Terima kasih kepada yang sudi follow....

Thursday, February 24, 2011

Sambal Hitam Pahang


Salam & selamat tengahari semua...

Alhamdulillah dapat lagi bersiaran hari ni walalupun sedikit lewat.. 

Hari ni dengan 'excited'nya nak berkongsi resepi Sambal Hitam yang sangat2 sedappp!!   Jika tak silap... sambal hitam ni berasal dari Pahang (kalau silap tolong betulkan ye...). Mendapat tau cerita pasal sambal hitam ni dari mak mertua bila dia bercerita pasal masakan orang  Pahang tak lama dulu.  Tapi sayangnya.. belum berkesempatan mencuba kerana agak susah nak dapatkan belimbing buluh kat sini mahupun kat kg mertua di Raub tu.  

Baru2 ni.. masa BW ke blog Aliza... ternampak Aliza menyediakan sambal hitam ni.  Lagilah membuak2 rasa nak mencuba sambal hitam yg pernah diperkatakan oleh mertua ku itu.  Bila ku tegur tak sangka pulak Aliza pelawa kat aku nak bagi belimbing buluh yang sedang berbuah lebat di pokok kat rumah maknya tu.  Umpama pucuk dicita, ulam mendatanglah!  Walaupun pada mulanya tak sanggup nak menyusahkan Aliza sebab nak kena hantar ke rumah ku.. tapi bila Aliza kata no problem sebab dia memang selalu lalu jalan kat rumah aku... tanpa segan silu.. aku kata oklah jugak.. hehehe... Malam Sabtu tu juga Aliza datang dengan suami & little princessnya yang cute itu ke rumah ku untuk hantar belimbing buluh idaman hati ku.. hahaha... Terima kasih banyak2 ye Aliza sebab sanggup susah2 dtg hantar.  Rasanya ini dah masuk kali ke 4 or 5 aku bertemu dengan Aliza... ada cerita disebalik perkenalan kami di alam cyber yang membawa ke alam nyata... 

Sajian tradisi yang jarang2 ditemui ini seharusnya diketengahkan supaya generasi baru tau akan kewujudannya...  Tapi rasanya.. di sesetengah tempat di Pahang masih popular sajian sambal ni... Kalau teringin nak rasa.. cuba2lah buat sendiri yer.. mesti tak rugi punya... komen dari hubby walaupun dia orang Pahang tapi disebabkan dah lama tak makan...  katanya... "baik ibu habiskan semua belimbing buluh tu buat sambal ni.... (aliza bagi baaanyakkkkk!) simpan stok sambal ni bila2 nak makan senang..".  Tu tandanya sambal ni sedap sesangat sampai suruh simpan stok sebab senang dia nak makan bebila... hehe.......

Inilah belimbing buluh yang Aliza bagi... macam2 nak dibuat dengan belimbing buluh ni selain dari sambal hitam tu... kita tunggu jelah apa jadi yer...



Oklah.. meh kita tengok resepinya yer...

Sambal Hitam Pahang
Sumber : My mother in law...
 
Bahan2
½ cawan belimbing buluh rebus [rujuk resepi cara2 merebus]
½  cawan cili padi (ikut kepedasan masing2)
2 cawan ikan bilis yang telah dikopek 
6 ulas bawang merah [3 ulas ditumbuk, 3 ulas dihiris nipis]
5 sudu besar kicap manis atau secukup rasa
garam & gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Makan dengan nasi sedap, ketupat pulut pun sedap.. & rasanya cicah dengan 
ubi rebus pun masyukkk juga ni...
Cara2 Menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu belimbing buluh. Kuantiti belimbing buluh terpulang masing2.  Belimbing rebus ni boleh disimpan dalam peti sejuk sebagai stok. Jadi bolehlah rebus banyak2 & simpan stok.  MaDiHaA buat banyak juga rasanya lebih dari 1/2 kg belimbing buluh segar.  Belimbing hendaklah dicuci bersih.  Masukkan ke dalam periuk TANPA AIR dan renih dengan menggunakan api yang kecil.  Biar sehingga belimbing mengeluarkan jusnya sendiri & kecut.  Selang seminit atau dua minit mesti dikacau supaya periuk tidak hangit.  Biarkan sehingga belimbing mengecut & jusnya betul2 kering dengan api yang kecil sehingga warna belimbing bertukar menjadi gelap.  PESANAN: jika nak guna untuk buat sekali je sambal ni.. memadai hanya rebus anggaran 10 biji belimbing sehingga belimbing bertukar warna coklat saja.  Tujuan merebus belimbing sehingga betul2 kering & gelap adalah untuk tujuan simpanan.
2.  Tumbuk cili padi sehingga halus.  Tumbuk 3 ulas bawang merah sehingga lumat. (3 ulas lagi dihiris nipis)  Tumbuk juga ikan bilis tetapi jangan terlalu lumat.  Tumbuk belimbing buluh juga separa lumat.
3.  Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan bahan2 tumbuk sekaligus & tumislah sehingga bahan2 tersebut sehingga nampak agak kering & garing (agak lama juga).  Tambahkan kicap manis, garam & gula secukup rasa. Biarkan sambal kering sedikit (seperti serunding gitu).  Bila dah garing tutupkan api lalu tolakkan sambal ke tepi kuali beberapa minit supaya minyak tos sebelum dihidang.  Atau boleh juga angkat dan sejatkan sambal menggunakan penapis santan sebelum dihidangkan dengan nasi putih atau ketupat pulut.  
4. Sambal ini boleh disimpan lama & boleh buat banyak2 untuk simpan stok.   Boleh dihidang dengan apa saja juadah yang rasa sesuai dihati anda... Sedap yang teramattttt!!!

p/s: tak taulah betul ke tidak rupa Sambal Hitam Pahang yang sebenar sebab tak pernah tengok secara live lagi... orang Pahang.. silalah komen yer... Izah.. meh komen sikit!


Selamat mencuba!

27 comments:

kak as said...

Madihah.. he..he sambal nie memang sedap.. saya pernah bagi kawan2 kat KL nie rasa..hah kau sekarang dah jadi part time business sambal belimbing itam...tapi tulah nk buat belimbing rebus tu renyah sikit.. jadinya bila time belimbing banyak mak saya akan merebusnya dan simpan .. bila saya nak saya order jek belimbing rebus itu. sekarang di kg mereka jual rm 13 sekilo untuk belimbing itu sahaja.. lepas tu bila dah sampai kat saya di KL ni saya jual RM 9 untuk 200 gm sambal hitam nie. Tapikan saya jual sambal ikan bilis hitam nie sembunyi jek..sebab stock belimbing saya selalu habis ..he..he nak balik Raub sebulan sekali pun dah payah sekarang... he..he panjang pulak celoteh saya...

hana said...

OMG! sedapnyer kakkkk.... kitaorg panggey sambal jengka! mmg meletopssss.... bungkus satu tipuware kak plssss..huhuhu... rindu banget nak makan sambal neh...

wati said...

salam kak...

walaupun x penah mkn sambal hitam ni,tapi bila tngok belimbing buluh tu kecur air liur sy...rasanya masam2 manis ke kak..

tun_telani said...

Assalamualaikum..
akak, bila rebus belimbing tu jd xmasam sgt ek? ada je pokok belimbing buluh tu tepi umah, tp sbb masam sgt, semua xpandai makan. membazir je..

Zaliedana said...

Salam kak,sambal nih nmpak mnarik jer,teringin gak nak try..Akak sambal nih asa masam2 ke kak.?Xprnah mkn..
Re:Sya dah reply kat fb kak tdi,kak pggil ct jer..Kak sy skodeng resepi apam lenggang kak wat bf pgi marin,wlpun rupamu xcun apam tapi rasamu ttp menjadi pojaaan tekakku,hahaha..

izahdaut said...

ni memang sambal pahang..mak slalu buat untuk bekal pagi2 makan ngan nasi putih.belimbing tu kalau dulu2 mak rebus dlm tin minyak sampai satu hari.rebus banyak2 boleh simpan sampai bertahun.
sangat sedap dan mahal kalau sekarag ni jual siap.hehe...saya pun slalu buat sebab stok belimbing rebus ni banyak lagi kat dlm peti ais..sedap kan kak..slalu buat time puasa untuk tambah selera makan sahur.

Sizuka said...

My friend, K.Amy, penah mentioned about this sambal pahang. Rupanya takde la susah sangat nak buat. tapikan, kat mana la nak cari belimbing buluh kat KL ni..

JaSSNaNi said...

oooooooo... macam ni wat ye.. kakak nani kat puncak alam, pokok belimbingnye menjadi2 buah skrg ni.. sampai dia kata tak tahu nak wat apa... boleh la nani cadangkan dia wat ni.. and yg penting dapat simpan lama.. kan.. :) ye la.. sesetengah tu kita tak selalu makan.. tapi kalau sesekali teringin kan.. boleh la..

Ummi said...

Madiha, sedapnya...akak pun suka, tp x penah buat lgk....belimbing xda la skrg kan...hari tu nak guna tuk masak apa ntah..puas cari satu Pasar Tani..huhuuu...nnt kalau dpt belimbing, boleh la mencuba ehk...tahan lama kan simpan sambal nih..kita org Pahang, x penah buat..huhuu

Kak Am (Flora Heights) said...

akak prnah tengok kat satu segmen dlm TV9 tentang sambal hitam ni.., mulanya cam pelik gak sb mmg x prnah makan pun tapi kalau cuba mesti sedap ni sb ada rsa masam2 belimbing + ikan bilis wow.. mesti mengancam rasanya..

Sari Yusa Ibrahim said...

Madiha, kecur... betul2 kecur... msti sedap sgt, bleh poskan? Seyessssssssssss... erk! Sapa yg jual kat atas tu, sy nak beliiiiiiiiiiii!!

anymz said...

alhamdulillah bertambah lagi satu resepi yang ganjil.akak tak pernah makan lagi ni diha..nak cuba gak bila tiba musim belimbing nanti.selalu org negori belimbing ni buat kuah kacang dgn nasi impit atau buat gulai lomak cili padi dgn telur itik atau daging salai..akak masuk list lah resepi ni..:)

Nieza said...

nampak sedapla kak...terliur la pulak tgk menu sambal ni..hehe

::Azura Rahman:: said...

yerp.. mmg makanan org Pahang.. Sambal Hitam.. kt sini ada jugak yg jual.. punyer la mahal.. RM5 utk sebekas kecik sekali tu.. tp mmg sedap.. lg pedas lg sedap.. makan time puasa mmg selera lah.. ekeke..

Diana @ Melley Mey said...

tak pernah makan lagi sambal hitam nie... pasti sedap kan.. lagi pun ada belimbing buluh tu... sedap!! bila ler nak merasa sambal hitam nie ... :)

Azueriena Norash said...

besttnyer sambal itam nie kak...lepas nie azue JJCM umah kak madiha jerk ler...blehhh....dekat sikit...hehehehe

Anonymous said...

kakwa..baru dapat menjengah blog Madiha nih..Memanglah sedap sgt sambal nih..cukup pedasnya..manis,,masin bilisnya...makan dgn nasi panas2...adoiii...tak hengat..
Tak pernah buat sendiri..arwah mak yang buat..Kakwa makan jer..Tak taulah pulak nama sambal nih sambal hitam. Belimbing kalau buat jem pun memang jadi merah2 hitam gitu...

p/s..menjawab soalan Madiha yang lalu..
Kakwa memang di JB...anak jati johor gitu..

Aliza said...

salam kak... :-)

takde hal la kak. insya Allah lenkali pokok mak berbuah, dah tau dah bole berkongsi dgn saper :-p

saya pun baru buat lagi sambal tu sbb hubby mmg suka sgt.

re: mmg tak plan nak potong pendek rambut aina tu, just nak trim sbb ujung2 tu kering sgt...

AiDa said...

Kak...aida pun penah makan sambal ni masa g kenduri kawen kat Pahang dulu...memang betul la kak rupa sambal nyer camni....(myb cuma lagi gelap sikit kot yg pnh Aida tgk dulu)Penah belajar dgn mak angkat di pahang..tapi lupa sukatan..seb baik jumpa resepi ni..memang sedap sgt mkn dgn nasi panas kan kak..kecur liur..:)

Tyha said...

Baru lepas buat dan dah makan pon!Dapat stok belimbing buluh rebus tu dari member.Satu bekas tau fu fa tu RM5.Cuma x letak banyak cili dan termasin sikit.So pas ni kalau buat lagi memang nak boh cili banyak2 sket....:).Sedap makan dgn nasi panas2

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

KEPADA SEMUA YG TINGGALKAN KOMEN:

T.kasih kepada semua yang sudi komen pasal sambal hitam pahang ni.. mohon maaf kerana tuan rumah tak sempat nak reply satu persatu.. hehehe.. kesibukan melanda.. maaf ya.. thanks semua & komen anda sangat2 dihargai!

Scarlett said...

sambal itam ni resepi org kuala lipis.. cma yg selalu mak n makcik saya kt lipis buat xder letak kicap.. klu kt kenduri kendara kt sana mesti ade sambal ni.. http://yanascarlett.blogspot.com/2010/08/resepi-tradisi-org-lipis.html

Tokma Adam said...

scarlett aaa tokma org jerantut pun xda letak kicap..maaf yer cik madihaa. tokmaadam.blogspot.com

Egon said...

Salam dan Maaf menganggu

Kami memasak dan menjual sambal hitam belimbing buluh secara online.

Harga:- 100g = RM 5

Sila lawati page kami di https://www.facebook.com/pages/Sambal-Hitam-Belimbing-Buluh-Puteri/136099796487248
Atau search FB anda untuk Sambal Hitam Belimbing Buluh Puteri

Atau SMS- 0133628840 (azrin)

Jefry said...

senang sekali bisa mendapatkan resep masakan dari malaysia
terima kasih...

lyza.jalil said...

salam...sudah try and kena dgn selera saya. def akan buat lagi :). ni baru sudah masak sambal hitam and now waiting for my nasi untuk masak. xboleh tahan nak makan esok...hehehe

myk9026 said...

Assalam kak..

sy mencari contact cik Aliza sbb nak beli belimbing buloh..

mintak tlg sbb urgent.

myk9026@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...