Thursday, April 1, 2010

Nasi Ayam Penyet



Rabu minggu lepas.. tertunailah hajat yang dah lama terpendam untuk masak sendiri nasi ayam penyet ni.. sebelum ni dah pernah mkn kat restoren.. kali ni.. aku masak sendiri buat hidangan kami sekeluarga.. alhamdullillah.. semua suka..!. T.kasih pada yang berkongsi resepi yer.. terutama Kak Rus, Kak Amal & Ijan.. juga pada empunya sebenar resepi ni.. TQ buat semua.. Resepi nasi, sup dan kremes tu aje buat ikut cara aku sendiri.. mintak halalkan resepi aku C & P kat sini


MaDiHaA letakkan resepi berasingan & ikut step by step apa yang perlu disediakan dulu & apa yang dikemudiankan supaya tak pening nak mulakan dari mana ;-)

Ayam Penyet, Tempe & Tauhu Goreng
Copy from Kak Rus via Kak Amal via Ijan (TQ semua!)


Untuk Ayam Goreng Penyet
1 ekor ayam – potong 8 bahagian (MaDiHaA potong 4 je), rebus selama 10 ~ 15 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup & nasi)

* ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
* 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
* 1 sudu besar Serbuk Kunyit
* ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
* 3 ulas Bawang putih
* 1cm Halia
* Sedikit Air
* 1 sudu kecil Garam
2 keping tauhu
1 keping tempe (yg dlm plastik. kalau yg dlm daun.. guna 2 ~ 3 keping)
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung beras (MaDiHaA guna tepong jagung)

1. Masukkan kesemua bahan bertanda * dalam pengisar, kisar hingga halus. (MaDiHaA kisar kering rempah2 biji manakala bawang putih & halia ditumbuk guna lesung batu je Masa nak perap.. campurkan dengan sikit air & barulah perapkan ayam, tempe & tauhu)
2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman. (MaDiHaA perap kejap jer.. kena perap ayam dulu pastu baru prepare bahan2 lain.. last sekali barulah ayam perapan ni digoreng)
3. Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu. (MaDiHaA perap jer sekali ayam, tauhu & tempe ~ lebihannya perapan MaDiHaA simpan untuk dibuat kremes)
4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras (Ku ganti dengan tepong jagung).
5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. (Jangan goreng terlalu lama coz ayam dah pun masak) Angkat & tos. Goreng pula tempe & tauhu ikut step yg sama spt goreng ayam tadi.
6. Semasa menghidang.. ayam hendaklah diPENYET (diketuk) terlebih dulu sebelum dipotong ke bahagian kecil. MaDiHaA ketuk/hempap guna pisau daging/pisau yg lebar tu jer.. masa nak potong pun guna pisau tu.. senang



Lepas siap perap ayam, tempe & tauhu.. masak pula nasinya... Sukatan resepi nasi ni kalau rasa tak cukup untuk seekor ayam.. silalah tambah sendiri yer

Nasi Ayam
Sumber : Ma Tersayang


Bahan2 Nasi Ayam
4 pot beras
7 pot air rebusan ayam (bergantung jenis beras.. kalau beras jenis keras.. tambah lagi 1 pot)
daun pandan
garam & aji
bwg putih*
bwg merah*
halia*
2 ~ 3 sudu besar planta
cengkih
bunga lawang
kayu manis

Cara
1. Bahan2 bertanda * dikisar halus. Guna anggaran 3 sudu besar sahaja.
2. Basuh beras dan tos sebentar. Jerang dalam rice cooker bersama air rebusan ayam, garam, aji & daun pandan.
3. Panaskan sikit planta dalam kuali dan tumis rempah tumis 3 sekawan & bahan2 blend tadi. Bila harum baunya ambil sedikit air dalam periuk nasi tadi & kacau2 biar sebati. Masukkan bahan2 tumisan tadi ke dalam rice cooker yg telah dijerang tadi. Kacau rata & tutup penutup periuk rice cooker dan tunggu sehingga nasi masak.



Siap jerang nasi sementara tunggu nasi masak.. masak sup kosong pulak..

Sup Kosong
Sumber : Ma Tersayang

Guna air rebusan tadi (sukahati nak buat byk mana.. agak2 jelah)
Sedikit serbuk rempah sup anggaran ½ sudu besar (MaDiHa guna Adabi)
Bawang putih ~ketuk
Halia ~ diketuk
bunga lawang
cengkih
kulit kayu manis
garam & aji
daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara
1. Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup. & Masak hingga mendidih.
2. Dalam kuali panaskan sikit minyak & tumis bawang putih ketuk, halia & rempah2 tumis kemudian tuang dlm kuah sup. Tambah garam & aji.
3. Masa menghidang.. hias dengan hirisan daun bawang & daun sup.



Sediakan pula sambalnyer...


Sambal
Copy from Kak Rus via Kak Amal via Ijan (TQ semua!)

* Sedikit minyak masak
* 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas) ~ Cuci bersih & patah2kan
* 10 biji Cili padi (MaDiHaA tambah lagi 10 biji)
* 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
* 3 biji Bawang putih, hiris
* 5 biji Tomato, potong 4
* 5 cm Belacan
* 2 sudu Ikan Bilis ~MaDiHaA lebihkan sikit
* 3 sudu gula merah/secukup rasa

1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.




Lepas siap buat sambal.. bolehlah menggoreng ayam, tauhu & tempe yang diperap tadi. (MaDiHaA simpan lebihan rempah perapan ayam untuk buat kremes). Dah siap semua.. bolehlah bancuhkan bahan2 untuk buat kremes seperti dibawah.. Tapi MaDiHaA buat lain sikit..

Kremes / Serdak / Renyah
Sumber : Mama Atiq (TQ!)


1 1/4 cwn air stok ayam
1/2 cwn air
1 biji telur dipukul
60 gm tepung beras
garam secukupnya
Gaul semua bahan....ambil sesudu, tuang ke dalam minyak panas dan goreng garing. Ulangi sehingga habis......serdak ini juga menjadi tambahan semasa menghidang Nasi Ayam Penyet

CARA MaDiHaA : Rempah lebihan perap ayam tadi dicampurkan dengan sedikit tepong beras & tepong jagung. (maaf sebab tak sukat) campurkan garam sikit, 1 biji telur & bancuh dengan air menjadi bancuhan yg agak cair gitu. Sendukkan bancuhan dlm setengah senduk dan tuangkan / goreng dlam minyak yang betul2 panas sambil sentiasa dikacau2 hingga kekuningan. Angkat & tos. Ulangi sampai habis.




Ok.. siap sudah hidangan kita.. bolehlah menghidang bersama2 dengan ulam-ulaman yang anda suka.. selain timun, salad & tomato.. boleh juga gunakan kacang botor, kacang panjang, kobis atau apa2 ulam kegemaran

Jemput makan....


2 comments:

cikmanggis said...

salam madiha..terima kasih kerana siarkan resepi lengkap ayam penyet ni.insyallah nak cuba ni

cikmanggis said...

salam madiha..cm dah cuba masak nasi ayam penyet ni..alhamdulillah sedap.anak anak suka.terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...