Showing posts with label Tempahan. Show all posts
Showing posts with label Tempahan. Show all posts

Friday, March 3, 2017

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Salam Jumaat penghulu segala hari. Moga semua yang singgah ke blog MaDiHaA hari ini diberi rezeki yang melimpah ruah & juga diberi kesihatan yang baik2 saja ye.

Pagi ni sekadar berkongsi tempahan pulut kuning berhias je ye... lama dah rasanya tempahan ni dok peram je gambarnya.  Maaf ye customer... hihi...



Terima kasih pada customer dari Taman Medan yang menempah pulut kuning berhias  ini untuk ulang tahun perkahwinan kedua ibubapanya....




Customer minta deko sarat & nak sepasang burung yang saling bergesel antara satu sama lain (tanda kemesraan gittew... hehe..).... MaDiHaA just folow je arahan customer...

Semoga bertemu lagi...

Friday, February 17, 2017

Tempahan Masak-masak untuk VVIP

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dah setahun berlalu baru sempat nak kongsikan. Ini antara kenangan manis & kejutan bila dapat tempahan masak-masak khas untuk santapan VVIP. Rasa macam bermimpi pun ada. Tapi inilah kenangan terindah sepanjang MaDiHaA ambil tempahan memasak. Apapun... kenangan ini takkan MaDiHaA lupa sampai bila2 biarpun MaDiHaA tak dapat nak war-warkan siapakah empunya diri si VVIP itu. Yang pasti beliau adalah orang yang sangat disegani, dihormati & disayangi ramai. Terima kasih ya Allah di atas rezeki ini & terima kasih kepada empunya diri yang memberi peluang kepada MaDiHaA untuk menyediakan juadah ini untuk santapan si VVIP tersebut. 

Bukan senang juga sebenarnya sebelum MaDiHaA diberi kepercayaan untuk memasak kali ini. Pelbagai soalan & pertanyaan persis interview. Pelbagai syarat yang perlu MaDiHaA patuhi. Pada mulanya terdetik di hati MaDiHaA, ishh... cerewet betul customer seorang ini.   Bukan MaDiHaA pun yang cari dia, tapi dia yang cari MaDiHaA.  Sebelum ni tak pernah pulak ada customer yang macam ni.. hehehe.  Tapi bila diberitahu yang masakan yang bakal ditempah ini akan dihidangkan pada orang yang paling istimewa terus MaDiHaA melopong, terkejut & bagaikan bermimpi di siang hari... hehehe... 

Syukur alhamdulillah segalanya dapat MaDiHaA atasi. MaDiHaA sediakan segala ramuannya dengan penuh kasih sayang, tiada satu pun ramuannya daripada ramuan segera seperti cili boh, kerisik beli, santan kotak atau santan fresh. Semua ramuan tersebut MaDiHaA sediakan sendiri, kisar cili sendiri, goreng kerisik sendiri, perah santan sendiri. Semuanya MaDiHaA sediakan dengan penuh kasih sayang umpama MaDiHaA masakkan untuk family tercinta. Semua syarat2 ketat MaDiHaA patuhi dengan tidak mencampurkan sedikit pun bahan perasa monosodium glutamat/ajinomoto walaupun pada mulanya agak cuak nak masak nasi ayam tanpa aji, tanpa kiub ayam sebab dah sebati dengan benda2 tu semua. Namun semuanya dapat MaDiHaA masak tanpa ada sikit pun cacat cela. Paling bersyukur hingga ke hari ini sudah setahun lebih MaDiHaA masak untuk keluarga sendiri pun tanpa gunakan aji. Stok aji yang lama masih ada dalam laci dapur, tak terusik. Sudah tidak janggal lagi masak tanpa aji & rasa masakan sama saja seperti sebelumnya. Kena pandai bermain dengan garam & gula untuk menaikkan rasa. Untuk ayam masak merah pula MaDiHaA gunakan madu manakala untuk rendang & gulai ayam MaDiHaA campurkan dengan gula kerek. Tempoyak pula dibeli khas dari Raub tempoyak asli tanpa bahan campuran lain. Syukur ke hadrat mu ya Allah di atas rezeki yang Kau kurniakan pada hamba MU ini.... 

Jom MaDiHaA kongsikan antara juadah yang MaDiHaA masakkan tahun lepas ni... 

 Menu pertama yang ditempah waktu tu hanyalah pulut kuning & rendang ayam.  Bak kata orang, ujirasa dulu. Syukurlah kerana lulus & kena dengan selera & mendapat tempahan seterusnya.


 Kali ini tempahan ditambah selain pulut kuning & rendang ayam, ditambah dengan 
ayam masak merah.


 Tempahan seterusnya menu yang lain sikit dari sebelumnya. Antara menunya adalah gulai ayam Terengganu, ayam goreng kunyit, kari ikan tenggiri, masak lemak ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 


Tempahan kali ni pula hanyalah ayam goreng kunyit, masak cili padi lemak ikan tenggiri, tenggiri berlada & sambal tempoyak daun kayu.


Minggu seterusnya, minta dimasakkan menu nasi ayam serta kari ikan tengiri. 


Kali ini ulang semula menu pulut kuning, rendang ayam serta ayam masak merah.



 Tak jemu2 lagi dengan sambal tempoyak daun kayu tu.. tapi memang sedap lauk ni, MaDiHaA pun suka. Ditambah pula dengan lauk gulai ayam Terengganu & daging masak kerutuk. Special request daging tu nak daging batang pinang. Saya menurut saja.


 Kali ini menu agak banyak juga, tapi dalam kuantiti yang sikit2. Ayam goreng kunyit, ayam masak merah, ayam goreng berempah, tenggiri berlada, kari ikan tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. Dari awal pagi sampai ke tengahari juga nak siapkan menu2 ni semua maklumlah buat kerja sorang2... hehe..



Menu yang sama juga menjadi pilihan. Tapi semua tempahan ni hanyalah pada hujung minggu & bukanlah tiap2 minggu mereka menempah. Tukar2 selera orang kata kan? Kali ni rendang ayam, kari tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 



Kali ni menu mudah je.. ayam goreng kunyit, kari ikan tenggiri, masak lemak cili padi ikan tenggiri & gulai ayam Terengganu. 



Kali ni menu nasi ayam pula dengan tambahan masak lemak ikan tenggiri & sambal tempoyak daun kayu. 



Tempahan terakhir di tahun 2016, set nasi ayam, ayam goreng kunyit, tenggiri masak lemak cili padi, sambal tempoyak daun kayu & sebiji kek gula hangus.



Sebenarnya selain masakan lauk pauk ini, mereka juga ada tempah kuih orang lama2 iaitu kuih qasidah. Maklumlah yang nak makan pun orang lama juga kan.. hihi.. Tapi kuih qasidah ni MaDiHaA suruh makcik yang buatkan sebab dia lebih pro kuih2 lama ni. Lagipun MaDiHaA memang tak sempat dah nak buat sendiri. Gambar kuih memang takde sebab driver ambil terus dari rumah makcik kemudian baru ke rumah MaDiHaA.

Oklah setakat tu je untuk kali ni, nanti ada masak update tempahan2 lain pula...

Monday, January 9, 2017

Tempahan Pulut Kuning Berhias dan lain-lain

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Lama betul tak jenguk blog kesayangan ni. Terlajak sibuk dengan urusan semasa. Hari ni menyelit sekejap update, itupun hanya mampu update tempahan2 yang lepas iaitu tempahan 2016. 

Layan jelah ye. Mohon maaf nama2 si penempah semua dah lupa. Semua data pasal penempah hilang tiada jejak bila computer & handphone rosak. Gambar2 ni pun terselamat sebab pernah update kat facebook. Apapun, terima kasih pada semua yang sudi menempah. 









Semoga semua customer berpuas hati.

Friday, January 22, 2016

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Tak sempat nak menaip resepi hari ni.  Jadi MaDiHaA kongsi gambar pulut kuning berhias yang ditempah oleh kak Habsah pada hujung tahun lepas.  Kiranya ini penutup tempahan untuk tahun 2015 la ni. Baru sempat nak update ke blog.  Kak Habsah tempah 2 bekas pulut kuning hantaran dengan deko yang berlainan.  Tapi hari ni MaDiHaA update gambar 1 dulu ye... Yang lagi satu nanti masuk di entry yang lain pulak... hihi..


Terima kasih kak sudi menempah dengan saya. Semoga berpuas hati dengan hasilnya. 
 

Wednesday, January 13, 2016

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Lama sungguh menyepikan diri.  Kesibukan melanda sejak sebelum buka sekolah sampailah dah buka sekolah. Berganda2 sibuknya.  Warm up sikit blog kesayangan ni dengan entry Pulut Kuning Tempahan Datin Rosnani tahun lepas yer.  Jangan marah ye, Puan blog posing dengan Pulut Kuning Berhias yang meriah ni ye.  Rasanya... selama menyiapkan tempahan pulut kuning customer, inilah pertama kali puan blog berkesempatan posing dengan pulut kuningnya sendiri... hehe.  Bukan apa, selalu tu pulut kuning diambil customer awal2 pagi. Jadi memang takde siapa yang boleh snapkan gambar.  Kali ni pulut kuning customer nak ambil petang sebab pulutnya nak digunakan sebelah malam... kebetulan en. suami pulak cuti hari tu.. jadi... bolehla puan blog posing2 sikit dengan pulut kuning yang didekonya.  Teringin jugak nak buat kenangan dengan pulut kuning ni sebelum diambil customer. Pulak tu pulut kuning kali ni nampak meriah sangat.  Puan blog tengok pun seronok.  Permintaan customer nak bunga2 memenuhi seluruh permukaan pulut katanya, Puan blog menurut sahaja kehendak customer.  Janji customer berpuas hati.  Itu yang utama...

Oklah... layan gambar2 lagi ye.. mood rajin pulak nak edit gambar kali ni...

Terima kasih banyak2 Datin Rosnani yang sudi menempah pulut kuning berhias ni dengan saya. Pulut kuning ini menggunakan 2 kg beras pulut. Berat selepas pulut dimasak sudah tentulah lebih berat dari 2kg.  Bertambah2 berat jadinya lepas siap dideko bila dah ditambah2 dengan bunga2 dari sayuran tu.. hihi..


Hmm... kalau ada yang berminat nak menempah.. jangan segan2 hubungi MaDiHaA ye... nombor tertera di sebelah kanan blog ini.. Terima kasih..
Jumpa lagi...

Monday, December 21, 2015

Puding Marble & Roti Jala Tempahan

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Agak sibuk kebelakangan ni... tak sempat nak update blog sangat.  Nak taip resepi pun tak sempat. Jadi MaDiHaA update tempahan ajelah ye.  Tak banyak pun tempahannya. MaDiHaA pun bukanlah ambil tempahan sepenuh masa. Hanya pada cuti hujung minggu itupun jika takde aktiviti dengan keluarga. Saja suka2 buat tambah2 duit poket sikit.  Alhamdulillah walaupun sikit semua tu rezeki kan.



Tempahan dari sepupu nak puding marble untuk di bawa ke pejabatnya.



Ini pulak tempahan jiran depan rumah nak roti jala 100 keping.  Paksa merajinkan diri buat roti jala. Sebenarnya tak berapa rajin sangat nak kirai roti jala banyak2 ni.  Letih berdiri lama2 kat dapur.. hehe... Apa pun.. terima kasihla pada kazen & jiran ku yang sering beri support bisnes kecil MaDiHaa ni.

Friday, December 4, 2015

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Pagi ni MaDiHaA update tempahan pulut kuning berhias yang MaDiHaA buat baru-baru ni.  Terima kasih pada Tasha yang menempah khas buat anakandanya yang akan melangsungkan majlis berkhatan.  Biasalahkan bila tiba musim cuti sekolah ni ramai juga yang ambil peluang khatankan anak lelaki mereka selain mengadakan walimatul urus dan juga majlis bertunang.



Anak bujang MaDiHaA dah selamat dikhatankan masa umurnya 7 tahun.  Dia sendiri yang tak sabar2 nak bersunat sejak dari umur 5 tahun lagi asyik tanya je bila nak sunatkan dia.  Kami je tak bagi sunat awal sangat & kami suami isteri dah janji dengan dia akan sunatkan dia bila dia dah masuk tahun 1.  Tahun depan dia dah nak masuk tahun 4 dah... dah bujang dah anak MaDiHaA rupanya.



Pulut kuning ni menggunakan 1kg beras pulut.  Dekorasinya pula dibuat ikut contoh yang Puan Tasha berikan.  Tidaklah dapat menyamai 100% sebagaimana contoh yang diberi. Tapi MaDiHaA cuba sedaya upaya untuk buat yang sama.  Bukan apa, kadang tu bahan2 yang diperlukan kita tak dapat nak cari. Contoh macam tomato ceri tu, MaDiHaA dah masuk 3 pasaraya tapi semuanya jual tomato ceri bersaiz agak besar.  Contoh gambar gunakan tomato ceri bersaiz kecil & berbentuk agak lonjong.  Lada benggala tu pun.. jenuh nak cari yang bersaiz kecil.  Mujur ada satu pasaraya yang jual lada benggala merah & kuning bersaiz kecil.  Tapi nak cari lada benggala hijau saiz kecil langsung tak jumpa.  Semuanya saiz besar2 belaka... hihi..  Jadi bila tak dapat cari bahan2 yang sama... maka hasilnya pun tak dapatlah nak menyamai design yang diminta.  

Oklah.. cukup dulu berceloteh... nanti ada masa MaDiHaA update lagi..

Terima kasih..

Tuesday, November 17, 2015

Pulut Kuning & Rendang Ayam *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Perlahan-lahan panaskan blog yg dah suam2 kuku ni....  Hari ni update tempahan yang MaDiHaA buat beberapa minggu lepas.  Tempahan kali kedua dari Myra.  Dulu Myra tempah kuih muih.. kali ni pulut kuning & rendang pula.  Baru tau yang Myra ni rupanya menantu pada kak Mas yang juga pernah menempah dengan MaDiHaA satu ketika dulu... hihi... TQ ye kak sebab promosikan produk MaDiHaA pada menantu pula... hihi..



Tempahan kali ni 2 kg pulut kuning & 3 ekor rendang ayam.  Moga berpuas hati & mohon halal jika ada sebarang kekurangan.

Jika ada yang nak menempah.. boleh hubungi MaDiHaA ~ 019-3171150. Harap maklum, tempahan hanya untuk hujung minggu atau cuti umum sahaja.

Terima kasih.

Monday, October 26, 2015

Tempahan Cupcakes Lagi...

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Dapat tempahan cupcakes lagi.... tempahan dari anakanda sulung nak bawak ke asrama belanja kawan2 asrama.... hehehe..... Gigih tu nak bawak balik cupcakes ke asrama naik bas.... Takpelah kan asalkan anak bahagia... Kebetulan semua bahan2 pun memang ada kat rumah. Jadi buatkan jelah... Yang penting anak2 happy..

Monday, October 12, 2015

Butter Cupcake *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Baru2 ni MaDiHaA menerima tempahan cupcake dari seorang jiran.  Walaupun pada mulanya rasa ragu2 nak terima tempahan, tapi oleh kerana jiran benar2 minta tolong & beri kepercayaan penuh pada MaDiHaA akhirnya MaDiHaA mengalah juga.  Syukur alhamdulillah dapat juga MaDiHaA siapkan tempahan pada hari yang diinginkan walaupun pada mulanya ada sedikit cabaran semasa baking.  Maklumlah.. MaDiHaA jarang sangat terima tempahan kek2 ni sebab MaDiHaA tak pernah belajar buat kek atau mendeko dari mana2 sifu.  Tapi syukurlah... Yang penting... dapat feedback customer yang sangat berpuas hati dengan hasil (rasa & deko) yang MaDiHaA siapkan.  Syukur sangat2.  Lepas ni dah rasa ada keyakinan sikit jika ada yang nak menempah cupcake2 simple sebegini.  hihi.... Kalau nak cupcake yang grand2 tu... minta maaflah ye sebab MaDiHaA ni failed bab2 mendeko ni... hihi..

150 pcs butter cupcake saiz L. Alhamdulillah... rezeki yang tak disangka-sangka.  Syukur ya Allah... Terima kasih jiranku....

Jika ada yang nak menempah cupcake simple begini.. sila hubungi MaDiHaA ya.. 019-3171150

Hingga jumpa lagi...

Monday, August 24, 2015

Pulut Kuning Berhias & Kek *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Sejak handphone MaDiHaA rosak sebelum raya hari tu... terpaksa MaDiHaA tutup order untuk sementara kerana masalah komunikasi.  Alhamdulillah sekarang telefon dah kembali berfungsi & dengan itu MaDiHaA buka order kembali.

Untuk tempahan pertama selepas raya MaDiHaA terima tempahan ulangan iaitu dari Kak Izan yang dah masuk kali ke 2 order pulut kuning berhias.  Terima kasih kak sudi order & sokong bisnes kecil saya.  Syukur alhamdulillah Kak Izan suka dengan hasilnya. Saya ucapkan semoga majlis itu berjalan lancar... Amin...




Ini pula tempahan ulangan dari En. Asri.  Dulu pernah tempah pulut kuning hari jadi.  Kali ni tempah Kek Lobak Merah Kacang Pecan & Kek Kelasi Mabuk (dua2 special request ni).  Mohon maaf rupa kek kurang memuaskan.  Harap2 tidak menjejaskan rasa.  Kek Kelasi Mabuk tu memang sangat2 sedap.  Terbayang2 keenakkannya... Kek Lobak Merah tu pula... istimewa sikit sebab permintaan customer nak letak kacang pecan... selalunya kita letak kacang walnut.  Tapi customer tak kisah pasal harga... so kita ikut jelah.  Kacang pecan ni mahal betul harganya... terkejut tengok harga kat kedai bakeri.. huhu...



Ini rupa Kek Kelasi Mabuk yang MaDiHaA pernah buat dulu... Jika ada yang berminat nak mencuba.. boleh klik resepi kat sini. 

Jumpa lagi..

Friday, June 12, 2015

Pulut Kuning Berhias Hari Jadi *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Dah lama sebenarnya tempahan pulut kuning berhias ni. Tapi asyik tangguh2 je nak update ke blog. Mood update semakin ke laut nampaknya.. aduhaii...Tempahan ini dari En. Asri yang menempah khas buat sahabat baik beliau sempena hari jadi sahabat & jugak anak pada sahabat.  Kira harijadi 2 in 1 la ni.. katanya tarikh hari jadi sahabat baik & anak pada sahabatnya dekat2. Sebab tu En. Asri request nak ada 2 anak burung yang cute tu... hehe... Oleh sebab pulut ni akan diberikan pada sahabatnya sebagai surprise.. En. Asri request jugak mintak tapaukan pulut serta serunding & telur untuk dirinya dalam bekas lain.  Ye tak ye jugak kan... nanti menelan air liur pulak tengok pulut... takkan nak mintak rasa sebab dah bagi kat orang.. buruk sikulah pulak... hehehe.. Jadi MaDiHaA siap2 tapaukan untuk beliau jugak.  Cuma masa ambik gambar ni tak letak sekali pulut dalam polistrin tu.. hehe...


Menggunakan 1.25kg pulut kesemuanya termasuk yang tapau untuk makan sendiri buat En. Asri.  (Berat pulut siap masak semestinya lebih berat lagi ye) Terima kasih banyak2 En. Asri sudi menempah dengan akak.  Terlebih maupun terkurang mohon dihalalkan.

Friday, May 15, 2015

Puding Betik Hantaran *Tempahan*

Assalamualaikum & salam Jumaat...



Hari ni tak sempat nak menaip resepi.  Sibuk sikit. Jadi MaDiHaA kongsi gambar puding betik hantaran tempahan adik ipar yang bertunang baru2 ni.  Memang dia dah lama berkenan dengan puding betik ni sejak MaDiHaA buatkan untuk adik masa dia kahwin dulu.  Permintaan dari adik ipar.. kenalah tunaikan.. takmau beza2kan adik sendiri ke adik ipar ke sama je.. hehehe.. Kira tempahan jugalah ni kan sebab memang dipesan awal2 lagi minta buatkan.  Cuma akak ipar dia ni tolong buatkan je.  Buat puding, buat bunga reben hamper tu.. pastu ikatlah sikit dengan reben tu. Untuk DIY bunga reben hamper tu boleh klik SINI je.. ada MaDiHaA tunjukkan step by step cara buat bunga reben tu.



Sebenarnya.. selain buat puding ni ada juga beberapa gubahan ringkas yang MaDiHaA tolong buatkan masa dia bertunang tempohari. InsyaAllah nanti MaDiHaA kongsi gambarnya untuk kenangan diri sendiri. Mungkin boleh beri idea pada adik2 yang bakal nak bertunang atau berkahwin yang nekad nak cuba buat sendiri hantarannya nanti.  Tapi minta maaflah sebab kali ni MaDiHaA tak sempat nak kongsi 'the making of' atau cara2 menggubah sebab buat tergesa2. Kejar masa.


Oh ya.. jika ada yang berkenan nak menempah Puding Betik ni boleh juga hubungi MaDiHaA untuk tempahan ye.  hehe...

MaDiHaA aka Ratna : 019-3171150

Saturday, May 9, 2015

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera...




Pagi ni update tempahan pulut kuning la pulak ye. 1 kg pulut kuning ni tempahan dari Zila.  Tempahan yang diterima lebih sebulan awal ni.  Risau gak ambik tempahan terlampau awal ni sebab takut tiba2 ada hal yang mendatang. Alhamdulillah.. mujur segalanya dipermudahkan.  Terima kasih banyak2 ye Zila. Mohon maaf jika ada yang terkurang.



Zila takde contoh deko yang ditunjukkan.  Cuma pesan dia nak capsicum yang ada serunding dalamnya serta sepasang burung.  So.. deko tu kira secara spontan jelah idea yang keluar masa mendeko.  Harap2 Zila puas hati.

Friday, May 1, 2015

Tempahan Kuih Muih...

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Selamat bercuti kepada semua. Seronok weh cuti kali ni cuti hari buruh bersambung dengan cuti Wesak. Makanya dapatla cuti 4 hari. Tapi... we all tak dapat nak jenjalan makan angin kemana2 pun.. sebabnya kami sekeluarga di saat ini telah pun berada di Raub Pahang rumah mertua.  InsyaAllah Sabtu esok kat rumah mertua ada buat kenduri kesyukuran sempena majlis sambut menantu & insyaAllah juga.. akan berlangsungnya majlis pertunangan adik perempuan en. suami.  Senang buat sekali kan... Zaman GST ni kenalah pandai berjimat cermat.  hehehe... Takdelah.. sebenarnya secara kebetulan adik ipar ku yang pompuan tu nak bertunang bulan 5. Dah tu.. adik iparku yang lelaki tu pun baru je melangsungkan perkahwinannya dgn orang Pekan. Jadi eloklah buat sekali.  Takkan sebulan nak buat sampai 2 kali kenduri kan. Penat weehhh berkenduri kendarat ni... apapun.. doa2kanlah semoga majlis tu berjalan lancar ye...

Oklah.. hari ni takde nak kongsi resepi... cuma nak kongsi gambar tempahan kuih muih yang tak seberapa ni je.  Terima kasih buat semua yang menempah.

Tempahan dari Myra.. 1 loyang kuih serimuka, 1 loyang kuih kaswi & 50 biji karipap. Terima kasih Myra di atas tempahan...


Yang ini pula tempahan apam isabella dari kak Rafeah sebanyak 150 biji.  Resepinya baru je MaDiHaA kongsikan boleh klik kat SINI kalau nak mencuba ye. Terima kasih kak sudi tempah kuih dengan saya.

Kepada yang tak rajin nak membuat sendiri tu.. sekiranya nak menempah atau ingin membuat pertanyaan.. bolehlah hubungi MaDiHaA di 019-3171150.

Tuesday, April 14, 2015

Pulut Kuning Berhias & Kuih Muih Tempahan

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Hari ni update tempahan awal bulan baru ni.  Alhamdulillah dengan rezeki yang tak pernah putus. Tiap2 minggu ada je tempahan walaupun bukanlah tempahan yang besar. Namun, MaDiHaA bersyukur kerana ia juga rezeki. Dapatlah tampung2 mana2 yang kurang mencukupi tu.  MaDiHaA pun bukanlah ambil tempahan setiap hari. Hanya pada cuti hujung minggu atau public holiday saja baru ambil tempahan.  Sekarang memang dah tak sempat nak buat tempahan pada hari kerja.  Banyak sangat benda yang perlu dibuat bila pulang dari kerja. Tambah pula sekarang ni MaDiHaA dah tak mampu nak berjaga lewat malam. Kesihatan kena juga diutamakan.  Tak boleh tamak2.. nanti bila sakit... duit yang kita dapat tu.. kena bayar klinik & hospital.. lebih baik jaga kesihatan daripada menyiksa diri betul tak? hihihi... Maklumlah.. bila umur dah banyak ni.. stamina & kesihatan dah tak sama macam umur 20an - 30an.

Oklah panjang pula membebel.. hehe.. ok jom tengok tempahan ni. 

Tempahan dari Puan Lina yang menempah 3 jenis juadah iaitu Pulut Kuning Berhias, Puding Roti & Cream Puff.  Terima kasih ye Lina sudi menempah dengan akak. 

Nampaknya design pulut kuning rekaan MaDiHaA yang ni dapat sambutan hangat.  Dah beberapa orang customer yang berkenan dengan deko macam tu.  Apa yang customer suka.. itu yang kita buat..  Kali ni deko yang sama.. cuma Lina minta gantikan bunga2 bahagian atas tu diganti dengan capsicum yang disi dengan serunding.  Pulutnya pulak sebanyak 1.5kg. Semoga berpuas hati. Halalkan jika ada yang terkurang ye Lina.


Ok kat bawah ni pulak tempahan dari jiran sebelah rumah yang buat majlis kat rumahnya.  Kak Ina tempah 100 biji creampuff. Terima kasih kak Ina untuk tempahan.



Jika ada yang berminat untuk menempah pulut kuning berhias atau lain2 jangan segan2 hubungi MaDiHaA di talian  019-3171150 sms/wassap/call.

Terima kasih!

Friday, April 3, 2015

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Pagi ni share gambar tempahan pulut kuning je dulu.   Kot ada kelapangan nanti share resepi pulak ye.





Kali ni buat pulut kuning berhias tempahan Kak Linda.  Kak Linda minta buat pulut kuning sama macam deko yang pernah MaDiHaA buat sebelum ni.  Deko simple aje... yang penting customer berpuas hati.  Terima kasih Kak Linda di atas tempahan pulut kuning tu ye.  Mana2 yang terkurang mohon dihalalkan ye.

Jika ada yang berminat nak menempah pulut kuning berhias (Bandar Sunway, PJ) boleh hubungi MaDiHaA aka Ratna di 019-3171150.  Terima kasih!

Thursday, March 19, 2015

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Pulut ni tempahan dari Syida regular customer MaDiHaA yang sangat baik hati orangnya. Syida takde bagi contoh dekorasi... katanya serah kat MaDiHaA je nak deko macamana.  Dah banyak kali Syida order dengan MaDiHaA tapi ini kali pertama beliau order pulut kuning.  Oleh kerana dah lama MaDiHaA beli loyang bentuk love ni dan belum pernah gunakan untuk buat pulut kuning jadi teringinlah pula MaDiHaA gunalah loyang bentuk love ni.  Sesuailah untuk hantaran majlis perkahwinan sebab menurut Syida dia nak hadiahkan pulut ni pada pengasuh baby beliau yang buat kendudi anaknya.  Memang pemurah sangat Syida ni.. Terima kasih Syida untuk tempahan ye.  Jika terkurang mohon dihalalkan ye.

Sebenarnya tempahan Syida ni hari yang sama dengan tempahan dari Kak Niza tempohari. Saja update lain2.. hehe...



Inilah 2 bekas pulut kuning tempahan dari Syida & Kak Niza tu.  Terima kasih buat kedua2nya...


Jika ada yang berminat untuk menempah pulut kuning berhias jangan segan2 hubungi MaDiHaA di talian  019-3171150 sms/wassap/call.

Terima kasih!

Friday, March 13, 2015

Pulut Kuning Berhias *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dalam kesibukan berulang alik ke hospital melawat en. suami semasa dia masih di hospital tempohari, sempat juga MaDiHaA mencelah2 mencari bahan2 untuk tempahan pulut kuning.  Walaupun sedikit penat, tapi oleh kerana tempahan dah terima.. ia menjadi tanggungjawap MaDiHaA untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

Terima kasih kepada Kak Niza & Syida yang menempah pulut kuning baru2 ni.  Segala kekurangan minta dihalalkan dunia akhirat ye.


Pulut kuning tempahan kak Niza ni menggunakan 2kg beras pulut dan menggunakan loyang 4 segi saiz 10" x 10".  Katanya deko ikut sukahati MaDiHaA nak deko macamana.  Tapi ada contoh deko yang kak Niza berkenan ada dia tunjukkan.  MaDiHaA ikut style deko ala2 gitu, tapi gunakan bahan2 deko yang berlainan. Harap kak Niza berpuas hati hendaknya. Terima kasih kak sudi menempah dengan MaDiHaA.

Jika ada yang berminat untuk menempah pulut kuning berhias jangan segan2 hubungi MaDiHaA di talian  019-3171150 sms/wassap/call.

Terima kasih!

Tuesday, March 3, 2015

Pulut Kuning Berhias 'Stack' *Tempahan*

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Hari ni kongsi gambar pulut kuning berhias tempahan customer yang pertama dalam tahun 2015 ni.  Maafkan MaDiHaA terpaksa tolak tempahan customer yang sebelum2 ni kerana hujung tahun 2014 tempohari MaDiHaA kurang sihat sebab baru lepas menjalani pembedahan.  Sekarang ni setelah hampir 2 bulan lebih.. sekarang baru rasa ada kekuatan & keyakinan untuk kembali aktif menerima tempahan.  Terima kasih pada semua customer yang sudi menempah dengan MaDiHaA ye. Walaupun dah mula terima tempahan, tapi MaDiHaA terpaksa juga hadkan tempahan sebab jika hari bekerja MaDiHaA memang tak sempat nak buat tempahan. Hanya untuk hujung minggu sahaja yang MaDiHaA terima. Itupun jika tarikh yang dikehendaki kebetulan MaDiHaA tidak ada hal lain ataupun balik ke kampong atau melawat anak di asrama.  Apa2pun, jika ada yang berminat, boleh hubungi MaDiHaA dahulu untuk sebarang pertanyaan ye. Boleh hubungi MaDiHaA di talian 019-3171150.

Ini adalah tempahan kali ke dua Kak Zaidah.  Kali ni beliau maukan pulut yang bersaiz besar sikit dari yang ditempah sebelum ni boleh tengok kat SINI.  Menggunakan pulut sebanyak 2.2kg dapatlah menghasilkan pulut bersaiz 11 inci & tingkat atas stack tu lebih kurang 4.5 inci.  Kak Zaidah minta hiasan bunga penuh, jadi itulah hasilnya yang dapat MaDiHaA terjemahkan.  Syukurlah kak Zaidah suka dengan hasilnya. Minta maaf sekiranya ada yang terkurang ye kak.  Terima kasih sekali lagi kerana tak serik menempah dengan MaDiHaA. Masa MaDiHaA MC hari tu kalau ikutkan kak Zaidah ada juga nak tempah satu lagi pulut kuning... terpaksa ditolak sebab kesihatan MaDihaA belum mengizinkan. hihi..

Jumpa lagi. Terima kasih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...