Thursday, March 3, 2016

Tuna Roll

 Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bersua kembali hari ni.  Merajinkan diri sapu2 sawang kat rumah tinggalan ni ha.  Dah bersawang sangat dah rasanya ni.  Malu pulak kot ada tamu datang.. hehehe...

Oklah hari ni MaDiHaA nak kongsi resepi Tuna Roll yang sangat sedap ni.  Resepi ambil dari blog Mat Gebu.  Tuna Roll ni dah kerap sangat Chemat kongsikan dalam blog beliau.  Rugi tak cuba lebih awal.  Padahal bukan susah sangat pun nak membuatnya. Bahan2 pun mudah nak cari. Memang sedap sangat2 roti ni. Anak2 & suami pun cakap sedap. Memang tak rugilah buat.  Puas hati buat roti sendiri. Dijamin bersih, halal & menjimatkan.  Buat sebelah malam, esok pagi2 anak2 boleh bersarapan roti ni. Nak berbekal pun boleh.

Pada Chemat.. akak ucapkan berbanyak terima kasih di atas perkongsian resepi yang best ni ye. Minta izin kongsi kat blog akak pula..



TUNA ROLL
Resepi : Mat Gebu
Dicuba oleh : MaDiHaA aka Ratna

BAHAN DOH :-)
250 gram tepung berprotein tinggi
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")(MaDiHaA guna anlene)
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

BAHAN INTI TUNA :-)
2 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, ditoskan biar kering, lecek hancur
2 1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang (atau daun kuchai), hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan (MaDiHaA takde stok)
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
  2. UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
  3. Susun dalam paper cup jenis bersaiz 4inci, tekan2 sedikit biar permukaan rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai) (MaDiHaA takde stok) dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
Untuk cara2 menggulung... boleh rujuk kat  SINI

Selamat mencuba!

4 comments:

Qhaifa Nur said...

Mmg puas hati buat sendiri...
Bilalah nk try buat ni haaa..

lieyalatif said...

mujur fren dgn akak kat fb dah tau dah nape kalo akak tak update heheeheheh...

kak sedapnyer...pakkal jek lieya bab2 uli doh roti lemah sikit...bm takdo...uli donat pakai tangan pun dah rase letih haahahaah....

Naddia Mokhtar said...

Asslammualaikum...sy dtg nak bertandang. hehehe...kebetulan pulak. Sy pon tgh bersihkan sawang2 kat umah sy dan tlg bersihkan sawang kat umah org. Sll jd silent reader jer....anyway resepi2 u terbaekkk. tabik spring utk u....

*~ Just Sharing Islam ~* said...

Wa alaikum as-salaam from the Philippines sister in Islam :) MashaAllah this is my first visit to your blog. It looks interesting JazakAllahu khair for sharing your wonderful recipes. Could you add some English translation too for those who do not understand Malay or Bahasa language? Thank you again for sharing :) wasalaam :)
JustSharingIslam.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...