & uli menggunakan mata cangkuk bentuk 'S' & uli sehingga doh menjadi elastik.  Doh yang siap di uli hendaklah ditutup & perap selama 1 jam.
2. Doh yang sudah di perap, ditumbuk2 untuk mengeluarkan angin.  Bahagikan doh kepada 10 bahagian anggaran 70gm setiap satu.  Bulat2kan & leperkan sedikit doh lalu letakkan di atas tray yang sudah disapu mentega.  Habiskan kesemuanya & perap bun yang siap dibentuk selama 40 minit. Jika nak cepat boleh on oven sekejap kemudian off semula & masukkan tray ke dalam oven. Bun akan cepat naik hanya perlu perap anggaran 30 minit. 
3. Panaskan oven suhu 175C - 180C & bakar bun selama 20 - 25 minit mengikut oven masing2. (MaDiHaA bakar 20 minit je)
4. Bila bun masak sepenuhnya.. sapu bun dengan mentega cair semasa bun masih panas.  Siap untuk dihidangkan bersama daging burger pilihan & sayuran kegemaran anda!  Jika mahu disimpan.. sila sejukkan bun di atas redai & simpan bun burger dalam bekas bertutup.

Sarapan kami 4 beranak pagi tadi... yessss.. burger sihat! Diperbuat dari Wholemeal Bun & daging burger tanpa lemak!  

Sorry gambar blurr.. maklumlah kelam kabut pagi tadi.. segala benda nak dibuat dalam waktu yang singkat.. siap mandi, letak daging burger dalam pemanggang ajaib buka api kecil teruss zuppp solat subuh dulu.. hehehe...  sup sap sup sap... siap segalanya... alhamdulillah..

Selamat mencuba!

 



Monday, October 28, 2013

Soft Pretzel with Butterscoth Sauce

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Jangan gelakkkkk, jangan sengihhhhh... jangan mengejek noooo.... hahaha... Pretzel MaDiHaA ni memang takde rupa pretzel sebenar.. inilah akibatnya buat eksperimen malam2... semata2 hanya dengan berpandukan kertas resepi yang diprint tanpa sebarang gambar.  Nak buka blog lappy belum lagi siap dibaiki.. ada lain problem pulak! Nak buka blog dengan handphone kurang kerajinan pulak... Ha.. inilah akibatnya... pretzel tu debab2 & rupa gitu gaya... Hahaha... Memang dalam kepala tu boleh agak rupanya macam dalam gambar tu... TAPI!! tang pintal2 tu tak perasan pulak! Adeiii..... Almaklumla... memang jarang beli pretzel Aunty Anne's tu...  kalau beli pun sekali sekala jer... dah tu.. beli pun tidaklah ku telek2 sepuas hati... selalunya kalau beli anak2 dah tak sabar nak makan... ha... takper-takper.. ada kerajinan lain kali pasti akan ku buat lagi....



Apa2pun.. terima kasih kepada CT Zaliedana yang telah memberi inspirasi pada MaDiHaA untuk mencubanya bila dia telah 2 kali menayang pretzel yang dibuatnya.  MaDiHaA yang sedia maklum sekarang ni kurang kerajinan nak bereksperimen di dapur sebab kadang2 sibuk dengan tempahan & kerja rumah bila tiba hari cuti... sedikit sebanyak jadi teringin pulak nak mencuba bila CT dok kata sedap... sedap.. & anak2nya suka sangat.  Ternyata memang sedap! Tambah pula bila dicicah dengan Butterscoth Sauce tu... anak2 & suami pun suka.  CUMA.. Pretzel versi MaDiHaA kali ni adalah dalam kategori SOFT pretzel sebab MaDiHaA buat gomok-gomok... haha.. tambahan pula MaDiHaA lebihkan sikit kuantiti yis tu.. pastu gentel plak tak cukup halus sebab nak cepat.. jadi bila pretzel tu bila dah masak agak tembam atas 2 faktor (dilebihkan yis.. & digentel tak cukup halus).  But nevermind... inikan percubaan pertama... yang penting rasanya sedap! InsyaAllah jika diberikan kerajinan berganda akan MaDiHaA cuba buat lagi & akan buat kurus2 sikit... hehehe... barulah nampak serupa macam kat Aunty Anne's tu kan... yelah inikan 1st time mencuba... tak kisahlah orang nak gelak pun.. MaDiHaA tetap akan simpan gambar kenangan dalam blog ni... hahaha...  Apa2pun.. terima kasih CT Zaliedana yg banyak membantu.. siap sms CT bertanyakan hal yang membuatkan MaDiHaA kompius malam tadi.. haha.. nasib CT rajin melayan.. TQ ye CT..

Jom lihat resepinya... TQ pada penyumbang resepi yang asal iaitu Beldandy & seterusnya dikongsi oleh Azlita & CT Zaliedana. Mohon share ye...


Soft Pretzel With Butterscoth Sauce
by: Beldandy
Sumber Rcp:- Kak Azlita & CT Zaliedana 


1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast (Aku letak 11/2Sdt) (MaDiHaA ikut CT guna 1 1/2 sudu teh juga)
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti 

3 cawan tepung gandum
Penyediaan
2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate (Aku letak 1sdu besar soda n 1cwn air suam jerk) (MaDiHaA ikut CT.. guna 1 cwn juga)
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka 


Cara penyediaan
Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.
Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.  (MaDiHaA dapat 12 ketul gemuk2.. hehe)
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel.
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.





BUTTERSCOTCH SAUCE

2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
Aku Add sedikit asen Butterscoth (MaDiHaA tak de esen ni)


Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan
 

Selamat mencuba!
 

Thursday, October 24, 2013

Ayam Halia Bawang Putih / Ginger Garlic Chicken

Assalamualaikum...


 Versi tanpa cendawan butang & masak sampai pekat..

Merajinkan diri update resepi lagi hari ni.  Kali ni update resepi kegemaran kami sekeluarga.  Kalau masak lauk ni memang tak berbakilah jawapnya. Bahan2nya mudah & ringkas je. Bak kata orang.. bahan asas yang sentiasa ada kat dapur.  Jadi senanglah nak masak bila2 masa pun.

Jika buntu tak tau nak masak apa.. bolehlah cuba resepi ni ye.  InsyaAllah tak mengecewakan.  Sebenarnya resepi ni telah MaDiHaA buat sedikit 'improvement' dari resepi yang pernah MaDiHaA kongsikan dulu.  Yang dulu tu pun sedap juga... resepi kali ni lagiiiii sedap dengan tambahan lada hitam tu.

Jom kita tengok resepinya jom..

Versi berkuah sikit... dua2 pun sodap!

Ayam Halia Bawang Putih / Ginger Garlic Chicken
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
2 biji kentang 
1 tin cendawan butang dalam tin (jika suka)
5 inci halia (hiris nipis)
10 ulas bawang putih
4 + 1 sudu besar sos tiram
1 + 1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil lada hitam biji ~ ditumbuk halus (jika guna lada hitam dikisar sendiri.. guna 2 sudu kecil)
3/4 cawan air
minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1.  Ayam dibersihkan & potong kecil atau sederhana. Kentang dikopek & potong wedges. Cuci bersih & toskan kedua2nya.
2. Halia & bawang putih ditumbuk lumat.  Ambil satu sudu besar & masukkan ke dalam bekas.  Campurkan 1 sudu besar sos tiram & 1 sudu besar kicap manis. Kacau rata. Masukkan ayam & kentang lalu kacau rata. Perapkan anggaran 10 minit.
3. Panaskan minyak lalu gorengkan kentang hingga garing. Angkat & ketepikan. Goreng pula ayam hingga tiga suku masak lalu angkat & ketepikan. (bila goreng ayam ni.. jangan panik kerana ayam akan berubah warna jadi sedikit kehitam2an kerana telah diperap dengan kicap & sos tiram)
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lain lalu tumiskan lebihan halia & bawang putih tadi hingga wangi.  Jangan sampai garing sangat ye.. agak2 dah masak.. masukkan sos 4 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar kicap manis, lada hitam serbuk serta 3/4 cawan air.  Biar mendidih kemudian bolehlah masukkan cendawan butang. Kacau2 biar cendawan masak sikit.  Bila kuah agak pekat masukkan ayam & kentang goreng tadi. Kacau rata & rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah.  
5. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih & lauk tambahan lain.

Selamat mencuba!

Wednesday, October 23, 2013

Marshmallow Muffins



Assalamualaikum & salam sejahtera..




Mengenangkan ada stok marshmallow dalam peti sejuk yang dah lama tak berusik.. rajinkan diri menggodek muffin ini bila terpandang resepinya di blog Rohah@Damai Qalbu tak lama dulu.  Macam biasa.. kalau buat kuih-muih ni.. pembantu ibu kat dapur iaitu adik Alin mesti sibuk nak membantu juga.  Akibat dari terlebih kacau gamaknya.. muffin jadi kurang gebu.. hehe..  Memang dah tau muffin ni tak perlu kacau beria2 sangat. Tapi nak buat macamana.. pembantu ibu kat dapur tu terlebih rajin.. redho jelah.. hehe...

Terima kasih Rohah berkongsi resepi ni ye... sekurang2nya.. luak juga marshmallow dalam peti ais ku itu...

Kalau ada sesiapa yang nak mencuba.. sila2lah ye... tapi kena pastikan marshmallow yang digunakan disahkan halal ye.  Resepi ni dicopy & paste terus dari blog Rohah@Damai Qalbu..



MARSHMALLOW MUFFINS
Recipe: BOOK LOVE FOOD


 
Ingredients; [Makes  12]
70 g butter (MaDiHaA letak 90 gm)
275 g plain flour
6 tbsp cocoa powder
3 tsp baking powder
85 g caster sugar
100 g milk chocholate chips
55 g multicoloured mini marshmallows
1 large egg, beaten
300 ml milk

Method;
1.Line a 12 cup muffin pan with muffin paper cases.Melt the butter in a pan.
2.Sift the flour, cocoa and baking powder together into a large bowl.Stir in the sugar, chocholate chips and marshmallow untill thoroughly mixed.
3.Whisk the egg, milk and melted butter together in a separate bowl, then gently stir into the flour to form a stiff mixture.Divide the mixture evenly between the muffin liners.
4.Bake in a preheated oven, 190' C, for 20-25 minutes or until well risen and golden brown.Remove from the oven and cool in thr pan for 5 minutes, then place on a wire rack to cool completely.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...