Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, July 28, 2011

Apam Dot Dot Versi LADYBIRD.... ComeLnyaaa!!

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Diam tak diam... tinggal beberapa hari saja kita semua akan melangkah masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Ini bermakna... semua umat Islam di seluruh dunia akan menunaikan rukun Islam yang ke tiga iaitu menunaikan ibadah puasa.  Terasa begitu cepatnya masa berlalu... hari demi hari, bulan berganti bulan dan kini kita akan bertemu lagi dengan bulan yang penuh barakah... Syukur alhamdulillah kerana  sehingga kini Allah S.W.T. masih memanjangkan umur kita dan semoga masih sempat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini sehingga habis.  Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik sentiasa agar dapat menunaikan ibadah puasa dan juga ibadah2 lain yang disunatkan.... amin.  
 
Sebenarnya setiap kali masuk bulan Ramadhan.. hati ku sering merasa sayu kerana ada peristiwa yang sangat sedih berlaku pada Ramadhan kira-kira 9 tahun yang lalu.  Arwah ayah  kembali ke rahmatullah pada 26 Ramadhan 1423H bersamaan 1 Disember 2002 kira2 hanya tinggal 4 hari saja lagi untuk kita menyambut Syawal.  Hati mana yang tak sedih...?  Hati mana yang tak sayu bila ayah yang dalam keadaan sihat2.. yang tiap2 hari pergi menjenguk kebun sayurnya.. tiba2 pergi meninggalkan kami secara tiba2.. Raya kami pada tahun itu & tahun seterusnya umpama bukan raya kerana tiap kali tiba masanya.. hati kami pasti terusik.  Ada cerita yang lebih terusik hati jika nak ku ceritakan secara detail di sini. Tapi biarlah kami saja yang tau.  Kami semua redha dengan ketentuan Ilahi kerana itu semua kehendakNYA juga. Hatiku puas kerana arwah ayah sempat memakai 2 helai kemeja yang ku belikan utknya khas untuk hari raya pada tahun tersebut. Walaupun pada awalnya ma merasa pelik dengan perangai ayah yang awal2 dah pakai baju yang aku berikan padanya khas untuk hari raya.. tapi  kini.. kami sudah mendapat jawapannya mengapa ayah berbuat begitu.. mungkin dia tahu yang dia takkan sempat menyarungkannya di hari raya nanti... Ma juga merasa puas hati kerana sempat masakkan makanan kegemaran ayah iaitu bubur chacha (guna tepong buat sendiri) dengan sup sawi + calong (bebola ikan home made) dua hari sebelum ayah pergi meninggalkan kami.  Selepas ayah pergi.. rasanya bertahun2 juga ma tak masak sup sawi + calong.. mungkin kerana dia tahu itu makanan feberet arwah.. hingga dia tak sanggup nak masak bila arwah dah takde.. Untuk arwah ayahku Ismail bin Muda.. Al-Fatihah...


Oklah kita tutup kisah sedih.. kita teruskan pula dengan entry hari ni yer.. Maaflah kepada pembaca semua yer sebab awal2 keluar cerita sedih pulak.. Oklah.. kali ni kita buka cerita happy pulak yer.. Dengan hati yang sangat teruja aku masukkan entry Apam Ladybird yang sangat comel ni.  Sebenarnya.. dah lama aku simpan resepi Apam Dot Dot yang aku ambil dari blog Hana Memories.  Tapi entah kenapa seperti tiada seru yang memanggil2 aku untuk mencubanya walaupun resepinya dah berkurun ku print.  Di sana sini kawan2 buat apam dot dot... tapi aku buat derkk jer walaupun suka tengok hasil apam dot dot  kawan2 yang comel tu.. Memang suka melihatnya.... tapi buatnya tak jugak! Hingga sampai satu hari.. anak sulungku Dini dok bawak balik apam dot dot yang dia beli dengan kawannya di sekolah.. hehehe.. 5 biji dengan harga 50sen. Murah betul! Tapi apamnya tu saiznya memang comel ajelah..agak2 besar syiling 50sen kot atau besar sikit gitu.  But pada aku still sangat murah.. siap dipek dalam bekas plastik 4 segi tu lagi.. ada untung ke?  Rasanya.. adalah 3 atau 4 kali jugak Dini bawak balik & share dengan adik2nya.  Masa tengok Dini bawak balik kat adik2 dia tu.. dalam hati aku pun terdetik macam nak buat jugak apam dot dot tu sebab nampak anak2 suka (kecuali Haziq) Lagipun.. bila dah tengok depan mata tu rasa mcm teringin pulak nak mencuba.. hehehe...

Dalam pada nak buat tu.. tup2.. kazenku Ida Marlida dok menayang Apam Versi Ladybird yang dia buat... Wahhh!! Bertambah terujalah aku!!! Cute sungguh!!! Rasa macam tak sabar2 pulak aku nak membuatnya walaupun sebenarnya aku tak tau macamana nak membuatnya.. hehehe... Terus tanya Ida macamana nak buat corak ladybird yang comel tu..... So dengan keinginan yg membuak2.. aku & Ida set kan satu masa yang sesuai untuk belajar buat apam lady bird tu. Tempat yang kami pilih kat mana lagi kalau bukan tempat feberet kami untuk melepak iaitu di rumah makcik kamilah!  Hahaha... Jadi selain aku jadi anak murid.. 2 anak dara makcik pun sama2 jadi anak murid pada hari tu.  Enjoy betul..!  Apalagi bila tengok ladybird yang sangat cumel itu.. Terima kasihlah Ida yer.. sudi jadi cikgu kami semua... hehehe..

Oh ya.. sebelum tu.. Ida ada bagitau yang dia tengok kat Kongsi Resepi cara2 nak corakkan ladybird tu.. Masa tu aku memang tak sempat nak cari sebab agak sibuk sikit.  Lepas dah belajar dengan Ida baru2 ni.. barulah aku sempat korek2 asal usul dari mana idea membuat corak ladybird ni.. siapalah orangnya yang sangat kretif tu yer? Korek punya korek.. cari punya cari.. maka terjumpalah kat blog Nuri @bakery2embroidery cara2 membuatnya.  Menurut Nuri.. Idea membuat dot-dot menjadi ladybird ni adalah idea dari Fadilah Mazlan.  Maka dengan ini.. akak nak berterima kasih kepada mereka2 ini semua yang telah mencetuskan & memberikan idea yang sangat kreatif ini yer.. Terima kasih pada penyumbang resepi & terima kasih juga kepada penyumbang idea membuat ladybird yg cute itu yer.. Akak mintak halal letakkan ilmu yang akak timba dari korang semua kat blog akak pula. Mana tau anak2 akak nak mencuba di masa akan datang.. (dorang semua seronok tengok kejadiah apam ni).. & mana tau ada antara adik2 atau kakak yang juga nak mencuba.. jadi dipersilakan yer..

Ok jom semua kita tengok macamana cara nak mencorakkan ladybird yang sangat cute dimata ku ini....


Apam Ladybird
Adaptasi dari resepi : Lilydvalley
Sumber : Hana Memories, Nuri,& Ida Marlida  
Ditulis & edit semula secara detail : MaDiHaA a.k.a Ratna
Idea Kreatif Lukis Ladybird : Fadilah Mazlan


Bahan-bahan Apam
    * 3 biji telur - dari peti sejuk (MaDiHaA guna gred A)
    * 275 gm tepung gandum
    * 220 gm gula halus – (MaDiHaA guna 170 gm)
    * 150 gm susu segar
    * 3 sudu teh baking powder
    * 1 sudu kecil ovallete
    * 1 sudu kecil esen vanilla (MaDiHaA tambah)



Lain2 bahan
    * Filling blueberry / strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
    * Pewarna hitam & merah
    * Nozel bulat ~ untuk picit dot dot hitam (nozel yg biasa guna utk menulis semasa deco kek) (kalau takde boleh juga.. cuma perlu pastikan gunting muncung piping beg utk warna hitam dengan lubang yg kecil saja supaya dpt membuat dot dot hitam yg halus terutama utk bahagian mata ladybird)
    *Acuan lompang atau acuan yg sesuai untuk menampung paperliner.
    *Paperliner atau mangkuk kertas saiz yg sesuai dengan acuan yg anda gunakan.
    * Piping beg atau plastik bersih yang sesuai.

Cara-cara Menyediakan

1. Masukkan semua bahan2 apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit sehingga adunan menjadi putih & gebu.
2. Ambil 1 ½ sudu besar & masukkan dalam piping beg kecil & ikat kemas. Gunting halus muncungnya apabila nak digunakan.
3. Ambil lagi 3 sudu besar adunan & warnakan dengan pewarna hitam & masukkan dalam pipig beg kecil yang dimasukkan nozel bulat terlebih dulu & kemudian ikat kemas piping beg dengan getah.  Gunting muncungnya apabila nak digunakan.
4. Adunan selebihnya diwarnakan dengan pewarna merah hingga mendapat warna merah yang disukai.  Masukkan adunan yg diwarnakan ke dalam piping beg besar atau plastik bersih yang sesuai & sedia utk digunakan.
5. Seterusnya.. susunkan acuan kertas/paperliner di dalam acuan yg sesuai.  Picitkan sedikit adunan merah ke dalam mangkuk kertas tadi hingga separuh ketinggian acuan kertas tadi.
6. Picitkan filling kesukaan anda secukupnya. (tak perlu byk sebab jika terlalu byk ia berat & akan mendap ke bawah!)
7. Picitkan lagi adunan warna merah sehingga ¾ penuh.
8. Gunakan pula piping beg adunan warna hitam & picit 2 garisan seperti dalam gambar. Satu garisan mesti berada ditengah2 diameter apam & satu lagi garisan buat sedikit ke tepi utk dapatkan bentuk kepala ladybird.  Penuhkan bahagian kepala ladybird yg kecil sedikit tu dengan adunan warna hitam. (sila rujuk gambar)

9. Dot dotkan bahagian badan ladybird di kiri & kanannya dengan beberapa dot dot berwarna hitam yang halus (sebab tu MaDiHaA syorkan menggunakan nozel bulat halus utk piping beg warna hitam ni ~ hasil tunjuk ajar dari sifu Ida Marlida.. hehe..).

10. Gunakan piping beg adunan warna putih tadi & dotkan mata ladybird. Dotkan pula warna hitam ditengah2 dot warna putih tadi untuk mendapatkan mata ladybird yang lebih menyerlah.

11. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 10-15 minit dengan api yang sederhana kecil (jangan terlampau kecil ye). (tempoh mengukus bergantung saiz apam anda) Pastikan juga balut penutup pengukus dengan kain yang sesuai supaya wap tak jatuh ke atas apam.

Nota dari Hana : jangan gunakan api yang besar kerana ini akan membuatkan apam merekah. TQ Hana untuk petua tu yer..
Nota dari MaDiHaA : jangan gunakan api yang terlalu kecil kerana akan membuatkan apam terbantut & tak mau naik.


Ini 'ladybirds' hasil tangan sendiri selepas mengikuti kelas dengan Ida.. hehe...

Hasil ladybirds selepas dikukus... comel kan? ini hasil dari kelas... warna agak pudar... 
terlupa bawak pewarna merah.. hehe..

Ladybirds hasil tangan sendiri... so cute!!  Don't you think so?

Ok semua... selamat mencuba!

39 comments:

Nurul said...

Salam, K Madiha... Memang sgt2 cute ladybird tu kak... Teruja jap... Nurul nak lama dok simpan keinginan nak buat, tapi x terbuat lagi... heheh... :)

AZLITA AZIZ said...

selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia ni kak... dan selamat berpuasa...

jangan ingat pekara2 yg sedih2 kak.. doakan semoga roh arwah sentiasa berada disisi hambanya yg solleh...

rajinnya akak buat apam lady bird tu... comel2 pulak tu... suka tengok

cik cek said...

Byknya Lady Bird...cepat2 tangkap2...pas tu leh ngap2 masuk mulut...emmmm...sedapppp....cantikkkk...comel....
cute...rajinnya Madiha berladybird ngan apam2 comel ni...suka kak cek tgk....

Selamat menyambut Ramadhan tuk Madiha sekeluarga...bersabar dan tenanglah..Tuhan lebih tahu apa yg terbaik tuk hamba2nya....Al-Fatihah tuk arwah ayah Madiha....jgn sedih2 ya dik...

izahdaut said...

laaa comelnya kak .. siriyes lawa.. kagom tul.tapi kan, saya buat apam ni tak pernah menajdi. dah dua kali try.. bila kukus dia kecut la kak. cemana ek? cantikk..

alfatihah...

KSWSK said...

mmg cute la kak..bleh buat kuih raya jugak ni...

amie said...

al-Fatihah untuk arwah ayah Madiha..., yang pergi itu kita relakanlah...sebab hanya Dia pemilik mutlak...

cantik apam dot-dot ladybird tu...beruntung sangat anak2 yang mempunyai ibu seperti Madiha! mesti mereka suka..

Ida,Japan said...

alahai..cumelnyer apam ladybirds akak ni...rajin akak, mesti budak2 suka sgt ni...tak der kaler itam la pulak....kalau ida rajin, ida nak cuba he..he, mekasih kak

Yatie said...

Selamat Menyambut Ramadhan yg mulia K.Madihah, moga setiap amalan kita di terimaNYA.
** cantik, cute, cun, comel, lawa, gebu dan menarik apam lady bird ni....berangan nak buat, tapi tak terbuat lagi...nak cubalah ari minggu ni, tapi mana nak cari pewarna itam tu....

Zaliedana said...

Assalam kak,terus terang ckp,mmg comeyyg amat,teringin nk mncuba,tapi nanti2 lah dulu,yg versi dot dot biasa prnah la 2kali wat,sedap..Kak Alfatihah utk arwahayah akak ya,moga rohnya tenang di sana n ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

ilahjy said...

salam ratna
alfatihah buat arwah ayahanda mu dek

tahniah utk perempuan2 diatas...hikhikkk comellllkak pun giler juga tgok tapi entah bila nak buat lagi...kak guna adunan apam pelangi buat dot2 ni sekarang ni..senang sikit...sukatan nya..memula dulu guna sukatan ni juga laaa.. 2 ,2 pun ok..maaf kak bgtau jer emmm

hazila said...

comei comei.....

Cheq Sue said...

piwitttt.... teringin sgt nak cuba buat tapi warna hitam xde...pasti takot pulak ladybird ni kembang merekah... haaaaaa phobia!

Sue @ Nenie said...

Salam Mama..Wahhhh..budak-budak mesti excited bila tgk apam ni....

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Madihaa...
Sebelum komen pasal apam ladybird tuh.. sempat mama baca cerita sedih Madiha...kita harus redaa ngan pemergian org yg kite sayang..mungkin allah lbh sayangkan nyer :) Semoga arwah ayah madihaa di tmptkan bersama2 org yg soleh..amin!

Serious ckp..mmg cantik jer kejadian apam lady bird nih..suka anak2 tgk :) mama pun teruja jgk hendak menbuat nyer :P

cikmanggis said...

salam madiha...akak pun rasa sedih cam madiha gak..ayah cm pun baru meninggal..faham perasaan tu...

ya allah cute sungguh ladybirds tu..sesuai jika meraikan hari jadi anak anak...masuk list ni:)

Citarasa Rinduan said...

Kak ratna--
ya ampun mmg cun..
masa di klas l.bird nampak mcm tak cukup tenaga,

hehehe..
akhirnya buat sendiri..
mcm kena suntik semangat pulak.. gebu dan cantik warnanya

Acik Erna said...

Assalam madiha..teruja sungguh acik..comel sangat apamnya.
madiha..alfatihah buat arwah ayah madiha.
acik dulu masa dapat panggilan talipun bagitahu arwah ayah meninggal sedang goreng cekodok..bertahun acik tak buat cekodok..

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. comel akak ada warna hitam ita hari tu buat warna coklat je... itu pun dah rasa happy dah.. suka apam ni comel sangat.. anak ita suka

quinnie said...

cantiknya kakratna...saya ni tak sampai seru lagi nak buat apam dot2 ni....suka tengok org yg berjaya buat apam yg comel2 ni...clap!! clap!!

ady said...

as-salam MaDiHaA
wow!!!cantiknye apam ladybirds tu..comel2..tengok..terpegun aje..so kreatif..

abah khalisha said...

wah comelnya...ni nak makan pun tk sanggup ni.hehehe

Amalblogbiz said...

Comey...dan cute sayang nak makan macam ni madiha..

Mamasya said...

ohh nilah yg Ratna bagitau belajar apam ladybird dgn Ida. comeiii... apam ladybird tu...cutee...sukakan tengok hasil apam yg dibuat menjadi.hari tu buat juga apam ladybird tp beberapa biji aja...sekadar nak mencuba. tengok Ratna kukus guna bekas minuman kertas idea yg baik tu kalau tak cukup acuan lompang...
Al-fatihah buat arwah ayah Ratna...moga ditempatkan dikalangan org beriman....
Slmt menyambut Ramadhan buat Ratna sekeluarga..

boxhousestudio said...

sukaaaa sangatttt...muah....rindu ku pada mu sayang ku madiha.....goda dengan ladybird tu menjadi....BHS singgah salam ramadhan buat mu juga sayang ku

cikmanggis said...

tadi baca cerita pasal arwah ayah madiha.Sedih sungguh...tersentuh hati ni.Tak apa lah yang pergi tetap dah pergi dan takkan kembali lagi.Bagi anak-anak yang masih hidup banyak banyak membaca alquran dan sedekahkan alfatihah kepada arwah semoga rohnya bersama sama para solihin dan syuhada...

Ayah Cm meninggal dengan dikelilingi semua anak anak seramai 9 orang semuanya.Beliau pergi dengan aman.Cuma akak terkilan tak dapat menjaga semasa arwah sakit.Hanya sempat jaga 2 hari je.

Naz said...

Waaaaa..nak jadi anak murid jugak..huhuhu..
Tahniah kak Madiha.. Cantik sungguh kejadian apam ni.. Excellent!! Tomei tp takot nk gigit hehehe.. Apam tu boleh gigit balik tak??hahaha..gurau jer ye.. Naz copy pulak dar akak eh..Minta halal.. Salam Ramadhan utk akak dan family...

LinRosly said...

Assalamualaikum Ratna...

Kreatif Sungguh Cik Kak Kita Ni...Kalau Rajin Boleh Cuba Ni...Hehehehe

nOOrsha said...

cute giler!!~ aritu nmpak diowang post kat fanpage kongsi resepi..sangat2 creative.. ade yg buat versi lebah ler, versi oren ler, stoberi ler.., manggis la.. ya allah, rajin sungguh..teringin nak wat tp pikir 1000 kali.kkene tunggu super duper rajin br leh nyinsing lengan wat apam ladybird ni.. wat apam dot2 jer pun dah berkecah, bertunggang langgang anak beranak, inikan apam ledi bed.. hihihih (paham la kak anak2 den kocik2 laiee..waaa)

pepon salam ramadhan yer kak.. moga ibadah kita samae2 diterime Allah.. jmput sggh umah amik kad :)

Malay-Kadazan girl said...

Comelnya...Semoga kita dapat melancarkan ibadat puasa dengan baiknya di bulan Ramadhan ini :).

Faidz Othman said...

faidz dah try dan menjadi.. thanks tuan blog.. minta kebenaran C&P kat blog http://faidzothman.blogspot.com/

thanks

Cikgu Jamaruziana said...

alamak patut le, x baca pulak bahagian guna api kecik tu spy x merekah. apam sy buat merekah. anakanda sy, azim tanya kenapa perut ladybird pecah. saya jawab ladybird kenyang, makan byk sgt...

Nieza said...

wahh cantik! jatuh chenta sama ini apam kak..bila nak cuba ni..:)

IbuDhira said...

cantekkk...teringin sgt nk cuba..

salam perkenalan Madihaa..

Kak Jie Jie said...

akak dh cuba. renyah jgk buat ni. Adunan seakan apam strawberry kan?

Anonymous said...

cm ne nk wt clr hitam cantik cm tu ye..??saya ade beli gak pewarna hitam..dah la mhl..p kene letak byk plak tu..then hitam cm xbpe hitam betol2 dlm gmbr yg akk buat tu....yg merah plak beli clr merah..p bile wt still jd clr pink..cm ne ye..boleh bantu x..?? lau dpt mail kn pic brand pewarna nye alhamdulillah..ni mail saya.. maeez_anna@yahoo.com..terima kasih sudi baca...

momma said...

ya ampun kreatifnya..lepas ni buat buat apam queen bee plak ye

Rosa C said...

Te han quedado unas mariquitas preciosas.
Besos desde Valencia, España.

Chary Serrano said...

Saludos desde Córdoba, España.
Me han gustado mucho las recetas de tu blog. Son muy originales y creativas y estas magdalenas en particular me han encantado.

Anonymous said...

web pages you visit your download habits and [url=http://monclerjacketsstores.webstarts.com/]moncler jackets[/url] is really a strap created of seat belt [url=http://monclerscoatsale.webstarts.com/]moncler coats sale[/url] effective for acute and chronic conditions [url=http://discopolo.webstarts.com/]disco polo[/url] reports Wonderful Pictures : Decoration [url=http://christianlouboutinshoe.WebStarts.com]christian louboutin shoe[/url] Buffett a lunch break coupled what quantity [url=http://christianlouboutinsale2013.WebStarts.com]christian louboutin sale 2013[/url] dealing with a Black Bear even if it has [url=http://christianlouboutinsneaker.WebStarts.com]christian louboutin sneaker[/url] Bears Apart from the Polar Bear which is a [url=http://christianlouboutinsale2013.WebStarts.com]christian louboutin sale 2013[/url] instrumental part with the purpose of if not http://www.louboutinb.com singing cool A comeback single will be
across the country its size supermarket [url=http://christianlouboutinsale2013.WebStarts.com]christian louboutin sale 2013[/url] restraint enables an excessive amount of [url=http://christianlouboutinpumpsoutlet.WebStarts.com]christian louboutin pumps outlet[/url] thousand of computer monitor screen [url=http://monclermenjacketsonsale.webstarts.com/]moncler jackets on sale[/url] from those first night out meals They have [url=http://menpoloshirts.webstarts.com/]men polo shirts[/url] family unless you want to Think of where [url=http://christianlouboutinoutletstore2013.webstarts.com]christian louboutin outlet store 2013[/url] comme le camphre l'essence de cajeput le [url=http://christianlouboutinsneaker.WebStarts.com]christian louboutin sneaker[/url] triangle that latches at the crotch while [url=http://christianlouboutinsneaker.WebStarts.com]christian louboutin sneaker[/url] initially evaluated quality email address [url=http://monclerjackettypes.webstarts.com/]moncler jacket types[/url] accommodate children from birth to 18 kgs

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com