Saturday, April 9, 2011

Ayam Kicap Berempah


Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu buat semua... hari ni dah kira hujung minggu bagi aku sebab hari Sabtu & Ahad aku memang off... hehe..

Oklah.. hari ni sekadar nak kongsikan resepi Ayam Kicap Berempah dari Dayang Jack yang dah lama dimasak.  Aku masak lauk ni untuk makan malam lepas tengok Dayang pos masa aku kat ofis siangnya tu.. Haa.. punya ekspress sebab masa tu memang sedang mencari2 resepi mudah yang nak dicuba.  Kebetulan pulak ayam & semua bahan2 lain ada.. teruslah aku kayuh.. hehe..  Hah.. Kak Ummi pun dah try jugak resepi ni...  dah lama pun Kak Ummi pos walaupun dia try kemudian dari aku.. hehe.. kalau nak tengok versi Kak Ummi boleh klik SINI.

Kepada Dayang.. Maaf ye sebab lama sangat n3 ayam kicap ni masuk blog.  Al-maklum... nak update laju2 tak mampu... banyak sangat tugasan lain yang perlu diutamakan.. jadi terpaksalah update slow2 & semua gambar2 kena sabar menunggu giliran.. hehe.. Apa2pun.. ayam yang dimasak ni sangat sedap & anak2 semua suka.  Yelah.. kalau ayam yang tak pedas macam ni.. semua anak2 boleh makan.  Kalau terasa pedas sikit2 pun okay lagi sebab ada kicap.. (kebanyakan budak2 memang suka kicap!) Tapi kalau pedas & takde kicap.. 2 orang budak kat rumah tu memang tak boleh makan ler.. hehe.. Apa2pun.. terima kasih banyak2 pada Dayang kerana berkongsi resepi kegemaran keluarganya.  Akak mintak izin C&P resepi kat blog akak pula ye... Resepi ayam kicap ini agak unik sikit rasanya sebab ada kerisik & tambahan daun sup dalam kuahnya.. Thanks again Dayang!

 
Ayam Kicap Berempah 
Resepi : Dayang Jack

bahan-bahan :

    * 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
    * 1 sudu besar kicap pekat
    * 2 sudu besar kicap manis
    * 1 sudu besar sos tiram
    * 1 sudu besar lada hitam tumbuk
    * 1 sudu makan cili giling
    * Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
    * hirisan daun sup secukupnya
    * sedikit air asam jawa
    * sedikit garam dan gula
    * sedikit kerisik - jika suka
    * 1 batang lobak merah (MaDiHaA tambah) ~ dikerat 2 inci & potong baji

Bahan-bahan Kisar :

    * 1 labu bawang besar
    * 3 biji bawang merah
    * 3 ulas bawang putih
    * 1 batang serai
    * 1 inci halia
    * 1/2 inci lengkuas


Cara-cara :

   1. Perapkan ayam bersama 1/3 daripada bahan kisar, lada hitam, kicap pekat, kicap manis dan sos tiram.
   2. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar selebihnya hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
   3. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam (& lobak merah) dan kacau. Biarkan ia kering sebentar. Selepas itu, barulah ditambahkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih.
   4. Masukkan kerisik, daun sup, garam, gula dan air asam jawa. Biarkan ia merenih sebentar. (kepekatan ikut suka masing2.. MaDiHaA masak agak pekat sikit dari Dayang)  Setelah masak, tutupkan api.
   5. Hidangkan bersama nasi panas. Sedaappp!





Selamat mencuba!


8 comments:

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Tergoda le saya dibuatnya. Insyaallah suatu hari nanti. Tungguuuuuuu

cik cek said...

Emmmm...sedapnya....kechur...kechur....lapo...
lapo....Madiha ....kak cek nak sikitttt....

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
ermm.. nie fav diana nie... ari tu pun diana nak try tp smpi skg x try lg.. ermmm.. pasti sedap kan akak..

Unknown said...

aduh..kak ratna...
sedapnya ayam kicap berempah kamu..
teringin gak nak buat stail kak dayang....
nanti2 nak cubalah

Love2cook Malaysia said...

Sedapnya kak!!! Mintakkk ;)

Dear, you've been awarded! Pls stop by to collect from me ya! ;)

hana said...

salam rindu kak..... jalan2 jap jenguk kengkawan. rindu nak main masak2 macam dulu... huhuhu

cikmanggis said...

ayam kicap menjadi pilihan anak anak dan mak anak :)..alamak Darwis pun ada ya:)

kancil said...

Insya Allah saya pon akan cuba mengikuti nya,,biar pon saya lelaki tapi minat saya kepada memasakn memang tinggi sejak dulu lagi bermula dari umur 8 tahun,,, dan setiap hujung minggu saya akan masak untuk family saya,,,,,Terima kAsih untuk maklumat ini,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...