Assalamualaikum...
Pagi ni masukkan resepi lauk yang dah lama dimasak ni... Resepi ni biasa2 je sebab semua orang mesti pandai masak lauk ni kan..? Tapi takperlah.. untuk rujukan anak2 nanti kan... Bagi family aku.. kalau masak lemak cili padi.. lebih suka guna resepi yang takde menggunakan bawang. Lebih sedapp!! Resepi ni pertama kali aku belajar masa masih sekolah2 dulu... itupun kawan2 ma yang ajarkan ma masa baru2 masuk Felda dulu... Biasalah kan.. peneroka Felda datangnya dari pelbagai negeri... Dari situlah mereka bertukar2 resepi masakan sesama mereka. Masa baru2 masuk Felda dulu pun.. isteri2 peneroka semuanya masih muda2 belaka... masing2 baru ada anak sorang, dua & ada jugak yang baru berkahwin.. Kiranya masa tu.. masing2 saling bertukar2 resepi masakan dari negeri masing2... Dari situlah mereka belajar masakan dari pelbagai negeri termasuklah ma aku sendiri. Jika kebiasaannya kami masak lemak cili padi mesti masukkan jugak bawang. Tapi bila ma cuba masak lemak yang hanya gunakan 2 bahan asas cili padi & kunyit hidup ni ternyata ianya ada kelainan & kena dengan selera kami sekeluarga. Bila aku dah kawin... rupa2nya mertua aku pun guna resepi yang sama jugak.. hihihi... Tapi bukannya beerti kami tak suka menu masak lemak yang ada bawang tu.. dua2 pun boleh aje.. cuma ikut cita rasa kami resepi ini yang lebih best!
Ikan Tenggiri Lemak Cili Padi Dengan Terung Telunjuk
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan2
3 keping isi ikan tenggiri - dicuci bersih
8 biji terung telunjuk ~ dibelah dua & direndam
1 inci kunyit hidup*
20 ~ 25 biji cili padi* (ikut kepedasan yg disukai) ~ *ditumbuk halus bersama kunyit hidup
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan / secukupnya
garam & perasa
1- 2 keping asam gelugur
Cara Menyediakan
1. Dengan api sederhana... jerang santan, bahan tumbuk, serai, asam keping serta garam dan perasa... biar hingga mendidih sambil dikacau selalu agar santan tak berketul2.
2. Masukkan isi ikan tenggiri sambil kacau kuah berhati2 agar isi ikan tak pecah.
3. Masukkan terung telunjuk dan biar seketika hingga ikan masak & terung empuk.
4. Rasakan garamnya.. bila dah secukup rasa bolehla diangkat & dihidang.
Comot je pinggan tu... nak cepat masa ni sebab semua orang dah kelaparan..
ambik gambar pun ala kadar jer... hehe..
Jemput makan!
7 comments:
k.madihaa,
lamanya I tak makan masak lemak. kalau i bawak nasik, pegi rumah u, aci tak? huhuhu.. sedap!!
selalunya org nogori tak masukkan bawangkan ,pernah cuba tp asyik terlupa je mesti nak jugak hiris si bwg tu
dah lama tak masak lemak...huhuhu...
nampak sedapp sgt...nasib baik dah kenyang...errkkk Alhamdulillah...^__^
fuhh... 25biji cili api tuh.. kompom berasap.. hihi.. kalu tun ni sambil makan sambil nk nangis sbb pedas ngat (tp kompom abih gak sepinggan.. ntah2 menambah.. hahaha)..
kak, terung tu mmg nama dia terung telunjuk ek? 1st time dengo nih. hihi
ye le, kdg nak try msak camni tak yah guna bwang, tapi cam cuak je. sedap ke nantinye. ishhh..
Orang n9 kalau masak lemak mmg tak pakai bawang.. rasa sedap jer jemarioren.. tak perlu nak cuak sangat.. hihihi.. tak percaya cuba try test..
Jemarioren: ye betul kata ita aniq tu.. jangan risau.. cuba masak dulu & rasailah kelainannya. Mungkin lain orang lain citarasanya. bagi akak.. masak lemak tanpa bawang lebih sedap. boleh gunakan ayam, daging, ikan atau telur. semuanya sedap. yang penting cili padi kena lebih & gunakan kunyit hidup secukupnya. 2 bahan asas tu paling penting disamping serai. mudah kan? cubalah dulu...
Post a Comment