Thursday, April 30, 2015

Kuih Bom Keledek

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pagi ni bumi PJ & KL dibasahi hujan.  Syukur alhamdulillah.. hujan tu rezeki kan. MaDiHaA pun nak mengucapkan rasa bersyukur kerana masih dipinjamkan usia untuk terus bernafas di bumi Allah ini.  Hari ni genap 44 tahun sudah menjadi hambaNYA. Syukur ya Allah di atas segala nikmat & rezeki yang KAU pinjamkan untuk hambaMU ini. Amin amin ya robbal alamin.. Hmm.. so pagi tadi kenalah keluar awal sikit dari biasa kalau tidak nanti lambat pulak anak2 ke sekolah. Alhamdulillah... 7.15 am ngam2 sampai depan sekolah.




Jom pagi ni MaDiHaA kongsi resepi kuih bom keledek yang sedap ni.  Dah lama buat ni sebenarnya.  Lama sangat dok Q tunggu giliran.  Buat kuih bom keledek ni tak perlu risau kuih ni meletop waktu menggoreng.  Memang ia takkan meletop walaupun namanya bom! hehehe... Kali ni MaDiHaA buat guna keledek warna ungu muda... Keledek pemberian ibu saudara. Kawan pakcik yang bagi keledek ni pada pakcik.. katanya keledek dari Banting kalau tak silap.  Bila keledeknya warna ungu muda.. jadi kuihnya pun ada warna ungu2 sikit.  Keledek ni pun ada banyak jenis sebenarnya. Ada warna kuning, putih & ada yang isinya oren. Ada juga yang warna ungu tua macam yang MaDiHaA gunakan waktu buat kuih keria dulu.  Cantik jadinya kuih keria MaDiHaA... ungu terang gitu. 

Ok jom semak resepi...



KUIH BOM KELEDEK 
Resepi : MaDiHaA aka Ratna

Bahan Inti
1 biji kelapa parut yang muda
1 cawan gula merah timbang ~ masak dlm periuk dengan 2 cawan air kemudian ditapis habuknya. 

Gula pasir secukupnya ikut manis yang anda suka)
2 sudu besar kicap pekat (optional ~ ini hanya untuk menggelapkan warna inti)
2 sudu tepung pulut untuk melikatkan inti
2 helai daun pandan

Cara2 menyediakan
1. Tuangkan air gula merah ke dalam kuali dan masak. Campurkan dengan kicap pekat.
2. Campurkan terus kelapa parut & daun pandan.
3. Masak hingga air agak kering.. taburkan tepung pulut ke atas inti rata2 dan gaulkan rata sambil dikacau2. (tujuan masukkan tepong pulut tu supaya inti jadi kental & melekat2.. senang nak guna nanti)
4. Rasakan inti.. jika kurang manis.. boleh tambah gula pasir hingga dpt manis yg anda suka.
5. Biarkan inti agak kering dan bolehlah digunakan.

Bahan Doh
2 1/2 - 3 cawan keledek rebus yg dilecek
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
air secukupnya lebih kurang 1/2 cawan dicampur dengan 1 sudu kecil garam 




Bahan Salut

Bijan putih + bijan hitam (optional.. taknak campur pun takpe.. guna bijan putih je)

Cara2 menyediakan
1. Bancuh keledek lecek bersama tepung hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga rata. Air boleh kurangkan atau tambah ikut jenis keledek.. jadi agak2lah yer hingga dapat doh yang lembut. 

2. Ambil doh sebesar bola pimpong dan leperkan. Masukkan inti dan tutup lalu dibulat2kan. Buat sehingga adunan habis.
3. Salut dengan bijan dan kepal2 supaya bijan melekat elok pada kuih.
4. Goreng dlm minyak yang panas hingga keperangan.


***************************
Gambar kat bawah ni pulak kuih bom keledek yang MaDiHaA buat beberapa tahun yang lepas menggunakan keledek warna kuning. Intinya pula MaDiHaA tak campurkan dengan kicap pekat.. jadi warna intinya tidaklah segelap warna inti kuih bom yang kat atas tadi tu.  Terpulang kalian samada nak letak kicap tu atau tidak sebab kicap pekat tu tidak mengubah rasa pada inti. Hanya mengubah warnanya saja.





 Selamat mencuba ye..

Wednesday, April 29, 2015

Lahpet / Myanmar Pickled Tea Salad againnn....

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Tekak ni tiba2 je terasa nak meratah kerabu acar daun teh Myanmar atau nama sebenarnya iaitu Lahpet.  Bila dok teringat menelan air liur dibuatnya.  Minggu lepas (yang pegi kenduri di Pekan) kami bawak balik bunga kantan agak banyak dari kampong. Jadi boleh sangatlah nak buat kerabu tu.. Bahan2 lain pun semua ada stok kecuali limau nipis.  Tapi takpe stok lemon ada jadi gantikan je jus limau nipis dengan jus lemon. Tak sangka pulak rupanya en. suami pun terasa yang sama macam MaDiHaA.  Dialah yang buka mulut dulu pasal kerabu tu.  Lepas tu terus dia ke dapur godek2 bahan kerabu. MaDiHaA jadi assistant je... hihi...

Sedapnyer lahai... kenyang meratah kerabu ni saja.  Nak makan nasi pun dah tak lalu.  Sekali lagi MaDiHaA kongsikan resepinya ye. Dah banyak kali MaDiHaA buat kerabu ni.  Kali ni en. suami tambah scrambled egg menggantikan isi ikan.  Boleh je campur apa2.. kita yang buat dia.. Tapi ikutkan resepi asli Lahpet ni.. takde campuran selain kekacang & daun teh (vegetarian).. kami je yang memandai nak kasi sedap lagi kerabu ni.. hehe..

Lahpet/ Myanmar Pickled Tea Salad


Resepi : MaDiHaA's Husband



Bahan2
½ peket Pickled Tea (Jenama SHWE seperti dalam gambar ~ guna separuh saja dr bahan2 di dalamnya)
3 ~ 4 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan ~ dihiris nipis
4 biji cili padi ~ dihiris nipis
1 cawan kacang tanah ~ digoreng garing dengan minyak
½ cawan ikan bilis ~ dikopek & goreng garing (kalau boleh ikan bilis jenis halus sikit)
1 biji carrot ~ disagat halus
½ biji timun ~ disagat halus
1 biji tomato ~ dipotong dadu
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya  
1 biji telur ~ dijadikan scrambled egg   
3 sudu besar minyak masak bekas gorengan ikan bilis tadi  
garam, gula & aji secukup rasa

Cara2 Menyediakan

1. Sediakan kesemua bahan2 yang perlu dihiris/sagat dan masukkan ke dalam satu bekas/besen.  Campurkan dengan kacang & ikan bilis yang telah digoreng garing.

2. Masukkan scrambled egg diikuti pula dengan bahan2 dari paket Pickled Tea. (guna setengah je.. maksudnya sepeket tu boleh buat dua kali/ 2  hidangan).

3. Perahkan jus limau nipis, minyak masak & campurkan garam, gula & aji secukupnya. (garam jangan letak banyak.. rasa2 dulu sebab ikan tongkol rebus & ikan bilis pun dah masin). 

4. Akhir sekali bahan2 tersebut hendaklah digaul rata menggunakan tangan (pakai sarung tangan plastik ye) terutama sekali acar daun teh tadi yang perlu diratakan sebab acar daun teh tu teksturnya agak likat sikit so kena gaul betul2 rata dengan tangan.  Bila acar daun teh agak2 dah rata. Boleh sambung gaul rata dengan senduk pulak & rasakan biar secukup rasa.  Jika perlu tambah ler jus limau atau garam ikut citarasa sendiri.  

5. Dah siap pun.. bolehlah hidangkan. Sesuai untuk dimakan begitu saja. Nak buat lauk nasi pun boleh.


Selamat mencuba!

Tuesday, April 28, 2015

Apam Isabella



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bersua lagi kita hari ni.  Terasa lega sikit bila kerja dah semakin reda. E-filling suami & MaDiHaA pun dah siap submitted.  Fuhh.. legaa rasanya...  


Oklah hari ni MaDiHaA kongsikan resepi apam isabella yang kiut miut ni ye.  Alkisah seorang customer MaDiHaA bertanyakan untuk order apam polkadot yang mana MaDiHaA dah seakan merajuk nak membuatnya sejak2 dapur lama dah rosak tempohari.  Dapur yang kami beli sebagai ganti nampaknya apinya terlalu besar & agak susah nak kawal kecik besar apinya.  Seperti yang anda sedia maklum nak buat apam polkadot atau apam ladybug ni kita kena pandai ejas api dapur.  Kalau tersilap walau sikit je apam kita pasti akan rosak. (rosak tak boleh jual.. tp masih boleh dimakanlah ye)  Samada apam akan merekah jika api terbesar sedikit ataupun apam akan jadi bantat sekiranya api terkecil sangat.  Memang sensitif!  Sebab tu kadang tu bercinta juga nak ambik tempahan apam tu.  Disebabkan dapur baru MaDiHaA memang jenis api besar... & dah banyak kali MaDiHaA kecewa dengan hasil apamnya sebab asyik merekah aje & terpaksa bancuh adunan baru.  Akibatnya berlakulah pembaziran.. siapa nak makan apam yang merekah tu? Anak2 pun dah jemu makan apam.  Jiran2 pun dah jemu asyik dapat apam je.. hehe. Jadi MaDiHaA buat keputusan untuk kurangkan menerima tempahan apam polkadot atau dengan erti kata lain, seboleh2nya MaDiHaA akan tolak tempahan apam polkadot.  Mungkin untuk sementara atau mungkin juga buat selamanya.. hihi..  Tengoklah mcamana ye.. kot2 tergerak hati nak beli dapur lain ke kan? haha.. Tak ramai yang sanggup buat tempahan apam polkadot tu sebabnya kerjanya cerewet.. & jaga apinya juga susah. Untung tak banyak.. tapi memakan masa yang agak lama untuk menyiapkan.

Oklah berbalik kisah apam isabella ni.. oleh sebab tak dapat buat apam polkadot permintaan customer.. jadi customer minta buat kuih lain yang sesuai sebagai ganti & customer bersetuju bila MaDiHaA cakap kalau nak apam isabella atau apam mekar bolehlah MaDiHaA buat.. jadi itulah terjadinya apam isabella kat dapur MaDiHaA ni... 

Sebelum tu nak ucapkan terima kasih pada Sweet Red Cherry kerana berkongsi resepi ni & akak minta halal ye sebab gunakan resepi ni untuk jualan.  Minta izin ye kongsi resepi ni kat blog akak pulak..
 


APAM ISABELLA
Sumber : MaDiHaA aka Ratna

BAHAN:
3 cwn tepung gandum } ayak
1 sk baking powder     } bersama
3 biji telur sejuk ( dr peti ais ) (MaDiHaA guna gred A)
2 cwn gula halus (MaDiHaA guna 1 3/4 cawan sj)
1 sm ovallete
1 cwn ice-cream soda ( boleh juga guna sprite )
2 sk esen ros (MaDiHaA guna 1 sudu kecil sj)
pewarna pink

CARA MEMBUATNYA:

- Panaskan kukusan terlebih dahulu.
- Pukul telur, gula halus dan ovallete sehingga kembang dan pekat ( putih ).
- Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak tadi. Putar lagi.
- Masukkan ice-cream soda dan esen ros. Putar sebati.
- Bahagi aduanan kepada 2 bahagian. 1 bahagian bubuh warna pink. 1 bahagian warna asal.
- Tuang adunan ke dalam acuan / papercup secara selang seli. 
- Kukus selama 20 minit.

* Nota: Api yang digunakan jangan terlalu besar, sedarhana saja.
* Adunan yang aku buat ni menghasilkan 30 biji apam..buat 1/2 adunan jika terlalu banyak.

-Selamat Mencuba-

Monday, April 27, 2015

Daging Ala Satay Goreng MIL Penyulawa



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Ada stok daging dalam peti sejuk dah beberapa hari en. suami beli.  Buntu tak tahu nak masak apa. Cari2 resepi tertarik hati dengan resepi dari blog kak Anim aka Penyulawa.  Katanya resepi ni ada persamaan dengan resepi mertuanya menurut kata suami kak Anim lah.  (Suami kak Anim ni adalah vocalist kumpulan Meditasi.. abang Burn) Kak Anim sendiri pun tak sempat belajar dengan mertuanya sebab masa dia kawin pun memang mertuanya dah takde.  Hmm.. apa2pun.. menjadi jugak resepi tibai2 kak Anim ni. Hilanglah rindu suaminya nak makan masakan ibunya kan.. tulah untungnya dapat isteri pandai memasak ni.. hihi...

Pada yang nak merasa kelainannya atau dah tak tau nak masak apa dengan daging.. bolehlah cuba resepi ni ye.  Anak2 suka lauk ni sebab tak pedas sangat.. tambah pulak ada campuran kicap dalam resepi ni.. memang laju je makan..

Terima kasih kak Anim berkongsi resepi ni. Mohon izin kongsi kat blog saya pula ye..



Daging Ala Satay Goreng MIL Penyulawa 

Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna 
Bahan2
1 kg daging – potong kecil
5 ulas bawang putih - dikisar/tumbuk
¼ cawan kicap lemak manis (MaDiHaA tambah sikit lagi)
1 sudu teh black pepper~ ditumbuk halus
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 biji jus lemon
sedikit gula



Gaulkan semua bahan dan perap lebih kurang 1 jam


4 sudu besar minyak untuk menumis
2 inci halia - hiris
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
2 biji bawang besar - hiris
3 biji cili merah/hijau - hiris serong 
1 biji lada benggala ~ potong kiub kasar (MaDiHaA tambah ni)
1 pokok daun bawang - potong 1 inci panjang
 
Cara menyediakan

Panaskan minyak di dalam kuali. Gorengkan daging perap dan halia hingga daging empuk dengan kuali bertutup. Kacau sekali sekala supaya tidak hangus. Tambah air jika daging belum empuk. Apabila air daging sudah separuh kering, masukkan garam dan gula secukup selera, kacau rata. Masukkan bawang besar, cili benggala dan cili merah, kacau rata hingga bawang sedikit layu. Tutup api dan masukkan daun bawang, gaul rata. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!


Thursday, April 23, 2015

Selamat Pengantin Baru Lan & Laila... (dapat biras baru...)

Assalamualaikum & salam sejahtera...



 
Sabtu minggu lepas berlangsungnya majlis perkahwinan adik ipar MaDiHaA dengan gadis pilihan hatinya iaitu orang Pekan, Pahang.  Apa2pun syukur alhamdulillah kerana majlis berjalan lancar & segalanya dipermudahkan.  Meriah sungguh majlisnya.  Walaupun kampong MaDiHaA tak jauh mana dari Pekan.. tapi kami memang jarang jalan2 ke Pekan.  Yang selalu kami pergi hanya Rompin & Endau.  Itupun mungkin sebab kami ada saudara kat sana kot.  Seingat MaDiHaA semasa kecil dulu MaDiHaA pernah dibawa berjalan2 oleh arwah ayah hingga ke Nenasi sekali sahaja. Itulah pertama kali MaDiHaA sampai ke Pekan. Itupun MaDiHaA ingat2 lupa apa sebenarnya misi arwah ayah ke Nenasi pada masa tu.  Maklumlah masa tu MaDiHaA belum bersekolah lagi. Mungkin masa tu umur 4 atau 5 tahun gamaknya.  Yang tak boleh MaDiHaA lupa, masa menunggu bas.. MaDiHaA ternampak seorang apek tua sedang makan udang kering dalam bungkusan kecil dibuat macam makan jajan.. hahahaha...  

Tahniah buat Lan & Laila... selamat pengantin baru buat kalian. 
Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Amin..
Terima kasih buat keluarga pengantin perempuan di atas layanan baik sepanjang kami berada di Pekan. 

Kali kedua sampai ke Pekan.. hati rasa terpautlah pulak... suasana kampong kat sana sangat mendamaikan.  Boleh nampak sungai, ada sawah padi, ada pokok kelapa, nampak kambing & lembu... seronoklah! MaDiHaA tak sempat nak meneroka habis sekitar bandar Pekan disebabkan masa yang terbatas.  Hanya sempat ikut en. suami mencari sarapan pagi pada pagi Sabtu tu kat pasar tani. Kami bertolak pagi Jumaat sebab majlis nikahnya dibuat pada malam tu.  Keluarga pihak perempuan sediakan sebuah homestay yang selesa untuk kami.  Seronok jalan2 tempat orang ni kan. Lepas ni bolehlah ajak en. suami jenjalan ke Pekan lagi.  Tak puas hati baru ni sebab tak sempat nak merasa murtabak Mengkasar yang femes kat Pekan tu... hihihi...




Part paling best tu.. impian nak merasa puding diraja yang dah lama terpendam akhirnya tercapai juga.  Syukurlah dapat juga merasa bila keluarga pihak pengantin perempuan hidangkan puding diraja sebagai dessert di meja makan beradap.. hehehe..  Yelahkan.. Puding diRaja kan popular di Pekan, Pahang... jadi wajiblah ada dimajlis raja sehari.. hehe.. 


Adik Alin asyik berkepit je dengan ciklan.  Orang lain nak bergambar pun dia dok kepit kat situ jugak.  Kepitla adik.. lepas ni dah takleh nak berkepit dengan ciklan lagi.... ciklan dah ada mem... hehehe...


Oklah itu je entry family untuk hari ni... Terima kasih sudi luangkan masa baca entry ini.

Wednesday, April 22, 2015

Serimuka Pandan

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Kepada semua pengunjung blog ini.. MaDiHaA mohon maaf sebab tak sempat nak jenguk blog sehari dua ni.  Agak sibuk sikit sehari dua ni mengejar dateline.  Bulan April ni berderet2 pulak produk yang nak kena re-register.  Tapi tak apalah kan.. dah namanya kerja. Wajiblah disiapkan dengan sempurna. Mudah-mudahan rezeki yang kita dapat rezeki yang halal.. amin...

Rehat kejap untuk teatime sambil2 coret sikit kat blog hari ni.  Gambar2 dah lama edit cuma tak sempat nak update je. 

Oklah.. hari ni takde resepi istimewa pun. Hanya resepi ulangan aje.  2 minggu lepas ada customer order sejenis dua kuih muih & salah satunya kuih serimuka.  Teringinlah pulak nak makan serimuka jadi MaDiHaA buatlah setengah adunan & dapatlah 1 loyang kecik untuk makan sendiri.  

Jom tengok resepinya.  Resepi dari Chef Asma & MaDiHaA perolehi dari blog Kak Ayu Singapore.  TQ buat kedua-duanya.
 
Serimuka Pandan
Resepi asal : Kelas Baking Chef Asma
Sumber perkongsian : Kak Ayu

Bahan2 Lapisan Bawah:-
500g beras pulut
300ml santan pekat
300ml air
2 tsp garam halus

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan.
Kukus dengan semua bahan di atas selama 30 minit. Kukus dengan loyang yang berlainan tidak berlubang (Ayu kukus terus dalam loyang yang nak digunakan- dialas plastik wrap dulu then bubuh pulut dengan yang lain ~ MaDiHaA pun kukus terus dalam loyang 10" & takde tukar2 loyang lain.)
Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x3".

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
250g gula castor
100g tepung kastard
400ml santan pekat
400ml air
20g daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan

Bahan B
4 biji telur
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pandan essence-(Ayu tak letak sebab gunakan fresh pandan ~ MaDiHaA pun sama gak)
pewarna hijau- secukupnya (MaDiHaA tak letak sebab air pandan dah cukup hijau)

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit. 

Selamat mencuba!

Saturday, April 18, 2015

Cempedak Goreng

Assalamualaikum & salam sejahtera...
 
 
Tak kira pagi atau petang.. dapat layan cempedak goreng macam ni.. memanglah sangat heaven kan? hehe...  Rezeki dari kampong ni. Memang sedap sangat.. cempedaknya manis. MaDiHaA makan cempedak goreng ni.. dengan bijinya sekali boleh dimakan sebab lepas digoreng tu bijinya pun empuk sama.  Lagipun cempedak ni ulas dia kecik2.. jadi bijinya memang cepat masak.  Biasanya MaDiHaA akan gigit & buangkan lapisan atau selaput pada bijinya tu kemudian barulah ngap! hehe.. Kalau beli tak puas makan. Harga pun boleh tahan. 

Jom goreng sendiri cempedak!  Masih dengan resepi batter yang super crispy ni. Memang rangup sangat. Dah sejuk pun still rangup. kruk krak kruk krak...
 
 
Cempedak Goreng
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan2
1 biji cempedak saiz kecil
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
200 ml air 
110 gm tepong gandum
30 gm tepong beras
50 gm marjerin
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam + secubit dua lagi..

Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Perisikan isi cempedak.  Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana.  Masukkan sebahagian isi cempedak ke dalam batter & gaul rata.  Bila minyak dah panas, masukkan  cempedak yang bersalut batter ke dalam kuali dengan menggunakan garfu (jangan cucuk.. tapi sauk je dgn garfu tu)
3. Goreng cempedak ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel semasa ia masih panas.

Selamat mencuba!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...