Assalamualaikum....
Apa khabar readers semua? Harapan MaDiHaA semoga semua sihat2 belaka ye. Jika Ahad kelmarin adalah hari ibu yang disambut setiap hari Ahad minggu ke dua dalam bulan Mei... esok pula 16hb Mei merupakan hari guru yang disambut setiap tahun. Jadi kepada semua guru2 atau cikgu2 di luar sana terutama yang membaca entry ini MaDiHaA ucapkan Selamat Hari Guru buat semua ya! Eh.. terawal sehari pulak ye.. hehe.. tak mengapalah bimbang kalau tak diucapkan nanti takut langsung tak terucap atau kot2 jadi terlewat pulak macam ucapan hari ibu tempohari.. hehe..
Oklah bercakap pasal hari guru ni... mungkin ada di kalangan ibu2 sedang berfikir apalah yang nak dihadiahkan kepada guru anak masing2 ye tak? Kalau bukan ibu pun yang nak bagi... mesti ada juga di kalangan anak2 awal2 dah sibuk bertanya & meminta kebenaran dari ibu masing2 untuk memberikan hadiah buat guru2 yang mereka sayangi sempena sambutan hari guru nanti. Begitulah juga dengan anak sulungku setiap tahun... (si Haziq belum pandai lagi nak mintak semua tu.. hehe) mesti wajib bagi hadiah pada cikgu2 kesayangannya. Jika ibunya rajin & bermodal bolehlah sediakan hadiah yang elok sikit (walaupun bukan hadiah yang mahal)... tapi kalau ditakdirkan ibunya tengah pokai... mintak maaf ajelah ye cikgu.. Tapi kakak Dini tetap nak bagi juga hadiah buat cikgu2 kesayangannya tu walaupun hanya sebatang pen setiap seorang! hehehe...
Oklah.. hari ni tiada resepi dari Dapur MaDiHaA tetapi hari ni MaDiHaA nak berkongsi sedikit ilmu dengan kawan2 cara2 nak membuat sendiri Bunga Reben Hamper. Manalah tau ada ibu2 yang nak gunakannya untuk dipasangkan pada kotak hadiah atau pada hamper sempena hari guru esok.. Sebenarnya MaDiHaA bukanlah pandai sangat pun... tapi kalau nak berjimat tu... insyaAllah.. bolehlah dibuat sendiri walau hasilnya taklah cantik sangat.. hehe..
Jom tengok macamana nak buat Bunga Reben Hamper ni... Sebelum tu mohon maaf sebab terpaksa berkongsi entry kraf tangan/gubahan dalam blog masakan ni sebab MaDiHaA takde blog khas untuk hasil kraf tangan. Kalau ikutkan memang berhasrat nak buat blog yang lain sebab kerja2 kraf tangan sebegini memang MaDiHaA minat sangat sejak dari anak dara lagi. Tapi memandangkan MaDiHaA tak punya banyak masa untuk melayan minat yang satu ini... yang mungkin hanya akan keluar sekali sekala saja.. jadi MaDiHaA kongsikan saja dalam blog masakan ni...
Oklah mari kita lihat apa yang kita perlukan untuk membuat Bunga Reben Hamper ni....
Bahan2
Reben plastik (1 gulung pun dah cukup... jika perlu bunga reben lebih.. bolehlah beli lebih)
Gunting kecil (gunting tiada dlm gambar pulak.. hehe)
Untuk pengetahuan semua, cara2 membuat bunga reben hamper yang MaDiHaA akan tunjukkan ni adalah sesuai untuk hamper yang kecil ye.. sebabnya.. bunga reben yang terhasil ni saiznya kecil saja ye.. Jika nak buat bunga reben hamper yang lebih besar ada cara lain yang lebih sesuai.. insyaAllah jika ada kelapangan bolehlah dikongsi lagi nanti ye...
Mula2
kita sediakan reben yang dipotong anggaran 12 inci. Reben dibelah dua supaya ianya lebih kecil. Reben ni akan digunakan untuk mengikat bunga reben & juga hamper yang akan dihiasi nanti. (boleh guna reben yang sama dengan reben yang nak digunakan.. yang ini MaDiHaA saja gunakan reben warna yang berlainan)
Seterusnya kita letakkan reben yang nak digunakan di atas tapak tangan kiri (ikut keselesaan masing2) dengan bahagian hujung di sebelah bawah dilebihkan lebih kurang 8 - 10 inci. (ukuran ini sesuai untuk hamper yang kecil).
Kemudian belitkan reben sebanyak 8 - 10 kali pada 4 jari anda dengan bahagian hujungnya dibiarkan terjuntai ke bawah. Belitan yang lebih banyak akan menghasilkan kelopak bunga yang lebih banyak. MaDiHaA cuma belit sebanyak 8 kali aje. Sila pastikan belitan pada tangan jangan terlalu kecil (ketat) ye. Tangan MaDiHaA agak besar & lebar.. jika tangan adik2 atau ibu2 comel2 & bersaiz kecil... sila pastikan belitan tu buat besar sikit dari saiz tangan masing2 ye... hehehehe... Lepas siap dibelit tu.. potong hujung reben selebihnya ikut ukuran yang sama dengan hujung reben yg mula2 tadi iaitu 8 - 10 inci.
Begini rupanya reben yang siap dibelit & dipotong hujungnya. Sila pegang dibahagian tengahnya ye.
Seterusnya... potong bentuk V di tengah2 sebelah kanan reben yang dipegang tadi seperti dalam gambar.
Potong pula bentuk V di sebelah kiri seperti dalam gambar. Pastikan potongan mesti betul2 di tengah2 ye..
Ambil reben yang dipotong & disiat dua mula2 tadi & ikat kemas2 ditengah2 potongan V tadi jadi seperti dalam gambar di atas.
Okay... sekarang kita mula kembangkan (eh betul ke perkataan ni.. heheh)/ membentukkan gulungan reben yang dibelit tadi menjadi kelopak2 bunga bermula dari lapisan sebelah dalam ye. Cara nak membentuk tu... semasa kita keluarkan lapisan sebelah bawah tu (selapis demi selapis).. sambil dikeluarkan sambil itu kita putarkan sedikit reben/kelopak tu. Tiap2 kelopak pun kita kena putar/pulaskan sedikit supaya kedudukan kelopak tu terbentuk elok & tersusun berasingan... (susah juga ye nak menyusun kata2 nak bagi faham ni.. hehe.. harap2 kawan2 semua boleh faham ye... )
Keluarkan selapis demi selapis sambil dipulaskan reben tu ye. Gambar kat atas tu baru 4 lapis dikeluarkan... keluarkan lapisan tu sehingga habis. Lakukan bagi kedua2 belah ye.. dah siap belah kanan tu.. tukar kedudukan reben tu & buka pula selapis demi selapis (bermula dari lapisan sebelah dalam) untuk yang sebelah kiri pulak...
Dah siap kedua2 belah.. ia akan terhasil seperti ini. Belum cantik lagi kan? Takper.. kita bentukkan dia sampai dia jadi cantik terbentuk... kita yang buat dia kan.. jadi kita pulas2 kan lagi kelopak2 reben tu supaya jadi elok..
Haaaaa.... kan dah elok sikit rupanya tu kan... hehehe... belum siap lagi ni.. Lepas dah siap macam ni.. bolehlah potong hujung reben yang terjuntai tu samada nak potong bentuk V atau nak potong serong jer.. terpulang masing2lah ye...
Kemudian dengan menggunakan hujung gunting (sebelah matanya saja) lurutkan riben dengan cara menyerong beberapa kali supaya dia jadi kerinting seperti dalam gambar. Kalau adik2 atau ibu2 nak buat kerinting/curle nya tu yang lebih ketara lagi... boleh lebihkan lagi reben yang sebelah bawah tu (contoh yg MaDiHaA potong tadi cuma 10 - 12 inci jadi boleh lebihkan lagi ukuran tu kalau suka reben yang terjuntai tu lebih curle). Ulangkan melurut beberapa kali lagi untuk dptkan curle yg lebih tapi cara melurut tu lurut lurus je tak perlu diserongkan. Kawan2 boleh juga siatkan kepada dua bahagian bagi setiap reben yang terjuntai tu (maknanya reben yg terjuntai tu jadi 4 la...) buatlah ikut kretiviti masing2 ye....
Beginilah hasilnya yang dah siap.... Ingat ye.. kalau suka kelopak yang lebih tebal boleh buat gulungan sebanyak 10 kali...
Okay... dah siap sedia untuk diikatkan pada hamper yang bersaiz kecil... atau boleh juga dilekatkan pada kotak hadiah dengan menggunakan double tape atau selotape. Semoga bermanafaat ye!
So.. selamat mencuba!
13 comments:
asslm Kak Madihaa...wah ade step by stepnya...bukan calang2 org bleh buat ni...QH dh penah cuba jugak buat sdri...tp reben tu yg hancur...jadinya tak jugak...hihi...kalau nk guna biase beli aje...terima kasih yer sudi share DIY reben ni...
Oooo.. senang je rupa2nya.. selama ni punya laa duk beli riben nih. pasni blh wat sendiri je ^^
Sama2 Qasey Haney... hehe.. entah apa mimpi malam tu rajin plak nak snap2 gambar step by step.. mudah2an boleh dimanafaatkan kepada sesiapa yang memerlukan... kalau nak guna banyak bolehlah buat sendiri kan.. lebih jimat..
A'ah Tun... senang aje membuatnya... cuma nak kena tau stepnya aje... hehehe... nnt blehla cuba buat sendiri ye Tun..
memang cantik bila letak atas kotak hadiah....
oooo camtu rupernyaa....sonang je...hehee
salam...waaahhh idea yang sangatbagus. thank you ya, boleh di praktis nii..
Wah rajin betul Kak Ratna gue ni..ada step by step nak buat reben..percayalah...
AKAK NIE RAJIN BETUL ! ...
SAYA PERNAH BELAJAR BUAT REBEN NIE KAK
DGN ADIK DI KL
DIA BUKA ONLINE GUBAHAN HANTARAN
BOLEHH LAHH SIKIT2 ...
SKRG SAYA DAH LUPE EKEKEK ;)
As-Salam perkenalan..:-)
thanks akak utk tutorial! boleh buat letak kat hmper cabutan bertuah nnti :)
kak...sy selalu beli je kt kedai...kalau buat sendiri kan bagus kan...thanks 4 sharing...
assalamaualikum , dari 2012 -2014 ,,baru nak start buat reben..post ni mmg byk membantu saya...terbaik...
Post a Comment