Tuesday, January 19, 2016

Ayam Sos Hitam Manis

Assalamualaikum & salam sejahtera....


Dah lama rasanya tak berkongsi resepi.  Sejak2 kesibukan melanda ni... macam tak sempat je nak menaip resepi panjang2. Tu yang dok bagi resepi ringkas je tu. Hari ni nampak macam free sikit... cepat2 rajinkan diri menaip resepi yang agak panjang lebar ni.  Resepi ni dah lama dah MaDiHaA cuba. Dok bertapa je gambar dalam folder. Resepi dari Chef Wan yang MaDiHaA ambil dari buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan (Meraikan Kegemilangan 40 Tahun Pengalaman Kulinari).  Memang berbaloi memiliki buku resepi chef tersohor ni. Macam2 resepi ada... tinggal lagi antara rajin dengan tidak je nak mencuba... hehe... 

Resepi di bawah ni MaDiHaA taip semula dari buku beliau... cuma ada sikit2 gaya tulisan yang MaDiHaA ringkaskan. Tapi tidak mengubah bahan2 resepi ye.  Untuk peminat2 resepi ayam.. bolehlah mencuba...



Ayam Sos Hitam Manis
Resepi : Chef Wan
Resepi dicuba & dikongsi oleh : MaDiHaA aka Ratna

Bahan2
1 ekor ayam anggaran 1.5kg ~ dipotong 12
1 sudu teh garam 
1 sudu teh serbuk kunyit
85 gm kismis hitam
85 ml kicap pekat
250 ml air 
1 sudu makan asam jawa (jadikan pes bersama 250 ml air di atas)
55 g gula atau ikut selera sendiri
2 helai daun pandan, dikoyak2 dan simpul
280 g nenas di dadu (MaDiHaA ganti dengan cili capsicum kuning)
2 sudu makan daun ketumbar dicincang
Minyak masak untuk menggoreng

Bahan Pes Rempah
15 biji cili kering dibuang biji & rendam (MaDiHaA rebus)
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas

Cara menyediakan
  1. Satukan bahan pes rempah ke dalam pengisar dan kisar halus.
  2. Gaul ayam dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan. Angkat, tos dan ketepikan. 
  3. Dalam kuali yang bersih, gunakan minyak menggoreng tadi anggaran cukup untuk menumis & panaskan minyak tersebut. Tumiskan pes rempah dan kismis hingga wangi.  Masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula dan daun pandan.
  4. Perisakan dengan garam & biar kuah menjadi pekat. Masukkan ayam goreng tadi serta nenas. Kacau sebati.  Perisakan dengan garam dan gula sekiranya perlu. Taburkan dengan daun ketumbar dan bolehlah dihidang.
Selamat mencuba!

1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy nak kena beli buku masak jugaklah.. dah tak tahu ayam nak masak apa.. asek kari kari kari gulai.. hahahhaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...