Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Monday, April 2, 2018

Muffin Pisang Gebu

Assalamualaikum & salam sejahtera..


Bersua lagi kita.  Mood update baru nak elok. Moh le kayuh pelan2. Sebenarnya bukan takde mood nak update. Tapi masa yang tak mengizinkan.  Setiap kali masak tak lupa snap gambar. Tapi updatenya tak tau bila. hehe.. Gitulah juga dengan nasib gambar2 aktiviti family yang dah makan tahun tak habis2 lagi berupdate. Sabor jelah.  Kalau makanan dah lama basi, berkulat. Mujurlah gambar walaupun dah bertahun tetap elok je lagi. Cuma kalau nasib tak baik PC rosak ataupun pendrive jahanam memang menangislah tuan dia jawapnya... 

Balik ke pangkal jalan.  Ini lagi satu resepi yang dah berulang-kali MaDiHaA dok buat. Tapi takpela kita kongsi le jugak. Resepi elok & menjadi takpe kongsi banyak kali pun. Ilmu tak rugi dikongsi mana tahu ada yang sedang mencari2 resepi muffin pisang. Bolehlah cuba resepi olahan MaDiHaA ni.  Resepi asal dari All recipes. Tapi MaDiHaA dah alter sana sini ikut sesuai selera sendiri. Resepi mat saleh ni biasanya manis2 belaka. Ikut selera kitalah nak ikut resepi bulat2 atau pandai2 kurangkan sukatan ikut selera kita.



Muffin Pisang Gebu

Resepi asal : All recipes
Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna
(resepi asal dpt 10 biji muffin saiz sederhana) 

Bahan2 
1 1/2 cawan tepong gandum
1 teaspoon baking soda (soda bikarbonat)
1 teaspoon baking powder 
1/4 teaspoon garam 
3 biji pisang (MaDiHaA guna 270 gm)~ dilecek
3/4 cawan gula kastor (MaDiHaA guna 2/3 cawan gula perang sebab pisang yg digunakan dah masak ranum & sangat manis!) 
1 biji telur ~ dipukul ringan 
1/3 cawan mentega cair (MaDiHaA guna minyak sayuran) 
  
Cara menyediakan
1. Panaskan oven 190 C (MaDiHaA guna 180C). Aturkan muffin pan dengan kertas muffin atau paper liner.
2. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepong gandum bersama baking soda & baking powder. Masukkan garam & gula & gaul sebati.
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lecek, telur & mentega cair. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan kering (tepong) dan gaul sebati menggunakan whisker atau senduk kayu. Jangan terlebih kacau asal bergaul rata sudah cukup.
4. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hingga paras 3/4 ketinggian kertas muffin.  Atau jika mau muffin naik membumbung seperti muffin MaDiHaA tu.. sudukan lebih sedikit adunan sehingga hampir penuh. (tinggalkan ruang lebih kurang 0.5 cm).
5. Bakar muffin antara 18 ~ 20 minit bergantung saiz muffin, suhu & jenis oven yang digunakan.  Boleh uji muffin dengan lidi penguji untuk test samada muffin dan masak atau belum.

Happy baking!

Thursday, January 26, 2017

Muffin Persimmon & Raisin

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Dalam peti sejuk terkonteng2 sebiji buah persimmon atau pisang kaki tak berusik. Biasa macam tu lah, bila dah tinggal satu takde siapa nak usik. Kadang tu ada yang kononnya nak simpan untuk orang lain, orang lain pun fikir nak simpan untuk orang lain pulak. Penyudahkan takde siapa yang ambik.  Dah ranum sangat nak dimakan macam tu dah kurang selera. Jadi MaDiHaA pun kopek2 potong dadu & godek2 jadikan muffin. Kebetulan semua bahan pun ada, so dapatlah jadikan sarapan untuk anak2 sebelum ke sekolah.

Jom kita tengok bahan2nya..




Muffin Persimmon & Raisin 
Adaptasi dari : WWW.FOOD.COM

Bahan-bahan
2 biji telur (MaDiHaA guna gred A)
1/3 cawan minyak jagung
3/4 cawan susu segar
1/3 cawan gula kastor
1 cawan oatmeal (oat segera)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kfc rata garam
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg powder)
1 biji persimmon ~ kopek kulit, buang biji & didadu

1/3 cawan raisins

Cara menyediakan
1. Panaskan oven 170-175C. Pukul ringan telur menggunakan whisker. Masukkan minyak jagung & susu segar. Gaul sebati.
2. Masukkan gula, garam & oat segera kacau rata. Masukkan tepong gandum, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala & kacau sekejap.
3. Masukkan epal yang didadu & kacau rata. Jangan terlebih kacau agak2 sebati je.
4. Masukkan dalam acuan muffin sebanyak 3/4 ketinggian acuan muffin & bakar selama 15 - 25 minit bergantung saiz acuan muffin. MaDiHaA bakar 25 minit sebab acuan muffin agak besar.

Selamat mencuba!

Saturday, December 10, 2016

Muffin Epal Oatmeal

Assalamualaikum & bersua lagi...






Musim hujan ni anak2 kat rumah asyik merungut lapar je kan. Gitulah bila anak2 cuti sekolah terperap kat rumah. Tak banyak aktiviti di luar, maka yang paling banyak dibuat aktiviti menonton tv & makan jelah. Ibu2 yang bekerja ni nak pegi kerja pun risau nak tinggal anak2 kat rumah tanpa ada makanan yang cukup. Jadi kenalah rajinkan diri godek2 apa yang boleh digodek untuk kudap2 anak2 kat rumah waktu ibu kerja. Punggah2 barang dalam peti ais, terjumpa 3 biji epal hijau dah hampir nak bertukar warna... hehe... Dari dibazirkan lebih baik diolah menjadi sesuatu yang boleh dimakan. Anak2 ni kalau buah2an tersimpan dalam peti ais, bukan pandai nak cari. Kalau ibu tak kopek tak dipotong... terperuk macam tu jelah buah2 yang dibeli. Epal tu nak dimakan macam tu dah kurang menarik.. bila dah jadi muffin barulah anak2 berselera tengok.

Jom cuba resepi mudah ni...




Muffin Epal Oatmeal 
Adaptasi dari : www.food.com

Bahan-bahan
2 biji telur (MaDiHaA guna gred A)
1/3 cawan minyak jagung
3/4 cawan susu segar
1/3 cawan gula kastor
1 cawan oatmeal (oat segera)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kfc rata garam
1 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg powder)
3 biji epal hijau granny smith ~ kopek kulit, buang biji & didadu

Cara menyediakan
1. Panaskan oven 170-175C. Pukul ringan telur menggunakan whisker. Masukkan minyak jagung & susu segar. Gaul sebati.
2. Masukkan gula, garam & oat segera kacau rata. Masukkan tepong gandum, baking powder, serbuk kayu manis, serbuk buah pala & kacau sekejap.
3. Masukkan epal yang didadu & kacau rata. Jangan terlebih kacau agak2 sebati je.
4. Masukkan dalam acuan muffin sebanyak 3/4 ketinggian acuan muffin & bakar selama 15 - 25 minit bergantung saiz acuan muffin. MaDiHaA bakar 25 minit sebab acuan muffin agak besar.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 12, 2014

Muffin Pisang Coklat Chips lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Entah kali ke berapa dah buat muffin ni pun tak taulah... dah berkenan sangat dengan resepi yang satu ini.  MaDiHaA adaptasi dari resepi muffin pisang resepi Wendy Khor.  MaDiHaA kurangkan kuantiti tepong & tambah serbuk coklat sama kuantiti dengan pengurangan tepong.  Kemudian tambah pula dengan coklat chips. Hasilnya? Hmmmm... yummehh... gebuuu & sedap sangat2... Yang penting jangan terlebih aduk ye.. pantang adunan muffin terlebih kacau nanti muffin tak jadi gebu.

Jom cuba resepi ni sesiapa yang ada lebihan pisang kat rumah tu... resepi kat bawah ni dapat agak banyak ye.. jika penghuni rumah tak ramai sangat.. buat separuh adunan saja.  Tapi kalau rasa nak bersedekah tu.. boleh je ikut resepi kat bawah... boleh buat amal jariah sikit bagi jiran2 merasa...hihi..




Muffin Pisang Coklat Chips  
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna 
 Adaptasi dari : Banana Muffin, Wendy Khor recipe book

Bahan2 A 
400 gm butter (dicairkan)  
300 gm / 6 biji telur
200 gm susu segar

Bahan B  
600 gm pisang yang dilecek  
300 gm gula perang (resepi asal guna 400 gm gula kastor~ terpulang anda nak letak byk mana)  
2 gm garam

Bahan C 
530 gm tepong gandum 
10gm (2 tsp) baking powder  
10gm (2 tsp) sodium bicarbonate  
20 gm serbuk coklat


Bahan D

1 cawan coklat chips

Cara2 menyediakan

1. Campurkan butter cair yang telah disejukkan bersama telur & susu.  Kacau sehingga rata. 

2. Ayak kesemua bahan C. Ketepikan dahulu.

3. Dalam mangkuk yang besar.. campurkan pisang lecek, gula & garam. Gaulkan sehingga rata & gula hancur. Masukkan bahan A & kacau rata.

4. Akhir sekali masukkan setengah cawan coklat chips & bahan yang diayak & kacau rata. Jangan terlebih kacau.. Cukup sekadar sebati saja.

5. Sudukan ke dalam acuan muffin yang disediakan sebanyak 3/4 penuh. Taburkan sedikit coklat chips atas permukaan muffin.  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 20 - 25 minit dengan suhu 180C. (bergantung oven masing2).
Selamat mencuba!

Friday, March 21, 2014

Muffin Pisang Gebu



Assalamualaikum & salam sejahtera....
KEEP PRAYING FOR MH370

Lama sungguh rasanya kami tak beli pisang kat rumah tu.  Masa MaDiHaA ke rumah adik di Klang tempohari untuk menempah baju (uniform Puteri Islam) untuk anak dara MaDiHaA yang sulung tu... adik bagi 2 sikat pisang berangan yang ma kirimkan dari kampong.  Semuanya dah masak ranum sebab dia bawa balik pun dah seminggu awal dari tu.  Sebahagian dah kena makan dengan anak2... & sebahagian MaDiHaA jadikan muffin ni.  Anak2 memang suka sangat makan muffin pisang.  Memang tak membazir kalau buat.  Lagipun suka buat muffin sebab kerjanya mudah!  Tambah pula.. memang dah tak sabar nak gunakan muffin paper pemberian Gert tempohari... hehehe.. TQ Gert... i like it very much!

Resepi ni MaDiHaA ambil dari Allrecipes & telah diubahsuai mengikut selera MaDiHaA.  Resepi asal tu sebenarnya ada letakkan crumb... tapi MaDiHaA kurang rajin pula nak letakkan.  MaDiHaA guna nama Muffin Pisang Gebu je sebab muffin ni memang sangat2 gebu.  Kalau ada pisang yang dah ranum tu.. bolehlah cuba resepi mudah ni ye.  Kali ni muffin tak gunakan langsung susu segar... tapi tetap sedap di tekak kami..

Muffin Pisang Gebu

Resepi asal : All recipes
Diolah oleh : MaDiHaA aka Ratna
(resepi asal dpt 10 biji muffin saiz sederhana)

Bahan2 
1 1/2 cawan tepong gandum
1 teaspoon baking soda (soda bikarbonat)
1 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
3 biji pisang (MaDiHaA guna 270 gm)~ dilecek
3/4 cawan gula kastor (MaDiHaA guna 2/3 cawan gula perang sebab pisang yg digunakan dah masak ranum & sangat manis!)
1 biji telur ~ dipukul ringan
1/3 cawan mentega cair (MaDiHaA guna minyak sayuran)
 
Cara menyediakan
1. Panaskan oven 190 C (MaDiHaA guna 180C). Aturkan muffin pan dengan kertas muffin atau paper liner.
2. Dalam mangkuk atau bekas yang besar, ayak tepong gandum bersama baking soda & baking powder. Masukkan garam & gula & gaul sebati.
3. Dalam mangkuk lain, satukan pisang lecek, telur & mentega cair. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan kering (tepong) dan gaul sebati menggunakan whisker atau senduk kayu. Jangan terlebih kacau asal bergaul rata sudah cukup.
4. Sudukan adunan ke dalam kertas muffin hingga paras 3/4 ketinggian kertas muffin.  Atau jika mau muffin naik membumbung seperti muffin MaDiHaA tu.. sudukan lebih sedikit adunan sehingga hampir penuh. (tinggalkan ruang lebih kurang 0.5 cm).
5. Bakar muffin antara 18 ~ 20 minit bergantung suhu & jenis oven yang digunakan. (MaDiHaA guna 180C & bakar selama 22 minit sebab acuan muffin tu besar... 1 adunan hanya dpt 7 biji muffin). Boleh uji muffin dengan lidi penguji untuk test samada muffin dan masak atau belum.


Selamat mencuba!

Wednesday, January 22, 2014

Easy Banana Muffins



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Baru2 ni nampak MamaFaMi pos resepi Mafin Pisang Mudah atau Easy Banana Muffins... terus terberkenan nak buat juga.  Lagipun.. kat rumah memang ada baki beberapa biji pisang berangan yang adik bagi iaitu pisang yang dibawa balik dari kampong.  Masa MaDiHaA ambil pisang tu kat rumah adik waktu ambil baju sekolah tempahan yang adik jahit, pisang tu masih hijau.. Bila dah masak.. sedap pula dimakan mentah hingga tak terlintas pun nak dibuat kuih atau kek.  Tapi bila pisang dah last2 tu.. dah kurang laku sebab terlampau masak sangat... jadi berbakilah beberapa biji.  Tu yang dapat dibuat muffin ni... Kebetulan hari MaDiHaA buat muffin ni esoknya anak dara dari asrama nak balik.. dapatlah juga dia merasa & dapat bawa balik ke asrama sebiji yang gedabak ni.. hehe.. Kenyang tau dapat sebiji ni sebab saiz muffin ni agak besar juga..
 Terima kasih mama kongsi resepi mudah ni ye.  Rasanya pun not bad... sedap!  Kalau dah 'antu pisang' memanglah apa2 berkaitan pisang tak pernah nak kata tak sedap... hihi...  Muffin ni muffin yang sihat sebab ada whole wheat flour di dalamnya... kaya serat u all!  kebetulan MaDiHaA memang ada stok tepong tu... kalau u all takde tepong tu boleh je gantikan dengan tepong gandum macam MamaFaMi buat.. pun jadi jugak..
 Kalau ada pisang tak terusik tu.. apakata olah jadikan muffin pulak.. jom cuba!

EASY BANANA MUFFINS Posted by MamaFaMi
Source : Easter Bunny via
Allrecipes
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna
Ingredients :
3/4 cup all-purpose flour
3/4 cup whole wheat flour
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
4 bananas, mashed
1/2 cup castor sugar (MaDiHaA used 1/4 cup)
1/4 cup brown sugar
1/3 cup canola oil
1 egg
Vanilla essence (I added) (MaDiHaA added too..)

Method :
1. Preheat oven to 170 C. Arrange the papercups on a baking tray.
2. Sift the dry ingredients into a bowl. I sifted trice. Set aside.
3. Mix bananas, white and brown sugar, canola oil, vanilla essence and egg together in a separate large bowl.
4. Fold in the dry ingredients into the banana mixture until just incorporated. Scoop batter into prepared muffin cups, 3/4 full.
5. Sprinkle with some chocolate chips.
6. Bake in the preheated oven until muffins spring back when lightly tapped in the middle, 20 to 25 minutes.

Selamat mencuba!

p/s: Sorry malas nak translate ke BM. 

Thursday, November 14, 2013

Muffin Coklat



Assalamualaikum & salam sejahtera..


Permintaan anak teruna MaDiHaA nak bawa sesuatu ke sekolah untuk jamuan akhir tahun hari ni.  Untuk jamuan sekolah agama hari tu dah buatkan dia apam polkadot.. kali ni buatkan muffin ajelah... senang sikit kerja ibu.. kalau buat apam makan masa lebih lama.. renyah kerjanya... hehehe.. 

Muffin kali ni MaDiHaA cuba resepi yang diambil dari blog Ladyrozmy.  Terima kasih ye puan untuk resepi yang dikongsi.  MaDiHaA mohon kongsi kat blog MaDiHaA pula.  Resepi asal menurut puan Lady memang muffin coklat kosong macam ni aje.. tapi puan Lady ada tambah choc chips untuk tambah kelazatannya.  Oleh sebab MaDiHaA kehabisan stok choc chips.. jadi MaDiHaA ikut saja resepi asalnya tanpa choc chips... sedap jugak.. anak dara bambam habis 2 ketul sekali hadap... abangnya tidor awal.. tak sedar pun ibu buat muffin untuk dia.. hehe..

Sebelah muffin yang kuning bersiorr tu krimpuff... alang2 dah panaskan oven.. 
MaDiHaA bancuh pastri choux juga.. tiba2 teringin plak nak mkn krimpaff hehe..


Muffin Coklat
Sumber : Ladyrozmy
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan A:
1 cawan butter (cairkan)
2 cawan susu segar

2 biji telur "A" ~ pukulkan sikit kasi bercampur kuning putih aje
1 st esen vanilla


Bahan B:
3 cawan tepung gandum ~ ayak

1/2 cawan serbuk koko Van Houten @ apa2 brand pun xpe ~ ayak 2 kali
2 st baking powder ~ ayak dgn tepung
1/2 st soda bicarbonate ~ ayak dgn tepung
2 cawan gula perang ~ guna soft brown sugar

Muffin cups


1.  Pre-heat oven at 180' C. (ikut oven masing2 MaDiHaA guna 175C je)
2.  Campurkan semua bahan B dalam  mangkuk besar utk adun semua bahan nanti. MaDiHaA kacau sikit tepong bergaul gula perang.
3.  Masukkan semua Bahan A  ke dalam Bahan B dan gaul rata dengan spatula @ whisker @ sudu aje. Masukkan adunan dalam piping bag utk mudahkan kerja.

4. Pipekan setakat 3/4 muffin cups sahaja.*
Kalau takde piping bag, sudukan dengan sudu kecik pun ok MaDiHaA masukkan lebih sikit dari 3/4 muffin cup supaya muffin naik membumbung.
6.  Bakar selama 20-25 minit (ikut pada oven masing-masing) atau cucukkan pencungkil gigi @ lidi satay ke dalam muffin.. Kalau ditarik dan licin sahaja pencungkil gigi @ lidi tu, silalah angkat keluar tray itu. 

Selamat mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...