Assalamualaikum...
Bersua lagi.... Dah makan malam semua? Mesti semua sedang berehat2 sekarang ni kan...
Macam ye ye je bertanya ni kan.. padahalnya.. ni entry autopublish.. kekekeke... internet kat rumah belum okay lagi.. Sabtu lepas kami dah terminate broadband yang kami guna tu sebab signalnya sangat3 teruk.. naik tensyen dibuatnya... Daripada tiap2 bulan keluar duit bayar bil walaupun internet tak boleh guna.. lebih baik buangkan aje.. Skrg ni belum decide lagi nak guna broadband yg mana satu... lagipun.. belum ada masa lagi nak survey2 sebab cik abang sepanjang bulan Mei ni diarahkan bekerja shift siang selama sebulan. Jadi memang takde masa la dia nak meronda2 di siang hari sebab kena kerja.. Tunggu next month bila shift kerjanya dah bertukar pada jadual asal... bila kena shift malam tu bolehlah dia pegi survey nak masuk internet/broadband mana satu..
Payah sikit kat rumah kami tu sebab rumah kami apartmen 18 tingkat! Signal tak bagus tu mungkin terhalang dek bangunan yang terlampau tinggi kot... Bukan saja signal internet tak bagus.. line handphone pun tak clear jugak kalau dok dlm rumah.. kena masuk bilik barulah jelas... Tak taula betul ke tidak fakta disebabkan bangunan yang tinggi tu... tu aku sesaja memandai je.. hehe.. lagipun aku bukan pakar dlm bidang komunikasi ni.. hehehh... kena tanya pada yang pakarlah ye...
Payah sikit kat rumah kami tu sebab rumah kami apartmen 18 tingkat! Signal tak bagus tu mungkin terhalang dek bangunan yang terlampau tinggi kot... Bukan saja signal internet tak bagus.. line handphone pun tak clear jugak kalau dok dlm rumah.. kena masuk bilik barulah jelas... Tak taula betul ke tidak fakta disebabkan bangunan yang tinggi tu... tu aku sesaja memandai je.. hehe.. lagipun aku bukan pakar dlm bidang komunikasi ni.. hehehh... kena tanya pada yang pakarlah ye...
Ok kali ni share resepi Muffin Pisang Coklat Chips yang janji nak share petang tadi... Sebenarnya dah pernah share pun dulu kat SINI... Dulu buat saiz gedabaks... tapi kali ni buat saiz comey2 sikit.. untuk budak2 tadika elokla buat kecik2 kan.. hehe.. Disebabkan dah lama tak buat muffin.. teringin pulak nak makan. Teringin juga nak makan kek tp malas nak buat.. buat jelah muffin ni sebab muffin lebih senang. Jadi selain Haziq boleh bawak pegi sekolah dia semalam.. dapat gakla kitorang ni merasa sama.. hehe..
Kat bawah tu resepi muffin yang sedap ni yer... bolehlah nak cuba ye.. insyaAllah tak mengecewakan.. resepi ni yang ku olah dari resepi muffin pisang Chef Wendy Khor. Yang tu pun sedap.. cuma takde perasa coklat macam yang ini.. Bila pisang digandingkan dengan serbuk coklat & coklat chip.. bertambah2 sedap jadinya. Resepi kat bawah tu dapat banyak tau.. kalau nak buat sikit je... better kecilkan sukatannya ye...
Muffin Pisang Coklat Chips
Diolah oleh : MaDiHaA a.k.a Ratna
Adaptasi dari : Banana Muffin, Wendy Khor recipe book
Bahan2 A
400 gm butter (dicairkan)
300 gm / 6 biji telur
200 gm susu segar
Bahan B
600 gm pisang yang dilecek
300 gm gula perang (resepi asal guna 400 gm gula kastor~ terpulang anda nak letak byk mana)
2 gm garam
Bahan C
530 gm tepong gandum
10gm (2 tsp) baking powder
10gm (2 tsp) sodium bicarbonate
20 gm serbuk coklat
Bahan D
1 cawan coklat chips
Cara2 menyediakan
1. Campurkan butter cair yang telah disejukkan bersama telur & susu. Kacau sehingga rata.
2. Ayak kesemua bahan C. Ketepikan dahulu.
3. Dalam mangkuk yang besar.. campurkan pisang lecek, gula & garam.
Gaulkan sehingga rata & gula hancur. Masukkan bahan A & kacau
rata.
4.
Akhir sekali masukkan setengah cawan coklat chips & bahan yang
diayak & kacau rata. Jangan terlebih kacau.. Cukup sekadar sebati
saja.
5.
Sudukan ke dalam acuan muffin yang disediakan sebanyak 3/4 penuh.
Taburkan sedikit coklat chips atas permukaan
muffin. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama
20 - 25 minit dengan suhu 180C. (bergantung oven masing2)
Selamat mencuba!
11 comments:
salam kak madihah
net klu slow mmg wt kita sakit hati kan..patut ditukar tu kak..sedapnya muffin kan..lama x makan..:)
Salam Kak Madiha.. kenapa akak tak guna telekom guna line aje? mudah tu kak nak masukkan gambar 20 keping pun laju aje kak... kecuali kalau hujan slow cikittt aje. cikit je...
Ni datang ni nak mintak muffin comey bukan cikit je.. tapi banyak je... hehhehee
Cikwan pun tertekan dengan bb..last2 tukar streamyx..laju kemain dah sekarang..macam kak sha cakap tu.. ;)
salam kak madihaa.. ingatkan tun yg duk dikelilingi hutan ni je line tepon x elok.. akak duk tgh2 bandar pun line x elok ye. pasang streamyx la kak, tun setakat ni, alhamdulillah, laju.
tun suka kombinasi pisang dan coklat ^^ byk nyer akak buat, bw ke sekolah ye.
Sakit hati betul kalau berhadapan dengan masalah talian internet ni kan Madiha, macam buang masa saja menunggu depan laptop.... lambat, terbengkalai!
Apa pun muffin pisang coklat chips tu tetap menawan mata memandang he he he hhhh
kat rumah saya pon tgh byk pisang kak. alang2 nampak resepi ni bleh buat
Akk suka sgt segala jenis pisang, nnti nk cuba jg ni...
Madiha guna celcom broadband je....kita org dah bertahun2 guna, sampai pecah modem tu...hehe
assalam
k.Madiha skrg sy guna maxis pun kadang2 lambat juga he he
comel mufin pisang ni mesti suker kawan2 Haziq kat tadika kan
budak2 memang suka kalu makanan camni nak lg ada coklat chips
hmmmtgk resepi dh tau sedap... tp nk buat nih kena separ0hkan adunan le nih...byk sgt ni kan kak
alaaa, oven buat hal.. cuci mata je la... geraammm tengok..
Hem..comel-comel muffin pisang ni..tambahan pulak dengan coklat cip..mantap la...
Post a Comment