Sibuk sesangat sekarang ni hinggakan tak sempat nak jenguk2 blog sangat. Hari ni pun sekadar update resepi bubur jagung je. Dah lama juga tak buat bubur jagung. Sabtu malam tu en. suami balik kerja jam 8 pm sempat dia singgah pasaraya beli lauk basah & sayur serta jagung minta buatkan bubur. Petang Ahad barulah buburnya menjadi. Yelah nak buat malam tu macam dah tak berapa sempat je sebab suami bawak balik pun dah jam 9 40 pm. Tak sesuai la pulak nak masak bubur malam2... hehehe... Apapun.. syukur seronok tengok suami & anak-anak makan bubur jagung.. semua pun suka... Nanti kakak balik dari asrama boleh buat lagi.
Kakak sekarang masih sibuk dengan MASISUPA (Majlis Sukan & Ilmiah Sekolah-Sekolah Agama Pahang) kat Pekan sekarang ni belum dapat berjumpa family lagi. InsyaAllah Selasa ni baru dia balik KL. Apun nak ucapkan tahniah pada kakak & pasukannya kerana team bola jaring kakak johan MASISUPA 2017. Kakak jadi pemain import untuk Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis bagi wakil Zon 4 negeri Pahang. Tahniah tau!! Keep it up girl!
Bubur Jagung Bersagu
Bahan2
4 tongkol jagung
3 senduk kecil sagu mata halus
air secukupnya
santan secukupnya (MaDiHaA guna 1 kotak santan ayam brand + 1 biji kecil kelapa parut diperah santan)
2/3 sudu kecil garam
8 sudu besar gula pasir (Nak manis tambah lagi)
2 helai daun pandan
Cara menyediakan
1. Jagung dihiris isinya ke dalam bekas. MaDiHaA suka hiris halus sikit untuk sebiji jagung tu hiris 2 kali. Kemudian isi yang melekat pada tongkol jagung dikikis2 sehingga bersih supaya tak membazir isinya.
2. Rebus air dalam periuk sehingga mendidih anggaran setengah periuk. Bila mendidih masukkan sagu. Rebus sagu sampai jernih & pastikan sentiasa kacau supaya sagu tak berkerak. Bila sagu dah jernih, tutupkan air & tambah air paip. Kemudian tapiskan sagu tersebut & basuh sehingga kanjinya hilang.
3. Masukkan santan secukupnya dalam periuk. Masukkan garam, daun pandan yang disimpul & jagung yang telah dihiris. Rebus hingga mendidih & jagung masak. Masukkan sagu & gula pasir & kacau sebati. Tunggu sehingga mendidih. Sekiranya kuah akak pekat boleh tambahkan air supaya bubur berkuah. Sebab nanti konsistensi bubur akan memekat sedikit apabila sejuk. Jadi biarkan ia berkuah sedikit.
4. Jika suka manis boleh tambah gula ikut rasa yang anda suka ye. Selamat mencuba!
2 comments:
Sy suka masak resepi pn madiha..tkasih
Sya share yea resepi puan madiha...tkkasih..semoga puan d murah kan rezeki yg brlimpah ruah...aamiin
Post a Comment