Friday, April 9, 2010

Rice Bitterballen & Cheesy Rice Bitterballen



Berkali-kali juga dok menelek resepi Bitterballen Nasi ni dalam Majalah Sedap. Berkenan jugak nak mencuba sebab resepinya unik menggunakan nasi tapi lain dari yang lain.. Rasanya ramai juga yang dah mencuba resepi ni kan? Aku agak ketinggalan sebab baru sekarang berkesempatan mencuba.. hehe..

Tamak sikit sebab baru pertama kali mencuba terus buat 2 adunan resepi.. so dapatlah byk... almaklum.. anak2 kaki makan.. hehehe.. Dapat juga bg pada jiran sebab nak pulangkan pinggannya yg dah lama bertapa kat dapur aku tu..



BITTERBALLEN NASI
Sumber : Majalah Sedap (mls nak taip.. aku copy dari Ida.. TQ Ida Marlida!)

BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih (dari 1 pot beras)
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus (anggaran suku carrot yg besar)
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut (ni aku lebihkan sikit)
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna (takde.. aku ganti dengan tepong jagung yg aku perisakan dengan ajishio)

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bentukkan bulat2 sehingga habis semasa nasi masih panas dan celupkan di dalam telur yang telah dipukul terlebih dulu kemudian guling2kan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.. (MaDiHaA buat sekali je..)
6. Goreng sehingga kuning keemasan..

Boleh makan dengan cili sos macam ni... atau boleh makan dengan cili sos & mayonis spt gambar kat atas tu..



Nak sedap lagi.. boleh paipkan mayonis & cheesy sauce mcm ni.. huhuhu.. yummy!! Sos cheese ni sebenarnya lebihan yang aku buat untuk kentang wedges tu.. esoknya aku buat bitterballen nasi ni..


Selamat berhujung minggu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...