Assalamualaikum & good morning....
Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah ke blog ku ini. Walaupun dok tayang resepi sempoi2 jer... tapi ada juga yang sudi jenguk.. Andalah yang telah memberi semangat & inspirasi supaya ku terus merajinkan diri mengupdate di sini... Kalau takde orang jenguk mesti lagi malas nak update.. hehe...
Pagi ni sekadar siarkan menu ulangan saja... terkenang2 kesedapan Kuetiaw Haufan yang pernah dibuat pertama kali dulu.. boleh tengok kat SINI ye.. Kicap campur yang dibuat dulu pun masih ada lagi (ku simpan dalam petisejuk) sebab jarang guna.. Memang sedap bebenor.. Tapi masa tu buat sikit je & makan berdua dengan abang je sebab masa masak tu anak2 kat sekolah & kat rumah pengasuh sebab aku waktu tu ambil cuti sehari sebab nak siapkan gubahan hantaran adik ipar... hehe... Abang pulak masa tu kerja malam.. Jadi dia pun ada la kat rumah tu.. Kali ni kena masak lebih atau double recipe sebab kali ni masak untuk sekeluarga... Cuma Haziq je taknak makan sebab katanya ada udang... Dia sendiri yang taknak makan mungkin sebab takut terkena gegata macam dulu agaknya... mesti dia dah serik... Kesian Haziq. Bila tanya habis abang nak makan apa.. dia cakap taknaklah dah kenyang.. sedih pulak dengar... sanggup taknak makan gara2 udang punya pasal.. Padahal dulu2 udang tulah yang dia paling suka....
Ok ku kongsikan sekali lagi resepinya kat sini.. Terima kasih ye Mas berkongsi resepi ni...
Kuetiaw Haufan
Resepi : Mas Duniaku
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan A :
* 500gm kuetiaw
* 3 sudu besar kicap campur
* sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
* 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh (MaDiHaA letak suku kiub ayam untuk 1 resepi)
* 1 pokok sawi - basuh dan potong2
* 12 ekor udang
* 3 sudu besar tepung jagung
* 3 sudu besar kicap campur (jika kurang masin bleh tambah lagi ikut citarasa sendiri)
* 2 biji telur
* sedikit lada sulah
Cara memasak :
Resepi : Mas Duniaku
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan A :
* 500gm kuetiaw
* 3 sudu besar kicap campur
* sedikit minyak untuk menumis
Bahan B :
* 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh (MaDiHaA letak suku kiub ayam untuk 1 resepi)
* 1 pokok sawi - basuh dan potong2
* 12 ekor udang
* 3 sudu besar tepung jagung
* 3 sudu besar kicap campur (jika kurang masin bleh tambah lagi ikut citarasa sendiri)
* 2 biji telur
* sedikit lada sulah
Cara memasak :
1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili
padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau
hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan
letakkan dalam pinggan.
2. Masukkan stok ayam dalam periuk, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur (kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan. (MaDiHaA makan dengan cili hijau jeruk juga.. cili hijau potong + cuka + air panas + garam + gula.. ekspress punya.. hihi.. )
2. Masukkan stok ayam dalam periuk, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur (kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan. (MaDiHaA makan dengan cili hijau jeruk juga.. cili hijau potong + cuka + air panas + garam + gula.. ekspress punya.. hihi.. )
-------------------------------------------------
Untuk
resepi kicap campur ni.. MaDiHaA buat separuh resepi je sebab sos ikan
tinggal setengah cawan jer.. hihi.. Itupun dapat banyak dah.. boleh
simpan peti ais utk guna lain kali..
Kicap Campur
Resepi : Mas Duniaku
Bahan :
* 1 cawan kicap pekat
* 1 cawan kicap cair
* 1 cawan sos ikan
* 1cawan sos tiram
* 1/2 cawan gula
* 1/2 cawan garam
* 1/2 cawan ajinamoto
Cara membuatnya :
* Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
* Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....
Selamat mencuba!
20 comments:
Salam Sayang kak Madiha.. wahh nampak kueteaw pagi ni... terus teringat ada mee kat dalam esbok... tapi nak kueteaw yang macam ni jugakkkkk... kecur dah ni hadoii.. buh cilipadi hadoiii
asslm kak Madihaa...sedapnye...mcm char kuew tiew pon yer...mmg taufan tgh mee ni time2 tgh bposa ni...hihi...masuk list siap2 dh...
salam kak madiha...selalu jadi silent reader ja.. hehe.. terliur tengok kuetiaw haufan pepagi nie. menyanyi kuat perut saya...huhu
Salam Madihaa...
mmg resipi kuetiaw haufan Mas marbeles sgt2
entah dh berkali2 buat sbb anak2 suka :P
ermm yummy :P
Assalamualaikum kak...
Betul2 mengguda nani dengan koew teow haufan tu.. mula2 tengok ingat Taufan.. ehehehe...
Sedap kak.. nak try gak nanti... skrg ni pun dah agak2 boring je nak makan nasi hari2..
sedpnye....betul2 teringin ni
wohhoooo.. saya suka...
adoi mak aiiiii....meleleh2 rasanya ni...slurrrpppp
Assalam ratna,
kalau dapat makan sekarng ni memnga best ni..belum sarap lagi ni..
update dulu..heheh
sedapnya Haufan... lama dah tak makan...
salam kak madihaa.. waahh.. sedap byk kuah tuu.. dh x nmpk kue tiaw dia. hihi...
warh....lapar perut terus tengok kuewtiaw ni....nak g lunch skang...bye ;p
Nak masak ni malam satgi! :)
sedapnye...lama tak makan masakan panas mcm ni...
sedapnya kak...basah2..amik resepi nie la..nnt nk cuba..:) thnks kak madihah
Salam kak madiha..sedap-sedap ..macam car kue tiaw pun ada...berkuah gitu.
aduh terliurnyer... sedap betul
menjilat jari saya tngok kak...sedap kalau dapat rasa kuahnye yg pekat tu
dah lama tak buat sbb kicap campur dah abis.. terasa nak makan lg kuetiaw ni ..
macam mana nak elakkan kicap campur tu melekit? dah macam dodol saya punya :'(
Post a Comment