Monday, September 3, 2012

Menu air tangan anak dara ku...

Assalamualaikum...

Hari ni saja nak share gambar menu yang sempoi ni... Walaupun sempoi tapi kami sekeluarga makan dengan berselera lagi. heee... Sebenarnya.. menu2 yang terhidang ni sangat bermakna bagi kami kerana menu ni adalah dari air tangan anak dara sulungku Wan Amalia Nur Dini yang baru saja menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke 12 tahun pada 23 Ogos yang lalu...

Entah macamana.. cuti hari Sabtu baru2 ni en. husband boleh buka mulut suruh anak dara dia memasak.. Katanya hari ni ibu cuti masak sebab ayah nak makan yang kakak masak pulak.  Sebenarnya aku pun tak sangka yang ayahnya akan arahkan macam tu pada dia.. Tapi bila dah arahan ayahandanya.. aku pun ikutkan ajelah. Kebetulan hari tu ibu berkemas2 sikit apa2 yang patut.. Jadi sedang molek tugas memasak diserahkan bulat2 pada kakak Dini.  Ibu memang tak tolong apa2 pun masa dia memasak hatta ayam (yang hanya dipotong 4) tu pun dia yang potong kecik2.  Gasaklah nak potong berapa besar... nak masak menu apa semua diserahkan pada dia sendiri.. Lauk ayam masak merah tu.. ayahnya pernah ajar dia masak sekali tak lama dulu (masa cuti sekolah).. jadi skrg ni dia memang dah boleh masak tak perlu di ajar2 lagi.. Wahh.. kalah ibu kalau macam ni.. sebab ibu dulu darjah 6 belum pandai lagi nak masak lauk cenggini... heee... Walau apa pun.. ibu doakan semoga kakak berjaya dalam UPSR yang bakal menjelang tak lama lagi.. Walau kakak banyak diajar berdikari sejak dari darjah 3 lagi.. (gosok baju sekolah sendiri, basuh kasut sekolah sendiri) itu tak bermakna kami nak menyusahkan kakak & kakak sama sekali tak boleh abaikan pelajaran dengan alasan banyak perkara nak kena buat.. Berdikari itu penting untuk kehidupan.. terutama bila kakak masuk asrama nanti.. kakak dah tak kekok nak buat semua tu sendiri.  Begitu juga dengan pelajaran.. Pelajaran juga penting untuk meraih kejayaan hidup.. jadi ia perlu seimbang.


Ini dia menu dari kakak Dini.. Idea dari dia sendiri... Ayam goreng (utk adik Alin), kobis goreng, telur goreng hancur + kicap, ayam masak merah & nasi putih (tiada dlm gambar).  Hasil air tangan kakak Dini.. adik2nya bukan main lagi puji sedap.. memang secukup rasa pun.. hehe... Sebenarnya.. untuk dinner malam tu pun dia juga yang volunteer masak... dia masak nasi goreng.. tp ibu terlupa nak snap gambar.. sedap juga rupanya air tangan anak dara ku ini..

15 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam selamat hari raya kak...rajin dah ank dara terun kedapur ye...betut tu kak dari skrg le kita ajr ank dara kedapur...setidak2nya bila kita x larat demam ke dia dah boleh di suruh, tahu apa nak buat...x lah susah mamanya nnt...dpt masak yg simple2 pun jadi lah.....

Anonymous said...

Assalammualaikum,

Apa khabar Puan Madiha? Nama saya Esa.

Diharap Puan dapat meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat di dalam tinjau selidik dalam talian saya mengenai kuisin Malaysia di pautan yang berikut:

https://unisabusiness.qualtrics.com/SE/?SID=SV_dheWoJASTpQIIbq

Kaji selidik ini akan mengambil masa kurang dari 15 minit. Pernyertaan Puan adalah secara sukarela dan tiada risiko jika Puan terlibat di dalam kaji selidik ini. Puan bebas untuk menarik diri daripada kaji selidik ini pada bila-bila masa sahaja. Tinjau selidik ini dibuat dalam dwi-bahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu). Kajian ini difokuskan kepada mereka yang gemar mengunjungi restoran makanan etnik asing dan pada masa yang sama aktif di dalam penyediaan makanan di rumah.

Jika ada sebarang pertanyaan, Puan boleh hubungi saya melalui email ini:

abday027@mymail.unisa.edu.au

Saya juga memohon kerjasama Puan untuk mewar-warkan tinjau selidik saya ini di blog Puan. Namun tiada paksaan.

Ahmad Esa AR

.:nhalilah:. said...

wah.. kakak dini.. baru 12 tahun dah boleh harap masak utk famili.. dah la tu.. ibu kata cukup rasa lak tu.. untuk kak ratna.. sejuk perut mengandung..

Nor said...

salam aidilfitri Ratna. wahh pandainya anak dara masak...nampak menyelerakan tu! Tak lama lagi anak dara tu nak UPSR kan? selamat menempuh peperiksaan ye Wan Amalia Nur Dini!

cahayahidupku.blogspot.my said...

pandai sudah ... masak anak dara ni... terliur juga auntie melihatnya... :D betul tu kena ajar dari kecil lagi.. senang Ratna esok...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

hebat anak dara Kak Madiha!!

MAY said...

UNTUNG LA DA PANDAI MASAK..//MENURUN DR IBUNYE.

Norzie hany said...

Pandainya anak dara Madiha memasak....betul tu menurun dari ibunya.Kak Dini sama umur dengan anak bongsu akak....moga mereka berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti.

Lydia Miza said...

wah kak dini dah pandai masak ye, mesti dia gembira mama dia kata sedap. dulu masa mula2 buka laman kak ratna kak dini kecik lagi. skrg dah pandai msk rupanya.

Amie said...

Wah! Seronoknya anak dara Madiha dah pandai sediakan hidangan untuk keluarga! Kalau begini ringanlah sikit kerja ibu di dapur ye kakak Dini... mudah-mudahan Dini beroleh keputusan cemerlang dalam UPSR nanti ye sayang!

Ummu Madihah said...

ke mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi??

Fazleyatul Aini said...

wahh kak dini pon dah ada bakat. bagus2. boleh jadi chef la !

norhidana said...

rajin nyer kakak dini... mmg mengikut akak betul lah... tp ayam msk merah tu dh mcm ayam msk kicap heheh...

Unknown said...

Minat dia untuk masak perlu dibanggakan terutamanya ketika dia baru 12 thn!

Zil said...

salam kak..sy ada terbaca komen akak kat dlm blog lain..pasal nasi kabsa.. rupanya ramai yg cari rempah tu.. so sy ada jual rempah2 arab ni..kabsa, mandy, madghut, shawarma, koma2 zafran dll. sy buat penghantaran melalui pos. klu akak berminat sms saya k..0172794099 zil azlan. tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...