Terima kasih kepada yang sudi follow....

Friday, June 4, 2010

Roti Kentang/ Potato Bread



Roti kentang yang dibuat dah lama dulu... tersangatlah lembut & sedap... resepi asalnya dari Ros Onigiri.. tapi resepi ni aku dah edit cara penyampaiannya supaya lebih mudah difahami (maaf ye ros akak memandai!) Sebenarnya resepi ni dah lama aku simpan.. bila dibandingkan dengan resepi roti kentang Ros kat fp kak Rinn ada sikit perbezaan dari segi kuantitinya.. mungkin ada dua versi yang Ros pernah kongsikan (aku tak sempat nak menyiasat.. hehe).. tak kisahlah tu.. yang penting.. resepi yang aku buat ni menjadi.. Terima kasih ye Ros untuk resepinya... akak C&P kat blog akak pulak ni..halal ye..

Bahan-bahan Doh
(dpt dlm 12 bun kecil)

250 gram tepung roti/tepung high protein
70 gram kentang yang telah direbus (buang kulit baru timbang)
100ml susu segar (boleh ganti dengan air suam ataupun bancuhan susu pekat manis
ataupun susu kacang soya)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin / butter
4 gram yis ( 1½ sudu kecil)
1 biji telur gred A (dipukul sedikit)

Bahan-bahan Sos kastard
(resepi kastard ni MaDiHaA tulis setengah dari resepi asal.. sebabnya ada berlebih banyak sgt.. kalau rasa susah nak buat sikit sangat.. gandakan jelah dua resepi ni.. yg lebih tu boleh buat roti lain lak.. )
1 sudu besar tepung bird custard
½ cawan susu segar
1 sudu besar gula

Cara Menyediakan

1. Campurkan semua bahan sos custard dlm periuk dan kacau menggunakan whisker hingga semua sebati.
2. Masak di atas api yg paling perlahan sehingga pekat sambil sentiasa dikacau menggunakan whisker agar tidak bergentel.
3. Bila dah agak likat. Matikan api & sejukkan sos. Masukkan dalam piping bag & ketepikan dulu.
4. Kisar halus kentang rebus bersama susu segar. (resepi asal kentang dilenyek yer.. MaDiHaA memandai kisar) Tuangkan ke dalam bekas mengadun. Masukkan gula & telur lalu dikacau2 sedikit (kacau2 lebih kurang je)
5. Dalam bekas yg lain.. gaulkan tepung roti, yis segera, susu tepung hingga rata.
6. Masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam bancuhan kentang sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Uli sehingga menjadi doh yg lembut. (Jika doh terlalu lembik boleh tambah sikit tepong.. ikut resepi asal doh memang agak lembik sikit)
7. Masukkan marjerin / butter & uli lagi hingga doh menjadi licin & elastik.
8. Tutup doh dengan plastik & perap hingga doh naik 2 kali ganda. (Cara MaDiHaA.. panaskan oven kejap..tutup suis oven.. pastu masukkan bekas doh tadi dlm oven & biar dia naik.. kejap jer dah naik.. ni petua dari Chef Anuar Deraman). Sementara menunggu tu gliskan loyang dengan sedikit marjerin .
9. Bila doh dah naik tumbuk2 doh utk mengeluarkan angin. Lumur tangan dengan sedikit marjerin agar doh tak melekat2 pd tangan. Bahagikan doh kepada beberapa bebola yg kecil ikut saiz loyang anda. (MaDiHaA dapat 12 biji)
10. Bulat2kan ketulan2 doh tadi & susun di atas tray & biarkan ia naik sekali lagi.
11.Panaskan oven dengan suhu 180C. (ikut oven masing2 ye.. MaDiHa guna 175C). Potong sedikit hujung piping bag sos kastard tadi lalu paipkan sos kastard di atas permukaan bun mengikut kreativiti anda.
12.Bakar roti selama 25 minit atau sehingga permukaannya nampak keperang2an. Glis permukaan bun dengan sedikit marjerin sejurus dikeluarkan dari oven. Sedia dihidangkan

4 comments:

Anonymous said...

salam...kalau untuk roti tu tak gune susu tepung boleh tak? atau ada bahan laen boleh gantikannya?susah la kat rumah takde susu tepung..

Yaati Nor said...

teringin buat nie tapi ari tu cuba buat dah jadi mcm scone dah roti nie..agaknya sebab tepung roti tu dah bau kot

impian azie said...

baru nak servey2 resepi...asyik beli jer kat kedai asal beli 6ketul bun xsampaii sejam dah habis kena ngapp.....nnt boleh try buat...tq coz sudi share

zulia collection said...

Sy nk cuba lah anak suka mkn roti ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KongsiResepi.com