Terima kasih kepada yang sudi follow....

Monday, February 13, 2012

Steamed Soft Banana Cake

Assalamualaikum...
Tak dapat nak bebel panjang2 kali ni.. kejap lagi nak keluar jemput anak teruna balik dari tadika pulak.. jadi terus jelah dengan resepi apam pisang kukus yang dibuat hari Sabtu baru ni ye... Minggu lepas beli pisang 2 sikat.. masa ronda2 rumah aunty Yochana.. terjumpa lak resepi yg menarik ni. TQ to aunty Yochana for this nice recipe..! Sangat sedap Steamed Soft Banana Cake atau apam pisang kukus lembut ni... kalau dah memang penggemar pisang.. apa2 yang dibuat dari pisang tentulah semua suka.. hihi..


Masa dok goggle2 resepi nak masuk ke entry ni tadi... baru perasan yang ramai juga yang dah cuba resepi dari aunty Yochana ni...  antara yang dah pernah cuba ialah Rima, Ita Masam Manis, Kak Ummi, Kak Nor Secubitgaram & mungkin ramai lagi.. mula2 tu kompius juga sapa owner sebenar resepi ni.. tapi bila baca kat entry Rima ohh.. Rima pun dah beritahu yang ini resepi aunty Yochana. Mungkin kawan2 yang lain tak perasan kot yang ni resepi aunty & kebanyakan ada yang tak tulis nama owner & ada yang tulis resepi dari Rima.. hehehe... Sebab bila tengok kat blog.. aunty Yochana dah pos resepi ni dari tahun 2008 lagi sedangkan kat blog Rima entrynya dalam tahun 2010.. jadi MaDiHaA assume ini memang aunty Yochana punya resepi le ni.. hehe..


Steamed Soft Banana Cake
Resepi : Aunty Yochana

Ingredients (A):
200 gm. mashed banana
1/8 tsp. vanilla essence
1 tsp. Bicarbonate of soda
a pinch of salt

Ingredients (B):
3 small eggs
100 gm. brown sugar (MaDiHaA dah kurangkan sikit)
100 gm. pao flour / Hong Kong flour / superfine flour
1 tsp. Baking powder
65 gm. cornoil

TOP LAYER:

2 eggs
60 gm. sugar
25 gm. water
65 gm. pao flour / Hong Kong flour / Superfine flour


Method:

(1) Mix all the ingredients (A) together and set aside.
(2) Whisk eggs and sugar together till flurry, add in flour and baking powder and mix till well combined. Add in mashed bananas mixture and cornoil and stir till well combined.
(3) Pour into a greased and lined loaf pan and steam for 15 to 20 mins till cooked.
(4) For topping: Whisk eggs and sugar till fluffy, add in water and flour and mix till well mixed. Pour on top of steamed banana cake and steam again for another 15 mins. or till cooked.
(5) Serve 

Nota MaDiHaA : MaDiHaA kukus guna acuan puteri ayu & kukus bahagian putih tu dulu kemudian baru kukus bahagian pisang.. sapu sikit minyak masak pada acuan puteri ayu supaya apam tak melekat. Tapi tulah.. jadi tak cun bahagian putih tu sebab ada kesan warna kuning2 akibat myk masak tu.. lenkali sapu ngan shortening je mungkin takdelah kesan warna kuning tu.. hehe.. lagi satu kita perlukan acuan puteri ayu lebih sebab kalau lambat kukusan kali kedua bahagian putih tu macam dah tak mau naik sgt.. may be boleh tambahkan baking powder sikit utk kukusan kali ke dua tu.. rasanya kalau buat macam kak nor tu okay sikit sebab guna acuan besar.. or else.. buat je macam saranan aunty Yochana tu barulah okay.. by the way.. utk kukusan yang pertama.. memang cun & lembut je kuih ni..


Selamat mencuba!

15 comments:

adarnadzmie said...

mesti sedap ni...hehe

cik cek said...

Rasanya penah cuba kuih ni...memang sedapppp....lembut ...gebu je...:)

Qhaifa Nur said...

sedapnya bila dikukus...

K.Nor said...

yep, k.nor cuma letak source dr rima at least dah cakap gak kan sumber tu........ cuma tak pasti sapa owner resipi :) mekasih ratna tulun gali2 asal usul resipi tu hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

yelah saya pun perasan kak nor tulis source je tapi tak tulis empunya resepi.. hehe.. mmg dah agak dah mesti akak tak sure sapa punya resepi tu pasal akak tulis source dia je.. hehe.. sama2 kak.. tulah kak.. skrg ni nampaknya nak kena rajin gali2 asal usul resepi walaupun empunya resepi tak jejak blog kita ni.. tp kalau tak jumpa kita letak source dia jelah kan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

memang sedap adar.. walaupun ada kelainan dr segi rupa.. tp rasanya sama je ngan apam pisang yg biasa.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Qhaifa.. bila dah kukus gini lebih moist & rasanya lebih kepada rasa apam..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

a'ah kak chek.. lembut jer kan.. makan seketul nak lagi & lagi.. haha..

rahel said...

Waw...tadi ingatkan kuih putri ayu..rupa2nya kekpisang yang comel2..suke3.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Rahel.. itulah yang akak ubah kedudukan bancuhan warna putih tu konon2 nak tiru macam puteri ayu la tu.. hehehe.. sepatutnya ikut arahan resepi.. kukus bahagian pisang dulu baru tuang yg putih tu..

Emma said...

Sungguhlah kreatif, tetamu yg dtg tentu sangat terharu dengan hidangan yg super marvelous ini.

norlieharumaini said...

alahai comeinya... dulu pernah buat 2x.. nnt nk try buat guna acuan ni lak.. tergode U..!!!

HomeKreation said...

Salam Madiha. Tadi nampak apam pisang & apam ayu. Kat sini nampak kedua2 nya pula....hehe.

Mas said...

kt sini apam psg, kt umh sy lak kek pisang. Sama tp x serupa hihihi...

Norasikin said...

tak de pulak gambar keratan rentas. nak tau juga rupa dalamnya sbb lapisan putih tu mcm tak de guna apa-apa bahan penaik selain dari telur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com